Posted by: aminuddin | 20/12/2011

Rakyat Berdebar

 

Pertembungan yang berlaku dikalangan pimpinan PAS sejak akhir2 ini menarik minat banyak pihak. Ini kerana mereka semua dilihat sebagai pimpinan kanan PAS dan ahli veteren yang telah berjuang puluhan tahun didalam parti islam ini. Di sebelah pihak Hasan Ali, Nasharudin, Hasan Tantawi, Abduh dan Harun Taib manakala sebelah lagi ialah Mustafa Ali, Mahfuz, Khalid dan Shaari Sungip. Yang pertama dilihat lebih cenderung kepada alim ulama manakala yang kedua dilihat sebagai apa yang diistilahkan sebagai kumpulan Erdogan.

Sebagai pemerhati luar sudah tentu pertikaman lidah ini adalah sesuatu yang agak janggal dalam PAS tetapi biasa dalam UMNO dan parti2 lain. Kenyataan yang dibuat kepada media bukan satu saluran yang baik untuk menjaga imej parti. Jadi keputusan untuk memanggil media oleh kedua2 pihak menampakkan suasana yang amat runcing sehingga terpaksa nelaporkan kepada orang luar tentang isu rumahtangga PAS. Tidak ada sesiapa yang tahu apa agenda kedua-dua pihak dan dimana ianya akan berakhir. Namun peristiwa ini mengundang pelbagai persoalan :-

1. Adakah PAS akan berpecah sebagaimana yang berlaku dizaman Asri? Jika ini benar maka PAS akan mengalami satu lagi tsunami politik dalaman yang akan menggoncangkan parti itu sehingga ke akar umbi. Mampukah parti ini akan bertahan, kita tunggu dan lihat.

2. Adakah dakwaan Hasan Ali tentang keresahan ahli PAS bawahan terhadap halatuju PAS kini itu benar? Jika benar, sejauh mana meluasnya keresahan itu? Pimpinan PAS harus meneliti perkara ini tanpa perlu melenting tak tentu arah kerana yang menegur itu bukan orang biasa tetapi bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden, bukan calang2 orang.

3. Adakah orang Melayu lain, yang selama ini penyokong senyap PAS, akan terus mengundi PAS pada PRU13 atau PAS akan kehilangan banyak undi Melayu yang kini dikatakan semakin gusar dengan perkembangan halatuju parti itu? Jika ini benar maka yang untung adalah UMNO. Amatmalang, yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran. Adakah ini langkah yang bijak? Kedua2 pihak harus mengkaji dengan teliti implikasinya.

4. Apakah akan ada lagi pimpinan PAS lain yang akan mengekuarkan kenyataan akhbar? Terdengar juga dari jauh-jauh bahawa ada pimpinan PAS lain yang menyatakan sokongan kepada kedua2 pihak. Katanya Harun Din menyebelahi Hasan Ali. Adakah ini benar? Adakah Mat Sabu akan mengeluarkan kenyataan? Khabarnya Presiden sendiri amat cenderung kepada puak ulamak tetapi terpaksa akur dengan kumpulan Erdogan disebabkan desakan dalaman yang kuat. Pihak manakah beliau akan sokong?

5. Apaakah Hasan Ali dan Nasharudin  tidak akan dicalonkan? Mungkinkah kedua2nya akan terus digugurkan keahlian atas alasan mereka ini adalah alat UMNO? Mana-manapun tindakan yang diambil sudah pasti PAS akan terbelah dua kerana kedua2 mereka ini ada pengikutnya tersendiri. Mereka bukan orang baru malah pernah dianggap sebagai nafas baru PAS semasa zaman AlMarhum Ustaz Fadhil Nor. Kenapa secara tiba2 mereka dinyahkan dari persada politik PAS? Tidakkah ada jasa mereka terhadap parti ?

Ini antara persoalan2 besar yang bermain dalam kepala masyarakat yang ingin melihat PAS kembali kepada kekuatan mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Banyak orang yang saya temui menaruh harapan ini didalam sanubari mereka. Mereka ini ada yang merupakan ahli UMNO tetapi kecewa dengan parti itu yang semakin korup, mereka juga ahli PAS yang ikhlas ingin melihat negara islam terus dikekalkan, mereka juga adalah ahli korporat yang sudah tidak percaya kepada UMNO, mereka juga adalah NGO islam yang selama ini peyokong tegar PAS tetapi secara senyap dan mereka ini adalah rakyat marahein yang inginkan kebenaran dan yakin hanya PAS saja yang mampu menegakkannya.

Apa langkah yang akan diambil oleh pimpinan PAS terhadap kenyataan2 Hasan dan Nasharudin ini adalah kritikal dan akan menentukan nasib PAS pada PRU13 nanti. Pimpinan PAS harus berhati2  tanpa dengan mudah tertipu dengan agenda musuh. Pimpinan PAS juga perlu mempunyai jiwa yang besar dengan sanggup menerima kritikan dari ahli terutama pimpinan sendiri kerana jika ini tidak berlaku maka PAS tidak jauh bezanya dengan UMNO yang menuntut ahli sentiasa memuji para pemimpinnya.

Rakyat menunggu dengan penuh debar.


Responses

  1. Jurulatih tidak perlu membazirkan masa memotivasikan seorang pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana dia lebih sukakan 6-4-0.

    Demikian kiasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berhubung tribulasi dalam perjuangan Islam bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah ahli.

    Katanya, jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player.

    Ini, ujarnya terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

    “Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

    • Sdr Nazri,
      Saya secara personal sedih melihat perkembangan yang berlaku dalam Pas ni….tapi ini bukan soal seorang dua yang tidak bersetuju dengan taktik pasukan…..ini soal yang tidak bersetuju selama ini ramai tetapi mengambil sikap senyap kerana menghormati kesepaduan pasukan akan tetapi masalah yang berlaku pasukan telah terpesong lari hingga keluar padang…bila masa nak boleh score gol.
      Golongan yang senyap tapi tidak bersetuju dengan taktik 4-4-2 ini sudah tidak tahan lagi….masalah sudah menjadi ibarat api dalam sekam (bak kata Ust Nik Abduh)….
      Soalnya adalah lebih pokok lagi…iaitu pasukan mesti dibawa baik masuk kedalam padang…..dan bermain dengan taktik yang betul!!

  2. PETIKAN SURAT :PRESIDEN PAS
    Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
    http://presiden.pas.org.my

    Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

    Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

    Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

    Sabda Rasulullah S.A.W.

    (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

    Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

    Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

    Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

    Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khususnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

    Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

    Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

    Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

    Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpihak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walaupun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

    Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

    Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

    (Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

    Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walaupun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

    Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

    Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

    PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan – kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

    Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

    Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

    Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

    PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

    (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

    PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

    Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

  3. Salam tuan Aminuddin

    bersama ini saya sertakan satu komen dari seorang pembaca khusus untuk tuan, setelah dia membaca artikel tuan yang saya ulang siarkan dalam blog saya abatasa2.blohspot.com. Tuan boleh rujuk di sana dan boleh juga kalau hendak jawab satu komen pedas seorang pembaca.

    menarik.

    urm,

    saya nak mintak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan

    “konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini”

    itupun kalau xkeberatan.mintak kongsikan linknya di blog saya

    http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

    kalau boleh sebelum 28hb disember la sebab saya kena bentangkannya pada 30hb disember ini.lagi cepat lagi bagus.harap xkeberatan la.

    kalau ada video n artikel berkaitan dengannya boleh juga dikongsikan.

    syukran…=)

    *artikel tu mengikut kaca mata penulis blog ini lah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: