Posted by: aminuddin | 04/04/2012

Apa pilihan saudara?

PRU13 kini semakin hampir. Pelbagai ramalan telah dibuat; ada yang kata Jun ada yang kata September dan ada juga yang kata tahun 2013. Yang tahu hanya PM saja. Namun dari riak-riak yang kelihatan, peluang untuk diadakan pada bulan Jun 2012 nampak cerah.

Senario politik juga begitu menarik semenjak PRU12. Pendekata memang banyak isu yang wartawan boleh tulis dalam siaran2 media mereka. Tak kurang juga menarik melihat pelbagai gelagat ahli politik sejak 2008 lagi :-

–          ada yang keluar UMNO

–          ada yang keluar PAS

–          ada yang keluar PKR

–          ada yang keluar sorang-sorang

–          ada parti baru muncul

–          ada parti yang mati tapi bangun semula

–          ada yang tubuh NGO tapi berbau politik

–          ada jalur kiri, ada jalur kanan dan ada jalur tengah

Bagi rakyat pulak :-

–          ada yang sudah buat keputusan nak undi siapa

–          ada yang sudah bertukar fikiran nak undi pihak lain dari parti sendiri

–          ada yang ambil sikap tunggu dan lihat

–          ada yang masih keliru

–          ada yang tak ambil kisah

–          ada yang kecewa dengan perpecahan yang ada

–          NGO2 juga sudah berpecah

–          Paling malang, ada yang masih tak mendaftar sebagai pengundi

Kalau dianalisa performance parti-parti besar yang ada saya merasakan :-

–          DAP akan muncul parti paling dominan dalam PR kerana sokongan padu kaum Cina dan kini mula mendapat sokongan orang Melayu. Di Sarawak dan Sabah, parti ini dijangka akan memperolehi lebih banyak kerusi parlimen.

–          PAS akan menghadapi senario yang sukar untuk dijangka. Perselisihan ynag berlaku di Kedah dan isu parasit yang dibawa oleh DDHA dijangka akan menyebabkan perpecahan dalaman yang besar. Ini membuatkan pengundi mula berfikir semula kemampuan parti ini untuk memimpin negara.

–          PKR akan bertahan setakat yang ada. Parti ini bukan saja tidak ada visi yang jelas malah terlalu bergantung kepada seorang individu.

–          UMNO dengan segala bebanan korupsi yang ada seharusnya sudah lama diganti tetapi dengan pelbagai masalah yang ujud dalam parti2 dalam PR menyebabkan parti ini seolah-olah hidup semula.

Kebimbangan Saya

Jika BN menang 2/3 maka akan berlaku apa yang diistilah ”winners take all”. Akan berlaku permbersihan besar-besaran. Tetapi jika BN gagal dapat 2/3 maka saya jangkakan tidak akan ada perubahan besar akan berlaku. BN akan kekal dengan budaya lama. Ertinya kekayaan negara akan terus dimanipulasikan oleh pihak2 yang rakus, rakyat akan terus miskin.

Jika PR menang, maka perubahan besar akan berlaku dalam pentadbiran negara. Pentadbiran negara akan menyaksikan penguasaan yang lebih luas oleh orang Cina dan India. Kebebasan bersuara akan terbuka luas. Namun kerisauan saya kebebasan ini akan disalah erti hingga menyebabkan kesemuanya menjadi bebas termasuk agama.

Pilihan manakah yang lebih baik? Adakah disana pilihan ke 3? Saya serah kepada saudara untuk menilainya


Responses

  1. Salam,

    Hj Aminuddin; utk sekian kalinya saya menukil dgn kerisauan ditambah nada membantah, walau saya tahu ia mungkin tidak sedikit pun memberi kesan buat doktrin yg saudara bawakan.

    Berlaku ‘adillah, walau kpd mereka yg tidak saudara sukai. Itu hukum Allah.

    Fakta yg saudara canangkan amat salah dan bahaya, utk Islam malah utk rakyat M’sia umumnya, antaranya conclusi saudara;

    “Jika PR menang, maka perubahan besar akan berlaku dalam pentadbiran negara. Pentadbiran negara akan menyaksikan penguasaan yang lebih luas oleh orang Cina dan India. Kebebasan bersuara akan terbuka luas. Namun kerisauan saya kebebasan ini akan disalah erti hingga menyebabkan kesemuanya menjadi bebas termasuk agama…”

    Saya, sungguh, tidak mengerti tujuan saudara seorg yg terlibat dlm NGO dakwah Melayu berbuat sedemikian, dan saya bersedia utk terus bersemuka lagi, atau berbincang lebih pjg dgn saudara dlm isu ini.

    Wallahu’alam.

    • Saya sedia berhujah dengan sesiapa. Saya hanya mewlahirkan kebimbangan saya dan saya ada asas yang sangat jelas. Kecuali saudara boleh membuktikan sebaliknya dengan fakta bukan emosi.

      Pada saya sesiapapun yang menang tidak menjadi persoalan BN atau PR. Yang penting adakah islam mencapai wewenang?

      Saya yakin inilah tujuan dakwah kita semua. Bukan begitu?

      • Dlm pelbagai penulisan saudara, serta beberapa jawapan balas saya pd saudara, malah dlm perbincangan dgn pimpinan plg utama saudara sejak 2008 lagi, suara yg saudara bawakan adalah konsisten & jelas; BAHAYA pakatan khususnya dlm tahaluf siyasi yg PAS & DAP meterai terhadap Islam, Melayu, berbanding apa yg dibuat oleh BN atau UMNO..

        1- Tulisan & pelbagai ucapan saudara dan Abdullah Zaik konsisten menolak apa yg diusahakan dgn bersungguh oleh PR, dan tidak benar spt yg saudara baru nukilkan di atas “tidak menjadi persoalan BN atau PR”. Saya yakin itu bukan stand yg pimpinan ISMA, mahupun Hasan Ali mahukan dlm perjuangan kalian pada masa ini.

        2- Segala jawapan utk persoalan di atas telah acap kali dijelaskan oleh sahabat2 seperjuangan dlm Pakatan ~ PAS khsusunya berdasarkan sirah serta untungnya utk Islam dan dakwah. Mengapa saudara tetap ulangi persoalan menyerang seperti di atas?

        3- Saya kecewa seorg pimpinan NGO dakwah hanya mampu mencedok secara zahir apa yg disebut, terutama dari bekas2 pimpinan PR yg dikenakan tindakan oleh PR; terutama YB Kulim dan YB Gombak Setia, malah dari media yg jelas amat pendusta sifatnya; dgn saudara obses menggunakan hujjah mennyerang dan kecewa yg mereka gunakan. Menggunakan hujjah sedemikian pasti membangkitkan fitnah semula utk Islam di kalangan bukan Islam.

        4- Walhal, “belum pernah” hatta sekalipun pimpinan saudara bersemuka dgn pimpinan utama parti Islam yg menginitiatite kan tahaluf tersebut. Sebaliknya tetap menyebarkan kata “kami sgt sayangkan PAS…” etc, tetapi menyerang utk terus merosakkan adab & ukhuwwah. Siapa yg untung dari percaturan saudara itu?

        5- Saya menyebut etika & akhlaq berjama’ah agar ada tasamuh bahkan ta’awun, atau plg kurang berlapang dlm perbedaan kerana itu yg difahami dlm konteks ta’adud jam’ah sejak sekian lama, tetapi saudara selesa mengambil posisi menyerang, tanpa mahu mendapatkan info sebenar.

        6- Mengulangi kata2 bahawa PAS menjadi tunggangan utama Anwar, PAS dipergunakan DAP, membuang jatidiri Islam & Melayu adalah satu dusta yg dah lama PAS terpaksa hadapi, tapi tidak pernah dari mulut sebuah jama’ah Islam spt yg saudara canangkan. Susurilah sejarah ketegasan PAS dan prinsip dakwah yg dipegang oleh Arwah Ust Fadhil, Ust Hadi atau TG Nik Aziz sekalipun dlm mendepani susuk perjuangan individu Anwar sejak sekian lama, namun PAS menekuni hikmah penyatuan dakwah yg Tuhan turunkan, bukan melawan arus tersebut. “Hikmah itu diambil bila terjumpa”.

        Itu sebenarnya kebimbangan saya, kerana setiap apa yg saudara & pimpinan saudara tulis terus menjadi doktrin di kalangan adik2 ISMA yg sgt ikhlas malah baru mahu berta’aruf dgn kumpulan Islam yg baru mereka jumpa itu. Gagalnya saudara mencorak mereka kesannya amat besar utk masa depan mereka melihat waqi’ dakwah sebenar di M’sia.

        Akhirnya buat masa ini;

        > Yaa, saya bahkan sahabat2 yg terjun di medan tersebut malah mengharungi rintangan sebenar arus dakwah pasca tahaaluf siyasi PR ini mahu berbicara di sini, atau di lapangan lain atau bersemuka agar saudara benar2 nampak apa manfaat yg Islam kecapi dari ke’adilan sejagat yg Islam perjuangkan.

        Kerana, saya yakin kebergantungan saudara pada fakta2 dlm pelbagai tulisan saudara selama ini amat longgar, berprejudis & kecewa walau dinyatakan dgn niat yg fasik oleh penyampainya.

        Insya Allah, saya terus bersedia utk ikhwah & sahabat2 lain yg membaca ini utk memberi pandangan atau pertanyaan lanjut dlm email atau atau apa lain sekalipun, byk sgt yg mahu saya kongsikan dlm isu waqi’ dakwah di M’sia ini.

        Wallahu’alam.

        hingga bersua kembali nanti…
        assayuti@gmail.com

      • Respon saya,

        1. saya tak pasti kenapa saudara begitu sensitif bila saya komen PR tapi tak sensitif bila saya komen BN. Siapa yg prejudis?
        2. Jangan baca tulisan saya terpisah-pisah tapi lihat secara keseluruhan terutama kesimpulan saya. Biar adil dlm membaca.
        3. Saudara masih terikat dalam pemikiran bahawa utk mendapat kebaikan maka UMNO MESTI dikuburkan. Saya berpandangan tidak begitu tetapi seblaiknya UMNO dan PAS kena bersatu. Adakah ini salah?
        4. Tuduhan saudara yg kata saya tak jumpa pimpinan PR. Mana suadara tahu? Saya takkan menulis kalau saya hanya dengar hearsay atau setakat baca suratkhabar. Mungkin saudara sendiri tak pernah jumpa pimpinan BN kot?
        5. Saya juga mneneliti buku, ceramah, tulisan, sejarah negara, nas, sebelum saya menulis. Saya amat yakin penyelesaiannya ada apabila PAS dan UMNO bersatu. Saya juga AMAT yakin ramai pimpinan PAS mahu kesatuan ini. Saya tak bercakap kosong. Takkan itupun sukar nak difahami.
        6. Bicara tentang ikhlas dan mendidik anak2 buah, saudara kena lapangkan fikiran bahawa islam itu bukan hanya ada pada PAS. Kalau itu pemikiran saudara, saya tak boleh komen apa2. Saya juga berharap saudara tidak mengatakan UMNO itu kafir. Tapi kalau itu pemikiran saudara, saya juga tak boleh komen apa2.

    • Jzklh.

      Tidak sesekali! Ahli UMNO adalah mad’u kita, dan usaha perlu dilakukan utk membetulkan mereka. Mereka saudara kita, pakchik makchik sepapat kiota yg wajob bersama betulkan aqidah perjuangan mereka utk jadikan Islam dasar hidup.

      Itu kerja semua. Termasuk itulah yg perlu dilakukan kpd mereka yg tidak berparti sekalipun. Dakwah ini tidak memilih bulu.

      TETAPI, yg dibantah adalah dasar dan kepimpinan yg membawanya dgn merosakkan agama & bangsa. Saya amat harap stand itu saudara betul2 faham, dan mereka yg berdakwah mesti melaksanakan sedemikian.

      – Fakta; Ya, Saudara mahupun Abdullah Zaik tidak pernah berbcg dlm isu semasa dan isu tahaaluf yg PAS laksanakan. Itu facts.

      – Saudara terus suka berprejudis dlm tulisan, sedangkan saudara berada di level ke-2 kepimpinan NGO Melayu ini.

      Apa amanah saudara dlm menulis dan menyebarkan berita [As-Soff, Al-Mujadilah, etc]

      – Saudara blh atau mungkin berjumpa di level discussion bawahan, Pemuda etc, tetapi saudara dgn sengaja tidak berusaha utk berjumpa dgn mereka yg memimpin PAS atasan.

      – Tetapi saudara terus cedok dari media yg fasik atau kalam mereka yg dikenakan tindakan tertentu dari jama’ah etc.

      Itukah akhlaq berjam’ah yg ditarbiyyah?

      Beberapa tulisan tertutup pd saudara dari saya kepada saudara sebelum ini harap menjadi nilaian atau contoh pd bahayanya disiplin menyebarkan berita yg saudara lakukan. Response masih ditunggu.

      W’alam.

      • 1. Saya takkan menulis melainkan saya bertanggungjawab keatasnya, baik didepan manusia apatah lagi didepan Allah.
        2. Pelik juga, macamana sdr tau saya tak ada jumpa pihak atasan pimpinan PR?
        3. Saudara harus melihat kedua2 berita, dari pemerintah dan pembangkang utk menilai. Bukan cepat mengatakan orang ini fasik dan yg ini beriman. Tidak semua org UMNO itu fasik dan tak semua orang PAS itu sempurna imannya.

  2. Salam,

    Saya setuju dengan saudara Sayuti.

    Apa yang akh Amin cakap ni ?

    Jika PR menang, …………………………..Namun kerisauan saya kebebasan ini akan disalah erti hingga menyebabkan kesemuanya menjadi bebas termasuk agama.

    Cuma satu nak tanya akh Amin tentang masalah orang-orang islam macam
    masalah sosial dan masalah murtad. Saya yakin masalah utama adalah
    masalah dalaman orang-orang islam bukan sangat sebab orang kristian
    yang nak murtadkan orang islam. Tentang masalah sosial siapa yang bagi lesen buat disko, orang Cina dengan India ke ?

    Saya bekas pelajar STAR Ipoh SPM1987 , memang ada seorang budak murtad masa tu, budak tu kata Ustaz memang baca al Fatihah pun tak tahu, kemudian nak disalahkan pelajar Sabah, Sarawak yang beragama Kristian.

    Saya dah ikuti masalah murtad sejak 1987 dan 25 tahun masalah tak settle
    settle sebab kita banyak menyalahkan orang kristian sedangkan
    masalahnya adalah masalah dalaman orang-orang islam. Masalah orang kristian yang nak murtadkan orang islam penyumbang kecil je, kalau
    orang-orang islam selesaikan masalah dalaman orang-orang islam
    InsyaAllah masalah makin kurang.

    Orang islam budget kerajaan utk islam beratus juta, orang kristian tak ada.
    So tak ke akh Amin nampak sebenarnya masalah murtad dan masalah
    sosial ni masalah dalaman orang-orang islam.

    W.A.

    • Salam,
      Satu yang saya perhatikan, bila puak2 Islam ni berhujah…seolah2 kebenaran itu milik mereka sahaja dan orang yang menyanggah mereka semuanya salah…..
      Yang benar hanya Al-Quran dan sunnah aje….tafsiran2 manusia boleh jadi betul atau salah…jadi tiada siapa yang boleh memonopoli ‘kebenaran’ ….jadi kalau ada orang menyanggah hujah anda…bagilah hujah balik yang berdasarkan nas yang meyakinkan….
      Takkanla kalau ada orang mempertikaikan tahaluf dengan DAP mau dijadikan musuh pula sedangkan DAP dipeluk seperti saudara seaqidah….what is so Islamic about making DAP an ally while fellow muslim UMNO as a foe!!

    • Syiekh Nazri,

      Semua masalah yg ada skrg kita akui dan insafi. Persoalannya, bagaimana penyelesaiannya?

      Hampir kesemua orang melihat penyelesiaannya ialah dgn menjatuhkan BN. Saya pulak cuba melihat penyelesaian lain; iaitu perpaduan pemimpin Melayu, UMNO dan PAS.

      Mengenai PR. Adakah Syiekh Nazri tidak membaca pelbagai kenyataan dan komen yg pempinan utama PR beri? Baik ttg murtad, kalimah Allah, LGBT, civil society. Semua ini ada buktinya. Saya tidak menulis sembarangan.

      Akhirnya Syeikh Nazri harus membaca tulisan saya dalam kontek keseluruhan bukan terpisah2. Baru anta dapat maksudnya.

  3. Salam,

    Komen tentang murtad ? Tak faham.

    Disertakan interview DSAI dengan Aliran Monthly -2007 tentang islam;

    AM: We in Aliran have never been very fond of condemning people. We remain not only one of the few multiethnic civil society organisations, but we are one of the very rare organisations that monitor ISA detainees who have been detained on allegations of being members of unknown groups such as KMM. We have, on principle, refused to accept the incarceration of people on unproven grounds. Nonetheless, we participate in forums like Article 11’s. Then we found that some people, who were quite happy to be with us protesting outside Kamunting Detention Camp, suddenly disrupt other forums we had a legitimate right to hold. While it is nice to hear that some of these groups would be open, their idea of dialogue is a bit peculiar.

    Anwar: We know. That (disruption of the Article 11 Forum) was an unfortunate incident, but then it has been overtaken by events. In the discussions there was this consensus. I am not claiming credit because there was this consensus built in the forum. We must allow for this.

    But some of the concerns of the Muslims are real – at least the perceived threat – because there is a new small group of fundamentally secular elements – backed by the national media which publicize the positions of these few elites, backed by Sisters-in-Islam, backed by the forces of ministerial authority.

    And whenever there is an attempt by any of these Muslim scholars to rebut, they are sidelined. So, there is resentment. It is a perception issue now. There is no attempt to engage them in a moderate stance.

    I want to advise, I’ve said publicly. Take the IFC. I wouldn’t say I’d welcome the approach it represents. Of course, if you ask me, it’s a free country. I consider myself a liberal. If they want to speak, although I disagree with them, it is their right. But, given a choice, I’d have said that they should try and engage, take a more moderate position themselves, try and understand the views and concerns of the other side.

    Now we have Muslims feeling they are threatened, non-Muslims feeling they have been compelled.

    I remember the Moorthy case. It is a classic. Finally, believe it or not, there was a consensus, among the Muslims, at least those that I met who represented the Muslim groups. I said, “Look, the intention of Article 121(1A) of the Federal Constitution is to allow Muslims to seek adjudication in the Syariah Court.”

    But the problem for Moorthy’s wife, for whom Azizah had a lot of sympathy, was different. Azizah met and assured her, “You have every right to go to the civil court.”

    When I discussed this with the Ulama Association, Abim – JIM was also there – their concern was, “These fellows not only want the right for Moorthy’s wife, they want to close down the 121(1A) avenue in our courts.” Do you see the perception problem here?

    Some non-Muslim elements, however, say, “Our position and our faith, our freedom, basic rights are being affected.”

    Nobody is taking the initiative to meet them. IFC will not work; nor will it be credible because it is seen to be hostile against the religious elements. I’d suggest, therefore, if at all you want to advance, the approach has to be moderated by a softer line. Because religion can become very emotional, and exchanges become rancorous.

    That was why when I proposed the intra-Muslim dialogue, some of my non-Muslim friends in Keadilan said, “You have been talking about inter-religious dialogue all along; suddenly, you say intra-Muslim.”

    It is difficult to get a consensus among the Muslims; why don’t we try to get a minimum consensus? A minimum consensus, to my mind, is the higher objective even for the Muslims – it means freedom of conscience, freedom of expression, sanctity of life and property and the dignity of men and women.

    AM: This problem of perception doesn’t arise out of a reality of rising inter-religious confrontation. That’s our interpretation. Even if there is insecurity within the Muslim community in Malaysia – no matter what the perception – we can’t see how anyone can say the status of Muslims is being threatened.

    Anwar: I agree with you but that is their perception. I said to them, “You are in the vast majority. You are leading – Malay leadership in the ruling elite, Malay leadership of the Opposition.” But they say, “Contrary to all this, this is what’s happening. 100,000 [apostates].”

    I say, “We have to establish the facts.” Not defending or condoning, I am just stating. We have to deal with this problem. I want results. The result for me is to be seen to be willing to speak to the left and the right.

    In fact, I told the Muslim crowd, “I object when everybody is critical of the so-called liberals. Because in many ways I am a liberal. And I think Muslims should be liberal.”

    They say, “What liberal?”

    I reply, “I am not talking about being fundamentally secular. But being liberal means you have to be prepared to listen; you have to accept that people differ; you have to learn to tolerate differences. Not that you agree; you can disagree very strongly.”

    I was just forwarding to some friends this morning a New York Times article about this new reaction towards anything (with a) slightly religious connotation by the fundamentally secular. There is a big debate. They are trying to get this debate ongoing.

    But what we lack in this country is a discourse; a healthy vibrant discourse is absent.

    AM: Progressive Muslims don’t seem to be speaking out; that’s a tragedy. Take the Mufti of Perak. He said, one, 150,000 people left Islam; two, the ‘Deepa Raya’ celebration was unIslamic; three, Datuk Azhar allegedly appearing in church to convert Malays into Christianity. All these have been reported. Nobody condemned his statements. Why is he still occupying his position? People who spread disunity and discord shouldn’t be in a position of influence, in a position of power.

    Anwar: I don’t want to be personal with regard to the Mufti of Perak, who happens to be a personal friend and has been in many ways liberal and tolerant. I’m quite amazed how this concern has arisen. He did explain through a friend that he had evidence of a massive effort to forcibly convert Muslims.

    To which I said, “Then you report.” There are ways, there are procedures.

    Ultimately the issue of faith is a personal issue, a personal choice. It is very difficult. I’m not saying this to appease the non-Muslims. I believe that Islam has a lot to offer. But I’m not here to compel. I’m not in a position to do so. I have neither the power nor the influence. Nobody has the power on earth to influence, to compel in terms of faith.

    As to articulating the issues in public, we have done it. I’ve done so with the Moorthy case, I was very open about it. Mind you, it coincided with the Pas Muktamar, where there were about 40,000 people. Hadi was on my right and Nik Aziz was on my left. I was speaking about the Moorthy case. It wasn’t easy. I was just testing the ground. I said, “ I am a Muslim. I am a committed Muslim. I pray, I fast, I don’t drink. That is a fact, right?”

    Then I moved on, “Here’s Moorthy’s wife, Kaliammal. She’s clearly non-Muslim. Okay, you can say Moorthy’s religious status is a question mark. But how can you deny her the right to go to court? She was legally married to Moorthy.”

    According to Azizah who went to see her, Kaliammal was really emotional. She took care of Moorthy for months. Azizah said, “Give her at least this right.” But was that reported? No. Did the PAS leadership object to that? No.

    So I agree with you: Some of us must have the courage to deal with these matters head-on. That’s why I was very disappointed with the failure of Malik and the Sisters to appear at the intra-Muslim religious dialogue for whatever reasons. It was a very good opportunity: I could persuade Pas, Abim, JIM, Muslim Professionals to agree to listen to them – which is a major shift, because in the past they were accused of disallowing people even to speak in a public forum.

    AM: If not the IFC, which has all this baggage, what kind of mechanism or approach would you use to handle this kind of situation? Is there a need for an institutionalisation of the process?

    Anwar: We must move towards that. There is no choice. How, in what form, to get more friendly groups to start discussing – that’s what I tried with the intra-Muslim dialogue. I don’t know whether you saw part of the resolution where the issue of commitment to democracy and free expression was agreed by all parties. Or the issue of tolerance and how it was tied to governance and accountability. These are broader issues on which we should have a unified commitment. Others may say, “They may agree but then sometimes their rhetoric need not necessarily be that consistent.” But it was a meaningful beginning.

    AM: Perhaps one of the problems with Islam in Malaysia is the close association between being a Malay and being a Muslim.

    Anwar: Ya… well, it’s a reality. It can be a source of strength but also of flaws if we are not careful. We have to educate the Malays. The issue of Malay-Muslims is constitutional, not Islamic. But they must realise there’s a difference between a constitutional position and a Muslim position. There are more Muslims in China than in Malaysia, more Muslims in India than in Malaysia. They must understand that difference.

    • Kalau syeikh tak faham, ana pun tak faham kenapa artikel tu di attachkan. Terlalu byk perkara yg disentuh dalam interview tu. Semua tu ada penjelasan tersendiri dan ada sebab musababnya.

      Nak tanya jugak, syeikh tak setuju ke PAS dan UMNO bersatu? Kerana itu point paling besar ana.

  4. Salam,

    Ana dah banyak sentuh pasal UMNO dan PAS bersatu.

    Boleh bersatu kalau sama kuat

    Sekarang PAS 23 kerusi UMNO 70 lebih, nak dekat 80 rasanya

    Kalau sama kuat baru setuju bersatu. PAS 50 kerusi UMNO 50 kerusi.

    PAS dalam sejarah dah banyak kali bergabung dengan parti yang
    kurang kuat/sama kuat macam PKR dan S46, tapi tak mengakibatkan PAS lemah.

    Tapi bila bersatu tahun 70 dengan UMNO yang lebih kuat akhirnya
    tersungkur habis, macam melukut di tepi gantang tahun 78.

    • Benar sejarah PAS dgn UMNO memang pahit. Tapi bukankah itu politik namanya. Boleh berubah demi jaga maslahat lebih besar. Lagipun PAS kini dah ramai cebdekiawan, profesional dan pemikir. Sudah tentu PAS mampu nak handle UMNO jika bergabung. Mungkin tak semua boleh baiki tapi saya yakin 50% isu rasuah, kronism dapat diselesaikan. Yg lebih penting islam dapat wewenang.

  5. saudara aminuddin..kebimbingan saudara memang ada asasnya..namun sejauh mana saudara melihatnya dan melaksanakannya…..adakah saudara beriya-iya melaksanakannya dalam organisasi yang saudara pimpin? adakah saudara hanya pandai bercakap dan berhujah tetapi tidak mampu melaksanakannya walhal saudara yang menjadi ketua atau timbalan ketua dalam organisasi yang saudara pimpin…penghayatan islam dan kesederhanaan itu bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara..itulah prosesnya…bagaimana saudara melaksanakan dalam masyarakat dan organisasi yang saudara pimpin? saudara hanya menyalahkan kerajaan mahupun pembangkang dalam isu-isu terutamanya berkaitan ISLAM tetapi sejauh mana tindakan saudara. Janganlah kita hanya pandai berbicara dan mahupun menulis sedangkan tindakan kita menunjukkan sebaliknya. janganlah saudara terlalu beremosi dalam mengeluarkan hujah dan menulis dalam blog ini..sepatutnya saudara sebagai ketua atau berhujah dengan fakta yang diyakini melalui kajian dan analisis yang saudara buat sendiri bukan bersandarkan maklumat dalam media perdana mahupun pembangkang…itulah satu prinsip yang perlu saudara dokongi…dan yang terakhir hayatilah suraf al-soff dan perhatikannya..adakah kita tergolong dalam golongan tersebut.. wa’allahualam…

    • Saya tak faham point apa yg saudara nak sebut. Kalau saudara nak pertikaikan saya, boleh saya sebut sedikit peranan saya :-
      1. Terlibat menentang isu Lina Joy pd awal 2003 (kalau tak silap)
      2. Pengerusi PEMBELA yg menentang LGBT dan soal2 aqidah.
      3. SU kpd HIMPUN yg menentang murtad
      4. Ahli ACCIN yg membuat perbincangan intra-agama
      5. Berdakwah di IPT dan sekolah.
      6. Berdakwah di taman perumahan saya. Saya pengerusi, imam, guru Al Quran, menyampaikan kuliah.

      Sdr pulak macamana? Apa peranan saudara mainkan dalam nak mengislah masyarakat?

      Jgn cepat sangat menghukum.

      • Peranan saya tidaklah sehebat saudara yang pandai berbicara dimedia mahupun pena ataupun blog..tidak perlulah saya menunjuk-nunjuk apakah peranan yang telah dimainkan dan saya tidak lah cepat menghukum saudara…tetapi saudara mesti berfikir adakah apa yang dilaksanakan ini betul-betul berlandasankan syariat dan mengikut perjuangan dan sirah Rasulullah.. ataupun sekadar mengikut hawa nafsu dan emosi yang dibelakangnya terdapat dendam kesumat yang tiada kesudahannya…

        Firman Allah Ta’ala bermaksud:
        “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

        Saya tidak mempertikaikan peranan saudara yang menajdi agen perubah masyarakat tetapi berfikirlah dan selidikilah sebelum berkata atau menulis kerana terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata penyesalan jawabnya….wa’allahulam..

      • Saudara tanya peranan saya, maka saya jawab. Itu bukan bermakna saya nak menunjuk.

        Saudara kata saudara tak menuduh saya tetapi ayat al quran dan kata2 saudara menunjukkan saudara seolah2 menghukum saya. Apa sebenar mesej saudara? Dimana yg saudara lihat tak betul tulisan saya? Apa hujah saudara?

        Saya menulis setelah saya merujuk kita Muqaddimah Ibn Qhaldun, Usul Ifta’ oleh Muhammad Ar Rashid, risalah taalim Al Banna, juga karangan Ibn Thaimiyyah.

        Saya rasa bertanggungjawab utk menjelaskannya. Jika saudara tidak bersetuju, itu haq saudara. Sesiapapun boleh setuju dan tidak bersetuju. Bergantung pada hujah masing2.

      • Begikah sikap dan watak seorang pemimpin yang tidak mahu menerima teguran? Sedangkan rasulullah mahupun sahabat-sahabat terbuka menerima teguran tanpa berprasangka buruk..sikap tidak bersetuju akan wujud sepanjang zaman..dan saya juga hormati hak saudara untuk menjelaskan…sepatutnya sebagai pemimpin hendaklah menerima teguran atau nasihat bukan berburuk sangka atas teguran yang diberi..sedangkan Al-Quran penuh dengan nasihat dan teguran yang diulang-ulang ketika membacanya…..walaupun terkena batang hidung sendirikan? molek sekiranya saudara menulis terima kasih atas teguran dan nasihat yang diberi tapi disebabkan saudara mempunyai sifat yang pemimpin selalunya betul..maka saudara akan melihat semuanya yang tidak sehaluan akan saudara hukum mengikut emosi saudara.. dan ini tulisan yang terakhir.. terima kasih atas jawapan yang diberikan dan semoga berjaya memimpin pelbagai organisasi yang saudara tulisan di atas…wa’allahulam..

  6. Macam2. Berdolak dalih sana sini. Hebat berbahasa.
    Jom kita sama-sama beramal dan elakkan untuk duduk lama sangat depan komputer🙂
    Dakwah perlu personal touch majoritinya + small amount of internet for sebarkan dakwah/mesej islam/islah
    Teguran yang ikhlas dan tak beremosi sambil menjaga ukhuwwah sangat penting sepertimana mafhum makna ukhuwwah oleh HAB dan menjaga hak2 ukhuwwah spt maruah etc berdasarkan hadis 40.
    Muda mudi seperti kami mencari daie2 contoh seperti antum.
    Jom turun padang didik dan ajar kami serta kawan2 kami
    Nanti kami akan jadi pemimpin masa hadapan dan masa depan kalian juga bergantung kepada sejauh mana usaha kalian dalam mendidik kami.
    Wallahualam, wassalam

    • Salam,

      Setuju dengan adik Faiz.

      Sejuk hati tengok pelapis-pelapis IKRAM, pelapis-pelapis ISMA.
      Rasanya semua lebih bagus drp zaman ana di U tahun 1990an.
      Tengok anak-anak muda di ahkam-net,al fikrah-net dan iluvislam,imam muda, ustazah pilihan, memang yakin generasi anak muda ini boleh menegakkan islam di Malaysia suatu masa nanti.

      • Mari kita sama2 doakan.

  7. SALAM, saudara-saudara yakinkah , percayakah pada bangsa Cina dan India?.
    Pastikah mereka akan bekerjasama dengan bangsa Melayu memimpin negara ? ataukah mereka akan menjatuhkan Melayu setelah PR menang? Kita tak tahu..!
    Semua tak tau..! Baik dalam BN pun mereka cuba merebut hak Melayu, mempertikaikan keistimewaan Melayu.. inikan setelah PR menang.
    (aku risau melihat cerdikpandai Melayu diperbodohkan , seperti anda-anda sekelian)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: