Posted by: aminuddin | 22/04/2012

Demonstrasi Jalanan

Sejak PRU12 lepas isu demonstarsi jalanan ini sudah menjadi satu budaya baru dalam masyarakat kita. Hampir setiap hari ada saja golongan yang membuat demonstrasi. Tak kira apa isu pun, yang penting mesti keluar kejalan raya. Kalau zaman Tun Mahathir dulu isu ini hampir-hampir tidak kedengaran tetapi kini agak aneh jika tidak ada yang berdemonstrasi. Kalau dulu ia sesuatu yang pelik dan mudah mencuri perhatian tetapi kini orang ramai mungkin sudah ”mangli” dengan demonstrasi ini.

Arab Spring seolah-olah memberikan nafas yang kuat kepada rakyat negara ini untuk terus mengikut jejak langkah mereka dengan bergerak dijalanan. Golongan yang menjadi penggerak selalunya adalah para pelajar kerana mungkin mereka masih tidak ada perkerjaan dan tidak ada tanggungan. Jadi tidak ada perkara atau pihak tertentu yang boleh menyekat mereka. Sebut saja apa isu, sosial, politik, ekonomi, pelajaran, hak-hak kaum – kesemuanya akan disuarakan melalui jalanan. Pendekkata pihak keselamatan memang tak akan sempat untuk minum teh tarik lagi. Air pemedih mata dalam kereta-kereta FRU sentiasa perlu diganti. Dinegara-negara barat perkara ini bukan sesuatu yang asing malah ia dianggap biasa saja. Hampir setiap hujung minggu akaa ada saja golongan yang berdemonstrasi dijalan-jalan kota London.

Bagi saya tidak ada salahnya berdemonstarasi sebegini. Sebagai rakyat dalam negara demokrasi ia menjadi hak untuk semua orang menyuarakan pandangan mereka. Kalau di parlimen perbincangan hanya berlaku dikalangan MP yang mana mungkin tidak semua boleh disuarakan. Tetapi dijalanan ini sesiapa saja ada hak untuk menyuarakan pandangan mereka atas apa isu sekalipun. Bukan apa kadang-kadang MP2 ni terlalu sibuk sehingga tak dapat mendengar semua rintihan rakyat, jadi medan jalanan inilah tempat yang paling mudah dan sesuai untuk rakyat marahein menyuarakan isi hati mereka. Dengan termansuhnya ISA dan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menangkap tanpa sebab sesiapa yang berdemonstrasi sudah pasti sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat. Ini memberikan ruang yang lebih luas untuk rakyat menyuarakan pandangan mereka. Terus terang saya katakan bahawa saya memang kagum dengan sifat keberanian mereka ini dan pengorbanan yang mereka berikan. Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko dan halangan yang mungkin boleh memberi kesan kepada masa depan mereka. Namun mereka terus cekal memperjuangkan idelaism mereka. Tidak ramai rakyat yang sanggup melakukan sebegini.

Cuma saranan saya ialah demonstrasi sebegini mestilah :-

  1. Tidak hanya sekadar emosi semata tetapi mestilah berdasarkan fakta. Apa yang hendak disuarakan seharusnya benar-benar kenyataan yang mesti di dengar oleh pihak berwajib. Ertinya kajian yang teliti harus dibuat termasuk implikasi2nya supaya suara mereka ini bukan saja dapat didengar oleh pemerintah tetapi rakyat lain amnya juga dapat mengetahui akan isu sebenarnya. Ramai diluar sana yang saya yakin jika apa yang kita nak bawa itu satu kebenaran, mereka akan menyokongnya cuma mereka kurang berani untuk kehadapan. Pemerintah akan mudah saja menepis jika apa yang dibawa itu tidak disokong dengan hujah yang kuat.

Ambil contoh Lynas. Jika benar maka semua rakyat patut membantah pembinaannya. Tetapi ada 4 pakar, termasuk dari wakil MP pembangkang yang menyatakan ia tak merbahaya, kenapa masih dijadikan isu. Saya ada dengar cerita sebenarnya ada pihak tak mahu Malaysia menjadi pembekal utama tanah yg berharga itu, bukan sebab ia merbahaya pada kesihatan.

2. Tidak ada elemen politik yang dicampur apatah lagi ia tidak harus ”dibiayai” oleh mana-mana parti bagi mencapai aspirasi politik mereka. Jika ini berlaku maka ia bukan saja mencabul demokrasi malah akan merosakkan generasi masa depan negara yang hanya digunakan untuk maslahat pihak-pihak tertentu. Saya tidak pasti apakah objektif pimpinan politik turut hadir dalam demo sebegini. Adakah kerana mahu sokongan atau memang mereka dibelakang semuanya ini? Bukan apa, bagi yang neutral, mereka ingin melihat rakyat ini bertindak benar-benar indipenden demi untuk kepentingan kesemua pihak bukan untuk kepentingan mana-mana parti. Ini kerana parti politik hanya bertujuan untuk menang dalam pilhanraya dan mencapai kekuasaan. Kebenaran bukan sangat menjadi pertimbangan mereka. Yang lebih memeningkan kita semua, isu yang sama juga pernah mereka sokong satu masa dahulu, maka kenapa secara tiba-tiba saja kali ini mereka menentangnya? Adakah kerana PRU13 sudah semakin hampir?

3. Ia tidak harus ada elemen menyuburkan kebencian kepada mana-mana pihak sehingga dilihat seperti ”mabuk” dengan membakar gambar-gambar individu tertentu. Lebih malang kalau gambar yang dibakar itu adalah ornag Melayu islam. Kebencian sebegini tidak akan membawa kemana-mana malah ia akan menimbulkan sentimen yang jika tidak dibendung akan lebih parah lagi. Saya bimbang selepas PRU13 nanti keadaan ini akan terus berleluasa sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Bukan perkara yang mustahil apabila kemarahan itu sudah sampai ke kemuncak, seseorang boleh saja bertindak diluar batasan kemanusiaan. Sebab itu R saw melarang umatnya marah (la taghdab).

 

  1. Bagi umat islam yang berdemo, pastikan saudara/i menjaga batas-batas syarak terutama dalam pergaulan. Apa yang nak dibanggakan dengan kejayaan atau publisiti kalau kita mendapat kemurkaan Allah swt? Bagi pihak yang faham islam, adalah merupakan peranan saudara untuk membetulkan keadaan dan memberikan kefahaman kepada mereka bukan hanya sekadar menganjurkan saja mereka berdemo. Bimbang saudara juga nanti akan terpalit dosa.

Kebebasan adalah sesuatu yang didamba oleh semua pihak dan dipelihara dalam islam. Namun kebebasan ini mesti dengan batasan yang syarei dan berasas. Selagi demo ini dibuat dengan penuh etika maka saya menyokongnya dan pemerintah harus membenarkannya.



Responses

  1. Demonstrasi jalanan bukan dari ajaran Islam..ia adalah dari ajaran demokrasi barat..Kalau dilihat Bersih 3.0 pula adalah sarat dengan agenda ‘regime change’ barat. Saya hairan bagaimana ada gerakan Islam boleh tanpa segan silu menyokong habis2an Bersih 3.0 ini atas dasar kononnya membina civil society aka masyarakat madani.
    Percayalah…. para pemuka bersih 3.0 tidak akan berpuas hati jika demo yang akan diadakan nanti berjalan aman tanpa ada apa2 peristiwa seperti kekerasan polis…gas pemedih mata…dsbnya untuk dijadikan tatapan media antarabangsa untuk menunjukkan kerajaan Malaysia kejam dan menindas rakyat….harapannya akan terjadi Malaysian Spring…..
    Sebab itu bila dilarang demo diadakan didataran merdeka mereka akan bantah dan berkeras mau diadakan disitu juga supaya akan ada pertembungan dengan pihak keselamatan….
    Tak susah nak baca agenda puak2 ni…sama2 kita tunggu dan lihat perkembangannya!!

    • saya kira “membina civil society aka masyarakat madani” tu diambil dari kenyataan rasmi Ikram?

      mohon penjelasan dari saudara supaya tak timbul fitnah. terima kasih

      apa pun, tahniah kepada penulis kerana menyedari kepentingan hak kebebasan bersuara dalam menentang ketidakadilan. saya berharap supaya penulisan kali ini akan menyedarkan mereka2 di luar sana insya-Allah

  2. Mantra civil society dan diterjemah oleh puak2 Islam sebagai masyarakat madani adalah ciptaan Amerika selepas peristiwa september 11, satu cara baru mereka menghadapi dunia Islam. Sila rujuk tulisan keluaran RAND (think tank kerajaan Amerika bertajuk ‘Building Moderate Muslim Network’. Apa yang dirancang benar2 berlaku dalam dunia Islam sekarang dan kini kita melihatnya dihadapan mata kita berlaku di negara ini.
    Saya mengkritik kumpulan2 Islam yang terpedaya dengan tektik musuh ini kerana semata2 dendam mereka yag lama terhadap UMNO hingga mereka sanggup menjadi alat musuh Islam.

    Bagi mereka2 yang masih ragu juga…sila semak lapuran tahunan Asia Foundation sebuah badan milik kerajaan Amerika yang disebut dalam artikel RAND diatas yang dijadikan front kerajaan Amerika untuk engage dengan dunia Islam sekarang…dan kaji bantuan kewangan yang diberikan kepada beberapa NGO Islam di Indonesia dan juga Malaysia….jangan terkejut NGO2 ini jugalah yang terkehadapan menyokong Bersih 3.0 ini

    Adakah puak2 Islam ini telah terperangkap dengan jaringan musuh ini? Moga Allah melindungi kita semua dari finah akhir zaman ini!!

    • Salam,

      Antara 3 projek-projek Asia Foundation adalah dengan ISIS , ISTAC dan antaranya pasal islam Hadhari. Ini projek kerajaan tahun 2007 dan 2008 dengan kerajaan UMNO/BN.

      SO MANA BENARNYA kenyataan orang lama

      “Saya mengkritik kumpulan2 Islam yang terpedaya dengan tektik musuh ini kerana semata2 dendam mereka yag lama terhadap UMNO hingga mereka sanggup menjadi alat musuh Islam.”

      (1) International Institute of Islamic Thought and other partners (2007)
      Support for the Dialogue on Islam and Democracy–a two-year project that takes the concept of Islam Hadhari to the general public to determine how the key principles around minority and women’s rights, religious tolerance and good governance are interpreted and applied by everyday citizens.

      (2) Malaysian International Affairs Forum (MIAF) – 2007
      Capacity-building support for the MIAF, a new international affairs institute designed to
      bridge the gap between the more defence-oriented work of the Malaysian Strategic Research
      Center and the government policy work of ISIS.

      (3) International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)-2008
      Support to chair and conduct the National Dialogue on Islam & Democracy project, which facilitates public dialogue among Malaysians and provides policy input to the Malaysian government on ways to advance democracy and human rights.

      • Sdr Nazri,

        Inilah masalahnya bila kita mengambil laporan rasmi badan2 begini mengikut yang tersurat tetapi tidak melihat yang tersirat. Yang tersirat tidak ditulis dalam lapuran rasmi yang sdr pastekan diatas….tapi ada dinyatakan dalam Building Moderate Muslim Networks.
        Sememangnya badan2 seperti Asia Foundation ini akan kelihatan bekerjasama dengan semua pihak dimana mereka berada samada dengan pihak kerajaan atau pembangkang serta NGO2.
        Saya tidak hairan bila dalam lapuran kewangannya menyatakan mereka ada membantu NGO2 seperti Sisters in Islam(SIS). IRF (Islamic Renaissance Front, SUARAM, MAFREL, Merdeka Centre…akan tetapi saya hairan bila nama2 seperti JIM. MUSLEH (rangkaian pendidikan IKRAM) ada disenaraikan dalam laporan mereka….saya tidak nampak nama NGO2 Islam yang lain seperti ABIM, HALUAN, ISMA dll dalam senarai mereka.

        Mungkin sdr boleh memberi pencerahan memandangkan sdr mempertahankan mereka dalam isu Bersih 3.0 ni.

        Satu lagi saya nak timbulkan ialah rangkaian antarabangsa yang dibina oleh Bersih hinggakan setakat ini akan diadakan protes serentak di 15 buah negara dan di 47 tempat. Dan negara2 yang terlibat adalah negara2 seperti Australia, Britain, Amerika, Prancis…dll. Apa maknanya ini semua? Adakah sdr percaya mereka ini suka pada perjuangan Islam PAS, Ikram dan sepertinya yang bersama dalam gerakan ini?

        Perlu saya ingatkan kita semua maukan PR yang adil tapi bagi saya membawa pihak2 luar yang punya agenda mereka sendiri amatlah merbahaya bagi perjuangan Islam…

        Tepuk dada tanyalah IMAN!

  3. Salam orang lama,

    Pihak-pihak luar ada agenda.
    Pihak-pihak NGO islam, Parti islam pun ada agenda untuk kemenangan islam.

    Mereka bersama dalam isu hak asasi manusia, pilihanraya yang bersih dan sebagainya. tetapi bertentangan dalam isu LBGT, kebebasan beragama dan sebagainya.

    Ambiga dan Harris Ibrahim ada agenda.
    Ambiga dan Harris Ibrahim ada pengikut dan penyokong.tetapi yang ramai
    penyokong dr pengikut.
    Pengikut mereka ada tetap dengan mereka tetapi penyokong mereka
    boleh diturnover untuk kemenangan islam.

    Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

    • Sdr Nazri,

      Sdr mengakui pihak kuffar ada agenda…puak2 Islam bergabung bersama mereka kononnya atas isu keadilan yakni PR bersih….pihak yang ditentang pula kerajaan orang Islam yang mungkin tidak baik amalan Islamnya. Kelihatan perancangan puak Islam dalam pakatan itu terlalu kerdil jika dibandingkan dengan puak2 kuffar yang memperjuangkan isu bersih ini. Ketua dia pun Ambiga yang semua orang tahu juga pejuang LGBT….
      Dan sdr memohon kepada Allah untuk memenangkan perjuangan sdr bersama golongan kuffar ni…..mana logiknya……saya pening!!

  4. Sdr Nazri.

    Perhatikan bagaimana orang2 bukan Islam main politik hatta dalam mereka engage dengan puak2 Islam…adakah perubahan pendirian ini dek kerana nak pilihanraya dan nak dapat kerusi untuk bertanding?
    Saya percaya bagi puak2 Islam yang lurus bendul percaya depa dah termakan dakwah PAS! Tapi yang pasti depa bukan nak masuk Islam pun….

    Teruskan bersangka baik pada puak2 kuffar dan dalam masa yang sama memusuhi sesama Islam!!

    Pas supporters congress supports Hudud, says Hu

    KUALA LUMPUR: The Pas supporters congress supports the implementation of Hudud in Kelantan as the Syariah criminal law was part of Islam.

    In the past congress president Hu Pang Chow was opposed to Hudud and had stated that talks about Hudud by Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat was like selling ice cubes on a rainy day.

    Asked on his sudden change of mind, Hu told The Mole: “Hudud is part of Islam so the question of whether one supports the law should not arise. The non-Muslim community in Kelantan have no issue with the Pas governance and Islamic law implementations in the state.’’

    “The Pas-led state government’s enforcement of its law in the state since it won big in the 1990 general elections does not seem to affect Kelantan’s non-Muslim community,” Hu explained.

    Previously the congress had publicly opposed Pas Kelantan’ intention to implement Hudud in the state.

    Pas has been implementing some of its Islamic laws including the separation of men and women in supermarkets, having separate benches for both gender’s and limiting entertainment outlets.

    Hu, who is aspiring to contest in the next general elections under Pas’ banners, has however expressed concerns that the implementation of Hudud could scare non-Muslims away from Pas.

    “Will Hudud bring justice to the Muslims and will they be happy with its implementation? The law may be ‘too Islamist’ and could scare away non-Muslims support for Pas in the future.’’

    Hu felt Pas Kelantan should be concentrating more on important issues such as economy and education instead of focusing on petty issues.

    “Recently, a non-Muslim employer was fined RM200 by the Kota Bharu Municipal Council for allowing a Muslim employee to work without wearing a tudung (head scarf).’’

    “One will hear about events like this on a daily basis in Kelantan, rather than being too focused on Islamic affairs, the party should be more concerned with issues affecting the community,” Hu added.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: