Posted by: aminuddin | 14/01/2012

Disebalik Peristiwa

                                               

Semenjak hampir seminggu yang lepas politik negara dikejutkan dengan dua peristiwa besar yang melibatkan dua pemimpin Melayu iaitu YB DS Anwar dan YB DD Hasan Ali. Bukalah mana-mana akhbar, TV dan laman sesawang maka kita akan berjumpa dengan pelbagai komentar secara verbal dan tulisan dibuat terhadap kedua2 peristiwa ini.

Peristiwa ini memberikan kita beberapa perspektif terhadap politik negara dan bangsa Melayu. Kita tidak harus melnilainya dari aspek luaran tetapi juga apa yang ada  disebaliknya.

Ada Campurtangan Politik ?

Kalau ditanya kepada masyarakat samada yang intelek maupun rakyat biasa maka respon mereka terhadap keputusan kes DSAI adalah amat mengejutkan. Bukan kerana keputusan yang DSAI didapati tidak bersalah tetapi cara keputusan dan hujah yang diberikan oleh YM Tuan Hakim amat luarbiasa. Dilaporkan YM Tuan Hakim hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk berhujah dan alasan yang diberikan pula adalah kerana DNA ada keraguan sedangkan sebelum ini hakim yang sama menyatakan sample DNA itu boleh diterima. Bukan saja rakyat terkejut malah yang hadir dalam mahkamah juga terkejut termasuk para peguam dan DSAI sendiri.

Kita sama sekali tidak mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi kita juga sukar untuk menolak persoalan yang timbul hasil dari keputusan itu; adakah disana ada campurtangan politik? Walaupun kerajaan menafikannya namun bagi rakyat yang berfikir ianya sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Apakah mungkin kes yang memakan masa hampir 3 tahun dengan ratusan bukti, melibatkan individu yang sangat berpengaruh, mendapat liputan media dunia, hanya diputuskan dalam masa 5 minit. Ini sesuatu yang pelik dan mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah perundangan negara.

Adakah disana ada campurtangan politik yang menyebakan YM Tuan Hakim terpaksa membuat keputusan yang “tergesa-gesa”?

Jika telahan ini benar maka bermakna badan kehakiman negara masih jauh dari kebebasan sebenar yang didambakan oleh rakyat.

Begitu juga dengan kes DD Hasan Ali. Pemecatan beliau dari PAS dilihat adalah hasil desakan dari Timbalan Presiden PKR bukan atas sebab2 dalaman parti. Komen beliau terhadap 901 tanpa disangka membawa padah kepada diri beliau sendiri. Yang menariknya ianya berlaku hanya selepas 2 hari desakan itu dibuat.

Adakah penyingkiran itu adalah atas dasar prinsip atau dasar menjaga kedudukan politik pihak2 tertentu? Keputusan yang drastik tanpa memberi peluang kepada empunya diri berhujah menjadi persoalan ramai pihak terhadap kewibawaan pimpinan parti islam itu. Tidak sempat badan disiplin melakukan penyiasatan, tiba-tiba hukuman telah dijatuhkan. Ini sesuatu yang sangat unik yang tidak berlaku kepada mana-mana parti lain termasuk UMNO dan PKR. Apa yang pimpinan PAS ingin buktikan kepada rakyat? Itu kita tidak pasti. Apa2pun sebagai orang luar kita tetap menghormati keputusan pimpinan terhadap ahlinya sendiri.

Dasar atau Kedudukan?

Jika dilihat dari kedua2 peristiwa ini ia melahirkan satu kebimbangan dalam politik orang Melayu dimana menjaga kedudukan lebih penting dari dasar sebenar dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan dibuat bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk menang dalam percaturan politik. Jika ini berterusan maka politik orang Melayu menjanjikan masa depan yang amat gelap. Tidak hairan setelah 54 tahun merdeka nasib bangsa Melayu masih ditahap lama dengan ekonomi, pelajaran, kekayaan dikuasai oleh bangsa lain. Malang pulak bila rakyat Melayu lain hanya sekadar mengikut pimpinan bermain politik. Orang Melayu malas mahu mencari ilmu dan berfikir tetapi lebih kepada mengikut sentiment yang ada.

Dalam keadaan ini maka tidak sukar untuk membayangkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah untuk dipermainkan dan diperkotak-katikan.

 

Kebencian yang meluap

Kelibat muslimat PAS dalam meraikan kemenangan DSAI juga telah menjadi buah mulut orang ramai. Gaya, suara dan kata-kata yang dilontarkan semasa perhimpunan 901 dilihat amat tidak cocok dengan keperibadian wanita islam. Ada yang mengatakan ia tidak syarei.

Namun bagi saya, saya masih melihat itu sesuatu yang dibuat tanpa dirancang dan tanpa disengajakan tetapi lebih kepada memperlihatkan akan kebencian yang amat sangat pengikut PAS terhadap kemungkaran yang dibuat oleh UMNO. Ertinya asalkan UMNO jatuh maka apa saja akan sanggup dilakukan. Saya berharap ia tidak sampai keperingkat dimana umat islam dinegara ini sanggup membakar diri sendiri seperti mana yang berlaku pada kebangkitan dinegara2 Arab.

Umat islam kena faham susasan negara tidak sama sesekali dengan tanah Arab. Umat islam harus melihat krisis orang Melayu jauh lebih besar dari krisis politik tetapi meliputi soal-soal yang lebih fundamental seperti soal aqidah. Kajian telah dibuat dimana 70% dari pelajar sekolah menengah tidak menunaikan solah 5 waktu secara penuh.

–         Adakah berbaloi kita berbalah ketika anak2 kita masih mencari-cari jawapan terhadap persoalan hidup?

–         Adakah sesuatu yang cerdik ketika kita berbalah orang lain terus meneruskan misi mendapatkan tuntutan mereka dengan lebih berani dan aggresif?

–         Adakah sanggup diri kita dipermainkan bangsa lain yg bertopengkan Human Rights dan kesamarataan termasuk dalam soal2 agama?

Rakyat Melayu harus benar-benar merenungi perkara ini supaya kita bertindak dan membuat keputusan bersandarkan hujjah syarak dan kebenaran yang kuat bukan sekadar emosi dan kehendak orang lain.


Respon

  1. Sdr Amin,

    Pertembungan politik dikalangan Islamis sekarang ialah ‘Clash of Ideas’ iaitu satu pihak menyokong idea seperti yang di perjuangkan oleh Dr Hasan Ali..iaitu kesatuan umat Melayu dahulu maka barulah orang bukan Melayu kita raikan dengan adil VS Kesatuan Rakyat yang di pelopori oleh DSAI dan ditumpangi oleh PAS yang menyamaratakan semua atas nama keadilan yang akhirnya kita lihat umat Melayu Islam yang masih ketinggalan dalam berbagai bidang akan lebih mencabar nasib mereka dimasa akan datang. Yang paling untung ialah DAP kerana sebelum ini DAP tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian kecuali di Pulau Pinang. Cara fikir DAP sebelum ini hanya untuk menjadi pembangkang yang kuat bagi membela nasib kaum Cina.
    Sekarang DAP dah boleh berangan untuk paling tidak jadi TPM sekiranya PR dapat menguasai Putrajaya.
    Adakah orang Melayu mendapat a better deal dibawah PR….yang pastinya obsesi memalitkan UMNO dengan rasuah yang melampau berjaya memalingkan orang Melayu Islam dari melihat nasib mereka jika kerajaan pusat bertukar tangan!!
    Saya baru mendengar BBC sebentar tadi…rakyat yang berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia kini mengeluh keadaan mereka kini menjadi bertambah buruk dengan kadar pengangguran yang tinggi…nampaknya kehidupan mereka lebih teruk dari keadaan mereka di rejim sebelumnya…akhirnya isu bread and butter juga yang menjadi concern utama rakyat Begitu juga di Libya post Ghaddafi…adakah nasib rakyat menjadi lebih baik…yang ada mereka masih berbunuhan antara satu sama lain…dimana Nato dan sekutunya sekarang?.Mungkin retorik ‘Arab Spring’ menarik imaginasi rakyat marhein untuk melakukan perubahan kerajaan…tapi apakah perubahan yang mereka perjuangkan itu menjadikan nasib mereka lebih baik ataupun mereka hanya menjadi tunganggan pihak yang berkepentigan iaitu BARAT aka Musuh Islam.

  2. Ulasan yg menarik. Saya setuju bhw kebencian yg meluap terhadp UMNO-BN menyebabkan rakyat akan melakukan apa sahaja utk menjatuhkan mereka.

    Namun harus diingat akal yg bijak dan pemerhatian yg tajam perlu dikekalkn agar agama tidak tergadai dlm kebencian yg meluap.

    • Petikan Surat Terbuka Kepada Dato’ Dr Hasan Ali

      Assalamualaykom w.b.t.

      YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

      Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

      Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

      Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

      Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

      Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

      Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

      Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

      Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

      Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

      Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

      Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

      Dr Maszlee Malik
      Ahli Akademik Politik Warga
      UIAM

      • Sdr Ismail Petra,

        Surat ini timbul setelah penyokong2 PAS pening melihat sambutan yang diterima oleh Dr Hasan Ali di siri2 ceramahnya. Kerana apa? Sebab PAS menang tipis dikebanyakan kerusi2 di Selangor dan jika Dr Hasan Ali dapat membuat mereka yang terpengaruh untuk tidak mengundi PAS, maka PAS akan menjadi lemah. Sebelum ini PAS mengulas Dr Hasan Ali berseorangan dan tiada ahli PAS yang mengikuti beliau. Dan juga sebelum ini beliau dituduh sebagai agen UMNO tapi setakat ini publik tidak nampak ianya begitu.

        Saya kenal Dr Maszlee dan dia orang akademik dan bukan orang politik…jadi untuk beliau menasihatkan Dr Hasan Ali yang banyak pengalaman itu adalah seperti seorang Jurutera menasihatkan seorang doktor perubatan bagaimana untuk mengubati penyakit PENING KEPALA!!

      • masih lagi komen saya punya post..up to u..kan saya dah kata..saya malas nak berhujah dengan orang yang syok sendiri… tak hbs2 nak mencari kesalahan PAS..pi bagi nasihat dan post kat FB dan blog pada PM kita yang akidah dia ‘terganggu’ sebab hadir ke Batu Caves….ust harussani dan PAS pun dah tegur.. ko bila lagi? sibuk2 dengan HIMPUN dan HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT..berani ke buat surat terbuka untuk PM? sekadar berhimpun sejuta rakyat sana sini..pemerintah tak beri tegur.. HAMPAS! wassalam.

      • Sdr Ismail Petra,

        Saya setuju dengan Ust Harussani (yang dilebal oleh puak2 PAS sebagai alat UMNO dan ada ustaz PAS di Perak yang gelar dia Haramsani) yang menegur Najib kerana kehadirannya di Batu Caves itu…yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah….
        Saya sarankan juga sdr tengok pulak video DSAI yang hadir dimajlis orang India terkinja2 sambil disorak2 oleh pemuja2nya yang hadir…..Ini semua gara2 nakkan undi…..
        Kesimpulannya perpecahan orang Melayu menyebabkan mereka terpaksa buat kerja2 bodoh seperti ini….kenapa sdr tak komen pemimpin pujaan sdr tu? Maaf ya sdr Ismail kerana buat sdr emo dengan saya…


Tinggalkan Jawapan kepada orang lama Batal balasan

Kategori