Posted by: aminuddin | 02/03/2012

NGO demo tolak LGBT menjelang sidang PBB

Sekumpulan Gabungan NGO Islam hari ini mengadakan perhimpunan membantah sebarang usaha “menghalalkan” seks bebas, terutamanya daripada kumpulan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transeksual (LBGT).

Mereka juga menyuarakan kebimbangan berhubung penyertaan Malaysia dalam persidangan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Isnin depan bagi membincangkan perkara itu.

NONEKira-kira 70 orang yang terdiri dari 46 anggota NGO bergabung bawah Pertubuhan Pembela-pembela Islam Malaysia (PEMBELA) berhimpun menyatakan bantahan mereka selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di Kuala Lumpur petang ini.

Presiden PEMBELA Aminuddin Yahya dalam ucapannya mengingatkan wakil Malaysia di PBB supaya mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dan hanya mengiktiraf kumpulan yang menjalankan aktiviti berlandaskan Islam.

“Selain daripada itu, (ia) perlu dibantah,” katanya sambil menempelak kumpulan yang didakwanya berani mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu berkenaan.

‘Mahu anak gadis bawa teman wanita pulang?’

Turut hadir dalam perhimpunan itu, Setiausaha kumpulan pendesak Melayu PERKASA Syed Hasan Syed Ali, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan wakil Front Bertindak Anti Murtad Kamaruzaman Mohamad.

NONE“Wahai orang-orang bodoh dan dungu, jangan kamu langgar batas Allah. Lesbian hubungan sesama jenis adalah melanggar batasan Allah. Allah, Tuhan kami…

“Kamu kembali ke zaman kuno, zaman tak bertamadun melakukan perbuatan di luar tabii manusia,” tegas Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Islam Pulau Pinang (GABUNGAN) Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Beliau yang juga bekas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang juga memberi amaran kepada PBB supaya tidak berlagak seperti Tuhan atau darah “akan jadi galang gantinya”.

Sementara itu, Kamaruzaman pula berkata, pihaknya membantah tindakan mempromosi, penggalakan dan pengiktirafan terhadap kumpulan LBGT yang didakwanya “jelas tersasar dengan fitrah manusia”.

“Mahukah anak perempuan kamu bawa teman wanitanya dari kaum sejenis pulang ke rumah? Kalau mahu silakan,” katanya yang juga exco Pemuda PAS dengan sinis.

Khutbah tentang resolusi PBB

Dalam perkembangan berkaitan, khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini juga turut menyentuh menyentuh isu tersebut.

“Mimbar ingin memperingatkan kepada perwakilan negara, bantahan mesti diberikan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Resolusi PBB tersebut,” khutbah itu dipetik.

Persidangan majlis hak asasi di PBB Jun tahun lepas mengeluarkan resolusi, antaranya berkenaan pencabulan hak asasi manusia bersandarkan orientasi seksual dan identiti jantina yang disokong 23 negara.

Malah, agensi berita nasional Bernama juga menghantar peringatan kepada pengarang media berhubung program PEMBELA pada hari ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: