Posted by: aminuddin | 23/12/2011

Politik Baru

Malaysia dijangka akan mncapai status negara maju dalam jangkamasa 18 tahun dari sekarang. Visi yang diletakkan oleh Tun Mahathir ini telah menggerakkan negara kearah satu matlamat tinggi yang dengan itu diharap bukan saja ekonomi negara akan menjadi lebih mampan tetapi massyarakat akan lebih matang. Pelbagai program transformasi telah dirancang bagi menaikkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat.

Namun jika diteliti dari segi politik, saya melihat negara masih jauh dari target untuk mencapai kematangan. Kalau di negara2 maju kesilapan mana-mana ahli politik samada dalam skandal rasuah, seks, salah guna kuasa, maka dengan sendirinya beliau akan berhenti tanpa menunggu kepimpinan membuat keputusan. Tetapi sebaliknya pula berlaku dinegara ini dimana yang membuat salah atau yang dilihat membuat salah masih terus berkuasa dan mendapat keampunan pihak tertentu. Ini menjadikan rakyat begitu mual seolah-olah negara ketandusan manusia lain yang mampu untuk memimpin.

Begitu juga jika terdapat perbezaan antara parti dan pengikutnya maka yang menjadi mangsa adalah pengikut walaupun pengikut berada dipihak yang benar. Amat sukar untuk pimpinan parti menerima kritikan ahlinya secara objektf dan berlapang dada. Tetapi sebaliknya sesiapa yang memberikan pandangan yang berbeza maka ia akan dinyahkan dari parti, keburukan peribadi akan dijadikan tatapan masyarakat. Ia akan dihina dalam media2 utama seolah-olah tidak ada langsung kebaikkan kepada mereka. Yang anehnya ia bukan hanya berlaku kepada parti2 tertentu tetapi juga berlaku kepada parti islam. Lihat saja kepada apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali dan Ust Nasharudin. Pada satu ketika mereka berdua ditatang dan dijulang sebagai pemimpin masa depan PAS. Dimana saja mereka pergi puluhan ribuan rakyat akan menghadirinya. Mereka berada dikedudukan yang tinggi dalam parti. Kehadiran mereka menyebabkan ramai golongan muda dan profesional  menyertai parti, akhbar Harakah seperti goreng pisang panas yang menjadi rebutan rakyat.

Singkir

Tetapi kini, walaupun mereka memberikan pandangan yang ikhlas akan kedudukan parti yang sudah tersasar dari landasan asal namum mereka terus dihina dan ditentang oleh kawan dan lawan dalam parti. Mereka dianggap duri dalam daging, sebagai boneka lawan, kecewa kerana gagal memenangi apa2 jawatan dalam parti, kecewa kerana mungkin tidak dicalonkan dan lain-lain lagi yang menunggu masa untuk didedahkan. Saya tidak menolak kemungkinan mereka berdua akan terus disingkir dari parti kerana desakan dari pihak-pihak tertentu membuatkan parti tidak ada pilihan lain. Amat malang jika ini berlaku kerana kedua-dua individu ini bukan saja berpendidikan tinggi, bijak malah mampu mampu membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi.

Benarlah sebahagian orang berkata; politik itu kejam.

Visi 2020

Jadi apa sebenarnya yang ingin kita capai dalam Visi 2020? Apa maknanya ekonomi negara maju jika parti2 politik dan pimpinannya masih berada pada tahap lama. Takut pada kritikan, tidak mahu mengaku kelemahan sendiri, kuasa menjadi gilaan dan rebutan, aib mengaibkan. Adakah dengan suasana seperti ini akan melahirkan politik yang matang?  Dimanakan kedudukan islam ketika itu, adakah lebih terjaga atau dicairkan dengan pemikiran liberalism dan pluralism? Kalau ahli2 politik asyik bergaduh maka bila masa mereka akan fikir pasal umat?

Malaysia benar-benar mendambakan budaya politik baru !


Responses

  1. Sekiranya adab-adab berjemaah tidak dihayati dan difahami sepenuhnya.. itulah perkara yang bakal dan sama akan berlaku dalam mana-mana organisasi NGO mahupun syarikat ataupun parti politik…hayatilah adab-adab berjemaah seperti berikut:

    ADAB-ADAB BERJEMAAH

    Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

    Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

    1. Ikhlas.
    Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.

    Abu Musa al Asy’ari menceritakan :

    Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw, dia berkata : Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?

    Sabda Rasulullah: sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.

    Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.
    Firman Allah swt:

    Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus” (Al Bayyinah : 5)

    Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah memberishkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

    Antara tanda-tanda ikhlas dalam diri seorang pejuang Islam adalah:
    – Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat.
    – Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negative yang manzahirkan ketidakikhlasan dalam perjuangan. Contohilah Khalid al Walid di dalam menjalankan tugas (kisah Khalid al-Walid yang menerima surat perletakan jawatannya oleh Khalifah Umar al Khattab)
    – Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
    – Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
    – Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
    – Prihatin terhadap keperluan jamaah. Sentiasa mengutamakan aktivit jamaah dari aktiviti sendiri dan menganggap semua kativiti jamaah adalah penting untuk diikuti dan dilaksanakan.
    – Bertolak ansur dalam mengendali gerak kerja dan permasalahan jamaah.
    – Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kelamahan kerana sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini.
    – Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

    2. Istiqomah
    Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya:

    Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)

    Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.

    Dalam Hadis Nabi yang lain:
    Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyengutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”

    3. Taat
    Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah:

    “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)

    4. Disiplin
    Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:
    a) Tatatertib dan kelakuan diri.
    b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
    c) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
    d) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.

    Adapun disiplin di dalam jamaah telah ditetapkan di dalam perlembagaan secara tegas. Mereka yang melanggar disiplin jamaah akan dikenakan hukuman melalui Unit Hisbah yang dibuat untuk memantau disiplin ahli. Antara disiplin secara umum di dalam jamaah adalah:

    a) Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.
    b) Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.
    c) Taat kepada arahan dan perintah Jamaah.
    d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah.
    e) menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.
    f) Beramal dengan akhlak Islam.
    g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.

    5. Percaya dengan pertolongan dan janji dari Allah.
    Seseorang yang menceburkan dirinya dengan perjuangan Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan janjinya di dunia dan akhirat, ini hendaklah dengan adanya sifat taqwa, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya, serta tidak mundur walau sedikitpun dalam arus medan perjuangan.

    Dalam sejaran Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang bersama-sama dengan baginda melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada satupun wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar menandakan kemenangan Islam, namun siapa menyangka bahawa akhirnya Rasulullah saw berjaya juga membuka kota Makkah dengan jayanya begitu juga nur Islam berjaya melepasi tembok sempadan geografi dan menembeusi kota-kota Rom dan Parsi, sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelumnya.

    6. Ukhwah (persaudaraan)

    Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka rasulullah saw menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

    Antara kegiatan yang dpat menjalinkan hubungan persaudaraan adalah dengan adanya usrah yang dapat mengeratkan persaudaraan kerana perkataan usrah sendiri membawa maksud keluarga yang tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah secara kekeluargaan. Selain itu program-program secara amal jamaie seperti gotong royong, kerja-kerja kebajikan, perhimpunan (liqo’ Fiqri) semuanya adalah program berbentuk ukhwah yang dapat memandu ikatan ukhwah yang lebih erat.

    Perkara berkaitan dengan ukhwah dapat dilihat dalam tajuk ke (4) yang akan dibincangkan secara terperinci insyaallah.

    7. Kerahsiaan
    Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu setiap anggota jamaah perlu menjaga kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ia juga supaya dapat membantu mengekalkan survival jamaah.
    Ada perkara yang perlu diberitahu kepada semua masyarakat, iaitu yang berkaitan dengan dakwah dan penerangan. Adapun perkara yang berkaitan dengan strategi dan urusan dalaman, hanya ahli-ahli sahaja yang boleh tahu dan menjadi satu kesalahan besar apabila ada anggota yang sengaja membocorkan rahsia jamaah. Ia ibarat seperti mengkhianat yang kesannya akan membantutkan usaha dan strategi jamaah, membayakan ahli-ahli yang lain, dan sebagainya.

    (Perkara terperinci yang berkaitan dengan kerahsiaan akan diperbincangkan pada tajuk yang ke ) , Minggu ke 5. Insyaallah.)

    8. Tidak leka dengan pencapaian yang ada.
    Dalam menghadapi tentangan dari musuh-musuh Islam, kadangkala gerakan Islam mampu untuk berada dalam situasi yang menyenangkan seperti memenangi pilihanraya, berjaya dalam satu-satu aktiviti, keahlian bertambah, berjaya mengurangkan tekanan dan seumpamanya. Namun kesemua itu tidak dapat kita banggakan kerana kadangkala pencapaian itu bersifat sementara. Lihatlah sirah bagaimana dalam peperangan Uhud pada mulanya Islam berjaya mencapai kemenangan awal, namun atas kealpaan dan kelekaan akhirnya tentera Islam dikalahkan oleh puak-puak musuh.

    Kejayaan dan kemenangan yang diukir haruslah diiringi dengan kesyukuran dan sentiasa bermuahasabah adakah kemenangan ini kemenangan yang hak ataupun pencapaian ini sekadar istidraj (kemurkaan) Allah.

    9. Menunaikan janji dan beriltizam dengannya.
    Dalam hal ini Allah swt mengingatkan kita dalam FirmanNya:

    Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan” (An Nahl: 91)

    Akhlak yang baik dikalangan ahli jamaah adalah sentiasa menunaikan janji samaada kepada kawan ataupun kepada musuh-musuh. Tidak menunaikan janji akan mengakibatkan hilangnya thiqah (kepercayaan) orang lain kepada diri kita.

    10. Tidak melampau.
    Allah swt melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajahah salasiyah.

    Sikap melampau akan mengurangkan kawan, meramaikan musuh, melambatkan kemenangan, serta mengurangkan keindahan Islam yang cuba dibawa. Sabda Nabi saw:

    “Permudahkan (segala urusan), jangan dipersulitkan, ajaklah dengan baik dan janganlah menyebabkan orang menjauh”. (H.R. Bukhari)

    Sikap melampau seringkali berlaku kadangkala dalam urusan yang remeh (furu’) dan inilah yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan gerakan Islam.

    AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN
    1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.
    2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya mengalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.

    3. Mesti bersifat dan berakhlaq lemah-lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri dari pergaulan dengan masyarakat.

    4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.

    5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.

    6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlaq yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlaq ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji
    adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.

    7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak dijui dengan kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi kerenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqomah dalam perjuangan.

    8. Suci diri dan mulia. Antara cirri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri dari mengikut tuntunan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dari mengikut hawa nafsu dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.

    9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri. Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.

    AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

    Di peringkat awal ada dibincangkan akhlak dan adab berjenaah secara umum, dan di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut.

    1. Beriman dan rajin beribadah
    2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih dari dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya.
    3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.
    4. Beriltizam dengan kefahama yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.
    5. Menjadi orang yang setia (tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.
    6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.
    7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.
    8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih saying terhadap sesama ahli yang lain.
    9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.

  2. Terima kasih atas artikel yang cukup bernas dan ikhlas. Saya sanjung tinggi penulis yang jujur terutama berkaitan agama. Kita sedang masuk fasa rumit tamaddun dunia, semakin sukar menemui manusia yang berilmu dan ikhlas dengan ilmunya. Apa yang tuan sumbangkan akan menjadi mutiara yang mahal harganya. Manusia kini meninggalkan amanah. Ini akan menjerumuskannya ke lembah hina di sisi Allah walaupun mendapat darjad mulia di sisi manusia.

    Izinkan saya siarkan semula mana2 artikel yang tuan hasilkan untuk bacaan mereka yang hauskan maklumat yang benar dan inginkan pedoman. Terima kasih.

  3. adakah PAS sebuah jamaah yang wajib ditaati dan diberi wala’ sepenuhnya ? sedangkan PAS melanggar ayat Allah surah al-Mumtahanah menyuruh orang beriman supaya jangan menjadikan orang kafir sebagai auliya’ . tetapi PAS memilih bersekongkol dengan kafir harbi DAP.

    setelah apa yang berlaku pada PAS kini layakkah PAS masih mendabik dada mengakui bahawa PAS adalah sebuah jamaah yang bercirikan Rabbaniah yang wajib ditaati ?

    di mana syura ulama’ PAS dalam mendamaikan kemelut dalaman PAS yang semakin meruncing ini ?

    atau adakah ahli2 syura PAS diletakkan orang yang tidak berkelayakan sebagai ahli syura , seperti golongan syiah PAS yang ada dalam PAS. golongan pengampu dan pelobi , golongan pak turut bagai lembu dicucuk hidung dan sebagainya ?

    saudara kena faham kepimpinan PAS sekarang telah berubah dari kepimpinan ulama’ yang dibangga2kan dahulu .PAS pun demokrasi juga . tengok bilangan ramai menyokong . syura ulama’ pun kena ikut suara ramai buktinya TGHH menjulang tangan orang syiah jadi pemimpin PAS sedangkan ramai lagi ulama’ dalam PAS lebih layak memimpin, julang juga tangan yahudi Asia Tenggara

    siapa sebenarnya PAS sekarang , sebuah parti islam berpandukan al Quran dan sunnah untuk perjuangkan islam ???????

    sayang selalu saudaraku umat islam PAS

  4. So, saudara sahibul fadilah… parti mana yang betul-betul perfect berlandasakan AL-quran dan sunnah? jemaah yang mana kat Malaysia ini perfect dari sudut tarbiyah dan siayasah yang berlandaskan al-quran dan sunnah. ISMA, JIM, ABIM atau UMNO? dan yang mana lebih baik mngikut sunnah dan perjuangan rasulullah.. parti mana yang memperjuangkan hukum-hukum ISLAM? kalau sekadar omong-omong kosong tak perlulah nak berbicara banyak dan jawapan terserah pada saudara ya… itu sahaja daripada saya terima kasih…

  5. tak da masalah pada jamaah lain, cumanya masalahnya ada pada PAS sahaja yang mengakui mereka harakah islamiah pada hal mereka adalah sebuah parti politik yang boh nama islam ja .

    lagi tak betulnya merasakan hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain semua salah .

    lagi2 tak betulnya merasakan pandangn orang lain semua salah bila ada orang beri pandangan PAS salah, mereka dah kata orang ikut UMNO, dalam kepala mereka orang islam malaysia ini hanya orang PAS atau UMNO sahaja.

    tak ada omong2 kosong punya , lihat saja penyokong2 taassub PAS di mesir tu PMRAM terlampau taassub dah jadi bodoh pula nama pelajar agama , mudah2 ja menghukum orang lain tak betul, senang2 ja hukum orang lain kafir, yahudi, agen yahudi , buat masjid dhirar dan lagi2 lah .itulah pengikut2 setia PAS
    kenapa orang PAS macam Tuan Ismail Petra ini tidak tarbiah mereka ini , masakan tak kenal mereka ,

    heh …….. tuan ini tak baca kah amanat hadi, tak baca kah buku berbilang2 jamaah tulisan harun taib , depa2 tu sekarang dah tua, dah matang tak sebut macam tu dah kot, tetapi dengan tulisan sebegitu telah puluhan ribu orang yang telah mereka jumudkan, termasuk tuan kita ini tuan ismail petra juga kot …….

  6. tak jawab soalan..cuba lari tajuk…jemaah mana yang bagus? tiada jawapan kan atau jemaah saudara sahaja yang perfect? tulisan,penerbitan dan blog pimpinan jemaah saudara sahaja yang banyak membantu pekembangan ISLAM dan tidak menjumudkan penyokong..sungguh bagus..terima kasih ya. begitulah jemaah yang didokongi oleh saudara sahibul fadilah…..menjadi batu kepada pepecahan jemaah ISLAM di Malaysia dengan mengambil isu-isu ranting….SYABAS DAN TAHNIAH..kekalkan komitmen dan momemtum untuk mencari kesalahan-kesalahan penyokong jemaah agar semua jemaah ISLAM dipandang serong.. tahniah ya..teruskan usaha lagi…

    SEGALA USAHAMU AMAT BERBALOI…

    • Sdr Ismail Petra,

      Saya ada menyebut soal takamul iaitu saling lengkap melengkapi dikalangan jemaah, umat Islam, jadi soalan saudara itu tidak penting kerana Islam itu milik seluruh umat…kalau ada pun jemaah yang dikatakan paling baik itupun…ia memerlukan jemaah2 dan individu muslim lain untuk melengkapkannya….
      Cumanya bila sesuatu jemaah menghadapi kritikan yang hebat…lalu ia mengeluarkan adab2 (seolah2 rotan) untuk membuatkan ahli2nya diam dan dicucuk hidung supaya akur sahaja akan apa yang diputuskan walaupun keputusan yang dibuat kelihatan lebih banyak mafsadahnya kepada umat….maka bagi saya jemaah tersebut telah merendahkan dirinya, kualiti dan kredibilitinya…
      Tidak usahlah menjawab secara sinis begitu…kerana bahasanya melambangkan kelemahan!!

      • terima kasih orang lama…dah lama tak bersua…ya..baru ingat tentang takamul..terima kasih selagi…ingat dah lupa..adab-adab berjemaah bukan untuk ahli2nya diam tetapi sebagai memperingati sahaja..jemaah saudara ade adab-adab2 berjemaah atau polisi atau pun garis panduan (kalau tak faham bahasa melayu la)..kalau tak de better pi la oversea atau negara islam yang perfect..cari jemaah yang perfect kat sana..khatam n ajar semua jemaah kat malaysia mengikut adab-adab terbitan jemaah saudara..terima kasih selagi lagi..ya memang saya bnyk kelemahan..saudara sahaja perfect..baguslah jemaah saudara..sgt2 perfect..

      • lepas ni saudara sahibul dan orang lama..boleh aplikasi polisi atau adab2 berjemaah saudara tu kat organisasi masing-masing..kalau dah jadi ketua unit atau jabatan ataupun NGO jemaah islam…if tak puas hati dengan kenaikan gaji atau keputusan organisasi…buat statement kat luar ye dan jangan bincang dalam mesyuarat..nanti org tak tahu..buat dalam media TV3, utusan, bharian, harakah, blog dan facebook. mudah dan cepat..sebab utamanya tak memberi manfaat pada pekerja-pekerja bawahan..hilang bonus dan kenaikan gaji..walaupun terdapat segelintir pekerja yang malas bekerja, banyak makan, tido ataupun makan rasuah.. hidup saudara..mesti ramai yang menyokong coz saudaralah panglima sejati…

      • best pulak nak bercerita…lepas tu..jawatankuasa disiplin panggil ketua yang buat sebaran tu….buat tribunal..keluarlah polisi-polisi yang organisasi saudara tu untuk jatuhkan hukuman…owh seperti kata saudara..organisasi tu dan rendah kualitinya dan kredibiliti…maka saudarapun buat lagi satu polisi baru dan tubuh organisasi baru..coz organisasi saudara yang lama dah tak perfect..byk kelemahan..kualiti dan mutu yg sgt rendah.. buat yang baru lagi baguskan.PERFECT..SEMPURNA…BIJAKSANA.. macam tu la sejarah jemaah saudara..sungguh cemerlang..

  7. Sdr Ismail Petra,

    Nak buat macamana, nak harapkan harakah bagi laluan…golongan tertentu aje dan versi tertentu aje boleh keluar….jadi janganlah salahkan ahli pergi ke media2 lain….hatta artikel Timbalan Mursyidul Am Harun Din pun kena tapis dan tak dibenarkan keluar dalam organ parti …ni apa cerita ni?? Kata UMNO teruk…ini lagi teruk punya kes ni!!
    Selalu sangat nampak salah orang ni…salah sendiri besar gajah depan mata pun tak nampak!!

  8. maaf lah..gajah depan mata saya tak nampak…saudara pulak fuyoo!!! semua nampak..nyamuk, gajah apatah lagi dinasour kat seberang laut…habis semua nak burukkan termasuklah penyokong ahli pun diheret sekali….habis semua diburukkan dan dipandang hina..bagi saudara semua jemaah terutama yang terlibat dengan front politik tu tak betul….jemaah saudara sahaja yang betul2 berlandaskan al-quran dan sunnah…lepas ni boleh masuk front politik..insyaallah saya doakan saudara dan jemaah saudara masuk PRU-13 nti…boleh ganti UMNO dan PAS..oklah terima kasih atas nasihat dan teguran saudara…wsslm

  9. heh ……. orang lama tak perasan ke?

    saya kejutkan dia sikit tuan ismail petra ni, tengok dia dah merajuk ,melenting naik angin bila kata PAS ada salah, dia mesti tak boleh terima,

    hai la ismail petra …….
    anda tulis adab2 jamaah panjang2 , orang kuat PAS sendiri tak ikut adab2nya tapi yang disingkirkan orang lain . kenapa tak nampak ka Syaari Syungib yang dahulunya tak ikut adab jamaah PAS mengeluarkan kenyataan tak rujuk syura ulama’ PAS, bila dr hassan ali buat kenyataan akhbar marah pulak .

    ikhlas sahaja tak jadi, mesti jalannya ikut syarak tuan ismail petra ya.
    tapi PAS dah pilih jalan ‘ matlamat menghalalkan cara’ , itu tak ikut syarak tu, sebab dah bersekongkol dengan kafir harbi DAP, ikut syarak ke tu, bagaimana boleh ikhlas perjuangkan islam dalam PAS ?

    jangan la merajuk dan melenting2, PAS pun banyak salah juga kan , terimalah ya ……..salah besar tu kena taubat ya, salah kelirukan ummat islam tu kena mengaku kesalahan dan patah balik , betulkan balik kefahaman ummat yang dikelirukan tu .

    kalau PAS kalah PRU 13 nanti , kami umat islam nak harap pada parti islam mana pulak , kalau nak harapkan parti islam PAS buat negara berkebajikan ,negara2 barat dan negara yahudi lagi la banyak buat kebajikan .

  10. Apa yang saya harus lakukan sebagai rakyat biasa dalam keadaan sekarang wahai penulis?

    • Pada pandangan saya kita harus :-
      1. Menyatukan semua umat islam tanpa kira ideologi politik
      2. Menjelaskan dan mengajak semua rakan2 supaya berusaha bersama2 menyatukan umat islam
      3. Membaca dan mengkaji ideologi politik DAP dan peranannya dalam memecahkan umat islam
      4. Bergabung dalam mana2 gerakan atau kesatuan yang membawa mesej perpaduan umat islam
      5. Menulis dalam FB atau blog atau tweet atau mana2 ruang akhbar atau majalah ttg peri pentingnya kesatuan.

  11. saya sudah bosan la dengan komen2 merendahkan A mengutuk B mencaci C aku sorang je betul aku terbaik aku hebat. A salah B penipu C pengkhianat. Pening saya, saya seorang mahasiswa berumur 18tahun

  12. Terima kasih saudara penulis. Inyallah, kita akan terus berjuang demi islam di bumi Malaysia ini.

  13. Saya setuju dgn pandangan penulis. Tahniah kpd Frado krn btanya ttg tindakan seterusnya🙂

    Pemikiran yg sgt matang.

  14. Salam.

    kepada Saudara Orang lama,Ismail Petra n Orang lama. Anda mewakili pertubuhan masing2. Tapi cara komentar anda tidak professional/kurang menjaga adab berdebat malah menimbulkan lebuh banyak polemik perbincangan.Kritikan perlu ttpi perlu lebih professional dan tidak menyerang peribadi masing2. Ini tak akan dapat merialisasikan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dan “Membangun Ummat beragenda “. Betul setiap orang ada pengalaman peribadi dengan pertubuhan tertentu samada buruk ataupun baik. Tetapi kalau berterusan begini anda hanya kan membawa sikap politik kepartian anda di mana2 sahaja tak kira lah anda ni NGO ataupun mewakili parti politik. Bukan kah bersabar utk mengatakan keburukan akhlak/peribadi orang lain itu lebih baik dan membawa kepada kesatuan cara berfikir seperti yang ditunjukkan oleh ikhwan mesir?. Saya mencadangkan diakhir perbincangan dan kritikan anda bertiga dgn menulis /mencari lebih banyak titik persamaan daripada titik perbezaan yang tak kesudah dan memohon maaf diatas keterlanjuran masing2.

    saya ni sekadar mahasiswa dan bukan orang lama.

    Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tegur.

    wallahualam

    Mohamad Anas Bin Mohamad Yusuf
    4th Year Mechanical Student
    The University Of Sydney.

    Melayu Sepakat Islam Berdaulat
    Membangun Ummat Beragenda

  15. Salam.

    kepada Saudara Orang lama,Ismail Petra n Sahibul Fadilah. Anda mewakili pertubuhan masing2. Tapi cara komentar anda bertiga tidak professional/kurang menjaga adab berdebat malah menimbulkan lebih banyak polemik perbincangan.Kritikan sangat perlu ttpi perlu lebih professional dan tidak menyerang peribadi masing2. Ini tak akan dapat merialisasikan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dan “Membangun Ummat beragenda “. Betul setiap orang ada pengalaman peribadi dengan pertubuhan tertentu samada buruk ataupun baik. Tetapi kalau berterusan begini anda hanya kan membawa sikap politik kepartian anda di mana2 sahaja tak kira lah anda ni NGO ataupun mewakili parti politik. Bukan kah bersabar utk mengatakan keburukan akhlak/peribadi orang lain itu lebih baik dan membawa kepada kesatuan cara berfikir seperti yang ditunjukkan oleh ikhwan mesir?. Saya mencadangkan diakhir perbincangan dan kritikan anda bertiga dgn menulis /mencari lebih banyak titik persamaan daripada titik perbezaan yang tak kesudah dan memohon maaf diatas keterlanjuran masing2.

    saya ni sekadar mahasiswa dan bukan orang lama.

    Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tegur.

    wallahualam

    Mohamad Anas Bin Mohamad Yusuf
    4th Year Mechanical Student
    The University Of Sydney.

    Melayu Sepakat Islam Berdaulat
    Membangun Ummat Beragenda

    • teguran membina.syukran..terima kasih saudara anas. mohon fokus kepada kesepakatan jemaah Islam lebih daripada kesepakatan melayu..

  16. saudara mohd anas ,

    maaf saya katakan , sape2 ja boleh menulis diruangan ini dan sapa2 ja yang suka boleh membacanya , tidak perlu profesional , hanya untuk membaca , memikir memilih , anda juga jika suka menulis memberi buah fikiran silakan tidak perlu profesional hingga tidak kesampaian maksud .

    tapi siapa anda yang meletakan slogan menunjukan anda ini siapa, bagi saya tanggalkan dahulu topi yang anda pakai dari golongan mana anda . pas . umno atau dari mana2 golongn supaya mudah pencinta kebenaran menilai , tanpa taasub kepada mana2 pihak seterusnya mengatakan hanya dia sahaja yang betul dan menolak pandangan orang lain . pandangan sebegini sepatutnya tidak diwujudkan diruangan ini yang boleh menyebab menambahkan lagi kekeliruan ummat , jika ada pandangn2 sebegini mestilah diperbetulkan

    anda suka ? ……….

  17. Sdr Mohd Anas,

    With due respect pada sdr, untuk elakkan perbedaan pandangan kita baca aje tulisan sdr Amin diatas dan terima dan tolak mengikut selera masing2 dan habis cerita…tak ada kecoh2. Saya percaya tak ramai yang akan datang melawat blog ini..hehe
    Seingat saya tiada didalam tulisan2 saya samada sengaja ataupun tidak, saya menyerang mana2 peribadi…kalau adapun saya serang sikap2 yang saya rasakan tidak betul..maka dalam berhujah biasalah orang yang disebelah sana perlu menyangkal hujah saya…semua itu demi kebaikan…kefahaman yang saya percaya boleh memberi manafaat…jika saya salah maka hujah lah balik..tak ada masalah, Yang jadi masalahnya sekarang ialah diluar sana umat sedang keliru dengan gelagat berbagai pihak dalam memperjuangkan agenda masing2.
    Apa yang perlu kita fikirkan ialah KEPENTINGAN ISLAM mesti diletakkan diatas berdasarkan kefahaman ilmu Islam yang hak dan diterjemahkan kedalam realiti masyarakat.
    Saya mengkritik PAS yang punya agenda Islam tetapi memilih berkawan dengan DAP untuk melaksanakan agenda mereka itu….jadi penyokong2 PAS disini kena pertahankanlah kerana kesan tindakan PAS ini bukan pada ahlinya sahaja tetapi juga kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam umumnya.
    Tambahan pula episod Dr Hasan Ali sekarang melihatkan wajah PAS yang sebenarnya……

  18. zaman kemuncak Anwar Ibrahim , Abim adalah NGO Islam yang kuat dari segi kewangan dan organisasi , kini muncul Isma dengan kekuatan Organisasi dan kewangannya , siapakah dibelakang Isma ….

    • ahli-ahlinya adalah tunggak kekuatan ISMA.

    • Duit untuk ISMA adalah dari poket ahli-ahlinya. Adapun sumbangan yang diberi setelah melihat dan menyokong dakwah/ agenda yang di bawa oleh ISMA boleh datang dari mana-mana pertubuhan atau individu Islam. ISMA bersyukur dengan hal seperti ini dan semoga semuanya (yang berjihad HARTA dan JIWA) tergolong dalam ayat as-Saff “Mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya, dan mereka berjijad di jalan Allah dengan HARTA dan JIWA, itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui”.

  19. pelik juga dikala ulama haraki di timur tengah mulai bersikap liberal dengan menerima golongan sekular dan sosialis di malaysia wujud jamaah yang bersikap inklusif dan ultra hanya pada satu kaum sahaja dan menolak golongan lain di dalam perjuangan mereka

    • Sdr ahmad albab,

      Realiti di timur tengah berbeza dari Malaysia kerana sifat demografinya yang homogenous iaitu 90% Arab dan beragama Islam pula sedangkan di Malaysia tidak begitu keadaannya dimana orang Islam hanya 60% sahaja dan selainnya bukan Islam. Perbedaan agama dan juga bangsa itu merupakan satu masalah yang perlukan pemahaman syara’ yang mendalam dan melaksanakannya didalam realiti, bukan main hentam keromo meniru bulat2 keadaan ditempat lain yang jauh berbeda.
      Saya sendiri masih sangsi atas penerimaan ulamak haraki ditimur tengah akan golongan sekular dan sosialis walaupun mereka dalam keadaan in control kerana rencana Amerika/Yahudi/Barat kini telah berubah dalam menghadapi Islam post 11/9 iaitu dengan masuk kedalam saf mereka, pecahbelahkan mereka, gunakan ulamak2 dengan menghantar mereka melanjutkan pelajaran di Oxford dsbnya lalu bila pulang berubahlah cara pemikirannya.
      Pada saya parasit yang dikatakan telah mengubah halatuju perjuangan PAS sekarang ada benarnya dan kita semua perlu kenalpasti dan PERANGI MEREKA!!

  20. bagaimana dengan indonesia yang 90% penduduknya beragama islam . dengan kepelbagaian fikrah partai islam nya maka partai yang menang adalah partai demokrat pimpinan SBY . di malaysia pulak umno bn yang sealiran dengan partai demokrat , golkar pula telah memerintah 54 tahun sedang pelbagai jamaah islam berbeza pendapat . ada yang menyebelah umno dan ada yang bersama dengan PR . ada baiknya jamaah islam berpadu menyebelahi PR seperti yang ditunjukkan oleh kesepakatan JIM , ABIM dan beberapa NGO ISLAM yang berada di belah Barisan Alternatif dalam pru 11 1999 untuk menumbangkan BN .
    Tentang perubahan strategi US terhadap Ikhwan di Mesir dan Taliban di afghanistan menunjukkan kegagalan US untuk menghapuskan gerakan islam di dunia arab dan asia . setelah melihat kejengkelan rakyat kepada boneka lantikan mereka , kini mereka terpaksa menerima hakikat bahawa boneka lama hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri sedang rakyat berhadapan dengan masalah pengangguran dan kemiskinan .
    diharap dengan menangnya parti berteraskan gerakan islam di sana akan dapat menunjukkan kelainan kepada masyarakat keunggulan dan kebaikan yang ada pada parti yang berteras islam kepada masyarakat dunia sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh ERdogan dengan parti keadilan dan pembangunan .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: