Posted by: aminuddin | 04/04/2012

Apa yang tiada?

Kalau diteliti pencapaian Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), ianya dilihat agak memberangsangkan.Cubalihat ini :-

–          Index jenayah – turun 11.1%

–          Jenayah Jalanan – turun 39.7%

–          109,500 rumah dapat air bersih

–          54,270 dapat bekalan letrik

–          64 syarikat korporat menandatangani utk benteras rasuah

–          470 bas awam di tambah d Lembah kelang

–          3,089 pra sekolah dibuka

–          63,147 rakyat terkeluar dari tahap kemiskinan

–          12,578 rakyat dapat pinjaman mikro

–          Bantuan kewangan – BR1M, BB1M, KR1M, MR1M

Sesiapa yang melihat ini sudah pasti rasa kagum dan berbangga dengan apa yang dicapai. Tidak dinafikan memang ianya layak di berikan sedikit pujian.

Apa yang tiada?

Tetapi yang tidak ada dalam pakej Transformasi ini yang sangat jelas ialah tentang kedudukan agama islam. Ianya seolah-olah dilupakan. Sebaliknya rakyat ditaburkan dengan segala macam bentuk material sedangkan tahap sosial rakyat semakin teruk. Semuanya berpunca dari kelemahan pendidikan agama.

–          Adakah kerajaan terlepas pandang?

–          Apa erti kemewahan dan kesenangan ini jika jatidiri umat islam makin menurun?

–          Apakah negara rasa terjamin dengan segala pembangunan ini walaupun akhlak umatnya semakin terhakis?

–          Kenapa institusi agama semakin dipersoalkan, malah ada yang sanggup challenge?

Sebagai umat islam, tidak ada yang lebih berharga melainkan agama islam dijamin terpelihara dari sebarang unsur-unsur liberalism, pluralism, socialism dan pelbagai ism lagi. Isu ini kini semakin hangat diperkatakan sehingga :-

–          Raja Muda Perak, Raja Muda Perlis dan Sultan Selangor terpaksa memberi peringatan.

–          Konvensyen ancaman kristianisasi yang dicadangkan akan dianjurkan di Johor terpaksa diubah temanya.

–          Isu murtad dimain-mainkan seolah-olah ia hanya perkara enteng.

–          Mahkamah syariah masih jauh untuk mencapai taraf yang sepatutnya.

Apakah erti semunya ini? Kenapa ia tidak dimasukkan dalam agenda Transformasi negara?

Sebagai umat islam yang perihatin terhadap keadaan umat, perkara ini semestinya sesuatu yang sangat membimbangkan. Kerajaan seharusnya melihat perkara ini dan di addresskan dengan sebaik mungkin bagi memastikan negara ini kekal sebagai sebuah negara yang berteraskan islam. Saya teringat kata-kata seorang pendakwah Indonesia yang mengatakan bahawa :-

“Saudara seharusnya bersyukur kerana negara ini meletakkan islam sebagai agama persekutuan dan termaktub dalam perlembagaan. Di Indonesia, tidak ada mana-mana para dalam perlembagaan yang meletakkan islam sebagai asas pentadbiran negara. Oleh itu yang baik ini saudara harus pertahankannya”


Responses

  1. Semua markah dalam report card yang dinyatakan diatas tidak memberi makna apa2 kepada kesejahteraan rakyat kerana ianya memberi kredit kepada UMNO. Jadi semua itu tidak itu dianggap tidak baik belaka…begitulah realiti politik Malaysia sekarang. Buruk baik sesuatu bukan dilihat dari dari hakikat apa yang berlaku itu baik atau tidak tapi perlu terlebih dahulu dilihat siapa yang berada dibelakangnya.
    Kesimpulannya diMalaysia sekarang buruk baik sesuatu benda tidak dinilai pada nilai perkara tersebut tetapi dinilai dari siapa yang berada dibelakannya….Begitulah malangnya nasib masyarakat Malaysia sekarang!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: