Posted by: aminuddin | 25/04/2012

Saya Terguris !

Ketika HIMPUN memulakan kempennya di Shah Alam hinggalah ke beberapa buah negeri, pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dilontarkan. Antaranya :-

–          ini agenda pemerintah

–          ini boneka pemerintah

–          ini ada niat politik

–          murtad tidak ada

–          tidak rasional

–          tidak menghormati agama lain

–         cuba menanamkan kebencian kepada agama lain

Bukan itu saja, ada komiti yg mendapat ugutan, ada yang dihina dan diperlekehkan. Samada orang Melayu, Cina danIndias emuanya sepakat menghentam HIMPUN. Akhirnya ada yang terus memboikot dan menghalang pengikutnya untuk hadir.Malang sekali mereka ini merupakan pejuang-pejuang islam yang tegar.Selaku Setiausaha HIMPUN saya menerima ini dengan tenang dan mengharapkan mereka satu hari nanti dapat memahami isu murtad ini dengan lebih mendalam.

Saya tidak kisah sangat tuduhan-tuduhan ini kerana bagi saya itu lumrah. Apatah lagi jika mereka ada niat politik, maka sudah tentu mereka akan menghalang apa-apa cubaan yang menjejaskan kedudukan mereka.

BERSIH 3.0

Namun saya cukup tersentak apabila Bersih 3.0 ini diistilahkan pula sebagai JIHAD dan WAJIB pergi. Sefaham saya, dalam islam, WAJIB ini bermakna kalau buat dapat pahala dan  tinggal dapat dosa. Ertinya ada berjutalah rakyat Melayu Muslim akan berdosa pada hujung minggu ini. Selaku seorang islam, seram juga saya dengar. Apatak nya, tidak ada muslim yang ingin melakukan dosa kepada Allah.

Tetapi saya tertanya-tanya diri sendiri, adakah benar ini JIHAD dan WAJIB? Kenapa HIMPUN itu tidak di “fatwa”kan sedemikian sedangkan matlamatnya sangat jelas dan mempunyai fakta-fakta yang banyak tentang murtad?

Dalam masa yang sama, yang akan menyertai Bersih 3.0 ini terdiri dari islam dan bukan islam termasuk kumpulan LGBT. Kenapa dibiarkan ianya dipimpin oleh seorang yang mempejuangkan gender equality dan membela orang islam utk murtad? Dimana pemimpin islam?

Persolannya : Dengan percampuran manusia yang seperti ini, adakah perhimpunan Bersih 3.0 nanti benar-benar layak mendapat rahmat Allah dan dengan itu boleh dianggap JIHAD serta WAJIB?

Saya biasa membaca bagaimana Saidina Umar ra sangat prihatin terhadap tentera-tentera beliau mempunyai akhlaq yang baik. Begitu juga Panglima islam Salahudin Al Ayubi dan Sultan Muhammad Al Fateh. Ini kerana mereka amat yakin kemenangan itu adalah dari Allah dan diberi kepada mereka yang tunduk kepadaNya. Tetapi kalau dah bercampur baur akhlaknya, adakah mungkin inayah Allah akan turun? Saya lebih cenderung untuk tidak meletakkan apa-apa hukum. Kita biarkan rakyat berfikir. Saya tidak ada masalah kalau ada yang nak menyertai begitu juga kalau ada yang enggan. Masing-masing sudah bijak berfikir dan menganalisa.

Mungkin ada pembaca yang boleh memberikan pencerahan.

Namun hati kecil saya tetap merasakan kalau HIMPUN dilayan seperti sampah, kenapa Bersih 3.0 dilayan seperti suci.

Sebagai seorang muslim, yang melihat sendiri remaja-remaja yang telah dimurtadkan, saya terguris !!!


Responses

  1. Salam.Saya kurang bersetuju dgn pendapat saudara.Malah,sepanjang saya mendalamai pembawakan ISMA, saya melihat ade ketempangan dalam memenuhi syarat2 bagaimana cara memilih jemaah? dlm buku Imam Hasan Al -Bana’.Asif ala kulli hal atas lontaran pendapat saya ini andai terguris.

    Fatwa yg dikeluarkan itu adlh yg telah dikeluarkan oleh seorang Ulama’ dan saudara tidak sepatutnya mempertikaikannya.Siapakah kita yg layak mempertikaikan pandangan Ulama’ sedang Ulama’ lbh dekat dgn Allah drpd kita.Jika saudara tidak bersetuju,Berdiam lbh baik.Perkara ini juga pernah berlaku apabila Ulama’ Syria yg membuat Fatwa untuk bekerjasama dgn Basyar Al-Asad,malah ade juga yg mengisytiharkan Wajib untuk rakyat Syria berjuang mempertahankan Akidah.Namun,apakah tugas kita apabila mendengar akn perkara ini?

    1) Berlapang dada
    2) Melihat dan meneliti pandangan drpd pelbagai sudut.

    Persoalan yg saya ingin ajukan :

    1) mengapa banyak2 jemaah Islam,hny ISMA sahaja yg bertentangan dalam BERSIH 3.0 ni?

    Sedang kita menuntut Keadilan.
    Saya tak faham AGENDA yg dibawakan oleh ISMA sndri.Menjadikan I.Muslimin sebagai Idola dalam perjuangan tetapi,saya kenapa kata2 yg terbit oleh Imam hasan Al-banan sperti ‘Islam Itu Syumul’ tidak mampu dibawakan oleh ISMA.Kenapa saya berkata begitu.Ini jelas dgn propaganda ISMA sndri “Melayu sepakat,Islam berdaulat’ sedang ISLAM itu dianuti oleh pelbagai bangsa.Kenapa MELAYU?

    Adakah jika MELAYU ‘SEPAKAT’ baru ISLAM akn ‘BERDAULAT’,
    Sedangkan yg sepatutnya, ‘ISLAM BERDAULAT,semuannya akn SEPAKAT tidak kira apa bangsa.

    Mohon respondnya…

    Syukran,asid ala kulli hal.

    • Respon saya :-
      1. Saya hormati ulamak dan tidak merendahkan ulamak. Namun jika R saw boleh di tegur, saya berpandangan ulamak juga boleh ditegur
      2. Kalau diteliti tulisan saya, saya tidak menghalang sesiapa yg nak sokong Bersih tetapi saya mintak jangan cepat2 keluarkan fatwa.
      3. Kalau nak keluarkan juga fatwa maka mesti konsisten. Contoh ;Kenapa tidak ada fatwa utk HIMPUN tetapi ada fatwa utk Bersih?
      4. Islam Syumul & Melayu Sepakat Islam Berdaualat. Ini dah banyak kali saya jelaskan. Sdri rujuklah tulisan2 saya yg terdahulu.

    • saudari najwa, saya nak tanya balik saudari.

      1)drp byk2 yg kenapa NGO2 Islam yg sokong BERSIH tidak pula ke HIMPUN?

      2) Sejauh mana sudah di kaji slogan MSIB?

      3) Ada buat analisa, berapa banyak NGO Islam yg join HIMPUN juga sokong Bersih? Atau ISMA shaja yg x join?

    • “Saya tak faham AGENDA yg dibawakan oleh ISMA sndri.Menjadikan I.Muslimin sebagai Idola dalam perjuangan tetapi,saya kenapa kata2 yg terbit oleh Imam hasan Al-banan sperti ‘Islam Itu Syumul’ tidak mampu dibawakan oleh ISMA.Kenapa saya berkata begitu.Ini jelas dgn propaganda ISMA sndri “Melayu sepakat,Islam berdaulat’ sedang ISLAM itu dianuti oleh pelbagai bangsa.Kenapa MELAYU?

      Adakah jika MELAYU ‘SEPAKAT’ baru ISLAM akn ‘BERDAULAT’,
      Sedangkan yg sepatutnya, ‘ISLAM BERDAULAT,semuannya akn SEPAKAT tidak kira apa bangsa.”

      Saya sangat sokong apa yg dikatakan oleh najwa, dan saya juga agak keliru dengan perjuangan ISMA. Jadi bolehkah saudara berdua beri pencerahan atas apa yg dikomen oleh najwa supaya ianya lebih jelas kepada kami yang masih terkeliru. Dan rasanya lebih baik menjawab persoalan yg dikemukan daripada bertanya balik kepada yang menanya.

      Harap tidak terguris dengan komen saya.

      • Kepada Ana dan Najwa,

        Bukan saya tak nak jawab tapi dah banyak kali saya jelaskan dalam tulisan2 yg terdahulu. Elok juga kalau sri berdua search.

        Wbmanapun, utk tidak menghampakan sdri, saya beri ulasan ringkas.

        1. Setuju islam itu syumul spt yg dijelaskan HAB. Itu TEORI umum.

        2. Tapi REALITI di Malaysia, >60% penduduk adalah org Melayu ISLAM (lebih kurang 14juta setelah tolak Bumiputera lain). Ertinya jika 60% ini bersatu, islam boleh dilaksanakan dgn mudah. Org lain tak boleh kata apa2 sebab mereka minoriti.

        3. Bangsa lain yg beragama islam; Cina 90,000 sahaja, India – tak pasti. Ertinya mereka tak significant, tapi bukan kita menolak.

        4. Itu sebab kita menyeru supaya orang Melayu BERSATU supaya UMNO tak payah rujuk MCA/MIC dan PAS tak payah rujuk DAP utk buat islam.

        Saya harap sdri berdua faham.

      • Saya tidak mahu mempertahankan MSIB kerana bagi saya ianya adalah slogan yang bersifat ranting walaupun saya setuju dengan context yang bersifat waqi’ Malaysia akan tetapi slogan yang lebih sesuai ialah Umat Sepakat Islam Berdaulat.
        Cumanya yang biasa saya perhatikan puak2 yang sibuk menyerang slogan ni mereka sendiri yang kononya memperjuangkan Islam yang syumul tapi dalam tidak tanduk mereka bersikap memusuhi sesama Muslim dibaca UMNO dan sesiapa yang mereka lihat mirip kepadanya dan dalam masa yang sama bersangka baik kepada orang kafir dibaca DAP dan golongan2 liberal seperti pejuang2 Bersih yang sarat dengan golongan2 liberal.
        Mereka in tidak berpegang kepada prinsip2 syara’ yang telah di pegang oleh ulama2 muktabar tapi lebih kepada berpegang kepada tafsiran2 Islam yang liberal tapi bila dihujah…mereka berlindung kepada Tok2 Guru Ulama PAS dan juga gerakan IM…sungguh ironi golongan yang kebanyakannya terdiri dari golongan profesonal tetapi tidak punya asas ilmu Islam yang mendalam. Inilah yang menyebabkan lahir para aktivis Islam yang celaru pemikirannya!!

        Moga Allah melindungi kita dari kekeliruan ini!!

      • 1. DAP ada juga muslim yg tidak libreral dan UMNO pun ada juga yg liberal. dangkal sungguh pukul rata menuduh org liberal.

        2. Di sabah, ada 1.5 juta lebih Islam yg terdiri dari suku bugis,bajau,jawa,brunei dan suluk.kadazan,idaan. mereka tidak pernah bersatu atas nama MELAYU, dan masing2 memperjuangkan bangsa masing2.dan yg menyedihkan ramai yg bergaduh atas nama bangsa..apa yg menyatukan mereka??ISLAM, ISLAM, ISLAM..sempit sungguh perjuangan ISMA..

      • org lama,

        1. anda menuduh gerakan islam lain sebagai celaru pemikiranya. cuba muhasabah skit diri tu, anda tu hebat sangat kah mahu merendah rendah kan org lain.

        2. permusuhan UMNO dan PAS, bukanlah permusuhan akidah, permusuhan mereka adalah tentang kezaliman. mana mana agama pun menentang kezaliman..Di masjid, UMNO dan PAS masih boleh bersatu,begitu juga di sekolah hatta ramai juga yg berbesan, bersuami isteri,bermenantu-mertua walaupun berlainan parti. Apa yg ISMA patut perjuangkan adalah supaya mereka tidak membawa ketaksuban politik masing2 sehingga perpecahan keluarga. dan satu lagi, tegur lah kedua duanya, jangan asyik2 PAS jer yg ditegur, UMNO disayang sayang..

  2. Sdr Amin,

    Jangan gundah dengan kecelaruan puak2 yang mengaku memperjuangkan Islam sekarang…bagi saya ini semua ujian Allah untuk mengajar kita lebih bijak dalam menangani kecelaruan ummat sekarang.

    Buat pendokong2 bersih3.0 saya cut and paste artikel yang menunjukkan siapa dibelakang semua ini dan puak2 Islam hanya jadi penumpang sahaja….

    Mesyuarat Tertutup Anwar & BERSIH 3.0 Dengan Kedutaan Asing

    AIDCNews – 25/04/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan BERSIH 3.0 dijangka hadir dalam mesyuarat tertutup dengan kedutaan asing petang ini.

    The Malaysian Insider melaporkan mesyuarat tertutup itu akan diadakan di hotel Doubletree Hilton pada pukul 3 petang hari ini, yang diwakili ahli jawatankuasa Maria Chin Abdullah, Andrew Khoo dan Hishamuddin Rais.

    Adrew Khoo merupakan antara penyokong utama pergerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), manakala Hishamuddin Pais pula pernah mengaku melanggan pelacur.

    Difahamkan perwakilan BERSIH 3.0 akan memberi taklimat berkenaan demonstrasi ‘Duduk Bantah’ anjuran pihaknya di Dataran Merdeka Sabtu ini.

    “Tujuan taklimat itu secara umumnya untuk mengemaskini maklumat kepada para diplomat asing tentang perkembangan reformasi pilihanraya setakat ini, sejak 9 Julai tahun lalu, kami berjumpa dengan mereka”, kata Maria kepada The Malaysian Insider.

    Marina Chin Abdullah merupakan aktivis NGO feminisme yang mempunyai jaringan meluas dengan yayasan-yayasan dana antarabangsa termasuk NED (National Endowment for Democracy) dan OSI (Open Society Institute).

    Maria pernah mengaku menerima dana dari dua yayasan dana asing iaitu NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED dan OSI auntuk kerja-kerja pemantau pilihan raya di Malaysia.

    Selain terlibat dalam BERSIH, Maria juga terlibat aktif NGO feminisme dan hak asasi seperti EMPOWER, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), SIS (Sister In Islam), JAG (Joint Action Group for Gender Equality) dan WDC (Women’s Development Collective).

    Kesemua NGO yang dianggotainya itu merupakan penyokong LGBT Malaysia.

    NIEI pula merupakan cabang kepada ANFREL (Asian Network for Free Elections), organisasi yang berpengkalan di Bangkok dan NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections), organisasi berpengkalan di Filifina. Kedua-dua organisasi itu mendapat tajaan NED.

    Menurut bekas pegawai perisikan CIA, Philip Agee, pembiayaan dana melalui NGO merupakan teknik lama CIA.

    “Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

    “Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.

    “Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” katanya.

    • Tkasih atas maklumat yg berharga

      • Bukankah British Malaya Administration dengan dibantu SAS special air service yang menaikkan pemimpin PEKEMBAR @ UMNO selepas menangkap pemimpin PEKEMAM , AWAS , API, PUTERAAMCJA . Siapa di belakang BMA dan kerajaan British tu kalau bukan knight templer dan illuminati. British pula abang long kepada Amerika dan CIAnya dan segala badan NGO yang menyokong liberalisme , humanisme , sekularisme .

    • British Malaya Administration serahkan malaya kepada UMNO selepas menangkap pejuang rakyat dalam PEKEMAM , AWAS , API , PELITA DLL. bukankah British adalah abang kandung kepada Amerika . Jika US ada CIA , British ada M16 . Jadi kalau orang lama menuduh Bersih adalah tajaan US bagaimana pula UMNO yang dimahkotakan oleh British Monarch Queen Elizabeth II pada 1957 sebagai penerus agenda British di Malaya , incik orang lama

      • Kalau kita dah tahu mala petaka sejarah lama, jangan kita ulang balik sejarah tu. Kalau dah tahu UMNO di taja British kenapa kita nak ambik balik barat utk melaga-lagakan kita?

        Kita kena bawa minda poltik baru. Kalau tidak tak ada beza nanti PR atau BN.

  3. […] Aminuddin Yahaya  CommentsPowered by Facebook […]

  4. Assalamualaikum saudara Aminuddin,
    Saya sering membaca artikel tulisan saudara dan dalam banyak perkara saya sememangnya bersetuju dengan pendapat saudara. Tetapi berhubung isu Bersih ini saya agak tertarik untuk menulis sedikit terutama selepas membaca respond yang dihantar oleh saudari najwa dan ana.

    Pada pendapat saya kita boleh memberi sokongan untuk memperjuangkan sesuatu isu dan menuntut keadilan. walau bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita harus bertindak mengikut landasan yang betul seperti mana firman Allah dalah surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud :

    Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada Agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum di mana Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah, yang bersikap lembut sesama mukmin dan bertegas dengan orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah dan tidak gentar kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah itu maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.

    Jadi saya melihat kita sebagai seorang Islam haruslah memberi keutamaan kepada perjuangan untuk mempertahankan aqidah Islam berbanding perjuangan politik dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu atau senjata politik. Lakukanlah seperti yang disuruh oleh Allah iaitu berlemah lembut kepada sesama mukmin dan bertegas kepada orang kafir terutamanya dalam isu agama.

    Sekiranya kita merasakan bahawa perjuangan untuk mendapatkan proses pilihanraya yang bersih itu penting maka lakukanlah dan janganlah sehingga mencerca mereka yang mempertahankan agama Allah.

    Kepada saudara Aminuddin, saya sarankan agar tetap kepada perjuangan untuk memperjuangkan aqidah Islam..janganlah peduli kepada golongan yang sanggup menjual agama untuk kesenangan dunia..moga Allah menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.

    • Jazaklah atas kata-kata perangsang Khair Al Asyraf

  5. Saya rasa untuk MSIB ni juga, boleh rujuk muktamar khamis/kelima dalam buku majmuk rasail (himpunan risalah HAB) dalam tajuk pandangan terhadap bangsa, negara/nationalis.

    Saya ada berbincang dengan seorang sahabat saya yg buat law, dia bgtau as per law, valid jugak untuk diutarakan isu LGBT yg dilihat ditindas walaupun minoriti. Tetapi pada pandangan saya, mmg dalam islam, hatta musuh islam kita tak boleh buat semberono tetapi ada adab perang juga. Itulah dia akhlak islam.

    Tetapi mengikut hujah ditindas etc, saya melihat kaum/warga miskin lagi ramai dan layak diketengahkan oleh peguam2/masyarakat/parti politik daripada LGBT. Takut2 nanti lambat laun ada orang nak pertahankan pedophil/perogol dan sewaktu dengannya. Nampak macam tak mungkin tapi, lihat 10 tahun lepas, kalau LGBT msykt tak dapat menerima. Tp bila hedonisma, lucah, pornography dah meleluasa, ramai dah boleh accept, hatta ada saudara seislam kita sendiri menyokong juga atas dasar human rights.

    Saya bukan fikirkan kepentingan saya atau jemaah atau organisasi atau bangsa saya. Yang saya fikirkan sekarang ialah anak2 saya nanti, generasi masa hadapan. KIta mempolitikkan masa depan mereka dengan kepentingan kita. Biar saya dihina dan dicerca dalam buat kerja islam yang saya yakin jalannya tanpa saya menghina gerakan lain, asalkan kepentingan umat islam terjaga pada pandangan saya. Kene faham beza tegur vs hina/kutuk/merendah2kan ye🙂

    Anyhow, islam pasti menang. Saya sedang berusaha buat banyak program, pengisian, usrah, halaqah, workshop, ceramah, daurah, seminar, konvensyen di australia dengan student mesia untuk menjaga masa depan agama kita. Anda bagaimana?

  6. mungkin tuan silap membaca..wajib yg diisebut bukan wajib syar’ie tp wajib dari segi bahasa..

    jemaah kita pun kadang2 keluarkan arahan wajib turun program, takdelah pulak kami ahli2 biasa ni bising2 psl fatwa wajib qiyadah.

    wallahua’lam…

    • Perbezaan ulamak dan orang biasa ialah kata2 mereka di pegang dan dianggap mulia. Mungkin saudara beranggapan begitu tapi orang lain mungkin melihat sbgmana yang saya gambarkan. Ulamak harus berhati2 mengeluarkan pandangan.

      • di sekolah pun biasa sahaja ustaz ustaz mewajibkan turun program sekolah..

  7. Salam untuk semua.

    Lama rasanya tak masuk ke sini. Masih ada lagi rupanya orang yang terperangkap dalam dunia yang sempit. Dari sini dapatlah dikatakan bahawa masih ramai yang sudi hidup dalam kekeliruan. Boleh saya katakan ini terjadi bila wujudnya sindrom mental block? Maksudnya sukar berada dalam keterbukaan dan kemurniaan akal. Mengenai Najwa misalnya, sebagai contoh. Dia telah terpukau dengan perkataan: “ulama” yang lebih tahu dari orang awam, kita mesti patuh apa sahaja yang dia kata. Ulama itu pula diterima secara terpilih-pilih. Pandangan ulama lain tidak pula diambil perhatian. Najwa juga dilihat sebagai seorang penggemar falsafah Hassan al Bana. Bukankah lebih baik membaca dan menghayati pelbagai pandangan agama selain dari Hassan alBana sahaja?

    Saya kesian melihat kesakitan mereka dalam mengharungi hidup ini bila telah terperangkap dalam sindrom tersebut. Sukar untuk melepaskan diri. Saya harap satu hari nanti mereka akan tersedar dari mimpi dan bangun dengan hati jernih melihat alam nyata yang terbuka luas. Kemungkinan mereka akan tersipu malu pada diri sendiri. Ketika itu baharulah mereka menghargai pandangan orang lain dan jauh sekali melakukan penghinaan. Perkara sebegini pernah berlaku pada diri saya dan saya amat faham.

    Walaupun ISMA tidak melontarkan pandangan yang seiring dengan apa yang logik pada akal kita, tidak semestinya ISMA dituduh sebagai itu dan ini. Tidak logik bagi kita kerana kita tidak tahu logik yang ada pada ISMA. Ia tergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki.Hormatilah pandangan mereka sebagaimana selayaknya.

    Soal LBGT ini tak perlulah saya komen lebih lanjut kerana sesaorang yang berhati mulia pasti akan menolaknya. Walaupun mereka bukan Islam. Ia adalah gejala keburukan yang dahsyat bagi seluruh umat manusia. Andaikata kita ingin berjuang untuk keadilan, jauhilah kumpulan pejuang seks bebas dan takutlah memurkaan Allah. Mereka yang menerima pemimpin LBGT adalah manusia yang terikut-ikut liberalisma. Ini adalah hakikat. Adakah Najwa dan Ana juga menganut Islam Liberal? Sekadar bertanya. Maaf jika ada yang terguris.

    Lebih malang bila program HIMPUN yang sepatutnya diangkat sebagai JIHAD telah dicemuh dan dihina. Mengangkat pula perjuangan liberalisma sebagai keutamaan. Sejauh mana WAJIB nya sertai BERSIH berbanding HIMPUN? Menjadi budaya baru kaum Muslimin (mengaku berberilmu agama) meninggalkan yang HAQ dan memilih yang BATIL. Ia sesuatu yang amat malang.

    Kekeliruan ini memang sukar dihakis bila ada pemimpin terutama yang bertaraf ulama mempergunakan kedudukan mengajak orang ramai melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum. Hukum pula ditwistkan mengikut kehendak nafsu atau kepentingan.

    “Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu” kata Syiekh Daud alFathani. Ulama yang terkenal dan mempunyai karamah, dihormati seluruh Nusantara juga di Makkatul Mukarramah. Malah dia pernah berdoa agar bangsa ini dipelihara oleh Allah kekal sebagai Islam. Kita perlu ingat semasa Islam menjadi jati diri Melayu, sesiapa yang beragama Islam (bukan Melayu) terlalu ingin diiktiraf sebagai Melayu. Sedia menerima Melayu sebagai cara hidup. Mereka terserap dengan harmoni sebagai Melayu. Sehingga wujud perkataan “Masuk Melayu”. Apakah kita sudah lupa? Atau tidak pernah mengetahuinya? Atau sengaja melupakannya?

    Kenapa pula dipertikaikan bila musuh politik menggunakan slogan yang sama? Mungkinkah akal sudah terbelit dakwah songsang? Maaf jika terguris lagi.

    Jauhilah sindrom (mental block) ini jika mahu benar-benar bebas dan adil pada diri sendiri. Bukan hanya adil dalam Pilihanraya sahaja.

    Sesungguhnya ini adalah ujian getir buat kita kaum Muslimin. Belajarlah berfikir sebelum kita tersesat. Semoga belum terlambat.

  8. In terms of converts/reverts,
    Di Eropah, yg LIBERAL itu, ISLAM lah agama yg paling pesat berkembang.
    Di US yg LIBERAL itu, ISLAM juga adalah agama yg paling pesat berkembang.
    Di US yg jahat itu, 1/4 daripada Muslim diasana adalah convert.
    Apakah jawapan kita kepada fenomena ini?
    Bagaimanakah pendakwah disana menjalankan dakwah mereka dengan sebegitu hebat? Sedangkan tekanan terhadap mereka seperti Islamophobia di sana lebih dahsyat? Bagaimanakah jika kita bandingkan dengan pendakwah kita dini?

    Islam itu agama fitrah. Fitrah ini dikongsi oleh semua manusia walaupun yg bukan agama Islam. Menyukai keadilan itu adalah fitrah. Atas sebab itu lah BERSIH ini diperjuangkan oleh manusia daripada pelbagai jenis bangsa dan agama. Soal siapa mereka, bukan isu utama. Kalau soal “siapa” itu jadi isu utama, tentu kita akan menolak demokrasi, menolak teknologi dan lain2 lagi, kerana semua itu datangnya dari BARAT. Tapi berpijak kah kita kepada realiti kehidupan ini? Adakah ISLAM benar2 mengajar kita menghukum berdasarkan “siapa”? Atau sebenarnya Islam mengajar kita menghukum berdasarkan “apa”.

    Bila disebut tentang ayat2 quran mengenai “berlembut dgn MUKMIN dan berkeras dengan KAFIR”, adakah cukup jika kita mengambil pemahaman ayat tersebut pada soa “siapa” sahaja, iaitu ORANG mukmin, dan ORANG kafir? Sudahkah kita membahaskan “APA”kah dia context kafir dan mukmin itu? Hakikatnya, kafir itu adalah mereka, YANG TAHU KEBENARAN, TAPI MENYEMBUNYIKANNYA. (boleh semak andai ragu2). dan mukmin itu is one who is totally COMMITTED TO LIVING THE LIFE AS A TRUE BELIEVER IN ALLAH. Persoalannya, adakah semua yg Islam itu sentiasa MUKMIN? Adakah yg bukan Islam itu sentiasa KAFIR? Muslim yg dah tau kebenaran, (syiar Islam yg mengajarkan deen spt Amanah, Keadilan, Hudud) lalu ia menyembunyikan atau menafikan kebenaran tersebut, adakah dia MUKMIN (committed to Allah) atau KAFIR (menyembunyikan) sebenarnya? Bagaimana pula nonMuslim yg pada ketika memperjuangkan keadilan (yg tak bercanggah dgn Islam) itu, apakah dia KAFIR atau MUKMIN sebenarnya? Jgn terperangkap dgn sentiment.

    Oleh, itu Pada saya pendekatan yg lebih tepat adalah menumpukan kepada konteks sesuatu isu itu secara khusus, dan tidak mengait2kan dengan INDIVIDU dalam suatu isu tersebut.

    BERSIH khususnya, harus dilihat dari segi konteks perjuangan BERSIH itu sendiri, bukan pada AMBIGA semata2 kerana dia HINDU dan memperjuangkan apa yang pada dirinya, dianggap sebagai kebenaran. One’s truth and Others’ truth are not the same! Betapa pastikah anda bahawa AMBIGA, DAP dan lain2 yang dibenci sangat itu tergolong sebagai golongan yang KAFIR, apatah lagi KAFIR HARBI yang wajib diperangi?? Musyrik dan Kafir tidak sama.

    Oleh itu dalam apa2 perkara pun, jgn cepat menghukum sesuatu hanya berdasarkan sentimen.
    Kalau seseorang membawakan suatu yg TERBUKTI benar/baik, patutlah kita menyokongnya tak kira dari mana atau siapa ia datang, walaupun orang bukan Islam. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu terbukti membawa perkara yg tak benar dan kerosakan, kita menolaknya walaupun ia dibawa oleh orang yang mengaku Islam.
    Atas sebab itulah, bila suatu perjuangan itu, kita paksikan dia pada soal “siapa” ia akan menjadi keliru, terutamanya bile “siapa” yang diperjuangkan tersebut itu sendiri, amat jauh ajakannya daripada kebenaran. Seperti Melayu Islam yang menghalalkan dan mempertahankan penyelewengan.

    Saya percaya, ajakan Islam yang sebenar tidak membawa kepada perpecahan langsung, bukan semata-mata perpaduan diantara bangsa sendiri atau saudara seagama sendiri sahaja, tetapi Islam mengajar HARMONI diantara seluruh umat manusia tak kira agama. Kerana Islam itu Fitrah, dan Fitrah menginginkan keharmonian.

    Sila rujuk dua video dibawah utk muhasabah bersama.

    • komen yang bernas..teringat tentang filem sang pencerah..hanya kerana peta (map) berasal dari negara kafir, maka haram digunakan untuk menentukan arah kiblat..

      ISMA, jadi lah seperti sang pencerah,

  9. Kenapa GMJ x disertai ISMA walhal itu melihat kepada isu ummat sedunia? Bukankah itu juga diletak sbg wajib utk kita perjuangkan?

  10. Jika anda rasakan ia sesuatu yang baik teruskanlah.Mungkin anda sudah terkena sinaran Liberalisma sebagaimana kata anda, anda berbangga dan teruja dengan peningkatan Islam Liberal di US dan Eropah. Cuba buat kajian siapa sebenarnya dalang yang mecipta dan galakkan Islam Liberal. Banggakah kita dengan peningkatan Islam Liberal yang juga menganjurkan Pluralisma?… macam saudara sebutkan juga, anda berhajat kepada keduniaan dan mengangkat teknologi. Itu juga methode Islam liberal. Jadi jelaslah anda seorang pengamal Islam Liberal atau yang terpengaruh dengannya. Adakah fitrah manusia itu sebagaimana yang anda katakan? Fitrah amat membenci pemurtadan… adakah anda rasa sedemikian? Jika tidak, jangan anda sebut perjuangan anda berdasarkan fitrah. Matlamat menghalalkan cara. Itu sudah jelas apa yang BERSIH cuba lakukan, fitrah tidak menganjur sedemikian rupa. Ambil contoh LBGT yang cuba diperjuangkan bersama dalam himpunan BERSIH itu apa maknanya? Adakah anda rela mengangkat pejuang (bukan individu) yang bermatian memperjuang LBGT sebagai ketua? Jika perjuangan untuk memurnikan aqidah dalam HIMPUN mendapat riaksi berlainan.. adakah ianya dapat dikait dengan fitrah?

    Fitrah manusia menolak perjuangan meningkatkan syiar Islam dan utamakan pilihanraya?

    • saudara, usah mudah menghukum orang. apa yg anda tau tentang saya, menghukum itu dan ini? saudara yakin kah dgn tuduhan itu? Adakah saya menyebutkan tentang Islam Liberal dalam hujah diatas? Sy menerangkan ttg konsep Liberalism dan cuba menjelaskan bahawa ia asalnya bukan suatu fahaman yg bersifat anutan, tetapi ia adalah sistem, sistem yg wujud pasca zaman imperialism dimana rata2 dunia pada ketika itu deperintah oleh kerajaan diktator. Liberalism tak sama macam Islam Liberal. Islam Liberal itu sesat kerana fahaman itu bercanggah dgn Nas. Walaupun nmpak sama, Liberalism tak sama dgn Pluralism, Sekularism dan sebagainya. Tuan tuduh saya macam2 tapi nampak sangat tuan sendiri yg tidak adil dalam membuat pertimbangan dan berhujjah. Semua point tuan tidak berasas hanya bersifat tuduhan.

      Fitrah yang saya sebutkan adalah suatu yg Allah telah masukkan kedalam jiwa setiap manusia, yang mana semua manusia tak kira bangsa atau agama, akan terdetik dalam hatinya bahawa suatu perkara itu adalah kebenaran. Fitrah adalah suatu yg hakikatnya mudah difahami dan diterima sejagat oleh manusia. Seperti manusia mahukan keadilan, mahukan kebebasan, mahukan keamanan dan kesejahteraan. Fitrah juga adalah rasa bahwa diri ini bertuhan. Untuk hal2 yg demikian, apakah bezanya Islam dgn org2 lain? Nilai fitrah beginilah yg kami kongsikan! Adakah ini dikira Liberalism yg sesat? Sebenarnya, Liberalism tidak salah, tapi bagaimana org memahami konsep dan menggunakan konsep itu yg salah. Demokrasi juga lahir dari Liberalism. Adakah demokrasi salah? LGBT bukan fitrah. Kenapa sering menuduh dan mengaitkan BERSIH dgn LGBT? Atas dasar apakah kaitan tersebut dilakukan? sy nampak, ia hanya assumptions berlandaskan sentimen sahaja. Sentimen benci pada Ambiga, maka akan menolak segalanya yg dikaitkan dengan Ambiga. LGBT dan BERSIH adalah perkara yg amat berlainan, tuan. Silalah menilai dengan adil. Tiada siapa dalam PAS yg menghalalkan dan menyokong LGBT!! Mana tuan dgr PAS sokong LGBT??

      Tuan, yg perlu ditentang sebenarnya adalah Sekularism, mengasingkan agama dari kehidupan selain ibadah. Inilah dia musuh kita yg sebenar!

      Menginginkan kuasa adalah kerana inginkan daulah kerana ingin menegakkan syariah!! Benda ini mudah untuk org yg otaknya tak lemah!

  11. Assalamu’alaikum. Saya percaya semua yang mengikuti forum ini adalah Muslim. Sebagai orang yang beriman, pandangan kita akan lebih mantap jika bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Sekiranya kite menolak dua sumber itu, bermaksud apa ? Saudara-saudari fikirlah sendiri berdasarkan pengetahuan masing-masing.
    Maksud firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 28; ” Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang KAFIR menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang MUKMIN. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkanmu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).”
    Rujukan Tafsir Ibn Kathir :
    Allah melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk mengangkat orang-orang kafir sebagai wali atau pemimpin dengan kecintaan kepada mereka dan mengabaikan orang-orang yang beriman. Selanjutnya Allah SWT mengancam perbuatan itu seraya berfirman yg bermaksud , ” Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah”. Ertinya barangsiapa melanggar larangan Allah tersebut, maka ia benar-benar terlepas dari Allah SWT, sebagaimana Allah SWT berfirman yg bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin. Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian lainnya. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.” ( Surah Al-Maidah, 51)
    Firman Allah dlm Surah Al-Anfal, ayat 73 bermaksud : ” Adapun orang-orang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (wahai kaum Muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di mukabumi dan kerusakan yang besar.”
    Saya terus kpd tafsir bhgn akhir ayat 28, S. Al-Imran, yg bermaksud “Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya.” Dengan kata lain, Allah SWT memperingatkan kite semua akan siksa-Nya di dalam penentangan terhadap-Nya dan azab-Nya bagi orang-orang yang menjadikan musuh-Nya sebagai wali, dan memusuhi para walinya. Dan selanjutnya Dia berfirman, yg bermaksud, ” Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” Iaitu kepada-Nya tempat kembali untuk diberikan balasan bagi setiap orang atas amal yang diperbuatnya.
    Begitulah tafsiran ayat yg saya ambil dari Kitab Tafsir Ibn Kathir. Maka itu , mari kite fikirkan dengan tenang akal yg Allah kurniakan ini. Adakah betul tindakan kite menyokong BERSIH 3 yang diketuai oleh orang KAFIR (dibantu oleh zionis) dan tidak menyokong HIMPUN (orang-orang yang beriman) yang bertujuan mengajak Umat Islam bersatu menjaga Aqidah Ummat yang terancam sekarang ini. Wallahu’alam.

  12. Sekali lagi, sikap double standard mengatasi segalanya….

  13. Ku telah mengikuti dgn teliti perbahasan yg panjang mengenai HIMPUNAN DAN BERSIH 3.0.Ayat Quraan dan hadis telah di petik.Bersih telah berjaya mengumpul 300000 org yg terdiri berbagai bangsa kerna menentang kerajaan zalim,rasuah,anti lslam, menentang hudud,hapus tulisan jawi,hapus bahasa melayu sebagai bahasa ilmu,menjual tanah reverve melayu kini tinggal 55% saja,saham bumi tinggal 2 bilion dari 54 bilion,bocur wang negara 28 bilion setahun dan tak larat nak turun fakta dan data.O YA BUAT FITNAH PELACUR DAN GAY,LISBIAN TIAP HARI DI MEDIA,hingga muda mudi terpengaruh.MENENTANG KERAJAAN ZALIM APA HUKUM?Tak faham islam kah ulamak yg menyertainya.PROF.DR.YUSUF QRDHAWI kurang ilmukah banding dgn Alimuddin.NAK BAWA KEMANA PENDAHWAH ISMA YG TERPENGARUH FIKIRAN UTUSAN MELAYU,dok bangkit isu ambiga.RAMAI RAKYAT ISLAM TAK MENYERTAI HIMPUN MURTAD BUKAN TAK SETUJU TAPI HIMPUNAN TAJAAN UMNO,bukti tak cukup.NAK BERJUANG INI MESTI IKUT ALAWIYYAT,.Langkah utama skg jatuhkan kerjaan anti lslam selepas itu isu murtad dapat di tangani dgn senangnya.KU tahu memang dlm keadaan sekarang manusia akan tegak benang basah,teruskan tegak benang basah,cuma saya berdoa muga terbuka hati kejalan benar.wallahualamm.

    • Tk Tn Hj kerana memberi komen.

      Saya setuju UMNO mesti dijatuhkan tetapi persoalannya sape yg nak naik? Saya tak rasa PAS akan menonjol. Yg majoriti adalah DAP dan PKR. Satu bawa fahaman sosialis, satu lagi bawa faham liberal.

      Soalan saya pd Tn Hj;
      1. Tak mahukah Tn Hj tengok orang Melayu bersatu ie UMNO dan PAS?
      2. Mana lebih baik; UMNO atau DAP?

    • Assalamu’alaikum. Saya percaya semua yang mengikuti forum ini adalah Muslim. Sebagai orang yang beriman, pandangan kita akan lebih mantap jika bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Sekiranya kite menolak dua sumber itu, bermaksud apa ? Saudara-saudari fikirlah sendiri berdasarkan pengetahuan masing-masing.
      Maksud firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 28; ” Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang KAFIR menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang MUKMIN. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkanmu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).”
      Rujukan Tafsir Ibn Kathir :
      Allah melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk mengangkat orang-orang kafir sebagai wali atau pemimpin dengan kecintaan kepada mereka dan mengabaikan orang-orang yang beriman. Selanjutnya Allah SWT mengancam perbuatan itu seraya berfirman yg bermaksud , ” Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah”. Ertinya barangsiapa melanggar larangan Allah tersebut, maka ia benar-benar terlepas dari Allah SWT, sebagaimana Allah SWT berfirman yg bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin. Sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian lainnya. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.” ( Surah Al-Maidah, 51)
      Firman Allah dlm Surah Al-Anfal, ayat 73 bermaksud : ” Adapun orang-orang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (wahai kaum Muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di mukabumi dan kerusakan yang besar.”
      Saya terus kpd tafsir bhgn akhir ayat 28, S. Al-Imran, yg bermaksud “Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya.” Dengan kata lain, Allah SWT memperingatkan kite semua akan siksa-Nya di dalam penentangan terhadap-Nya dan azab-Nya bagi orang-orang yang menjadikan musuh-Nya sebagai wali, dan memusuhi para walinya. Dan selanjutnya Dia berfirman, yg bermaksud, ” Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” Iaitu kepada-Nya tempat kembali untuk diberikan balasan bagi setiap orang atas amal yang diperbuatnya.
      Begitulah tafsiran ayat yg saya ambil dari Kitab Tafsir Ibn Kathir. Maka itu , mari kite fikirkan dengan tenang akal yg Allah kurniakan ini. Adakah betul tindakan kite menyokong BERSIH 3 yang diketuai oleh orang KAFIR (dibantu oleh zionis) dan tidak menyokong HIMPUN (orang-orang yang beriman) yang bertujuan mengajak Umat Islam bersatu menjaga Aqidah Ummat yang terancam sekarang ini. Wallahu’alam. Berfikir biar berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Hidup biar berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Semoga satu hari nanti Allah memberi petunjuk kepada saudara.

  14. Aminudin dok fikir cara org umno,umno takut DSAI kerna dia faktor perpaduan lantas mahu lumpuhkan anwar utk kekal berkuasa. Ini rancangan MAHADHIR YG DI TERUSKAN OLEH NAJIB.Hujah, propangganda pada org kampong bila Najib jatuh DAP YG BERKUASA.lni propagganda utk org kampong,org bijak Quraan dan hadis,bijak sirah dan fikul sirah dan di tambah mahir dan faham perjuangan HASAN ALBANA seperti Aminudin tAK SEPATUT TERPENGARUH PROPAGGANDA MURAHAN UMNO NI. Umno nak berpadu dgn pas bila dia lemas,bila dia kuat di terajangnya pas,sila rujuk sejarah.PERPADUAN UMNO PAS ATAS DASAR APA? UMNO PERJUANGANNYA KEBENDAAN,pangkat,harta, PAS berjuang lslam dan keadilan.RUJUK ALQURAAN,SIRAH PERPADUAN ISLAN BERDASARKAN APA?UMNO BERGABUNG DGN MCA DAN GERAKAN,MIC dll mereka lslamkah? GERAKAN MEMERINTAH P.PINANG peruntukan majlis agama lslam 12 juta,DAP SKG 68 JUTA.DAP MERUJUK UMAR ABD.AZIZ, MCA RUJUK APA?
    2.BILA NAJIB KALAH DAP BERKUASA?lagi sekali hujahan utk pengaruh org kg.RUJUK DATA berapa kursi Melayu berapa kursi DAP bertanding jawap sendiri di mana logiknya?
    3.SAUDARA raguai kepimpinan DSAI,buka sejarah perjuangannya mengenai dahwah msia,kebangkitan islam di msia.Anak kempus yg berfoya2 menggila dgn budaya barat tahun 70an telah di bentuk hidup cara lslam,pakai tudung seperti hari ni.KINI DIA DI IKTIRAF OLEH ULAMAK DUNIA,ul amak msia kecuali setengah umno.KERAJAAN TURKI,TUNISIA TERBARU SGT MENGHORMATINYA DAN MENYAMBUT SEBAGAI TAMU VVIP apakah kita MSIA TAK IKTIRAF?SEMAK PERUBAHAN SEMASA DIA MEMERINTAH.JIKA ADA MASA ELOK SAYA BERJUMPA SAUDAR KITA BERTEMU MATA KRNA BERBAHAS DLM FB BYK ELEMEN PERSEPSI2.wasalam.

    • Tn Hj,

      Saya tak mahu membicara soal peribadi di sini. Bagi saya DSAI dan Najib tidak penting dan tidak relevan. Yang penting adalah islam tetap terpelihara dan dimuliakan. Betul MP Melayu masih ramai tapi kalau soal kalimah Allah pun tak bersatu, apa ertinya kerusi Melayu yg majoriti tu?

      Saya lihat hampir kesemua nampak permasaalaahn tapi tak ramai yg tengok penyelesaian. Memang UMNO rosak tapi apa penyelesaiannya? Semua orang akan jawab UMNO mesti dijatuhkan. Saya pulak melihat penyelesaian lain, UMNO dan PAS kena SEPAKAT. Itu saja perbezaan kita.

      Saya amat yakin pimpinan ulamak PAS pun mahu kesatuan ini. Kalau tidak masakan TG Hadi, Mustafa Ali dan U Nasharudin pernah bincang dgn UMNO. Kalau tidak kerana desakan2 dari pihak tertentu, saya yakin negara telah menyaksikan perpaduan ke 2 UMNO dan PAS.

      • tuan2 sahabat dari Isma, tak sedarkah tuan2 bahawa amat banyak sekali pendirian tuan2 ni disandarkan kepada tekaan, perasaan dan sentimen semata2? tuan2 mendakwa menghukum menggunakan nas, tapi hakikatnya tuan2 tidak bersikap adil dalam menghuraikan nas tersebut, sedangkan hakikatnya tuan2 byk berfatwa pada perkara yang tuan2 sendiri tidak pasti.

        1, Tuan perjuangkan isu akidah dgn difokuskan kepada dakwaan hassan ali tentang usaha pemurtadan mubaligh kristian, lalu menganjurkan HIMPUN, Tapi tuan2 tiada sebarang bukti, tiada sebarang tuntutan dan tiada sebarang cadangan pun yg nak diketengahkan. sebaliknya tuan2 cuba masuk kepentas politik dan menyebarkan ideologi tuan2 dalam ceramah2 di HIMPUN. tuan2 tak sedar kah bahawa isu akidah dan murtad ini faktor masalah utamanya bukan pada pendakyah, tapi pada sistem sekular dan materialistik yg diterap dalam masyarakat itu sendiri. Kerajaan menyisihkan ilmu2 dan nilai2 agama daripada masyarakat dgn sistem pendidikan yg sekular, dgn hiburan yg melampau dan dgn penyelewengan harta negara yg menyebabkan kesempitan hidup? Siapakah mereka yg memakmurkan sistem jahat seperti ini? Adakah mereka itu bukan melayu yg mengaku beriman?

        2. Tuan menghukum suatu perkara bukan dengan cuba memahami isu, konteks dan isi, tapi menghukum berdasarkan siapakah pelakunya. Hanya kerana Ambiga, habis mata dibutakan, telinga dipekakkan dan akal dimatikan dan hati ditutup utk melhat, mendengar dan berfikir tentang apakah perkara yg hendak disampaikan. Tuan2 terlalu taksub dengan pemahaman versi tuan tentang wala’ dan bara’ sehinggakan secara sedar atau tidak, tuan2 memupuk perasaan benci kepada semua yg masih belum mendapat hidayah daripada Allah. Sedangkan tuan2 lupa bahawa Rasulullah mengajar supaya kita bersikap adik dan hidup harmoni dgn seluruh makhluk, kecuali mereka yang secara pastinya kafir harbi, iaitu org2 yg DAH tahu kebenaran Islam, tapi tidak menerima, seterusnya memusuhi pula Islam tersebut. Sedangkan nasib org musyrik pun nabi bela, tapi tuan2 butakan mata. Sedarkah tuan bahawa menjadi tanggungjawab kita utk menyampaikan risalah tersebut kepada mereka yg masih belum beriman? Adakah tuan merasakan tuan2 boleh berdakwah kepada mereka dgn konsep wala’ dan bara’ seperti yg tuan fahami? Agak2 dgn kaedah tuan2 ni, mahukah mereka cuba rapat dgn tuan2? Dan yg paling penting, adakah benar dakwaan tuan2 bahawa kami berwala’ kepada Ambiga? dan adakah benar tuan menghukum Ambiga sebagai memusuhi Islam? Bagaimana org yg tak tau mengenai Islam, tuan2 expect nak terima semua hukum Islam, semata2 atas alasan mereka minoriti? Bara’ sepatutnya adalah kepada mereka yg betul2 menepati ciri ‘KAFIR’ itu, iaitu ‘yg menyembunyikan’. Bermaksud, org yg dah tau, tapi dia menolak jugak Islam setelah cukup pengetahuan sampai kepadanya. Pastikah tuan2 bahawa dakwah tuan2 kepada mereka termasuk Ambiga ni dah cukup? Begitu juga sebaliknya, konsep wala’ kepada mukmin. walau macam mana hebat sekalipun penjelasan tuan2 dlm konsep ini, tapi tuan2 gagal mengenal pasti siapakah sebenarnya yg mukmin dan apakah perbezaan mukmin, dgn muslim yg tidak percaya pada sebahagian hukum2 tuhan seperti UMNO. Apakah mereka ini mukmin?

        3. Tuan2 juga sering berhujah dgn teori2 konspirasi seperti campur tangan asing, sekali lagi tanpa bukti, sehinggakan tuan2 boleh berkompromi dgn kebobrokan yg jelas telah dilakukan oleh pemerintah sendiri, semata2 kerana mereka itu melayu dan muslim. begitu juga dengan teori2 usaha kristianisasi dibelakang DAP, teori bahwa china2 semua berpura2 sedangkan didalam hati mereka memusuhi Islam. Tuan2 juga tidak menerima langsung apa2 perbuatan baik oleh org yg bukan Islam, dengan mempersoalkan niat dihati mereka. Tidakkah tuan2 terdetik dihati takut2 tuan2 telah melampaui batas, seolah2 tuan2 mampu membaca niat dan keikhlasan di hati seseorang. Islam mengajar kita supaya menghukum DENGAN APA YG JELAS dan terbukti sahaja. Niat dan keikhlasan adalah kerja Allah utk menilainya.

        4. Seterusnya tuan2 cuba mengaitkan dengan pemahaman Islam Liberal, sekali lagi seperti biasa tanpa bukti, dan lebih teruk lagi tanpa pemahaman yg cukup pun tentang konsep Liberalism dan betapa ia berbeza dengan Islam Liberal, Pluralism, Sekularism, Kapitalism. Asalkan dari ‘barat’ tuan2 hukum sebagai melanggar syariat. Tahukah bahawa recolusi Arab itu juga adalah Liberalism? Apakah kena mengena dengan Islam Liberal?

        5. Cuba tuan2 muhasabah dan lihat sendiri ‘hujah2 dan dakwah’ yg tuan gunakan. ia penuh dgn hate campaign, mengajak kita supaya memusuhi semua org cina dan non-muslim lain. Islam kah ini? Beginikah Islam?

        6. Akhirnya, tuan2 mempersoalkan siapakah yg lebih suci antara DAP dan UMNO. Terbukti, bahawa inilah dia sebenarnya belang tuan. Sentimen perkauman yg amat pekat, tapi ditutupi dengan hujah panjang lebar yang kononnya dipanggil Islam. Tuan2 menilai berdasarkan SIAPA dan tidak memberikan penekanan terhadap APA. Asalkan Melayu, tuan terus menghukum lebih mulia daripada Cina. sedangkan Iman itu milik Allah, dan Allah boleh menarik cahaya iman itu pada bila2 masa yg Dia suka. Dan dia juga boleh berikan keimanan kepada sesiapa saja pada bila2 yg DIa suka. Dan Allah juga beri peringatn supaya lakukan ketaatan dan beramal soleh. Dan mereka yg ikhlas dalam amalannya, walaupun musyrik pada ketika melakukan amalan tersebut, tak mustahil, Allah sendiri yg akan memancarkan nur dan hidayahNya kepada org tersebut.

        Hukumlah saya sebagai liberal ke atau apa pun, hanya Allah sebaik2 tempat aku berlindung.

      • Berkenaan gabungan PAS dan UMNO, pada saya tuan2 sendiri confuse apa yg tuan2 nak sebenarnya. Sekejap kata gabung, kejap kata takyah gabung tapi sepakat je.. apa maknanya ni? kalau nak sepakat je, bukan jadi masalah pun pada pa yg ada sekarang ni. bila kat parlimen, apa yg untungkan Islam, sama2 lah setuju untuk undi. setiap MP ada satu undi. PAS insyaallh takde yg akan tolak perkara2 yg menguntungkan Islam demi kepentingan peribadi, seperti benarkan syarikat judi dan arak masuk semata2 nak dapatkan royalti sbg salah sorang ahli lembaga pengarah dan sebagainya. Perkara2 seperti persepakatan begini, pergilah sasarkan utk diberitahu kepada UMNO tu je nanti, sebab selama ni, mereka yg undi nak bawak masuk semua kemaksiatan kat Malaysia ni. Cari audience yg lebih tepat.
        Kalau bergabung pulak, nak bergabung atas sebab apa? sedangkan SEMMMMUAAA orang tahu, perangai pemimpin2 UMNO yg sebenarnya, so apakah logiknya PAS bergabung dengan mereka. Bagaimana kalau nnt mereka nakkan maksiat, sedangkan PAS taknak, bukankah akhirnya, PAS akan ditendang keluar juga nanti? sejarh akan berulang lagi…

  15. Maaf terlupa nak jawap soalan 2 mana lebih baik umno dgn dap? Saya tertarik pertanyaan anaknda aminudin,saya gelar Aminudin pangkat anak sebab Mohd Ihsanuddin anak saya.saya sgt hormat perjuangan saudar se
    perti saya hormat perjuangan anak saya,di tempat saya setuju saya akur di tempat tak setuju saya akan tegas nyatakan pendirian saya.Rujuk lslam,islam tu bukan merujuk pada bangsa,bangsa arab,bangsa nabi,nabi tolak kerna fahaman jahiliyahnya dan ALLAH MASUK KE DALAM NERAKA WALAU PON DIA BANGSA ARAB.SIFAT DAN PERANGAI,cara pemerinthan umno dah saya nya di atas,tolak hudud,hancur sekolah rakyat yg nak perjuangkan pendidikan islam,rasuah,salah guna kuasa dll CIRI ISLAM KE.
    2DAP walau pon bukan lslam telah berstuju agama lslam agama rasmi,bahasa melayu bahasa rasmi,keistemwaan melayu sila rujuk perjanjian bersama PR.DAP PEMPERJUANGKAN KEADILAN!NEGARA KEBAJIKAN ini adala INTI PATI KANDUNGAN ALQURAAN RUJUK ULAMAK.LIM GUAN ENG 2 TAHUN DI PENJARA KERANA MEMBELA GADIS YG DI ROGOL OLEH PEMIMPIN KANAN UMNO.DAP TELAH SETUJU HUDUD SBB HUKUM UMAT ISLAM,MCA KATA LANGKAH MANYAT NYA JIKA NAK LAKSANA HUKUM HUDUD.MCA RAKAN UMNO.NEGARA P,PINANG DAP MEMRINTAH BERI PERUNTUKAN 68 JUTA UTK MAJLIS AGAMA ISLAM P.P DULU GERAKAN HANYA 12 JUTA.PAS BYK KERUSI MENANG,demikian juga PKR kerana cina dap beri undi,dia tidak beri undi kpd bangsanya walau sama2 Cina.FIKIR DAN ANALISIS SENDIRILAH ANAKNADA AMINUDIN.O YA LUPA DAP RUJUK CARA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AZIZ CARA HIDUP WASATIYYAH,sederhana,tidak rasuah,bersih UMNO rasuah kotor,artis pilihan pimpinan nya, MANA BAIK YE? jawap sendirilah jgn guna sentemen,emosi mcm umno dok main emosi rakyat tapi tidak berdasarkan hujahan fakta dan data.

    • Tn Hj,

      Terima kasih kerana panggil saya anakanda walaupun saya tak pasti siapa yang lebih tua antara kita.

      Saya tak sentimen dan emosi. Tn Hj rujuklah kitab2 feqah ttg konsep Wala’ wa Barra’. Saya tegaskan :-

      – se jahat2 Saddam, beliau 1000x lebih baik dari Mahatma Ghandi
      – se jahat2 Mubarak, beliau tetap 1000x lebih baik dari Mother Theresa
      – se korup2 Najib, beliau tetap 1000x lebih baik dari Lim Kit Siang, Karpal, Guan Eng

      Kerana Saddam, Mubarak dan Najib adalah muslim.

      Kalau ada mana2 ustaz atau pimpinan politik baik dari PAS maupun PKR atau UMNO atau sesiapa saja ulamak yang kata sebaliknya, saya sanggup berhujah walaupun saya bukan seorang ustaz.

  16. Saya nak anaknda Aminudin jawap pula soalan saya,kalo umno nak bersatu dgn Pas, mengpa pru 12,umno matian merampas balik Trengganu dari tangan PAS dgn cara bawa pengundi haram?TEKTIK INI DI GUNA PAKAI SELURUH MSIA SKG hingga wujud demo BERSIH.
    2.KALAU UMNO PEJUANG MELAYU DAN ORG MISKIN KENAPA ROYALTI MINYAK KELANTAN TAK DI BERI PD KELANTAN DAN MASA PAS MEMRINTAH TRENGGANU ROYALTI MINYAK DI TARIK BALIK. Bila umno memrintah wang royanti di gunakan utk projek kroni.BETULKAH UMNO PEJUANG MELAYU?

    • Salam Tn Hj,

      Saya tak pernah kata UMNO baik tapi dalam masa yang sama saya tak anggap dia musuh selama2nya yang mesti di hapuskan. Saya juga tidak menyuruh PAS bersatu secara fisikal dgn UMNO TETAPI PAS mesti sepakat dalam perkara2 asas islam.

      UMNO saya anggap muslim yang banyak dosa tetapi tetap islam sedangkan sebaik2 DAP ia tetap kafir. Mungkin ada nilai2 baik dalam DAP tetapi ia tetap engkar dengan Allah. Mereka baik kerana mereka lemah tetapi jika mereka ada kekuatan saya tak rasa mereka akan mempertahankan islam.

      Tn Hj,

      Baik seseorang itu dinilai atas agamanya bukan nilaian kuasa dan harta semata. Siapa yang lebih banyak pengorbanannya kpd R saw dan orang yang dikasehi Baginda selain Abu Thalib. Tapi apa kesudahan Abu Thalib?

  17. Tak payah nak bercerita panjang lebar. Siasat apa itu NED, kenapa Arab Spring berlaku, apa jadi Iraq setelah dikhianati USA, apa perana DSAI mengenainya. Dulu dia bangus, semua sokong dia, tetapi kini jah tergelincir setelah mengangkat Islam Liberal. Siasat apa kaitan dia dengan Islam Liberal. Ismail Mina sahabat dia yang bangunkan ABIM meninggalkannya, sebab apa? DAP, luaran memang nampak cantik (maklumlah suka berpura) di belakang sedang cipta wawasan kristianisasi melalui kerajaan PR nanti. Hudud sampai kiamat tak kana dapat laksana melalui demokrasi, percayalah, Karpal Singh masih belum tarik balik ancamannya. Masa untuk Islam beratu tak kira flatform mana kalau hendak selamat. Melayu dipecah perintah, Cina seluruhnya dibelakang DAP walaupun bercakap sebagai MCA atau Gerakan. Semua itu wayang belaka. Jangan sampai kubur sendiri dikencing oleh cucu cicit hanya kerana khayal dengan kebiulan sendiri. Matangkan diri kerana walaupun dah tua tapi masih nampak tak cerdik. Maaf jika terasa. Malaysia sedang menuju huruhara akibat campurtangan USAmerika dalam diam.

  18. Memang Aminuddin ni buat tak faham. Yang lawan UMNO adalah PAS. kalau UMNO kalah, Pas yang menang. kalau PAS tak kuat, hangpa yang kena kuatkan PAS. Yang berjuang melayu ni tak sedar bahawa selepas pilhanraya 12 lalu, bilangan wakil rakyat Islam paling ramai di Parlimen. Tapi tak ada le wakil ISMA. DAP tak pernah bunuh orang PAS. DAP tak pernah halang bantuan kepada Kelantan. yang buat semua tu UMNO.

    • Nak tanya Mat Kong, adakah DAP lebih suci dari UMNO?

      • perkasa = pekida = isma so tak yah lah tuan nak layan sangat . PEKEMBAR dah sub-con kan tradisi membela ketuanan melayu kepada ngo ni . cuma bezanya dua yang pertama tu pure melayu yang last tu ada sikit tarbiah islam ala ikhwan . tapi rasanya funder dibelakang mereka tetap sama

  19. tuan2 sahabat dari Isma, tak sedarkah tuan2 bahawa amat banyak sekali pendirian tuan2 ni disandarkan kepada tekaan, perasaan dan sentimen semata2? tuan2 mendakwa menghukum menggunakan nas, tapi hakikatnya tuan2 tidak bersikap adil dalam menghuraikan nas tersebut, sedangkan hakikatnya tuan2 byk berfatwa pada perkara yang tuan2 sendiri tidak pasti.

    1, Tuan perjuangkan isu akidah dgn difokuskan kepada dakwaan hassan ali tentang usaha pemurtadan mubaligh kristian, lalu menganjurkan HIMPUN, Tapi tuan2 tiada sebarang bukti, tiada sebarang tuntutan dan tiada sebarang cadangan pun yg nak diketengahkan. sebaliknya tuan2 cuba masuk kepentas politik dan menyebarkan ideologi tuan2 dalam ceramah2 di HIMPUN. tuan2 tak sedar kah bahawa isu akidah dan murtad ini faktor masalah utamanya bukan pada pendakyah, tapi pada sistem sekular dan materialistik yg diterap dalam masyarakat itu sendiri. Kerajaan menyisihkan ilmu2 dan nilai2 agama daripada masyarakat dgn sistem pendidikan yg sekular, dgn hiburan yg melampau dan dgn penyelewengan harta negara yg menyebabkan kesempitan hidup? Siapakah mereka yg memakmurkan sistem jahat seperti ini? Adakah mereka itu bukan melayu yg mengaku beriman?

    2. Tuan menghukum suatu perkara bukan dengan cuba memahami isu, konteks dan isi, tapi menghukum berdasarkan siapakah pelakunya. Hanya kerana Ambiga, habis mata dibutakan, telinga dipekakkan dan akal dimatikan dan hati ditutup utk melhat, mendengar dan berfikir tentang apakah perkara yg hendak disampaikan. Tuan2 terlalu taksub dengan pemahaman versi tuan tentang wala’ dan bara’ sehinggakan secara sedar atau tidak, tuan2 memupuk perasaan benci kepada semua yg masih belum mendapat hidayah daripada Allah. Sedangkan tuan2 lupa bahawa Rasulullah mengajar supaya kita bersikap adik dan hidup harmoni dgn seluruh makhluk, kecuali mereka yang secara pastinya kafir harbi, iaitu org2 yg DAH tahu kebenaran Islam, tapi tidak menerima, seterusnya memusuhi pula Islam tersebut. Sedangkan nasib org musyrik pun nabi bela, tapi tuan2 butakan mata. Sedarkah tuan bahawa menjadi tanggungjawab kita utk menyampaikan risalah tersebut kepada mereka yg masih belum beriman? Adakah tuan merasakan tuan2 boleh berdakwah kepada mereka dgn konsep wala’ dan bara’ seperti yg tuan fahami? Agak2 dgn kaedah tuan2 ni, mahukah mereka cuba rapat dgn tuan2? Dan yg paling penting, adakah benar dakwaan tuan2 bahawa kami berwala’ kepada Ambiga? dan adakah benar tuan menghukum Ambiga sebagai memusuhi Islam? Bagaimana org yg tak tau mengenai Islam, tuan2 expect nak terima semua hukum Islam, semata2 atas alasan mereka minoriti? Bara’ sepatutnya adalah kepada mereka yg betul2 menepati ciri ‘KAFIR’ itu, iaitu ‘yg menyembunyikan’. Bermaksud, org yg dah tau, tapi dia menolak jugak Islam setelah cukup pengetahuan sampai kepadanya. Pastikah tuan2 bahawa dakwah tuan2 kepada mereka termasuk Ambiga ni dah cukup? Begitu juga sebaliknya, konsep wala’ kepada mukmin. walau macam mana hebat sekalipun penjelasan tuan2 dlm konsep ini, tapi tuan2 gagal mengenal pasti siapakah sebenarnya yg mukmin dan apakah perbezaan mukmin, dgn muslim yg tidak percaya pada sebahagian hukum2 tuhan seperti UMNO. Apakah mereka ini mukmin?

    3. Tuan2 juga sering berhujah dgn teori2 konspirasi seperti campur tangan asing, sekali lagi tanpa bukti, sehinggakan tuan2 boleh berkompromi dgn kebobrokan yg jelas telah dilakukan oleh pemerintah sendiri, semata2 kerana mereka itu melayu dan muslim. begitu juga dengan teori2 usaha kristianisasi dibelakang DAP, teori bahwa china2 semua berpura2 sedangkan didalam hati mereka memusuhi Islam. Tuan2 juga tidak menerima langsung apa2 perbuatan baik oleh org yg bukan Islam, dengan mempersoalkan niat dihati mereka. Tidakkah tuan2 terdetik dihati takut2 tuan2 telah melampaui batas, seolah2 tuan2 mampu membaca niat dan keikhlasan di hati seseorang. Islam mengajar kita supaya menghukum DENGAN APA YG JELAS dan terbukti sahaja. Niat dan keikhlasan adalah kerja Allah utk menilainya.

    4. Seterusnya tuan2 cuba mengaitkan dengan pemahaman Islam Liberal, sekali lagi seperti biasa tanpa bukti, dan lebih teruk lagi tanpa pemahaman yg cukup pun tentang konsep Liberalism dan betapa ia berbeza dengan Islam Liberal, Pluralism, Sekularism, Kapitalism. Asalkan dari ‘barat’ tuan2 hukum sebagai melanggar syariat. Tahukah bahawa recolusi Arab itu juga adalah Liberalism? Apakah kena mengena dengan Islam Liberal?

    5. Cuba tuan2 muhasabah dan lihat sendiri ‘hujah2 dan dakwah’ yg tuan gunakan. ia penuh dgn hate campaign, mengajak kita supaya memusuhi semua org cina dan non-muslim lain. Islam kah ini? Beginikah Islam?

    6. Akhirnya, tuan2 mempersoalkan siapakah yg lebih suci antara DAP dan UMNO. Terbukti, bahawa inilah dia sebenarnya belang tuan. Sentimen perkauman yg amat pekat, tapi ditutupi dengan hujah panjang lebar yang kononnya dipanggil Islam. Tuan2 menilai berdasarkan SIAPA dan tidak memberikan penekanan terhadap APA. Asalkan Melayu, tuan terus menghukum lebih mulia daripada Cina. sedangkan Iman itu milik Allah, dan Allah boleh menarik cahaya iman itu pada bila2 masa yg Dia suka. Dan dia juga boleh berikan keimanan kepada sesiapa saja pada bila2 yg DIa suka. Dan Allah juga beri peringatn supaya lakukan ketaatan dan beramal soleh. Dan mereka yg ikhlas dalam amalannya, walaupun musyrik pada ketika melakukan amalan tersebut, tak mustahil, Allah sendiri yg akan memancarkan nur dan hidayahNya kepada org tersebut.

    Hukumlah saya sebagai liberal ke atau apa pun, hanya Allah sebaik2 tempat aku berlindung.

  20. Saya nak ulas sedikit pendapat Orgjerantut yg berhujah dgn ayat quraan dan rujuk tafsir lbn Khatir dan hadis,betul makna dan huraiannya,saya setuju tapi tak kena tempatnya.Yg 300000 org pergi demo tu org lslam berketuakan org lslam DSAI,TOK GURU NIK AZIZ,HAJI HADI AWANG,DATOK A SAMAD SAID SERUAN MEREKA NI YG KELUAR BERPUSU2 NAK TEGAKKAN KEADILAN DLM PILIHANRAYA.Sila buat temuduga pada mereka yg demo tu APA NIAT MEREKA PERGI DAN ATAS ARAHAN SIAPA MEREKA PERGI?Jgn guna ayat tak kena tempat bila berhujah.Saudara yg seronok dok tuduh org pergi demo ketuakan Ambiga tu apa fasal,nak pusing fakta.Rujuk hadis 40 segala perbuatan di kira pada Niat kita.Saudara buat temuduga 100 org lslam yg pergi apa niat mereka,ketuanya siapa.Jika dah buat gitu baru jawap hujah saya.

    • Tn Hj Abas,

      Saya nak buat pembetulan dakwaan yang hadir Bersih 3.0 tu 300.000 orang…ini sebenarnya dakwaan DSAI….sebenarnya yang hadir cuma 10% saja @ 30.000. Biasa la orang politik…gembar gemburkan benda2 macam ni…sebab tu Bersih 3.0 TOLAK untuk adakan perhimpunan distadium sebagaimana yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan polis….mudah aje…sebab bilangan yang hadir bole dicongak melalui saiz stadium….macamlah UMNO buat di Stadium Bukit Jalil baru2 ni…kalau kata 100.00 yang hadir tidak ada siapa boleh pertikaikan…kan begitu Tn Hj !!

  21. Saya nak jawap naiwaitu tanpa haji,anwar ‘telah tergelncir setelah mengangkat islam liberal.Allah teruk sungguh maklumat yg menghantui mu,Saya tau maklumat dari mana membuat saudara berkata begitu.MENGAPA SAUDARA PERCAYA PADA SUMBER FITNAH? AJARAN ISLAM BILA KITA DAPAT MAKLUMAT SIASAT DULU MAKLUMAT TU DARI SIAPA.Nanti saudara bagi hujah oooi dari sahabatnya yg sama2 dlm ABIM.SAYA KENAL MEREKA TU SAYA DLM ABIM TAHUN 70an sampai skg.Beratus ribu org ABIM YG SETIA DGN PERJUANGAN ISLAM,DATOK DR SIDEQ FADZIL,DR.MOHD.NOR MANUTY,PROF.OSMAN BAKAR,YB KAMARUDIN M.NOR,KAMARUDDIN JAAFAR,HAJI HADI,FADZIL NOR tak terkira tokoh2 besar.Yg saudara berhujah dari maklumat lsmail minar bukan tokoh,sebaliknya telah masuk pakej utk fitnah pada ANWAR.SEBAGAI ORG ISLAM JGN DOK SEBAR MAKLUMAT TAK BETUL LEBIH LAGI SAUDARA DI BIDANG DAKWAH.SUMBER SEBENAR MASIH HIDUP, ANWAR PERGI JUMPA DIA,tanya dia.Kalu sukar dan susah nak jumpa hubungi saya, saya bawa. Kalau saudara belum jumpa Anwar takutlah pada ALLAH jgn buat fitnah dan masuk pakej fitnah yg di bayar utk tujuan ini.SATU LAGI SAYA CABAR SAUDAR BAWA SEKALI ISMAIL MINA DALAM PERJUMPAAN TU NANTI SAUDARA RENUNG WAJAHNYA BILA BERDEPAN DGN DSAI…beritau saya bila sudah bersedia bahkan kumpullah berapa ramai kumpulan saudara saya bawa dia utk dailog topik ini.

  22. Maaf saya sekali lagi nak jawap hujahan saudara Aminudin,dulu saya gelar anaknda sebab saya lihat wajahnya ceria,muda tapi katanya mungkin sebaya.Saya berumur 61 tahun dah bersara 4 th.Ok saya guna saudaralah.Sebenarnya saya dan saya byk persamaanantaranya umno saudara setuju telahbyk menyeleweng sepert hujahan di atas.Yg terbaru umno nak gadai peneroka felda pada BANK DGN TAJUK DURIAN RUNTUH DAN MELALUI SYARIKAT GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD.Peneroka felda di minta menyerahkan geran tanah felda utk di cagarkan pada bank,bank akan beri pimjaman utk beli saham.Bunga 6,5%.Syarikat FGVHB bukan syarikat yg kukuh mcm SIME DARBY di anggarkan dgn cagaran ini FGVHB akan dapat kumpul modal 40 bilion.Dari wang inilah durian runtuh yg di wawarkan.BANK TAK YAKIN DGN SYARIAKAT INI SEDANGKAN BANK TERLIBAT MENGELUARKAN MODAL YG BESAR.Difahamkan 1 bank beri pjnjaman 1 bilion.Bank bimbang bengkrap maka surat perjajanjian dgn peneroka di buat seperti berikut; …saya pada bila bila masa bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menangggung segala kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan,guaman,prosiding,tuntutan,permintaqn,kerugian,caj,penalti,fee,denda,kos yuran,undang undang(atas dasr indemniti penuh) dan apa jua berbelanjaan yang di buat,diambil,dibawa,dikenakandialami,ditanggung,didakwa atau kena bayar dalam apa jua tuntutan keadaan terhadap saya atau mana mana orang perseorangan yg berbangkit atau bersangkutan atau berhubung dengan surat ini.” t.t
    2.lnilah dia pimpinan yg kita tentang.
    3.kenyataan saudara sejahat2 org islam Rujuk Najib adalah 1000x lebih baik dari org bukan lslam(rujuk pada Guan eng dan Lim kiat siang) saya nak tanya ayat Quraan ayat berapa menyatakan knyataan ini aatau hadis mana yg menyatakan demikian atau rujuk sirah mana.AYAT QURAAN ADA MENYEBUT MALAM LAITUL KADAR ITU LEBIH BAIK 1000 TAHUN MLAM LAIN.TAPI YG NI SAYA TAK JUMPA.
    3.Nabi berkerjasama dgn org kafir untk jalan benar,bahkan hijrah nabi ke madinah di bantu petunjuk jln org kafir.

    • Tn Hj,

      1. Jgn cepat berundur. Walaubagaimanapun kalau Tn Hj nak berundur juga saya ucap TK atas semua komen yg diberi.
      2. Soal FGVHB ke, soal korupsi ke, soal kroni ke – itu semua dah maklum dan memang itu kerja UMNO. Tugas kita sekarang adalah utk baiki semua itu. Saya sangat positif jika ada kerajaan perpaduan, banyak isu ini dan isu2 lain terutama ttg agama islam akan dapat ditangani
      3. Banyak Hj ayat2 Al Quran yg menyatakan orang beriman > orang kafir.Selaku orang lama ABIM takkan Hj tak dapat cari satu ayatpun. Serah Abu Thalib tu dah cukup bagaimana bezanya islam dan kafir. Pada fahaman saya nilaian aqidah adalah nilaian utama, lepastu barulah kita nilai2 yang lain. Hj tak jawab soalan saya; Hj rasa LGE dan LKS lebih mulia dari Najib?
      4. Kerjasama dgn kafir tak ada masaalhnya Hj tapi perlu ada syarat2 yang ketat yg diberi ulamak. Rujuklah kitab2 yg membicarakan ttg Tahaluf ini. Saya pernah menulis dalam blog saya. Hj search je lah.

  23. Saya baru terima nama ulamak yg menghadiri BERSIH 3.0.Nama mereka seperti berikut: Tn Guru Haji Hadi Pres PAS, Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa, Pondok Sik, Tuan Guru Haji Ismail, Matla’in Al Badrin Besut, Tuan Guru Haji Zainor Asri Ramli, Mudir Darul Hadis Kedah, Ustaz Syubri Arshad, Mudir Maahad Dakwah Padang Menora Pulau Pinang, Ustaz Sidek Noor, Pondok Tanjung Bedil Alor Setar mereka datang dok berzikir tampa hirau ges pemedih mata.Apa niat mereka datang? Adakah ulamak ni datang kerna Ambiga?Dahlah buat pesepsi yg bukan2. MAAF SAYA BYK MASUK BERI PENDAPAT DAN SAYA BERHENTI SETAKAT INI DAN TAK MAHU LAGI BERHUJAH KERANA SAYA DAN SAUDARA AMINUDIN BYK PERSAMAAN PENDAPAT TAPI YG BERBEZA TELAH SAYA NYATAKAN.MAAF SEKALI LAGI PADA SEMUA JIKA TERGORIS. Tk.

    • Tk atas maklumat, moga Allah menerima ijtihad mereka.

      Jgn bimbang Hj, terguris dan mengguris adalah adat perbincangan. Bagi saya, kita sama dalam melihat masalah tapi berbeza dlm mencari penyelesaian. IA saya akan terus menulis sehinggalah umat islam bersatu dan saya yakin selepas PRU13 nanti mungkin PAS akan melihat balik perkara ini.

      Sama2 kita doakan.

  24. Saya sebelum berundur dlm perbahasan yg panjang, elok saya buat rumusan pendirian saya mengenai saudara,dan pemikiran ISMA.Anak saya terlibat dgn ISMA dan salah seorang yg memimpin ISMA.JUSTERU ITU ANTARA SBB LAIN SAYA MASUK BERBAHAS untuk menyelami kefahaman ISMA dan hujah dari mana yg menjadi pegangannya.
    2.Saya sangat bersetuju hujah Ahmad Firdaus dan Najwa.Hujah Firdaus sgt bagus ilmiah dan ikhlas.Saya berhujah sebagai org terlibat dlm politik kepartian(PKR YG SAUDARA TAK IKTIRAF KERANA TERMAKAN FITNAH JAHAT UMNO YG GILA KUASA,sanggup buat apa saja utk kekal kuasa).Nasihat saya sebagai org tua fahamilah apa yg saudara Ahmad Firdaus nyatakan dan sependapat dgn saya walau pun saya tak mengenalinya,saya akan cuba berkenalan dgnnya.
    3.Hujah saudara mengatakan Najib 1000 kali lebih baik dari pimpinan DAP saya dah bagi hujah yg pendapat ini sgat bahaya.Pendapat inilah modal umno dok jaja ke kampung utk kekal kuasa.Kalau umno kekal kuasa apa nak jadi? Ini sepatutnya kita fikir kerna saya dan saudara sudah setuju bahayanya umno.Tapi saudara kata kita akan selesai bila PAS BERSATU DGN UMNO.Saudara berhujah tidak merujuk sejarah,umno bila menwng tidak akan pandang PAS.HUJAH SAUDARA HANYA JADI KHAYALAN SAJA.
    4.Saudara berhujah ISLAM DAN KAFIR itu saja.Ayat Quraan yg berkaitan ini saudara keluarkan,mengapa 30 surah yg lain diabaikan.Islam membawa rahmat keselian alam,termasuk alam dan manusia,membawa kesejahteraan kpd alam.KALAU DOK ISTIHAR KAPIR DAN MEMUSUHI YG BUKAN ISLAM,bagaimana lslam itu membawa rahmat?Saudara lupa kafir ada dua jenis seperti ditegaskan oleh AHMAD FIRDAUS tapi saudara gunaka istillah asal kafir musuh kita,sedangkan ALLAH takdirkan hidup dlam masyarakat majmuk.Selesaikah cara saudara berfikir dan bertindak demikian?Saudara juga membuat andaian asal islam,terus lslam,mati cara lslam walau hidup dan pengangan,perjuangannnya bukan lslam,betulkah fahaman saudara ni?
    5.Bawah pemerintahan umno lslam negara telah berhutang 470 bilion skg

    • Salam Tn Hj,
      Jawapan saya :-

      1. Saya sangat optimis penyatuan PAS dan UMNO. Kalau bukan kerana “intervention” dari pihak2 tertentu saya yakin kerajaan perpaduan telah ujud. Ingat, U Hadi, Mustafa Ali dan U Nasharudin sudah beberapa kali bcg dgn Pak Lah. Begitu juga kerajaan perpaduan diPerak, hampir terjadi. Jangan kita discount kemungkinan ini. Ramai yg cakap; kalau HAMAS dan FATAH yg berperang tak henti2 boleh bersatu, apakah mustahil PAS & UMNO bersatu? Kenapa Hj sangat pesimis kesatuan umat islam? Saya tak rasa perkara ini senang tetapi tidakkah itu aspirasi kita semua? Atau Hj anggap UMNO ni musuh yg mesti di hapuskan? Hj ambik fahaman mana macam ni?

      Saya sangat sangat sangat sangat yakin Ulamak PAS nampak positif kerajaan perpaduan ini. Begitu juga Pemuda.

      Kita tunggu dan lihat.

      2. Saya tak pernah berkata kita mesti perang kafir atau memusuhi mereka. Saya menyatakan dalam kita deal dgn mereka kita kena hati2 dan ada batasnya. Ini tuntutan syarak bukan pemikiran saya. Hatta kalau jiranpun ia berbeza tuntutannya antara jiran muslim dan bukan muslim. Hj kena ruju konsep WALA Wal BARRA.

      3. Saya tak pernah sokong UMNO dan saya tahu korasakkan yg dibuat UMNO. Bukan saja masalah hutang malah yg lebih dan seharusnya kita semua concern ialah kedudukan islam. Skrg ni baik dalam BN maupun dalam PR orang islam tidak ada wewenang utk buat keputusan. Semua kena rujuk rakan bukan islam dalam coalition masing2. Ini masalahnya.

      TETAPI yang saya cuba nak tegaskan berulang2 kali ialah; bagaimana nak selesai? Saya berpandangan idealnya kena ada perpaduan UMNO dan PAS. Tetapi kalau susah sangat, paling kurang Persepakatan.

      4. Mengenai PKR. Ketua Pemuda pernah ditanya apa visi PKR? Belaiu jawab nak lahirkan Civil Society. Kalau Hj nak tahu apa itu CS, rujuklah mana2 artikel. PKR juga tidak meletakkan islam perjuangannya spt PAS. Itu yg menyebabkan saya sangsi.

  25. Sambungan,
    Saudara merujuk perjuangan HASAN ALBANA IKHWAN MUSLIMIN,bagaimana perjuangan mereka terkini di MESIR?adakah mereka terus menyerang org kafir di mesir? Demikian juga di Tunisia dll.MENGAPA MEREKA GULING MUBARAK? sedangkan mengikut konsep saudara sejahat Mubarak 1000 x lebih baik.Mengapa tidak rujuk fekah yg menyatakan kalo pemimpin zalim belaka,pilihlah yg zalim tapi yg kurang kezalimannya.
    3.Saya tidak mahu berbahas lanjut kerna saudara sudah buat pendirian tegas dan tidak menerima pandangan lain.KALAU PENDIRIAN SUDAH TERBUKA SAYA SEDIA BERBINCANG.

    • Tn Hj,

      1. Bila Tn Hj nak quote tulisan saya, quote lah kesemuannya, jangan separuh2.
      Saya bandingkan Mubarak dgn Mother Theresa yg dipuji seluruh dunia tu. Bukan Mubarak dgn orang islam lain yg kurang kezalimannya. Dah pasti Mubark tu teruk dan perlu digulingkan.

      Cuba Hj baca betul2 tulisan saya. Dimana perenggan yg saya mintak kita serang orang kafir? Malah saya yakin kita perlu ada kerjasama dgn mereka TETAPI MESTI ada syarat; ORANG ISLAM MESTI ADA WEWENANG UTK BUAT KEPUTUSAN.

      2. Saya bertegas dgn pandangan saya kerana saya rasa itu tanggungjawab saya membetulkan kekeliruan yg ada dan demi menjamin masa depan islam. Kalau Tn Hj nak berundur, tak ada masalah, saya akan tetap teruskan selagi ada kekuatan yg Allah beri.

      • 1. Pada saya, yang MESTI ADA WEWENANG bukanlah semata2 orang Islam. Tapi ORANG ISLAM YANG NAK MELAKSANAKAN ISLAM. Saudara tentu setuju, orang Islam semata-mata tak menjamin pelaksanaan Islam seperti yg kita mahukan, betul? Kerana terdapat ramai org Islam yg kita boleh lihat, hanya Islam pada nama dan keturunan, sedangkan mereka ini ramai juga yg giat merosakkan Islam tu sendiri. Contohnya sekularisme yg bersungguh nak menjauhkan Islam daripada hal kenegaraan.
        So, melihat kepada realiti negara kita, sebenarnya, semua pilihan yg ada pun tidak membawa kepada wewenang kepada org yg benar2 mahukan Islam. Andai PAS dan UMNO bergabung sekalipun, hasilnya tetap sama. Fakta telah jelas menunjukkan lebih 50 tahun org Islam ada wewenang utk melaksana Islam, tapi kita pun nampak, ia tetap tidak terlaksana.
        Jadi kita cuba fikir, kenapa ini berlaku? dan apakah dia halangan terbesar kepada cita2 kita ini? Pada pendapat saya, halangan terbesar bukanlah datang daripada org2 bukan Islam, tapi datang daripada orang Islam tu sendiri. Bila org bukan Islam menentang sesetengah hukum Islam, ia bukan suatu yg susah utk difahami. Malah ia tidak sepatutnya menggoyahkan kepercayaan dan kefahaman org Islam. TAPI, bila org Islam sendiri, mengajar kerosakan dan kebatilan, tapi dia pada masa yg sama MEMEGANG PULA LABEL atau TITLE ISLAM tersebut, itulah yg menyebabkan kecelaruan. Contoh mudah, ajaran sesat rasul kahar. cuba kalau ajaran sesat tu disampaikan oleh Yap Ah Loy.. agak2 ada ke org islam nak ikut?
        Kini, pemahaman orang terhadap Islam telah terpesong daripada asalnya, dimana asal ajaran adalah ISLAM ITU adalah CARA HIDUP dalam rasa tunduk dan patuh kepada Allah, kepada pemahaman bahawa Islam itu adalah hanya berkenaan ibadat (personal) dan menjaga hak2 tertentu sesetengah masyarakat dalam kedudukan duniawi sahaja.

      • Sdr Ahmad Firdaus,

        Sdr kena belajar lagi pasal konsep tamkeen ummah,….ummah hanya akan kuat bila mereka bersatu. Semasa mereka bersatu….puak Islam perlu menguatkan elemen Islam dalam kesatuan tersebut. Perlu difahami juga kekuatan ummah bukan pada label semata2 contohnya hanya dengan berpakaian serban/jubah…atau berjanggut…atau nama parti Islam tapi lebih dari itu sejauh mana pemerintah Islam dapat mendidik ummat menjadi lebih berpendidikan, menguasai sains dan teknologi, mengeluarkan ummat dari kemiskinan dan akhirnya ummat ini akan dapat memimpin ummat2 Islam yang ketinggalan di wilayah lain.
        Ini tak habis2 gaduh PAS dan UMNO hanya semata2 berhujah yang satu sama lain kurang Islamnya…..
        Saya tanpa segan silu menyatakan kerajaan yang dipimpin UMNO sekarang sedikit sebanyak telah melaksanakan tamkeen ummah ini dengan agak baik…cuma kita puak2 Islam perlu mengukuhkannya lagi supaya Islam akan lebih kuat dan dominan.
        Maka sebab itu perbuatan PAS untuk menjatuhkan UMNO dengan berpakat dengan kafir harbi DAP dan puak liberal PKR bagi saya adalah tidak Islamik dan lebih banyak mendatangkan mafsadah kepada Islam itu sendiri!

  26. Terimalah hakikat gabungan UMNO dan PAS TIDAK mungkin wujud. Sejarah sudah bercerita. Penulis harus paham hal itu. kalau nak bergabung pon, tak akan kekal lama. kerana perjuangan mereka terlalu berbeza. Elok juga kadang2 hendak berangan, tp HARUS berpijak di bumi yang nyata. supaya anda tak buang masa. bukan tak mahu cuba. tp sejarah sendiri sudah punya cerita.

    Kenapa salahkan kaum KAFIR sebagai punca ISLAM berpecah? sy quote dr kawan saya
    “Bukan salah bangsa lain sebab Melayu tak bersatu. Tetapi disebabkan perbezaan antara golongan Melayu yang faham Islam dan ingin mengamalkan keseluruhan isi al-Quran, manakala satu golongan lagi yang keliru dan mengelirukan. Sebab itu saya tak berjuang untuk Melayu, saya hidup atas prinsip, ilmu dan nilai yang diajarkan dalam Islam” logo isma sendiri sudah terpesong dr memesongkan. terlalu shallow. islam bukan hanya untuk melayu. islam itu universal.

    Saya tak gemar betul cara si penulis berhujah seolah olah memusuhi kafir. Apakah saudara lupa Saidina Umar Al Khatab? Lupa sejarahnya? lupa asal usulnya? lupa bahawa beliau dilahirkan sebagai bukan islam? soalan saya:

    adakah Nabi memusuhi umar? TIDAK.
    adakah nabi membenci umar? TIDAK.
    adakah nabi tidak memberi peluang kepada umar untuk menjadi pejuang shahid hanya kerana umar pada asalnya kafir? TIDAK.

    Tulisan saudara ahmad firdaus sgt bernas. mengapa saudara penulis tidak menjawabnya? ingin benar sy mendengar hujah saudara.

    Pada pendapat saya, saudara terlalu taksub dengan pembawaan isma (UMNO bergabung PAS) yang pada saya tidak ada penghujungnya. Ya kita melayu. Tapi melayu itu tidak menjamin 100% islam. bagaimana hendak kata melayu islam jika ada sebilangan melayu yg terang terangan menolak HUDUD? UMNO tak perlu persetujuan pas untuk buat hudud. keputusan bila2 masa ditgn mereka kerana mereka golongan memerintah. kenapa perlu tunggu bergabung dengan pas untuk jalankan hudud. HUDUD bukan ciptaan pas. hudud milik ALLAH. jadi walaupun UMNO dan pas pergabung (JIKA) sy yakin hudud masih tidak akan dilaksanakan. kerana apa kuasa pas? sejarah sudah cerita, pas umno pernah bergabung, tetapi sbb gesaan pas mahukan hudud. mereka ditendang keluar? saudara mahu tragedi ini berulang lagi, BUANG MASA.

    tak baik saudara menghukum DAP kerana mereka itu kafir. Saudara bertuah kerana saudara dilahirkan sebagai muslim. Bagaimana jika saudara dilahirkan sebagai DAP yg menunggu hidayah Allah? Hidayah itu milik Allah. jangan menghukum sesuatu yang bukan milik saudara.

    Lagi satu, terimalah hakikat kita di malaysia hidup berbagai bangsa. Jangan terlalu gila kuasa semua mahu melayu yg memerintah. kerana melayu memerintah tak semistanya hukum islam dilaksanakan sepenuhnya. sejarah sudah cerita. lihat sendiri negara saudara. baca akhbar utussan minggu lepas. apa terjadi di muka depan? itu yang saudara mahukan?

    • Inilah antara orang yang paling keliru tentang agamanya yang pernah saya jumpa…semua gara2 Islam Liberal…plural yang dibawa oleh puak2 Islam sekarang!! Kesiannya…..

      • inilah antara orang yg tak sedar bahawa dirinya sendiri juga perlukan bermuhasabah. Sudahlah terlalu yakin dengan pemahaman yg dipegangnya sehingga langsung tidak terbuka untuk cuba mempersoalkan pemahaman tersebut samada tepat atau tidak, malah menyindir2 pula pemahaman orang lain.

        Tak cukup dgn itu, masuk pula kedalam perbincangan tapi tidak pula mengemukakan hujjah. Hanya mampu menghukum dan melabel orang lain dalam mempertahankan pemahaman sendiri. Adakah begitu caranya mencari/mempertahankan suatu kebenaran?

        Lagi kesian orang merasakan dirinya sentiasa benar hanya semata2 kerana dia berhujah dengan sepotong dua ayat quran… sedangkan dia tak pernah berfikir mengenai kemungkinan samada tepat atau tidak pemahaman dan cara berfikir terhadap sesuatu ayat tersebut.

        Kita semua Jgnlah sombong dalam jalan menuju Allah ini.. Sedangkan kita semua ni hanya boleh mengharapkan taufik Allah sahaja demi memastikan kita kekal dalam jalan Redha-Nya.

      • Sdr Ahmad Firdaus,

        Apa yang sdr nyatakan diatas sebijik sepertimana yang selama ini saya perhatikan perangai seperti sdr dan orang2 yang sekepala dengan sdr….cuba baca pandangan2 mereka diatas….saya syorkan sdr CERMIN diri sendiri sebelum nak menuding orang lan!!

      • Sdra Orang Lama,

        Seperti yg sy ckp byk kali sebelum, ni, sy bersedia untuk bermuhasabah dan mencermin diri. Setiap kali saya menulis, sy cuba sebaik mungkin mengemukakan hujah hasil daripada pencarian, pemahaman, dan cara berfikir saya sendiri. Seboleh mungkin sy cuba berhujah dgn fakta atau sekurang2nya dgn memberikan contoh yg spesifik berkenaan perbincangan. Saya sedia untuk dibetulkan sekiranya saya salah. Apakah yang saya tudingkan? Perangai apakah yg saudara maksudkan?

        Saudara sedar tak, setiap komen saudara adalah berbentuk serangan terhadap peribadi orang lain, langsung tiada bentuk perbincangan secara intelektual yg boleh membantu sesiapa utk mencermin diri pun. Sy masih menunggu, apakah dia hujah balas saudara utk menjawab pandangan saya sebenarnya. Saudara sendiri, ada CERMIN diri sendiri tak?

      • Sdr Ahmad Firdaus,

        Saya ni sebenarnya dah capek nak berhujah dengan penyokong2 PAS spt sdr kerana fikirannya begitu tertutup…dah lama saya berhujah di blog ini….kebanyakannya akhirnya bila dah kalah berhujah akan merajuk dan menghilangkan diri dalam kekeliruan yang mereka bina dindingnya didalam diri mereka!!

      • Saudara Orang Lama,

        Izinkan sy menjawab semula semua komen/persoalan/hujah tuan.

        1. Jika kita semua ikhlas memperjuangkan suatu yg kita yakini kebenaran, mengapa perlu penat berhujah? Teruslah berhujah demi kebenaran, bukan kemenangan.

        2. Jgnlah melabel kami ni sebagai tertutup, dan berfikrah yg bercelaru hanya semata2 kerana kita berlainan fikrah. Jgn sombong, dgn menyangka semua hujah kita WAJIB betul. Tuan juga perlu banyak bermuhasabah. Mungkin tuan sebenarnya yg tertutup dalam cuba memahami fikrah org lain. Sedarkah tuan, pandangan2 dalam jemaah lain juga disandarkan kepada Nas2, dan dipengaruhi oleh penghuraian oleh ulamak2 besar spt Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadan, Dr Asri, dan ramai lagi? Kita takleh lupa bhw ilmu dan kebenaran yg absolute hanyalah Nas itu sendiri, tapi pengajaran, kesan, dan pemahaman kita terhadap Nas tersebut tidak bersifat absolute. Kita perlu sering bertakafur dan bermuzakarah dalam memperbaharui pemahaman terhadap nas2 tersebut.

        3. Jgnlah kita dijadikan termasuk dalam golongan yg disesatkan Allah kerana sombong terhadap ilmu yg kita rasakan milik kita. Hujah bukan soal menang atau kalah, tapi lebih utk muhasabah.

        4. Pasal pertikaian jumlah peserta bersih berbanding perhimpunan UMNO tu, sy hanya mampu tersenyum… Tuan kata BERSIH 30,000 org, dan Prhmpnn UMNO 100,000 org?🙂 sy boleh agak, dari manakah tuan selalu mendapatkan maklumat tuan…🙂

  27. betul2 orang lama

  28. Tuan puan,

    Bukankah kita berhujah ini sepatutnya kita berniat supaya akhirnya nanti matlamat kita adalah kita bertemu dengan kebenaran? ATAU adakah matlamat kita berhujah adalah semata2 untuk menunjukkan kita hebat dan memaksa orang lain untuk mengikut pemahaman kita sahaja, justeru kita menolak terus pemahaman org lain? Lebih teruk lagi, kita awal2 lagi menolak hujah dan pandangan orang lain hanya berdasarkan LABEL yang diberikan kepada orang tersebut?

    Ingatlah, perdebatan demi mencari kebenaran dan ultimately jalan keredhaan Allah itu, haruslah bermula dengan hati yg bersih, terbuka dan bersedia menerima dan mendengar pula hujah pihak lain, juga bersedia mengakui kesilapan dan kesalahan… Kerana kebenaran itu milik Allah, bukan milik manusia.. Jgnlah ditolak kemungkinan bahawa Allah itu memberikan taufiq melalui jalan2 yg kita tak sangka, seperti melalui interaksi dengan musuh sekalipun. Jika tiada keterbukaan dalam berhujah, hakikatnya kita berhujah bukan kerana nak cari kebenaran, tapi kerana nak pertahankan keegoan. Bukankah keegoan dan takabbur itu milik Allah semata2 dan org yg takabbur itu walau hanya sebesar zarah, tempatnya di Neraka?

    Orang yg ikhlas tak perlu takut berhujah, kerana Islam itu sendiri tertegak dengan hujjah, bukan dengan sentimen, apatah lagi dengan paksaan. Realiti ini lebih2 lagi relevan untuk difahami terutama dalam menghadapi ujian kecelaruan pemikiran disebabkan globalisasi dan pertembungan budaya timur dan barat di seluruh dunia kini.

    Berikut adalah “pembuka ‘mata'” sebagai contoh:

    http://drmaza.com/home/?p=1366
    http://drmaza.com/home/?p=1873

    moga kira bersama dapat manfaat.

  29. Sdr Orang lama,

    izinkan sy sambung sikit,

    ini yg paling penting. Malah persoalan seperti inilah yg sy rasa lebih penting utk kita tumpukan dalam berhujah, iaitu apa yg tuan bangkitkan, iaitu mengenai.

    Tamkeen Ummah.

    5. Ye, kalau bersatu, kita akan kuat. tapi bersatu sebab apa? mungkin tuan tak perasan, PAS juga mengajak kepada ummat yg bersatu. Disini sebenarnya kita tak berbeza. Tuan, dengan menolak ketepi dahulu slogan MSIB, cuba tuan kenalpasti, apakah perbezaan antara ajakan bersatu diantara PAS, UMNO, ISMA.

    Ini adalah pemerhatian saya.

    UMNO mengajak bersatu atas asas BANGSA.

    “Mari bersatu mempertahankan ketuanan melayu. Tanah Melayu ini hak kita, jgn biarkn kita dijajah org cina seperti singapura”

    ISMA mengajak bersatu atas asas PENGANUT AGAMA DAN BANGSA.

    “Mari bersatu, buat apa gaduh2, kita kan sama2 Islam… Takpelah org kita ni jahat sikit, sekurang2nya dia tu melayu dan islam, lebih baik dari cina kapir tu semua. Kalau diorg buat baik mcm mana pun, diorg ke neraka juge akhirnya”

    PAS ajak bersatu atas asas AJARAN AGAMA. (Ulang: AJARAN AGAMA, bukan semata2 PENGANUT AGAMA.)

    “Mari bersatu kita laksanakan syiar Islam dibumi kita berada. Kita sampaikan Islam kepada semua, dan kita jatuhkan kebatilan. Kita tegakkan keadilan, kita hapuskan kezaliman kerana itulah AJARAN AGAMA. Kita akan bekerjasama/ bersatu dgn sesiapa saje yg mahukan keadilan dan kita akan memusuhi sesiapa sahaja yg mahu melakukan kebatilan, sehinggalah mereka berhenti melakukan kebatilan tersebut”.

    Pada saya, ajakan perpaduan diasaskan kepada AJARAN AGAMA itulah yg paling tepat. hanya sekadar perpaduan kerana kita sama ummat, tidak cukup kuat. Ini kerana, walaupun nama sama Islam, tapi jika aspirasi terhadap ajaran Islam itu sendiri dah tempang.

    6. Jika UMNO telah melaksanakan ‘tamkeen Ummah’ ini dengan baik, kita takkan dapati ummat Islam berada ditahap seperti kita lihat sekarang. Melayu dan Islam tetap terkebelakang setelah setengah abad memerintah. Dadah, Anak Haram, Tidak solat, Ponteng, buang bayi, bunuh, pukul org tua, merompak, tak kenal agama, lemah aqidah, apakah ini semua “tamkeen Ummah?” Cuba kenal pasti, mengapa ini semua berlaku? Pandangan bahawa kekurangan ini adalah disebabkan kita umat islam tidak dominan amat meleset sekali. Sejak setengah abad yg lalu, Melayu telah jauh mendominasi dalam arena politik. Lihatlah bukti sejarah jika tak percaya.. Sebenarnya, yg mengajar kepada semua keburukan ini adalah pemimpin Islam sendiri.

    7. Kenapa DAP Kafir harbi? MCA bukan?

    8. Walaupun PAS berkerjasama dgn DAP dan PKR melawan BN, jika bilangan ummat melayu itulah yg menjadi sandaran kepada tamkeen ummah, maka ketahuilah bahawa, tuan tak perlu risau pun, sebab DAP hanya bertanding hanya 1/3 daripada keseluruhan yg dipertandingkan…🙂

    Jadi, sebenarnya, tuan telah tertipu dan ditakut2kan saje…

    • Sdr Ahmad Firdaus,
      Bila pula Pas mengajak umat bersatu…yang saya tahu AJK Pas Pusat Dr Dzul ada kata Pas berbalah dengan Umno ni baik untuk check and balance…bagus berbalah ni…kalau camtu baik bagi aje DAP dan PKR perintah…barulah adil kan….sebab Pas dan Umno akan sentiasa dipastikan berbalah…baguih punya Islam Liberal Versi Amerika/Yahudi ni…

      • Saudara Orang lama,

        bukalah sikit minda..
        berbalah dgn UMNO mmg baik utk demokrasi.. malah itulah konsep demokrasi.
        UMNO dan umat awam secara umumnya adalah berbeza. yg difokuskan utk diajak bersatu adalah umat, bukannya UMNO. PAS ajak umat manusia bersatu, agar menyokong usaha2 menegakkan AJARAN agama seperti KEADILAN dan menolak KEZALIMAN.
        Bersatu tak semestinya PAS + UMNO. sile jgn terlalu sempit pemikiran. Penyatuan ummat tak semestinya melalui politik.

        Sekali lagi komen anda disertakan dgn label2 dan ejekan…
        tuan tiada hujah balas langsung pun, kecuali satu seperti yg sy dah jawab kat atas. tuan tidak berhujah tapi lebih kepada mengapi2kan emosi org. bila org berundur kerana tidak mahu bersengketa atas sebab sia2, tuan fikir tuan menang berhujah.. Inikah versi ISLAM TULEN yg tuan anuti? Sekali lagi sy nasihatkan, jgn terperangkap label2.. nilailah konten dan konteks suatu hujah dengan adil.

        Dan sy tak paham kenapa lebih adil bagi DAP dan PKR perintah bile PAS dan UMNO berbalah. Apa ni?

        Anyway, kalau nak ikut rekod Penang, pemerintahan DAP jauh lebih baik utk tamkeen ummah berbanding UMNO dan MCA. peruntukan utk hal ehwal islam agama pun naik lebih 5 kali ganda. hutang negeri daripada lebih 600 juta hanya tinggal tak sampai 5 percent sahaja. Ini semua sebab ORANG YG BUKAN BERAGAMA ISLAM PUN TAHU UTK MENTADBIR DENGAN AMANAH, iaitu salah satu NILAI dan AJARAN ISLAM sendiri.

        Inilah bezanya pemahaman antara MEMPERJUANGKAN AGAMA dengan cara memperjuangkan PENGANUT AGAMA berbanding dengan memperjuangkan AJARAN AGAMA itu sendiri.

      • Sdr Ahmad Firdaus,

        Perkara menyatukan ummat adalah perkara kulliyat dalam agama, hanya orang yang dah terpengaruh dengan sistem demokrasi barat seperti sdr sahaja yang melihat perbalahan orang Islam itu baik…sdr rujukan sdr AlQuran ke demokrasi?

        Nada sdr percaya pada kerajaan DAP P Pinang sepertinya redha dipimpin oleh orang kafir yang jelas tidak mau kepada Islam…sdr elok tinggal di Singapura di bawah PAP…lebih maju dari Pulau Pinang…Pasal hutang tinggal 5% tu bagi saya hanya isu teknikal akibat perbedaan konsep bekalan air di PP…apa yang nak dimegahkan sebab hutang yang besar itu secara teknikanya dibayar oleh kerajaan pusat.

        Nak tanya sdr…berapa mesjid yang kerajaan DAP bina di PP…berapa peruntukan yang DAP bagi pada kuil2…dibandingkan dengan pada sekolah agama…jangan pandang sebelah mata aje…kebanyakan orang PAS ni..apa saja nak salahkan pada UMNO…hinggakan bila bilangan penagih dadah antara negeri2 yang tertinggi di Malaysia ialah Kelantan maka salahkan UMNO juga…soalnya apa yang kerajaan Pas buat?…..PS..kerja yang paling senang dalam dunia ialah mecari kesalahan orang dan yang lebih senang ialah menyalahkan UMNO dalam segala hal walau pun dalam rumah sendiri!!

      • Saudara orang lama,

        1. Kesatuan ummat adalah tuntutan agama. Menegakkan syiar Islam yg lain seperti tegak keadilan dan jatuhkan kezaliman juga adalah tuntutan agama juga. menyatukan ummat tak semestinya dgn bersatu dgn UMNO. Demokrasi tidak bersalah pun dalam hal ni. Ia bukannya suatu yg bercanggah dgn Al-Quran pun. Malah, sy juga mendasarkan pandangan supaya sejajar dgn kehendak Islam menurut Quran.
        Saudara nampak terlalu yakin bahawa saudara sajalah yg pendapatnya paling tepat dgn tuntutan Quran, hanya kerana pemahaman saudara ttg satu2 ayat quran. Siapakah ulamak yg saudara rujuk utk menyokong hujah saudara? Disini, sy ingin sampaikan bhw sudah ramai ulama muktabar dunia seperti Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi dan organisasi ilmu Islam seperti Azhar sudah lama mengharuskan kerjasama politik dengan bukan Islam terutama dalam usaha membersihkan pemerintahan negara dari kezaliman, penyelewengan dan ketidaktelusan. Salah seorang ulama kanan Al Azhar, Syeikh Dr Hasan Syafie di dalam khutbahnya di Masjid Azhar dengan jelas menyebut di dalam pemerintahan negara, muslim yang zalim dan korup lebih teruk dari si kafir yang adil. Ini adalah pandangan ULAMAK PALING BESAR DUNIA. Apakah saudara mahu menyatakan mereka ini hamba sistem liberal dan demokrasi dan mereka tidak berlandaskan kepada ilmu al-quran? Saudara, lihatlah kesan pemikiran yg saudara katakan salah ini. Turki, Mesir, Tunisia, Libya, semuanya telah berubah. Pemerintahan diktator dan sekular semuanya telah jatuh ketangan kumpulan2 Islamis. Tampak jelas kebangkitan Islam sedang berlaku di Bumi Anbiya’. Syria akan menyusul. Tak dapatkah saudara kaitkan dengan siasah di Malaysia?

        2. Mengapa sy perlu ke singapura? Apakah sy mahukan kemajuan? Sy hanya mahukan suatu sistem yg ISLAM. kenapa tiba2 singapura? Apa kaitan P.Pinang dgn singapura? Hutang 600 juta atas sebab masalah air? SALAH! Dibayar oleh kerajaan pusat?? Saudara, sedangkan hutang itu adalah hutang Kerajaan Negeri KEPADA KERAJAAN PUSAT, bagaimanakah pula kerajaan pusat yg membayar hutang tersebut?? Pemiutang bayar hutang pemiutang?? Fakta dari mana saudara ambil ni. saudara salah!

        3. Saudara, kalau bilangan binaan masjid jadi ukuran, ketahuilah bahawa terdapat hadis yg menyatakan org munafik juga bina masjid utk mengkaburi mata masyarakat. Abdulillah bin Ubai adalah contoh terbaik. Dia juga bina masjid. Sedangkan masjid memang dah ada byk di pulau pinang, apakah keperluan bina masjid baru lagi? Apa guna masjid banyak tapi takde org? Zaman UMNO paling berkuasa di Penang, berbanding DAP, peruntukan hal ehwal agama ISLAM bertambah hampir 6 kali ganda. Pelajar tahfiz pun diberikan elaun mengaji. Memang peruntukan utk hal ehwal agama lain pun ditambah, tapi utk agama Islam jauh lagi banyak. Lagipun tak kira agama apa, bukankah patut kita galakkan org supaya rapat dgn agama? So mana masalahnya?Akhir sekali, mana bukti bahawa kelantan paling teruk dgn dadah?? Saudara hati2 berikan ‘fakta’.. Takut terfirnah…

        Menyalahkan orang memang senang… Tapi bila terbukti org tu mmg bersalah, menyembunyikan kesalahan org tersebut adalah BERDOSA!

      • Sdr Ahmad Firdaus,

        Semalam saya tersenyum melihat berita TV…pihak berkuasa telah mengambil gambar dari udara semasa Bersih 3.0 dan membuat perkiraan secara terperinci tentang kehadiran Bersih 3.0 dan didapati yang hadir tidak sampai 23.000 orang…saya tersenyu..anggaran saya 30,000 orang tersasar rupanya…tapi ada orang anggarkan 300,000 orang (mungkin depa tengok gambar yg diedit yg tunjukkan penuh disemua jalan di KL) maka mereka mempercayainya…kesian betul puak2 ni…kalau nak tipu pun biarlah lojik sikit…

  30. Bagi yang begitu menyanjung kerajaan DAP Pulau Pinang…..tapi ini mungkin propaganda UMNO kut!!

    Lebih 18,000 Melayu tinggalkan Penang

    Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

    Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

    Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.

    Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang pernah bersama menyusun agenda ini turut menyesal.

    Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

    Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

    Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

    “Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

    “Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

    “Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

    “Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

    Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

    “Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

    Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

    Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

    Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

    Mohammad Fairus yang juga berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.

    • Saudara Orang Lama.

      1. Isu bilangan BERSIH- terpulanglah saudara nak percaya info yg mana.. kalau nk percaya agensi kerajaan pun takde masalah, itu hanya bilanga. Wlupun sy boleh tunjuk betapa double standard agensi2 seperti ni buat bilangan.

      2. Isu Pulau Pinang.
      Secara jujurnya, sy juga masih menyelidik kesahihan maklumat ini. Sambil menyelidik, sy ada 2 pertikaian ttg dakwaan ini.

      Pertama: Siapakah yg buat analisis tersebut, dari mana sumber yg diperolehi Fairus ttg figure tersebut?

      Kedua: Berapa peratuskah kadar peningkatan harga rumah di Pulau Pinang sebelum dan selepas DAP memerintah, dan bagaimanakah jika dibandingkan dengan Negeri2 yg hampir setaraf dgn Penang, seperti Selangor, Putrajaya, K.Lumpur?

      Ketiga: Andai statistik ini benar, apakah bukti ini adalah perancangan daripada DAP dan LGE?

      Kerana mengikut rekod CAT (Inisiatif pemberian tender terbuka) di Penang, dari segi pemberian tender secara terbuka ni, sebenarnya, lebih byk projek dianugerahkan kepada kontraktor Melayu berbanding zaman Gerakan. Hasil pemberian tender menyebabkan kos projek menjadi lebih rendah.

      • Sdr Firdaus,

        Samada statistik tu benar ke tidak, umum mengetahui apa yg berlaku d PP.
        Samada bawah BN ke atau DAP ke, perkembangannya sama je. Orang Lama tak perlu pertahankan UMNO, Firdaus pulak tak perlu pertahankan DAP. Kedua2nya tak mampu pertahan hak bangsa kerana isu politik. Yang mampu pertahan ialah bila kesatuan Melayu islam tercapai. Baru kita boleh lakukan perubahan dan pertahan hak bangsa.

      • terima kasih, saudara aminuddin tuan rumah.

        Sedikit ingin saya betulkan, sy tak pernah berniat pertahankan DAP. Terus terang sy akui, sy juga tak mengutamakan utk pertahankan bangsa. Apa yg saya pertahankan adalah ajaran Islam, dan apa yg saya cuba hujahkan adalah keharusan bekerjasama dengan sesiapa pun demi menegakkan ajaran agama. Sy ada sedikit maklumat yg telah dikumpul berkenaan isu PP, tapi sy masih mahu menunggu utk kongsikan sepenuhnya kerana sy tak pasti kesahihan. Tapi andainya DAP betul2 bersalah dalam isu rumah mahal dan kekurangan rumah kos rendah tu, maka dalam isu itu, sy dan rakan2 PAS akan membantah/menegur/membetulkan kesalahan DAP. Pokoknya sy berpegang kepada kita perlu menilai sesuatu secara adil, dan pada saya keadilan menuntut supaya kita menilai berdasarkan SATU-SATU ISU. Kalau isu ni DAP salah, kita bangkang. Tapi kalau ada isu lain DAP benar, contohnya mcm yg sy bg dlm post sebelum ni, maka kita sokong. Begitu juga dengan kumpulan/jemaah apa pun. UMNO pun begitu. kalau UMNO mengusulkan sesuatu yg bertepatan dgn ajaran Islam, kita sokong. kalau UMNO pecah amanah, kita bangkang. Tak kiralah kalau dia Melayu sekalipun, muslim sekalipun. Itulah point yg sy sampaikan, sejajar dgn pandangan ulamak2 yg disebutkan di atas.

        Perjuangan menegakkan AJARAN Islam sebgai Addin inilah yg perlu diperjuangkan, bukan bangsa atau PENGANUT agama. ini kerana penganut mungkin salah. tapi ajaran Islam itu wajib sentiasa benar. Oleh itu, suatu yg wajib ada sebelum kesatuan umat adalah kesediaan ummat itu utk terima islam tu sendiri dulu.
        Laungan “Bersatulah melayu, bersatulah melayu” pada saya tak sedikit pun menggambarkan ajakan kepada Tuhan. Ia adalah ajakan Nasionalism, yg juga berasal dari barat, dan digunakan sebagai metod menjatuhkan imperialis termasuk khilafah turki. Likewise disini, ajak bersatu hanya kerana kepentingan Melayu, tak semestinya tertegaknya Islam. Ummat perlu berubah supaya taat kepada Allah. dah setel syarat ni, barulah boleh kita bersatu atas sebab yg hak. dan disinilah kita jadi kuat. Pokoknya, utk mengajak kepada Allah, perkara2 yg menghalang dan membantutkan usaha ajakan tersebut perlu dijatuhkan. Sekularism, Materialism, Kezaliman terhadap ulamak, tekanan kepada rakyat, semua ini menyumbang kepada jauhnya masyarakat dgn Islam. Jadi apa2 yg menyumbang kepada perkara2 seperti ini WAJIB dijatuhkan, seperti saranan ulamak.

        Cuba perbandingkan konteks seruan penyatuan ummah oleh para ulamak dari dahulu sehingga sekarang. Bila diamati, seruan tersebut biasanya adalah kepada konteks2 dan kumpulan2 dgn seperti berikut:
        – berlapang dada kepada permasalahan hukum (terutamanya fiqh) yg furuk
        – berlapang dada kepada ideologi perjuangan dakwah yg berbeza seperti diantara para sufi dan para salafi, atau antara jemaah ikhwan dan parti salafi, yg mana kedua2nya mahukan Islam, tapi berbeza jalan.

        Suatu yg lazim, jemaah berlainan selalu berbalah. tapi perbalahan mereka dua2 kerana Allah. Jadi, bagi jemaah2 seperti, seruan berpadu berdasarkn dgn konteks2 seperti kat atas memang tepat. Tapi, jika satu jemaah itu, pada dasarnya adalah terkeluar daripada ajaran Islam, seruan utk bersatu adalah aneh dan pelik dan tersimpang. Andai suatu hari nnt ada sekumpulan besar umat Islam Melayu yg menyokong kepada ideologi2 Irsyad Manji, contohnya, (tak semestinya mereka pun gay, tapi just sokong), so, bagaimanakah mungkin kita nak bersatu dgn mereka dalam hal ni?
        Contoh lain, seperti revolusi mesir skrg. ada 3 kelompok iaitu, hosni mubarak co, ikhwan, salafi. Ajakan bersatu adalah ditujukan kepada ikhwan dan salafi. malah bersatunya mereka adalah atas isu utk menjatuhkan hosni. sedangkan ketiga2 puak adalah islam, tapi hosni itu sendiri adalah Islam yg memusuhi ajaran Islam.
        Begitulah di Malaysia juga…

        Bersatu, Bercerai, Berbalah, Berbaik, Berhukum, Berkerjasama, semua itu adalah berdasarkan APA (Isu, ajaran, konteks, matlamat), bukan SIAPA (melayu, cina, islam, kafir, dap, umno, pas).

      • Saudara Aminuddin,

        “Umum tahu apa yg berlaku di Penang”

        Boleh jelaskan?

      • http://malaysiakini.com/news/198878

        http://malaysiakini.com/news/198853

        Mohon baca link2 diatas…

        Maklumat tambahan:

        Tahun Melayu Cina
        1970 23,7253 (31%) 436,745 (56%)
        1980 303,176 (34%) 485,161 (54%)
        1991 405,348 (38%) 523,211 (49%)
        2000 533,111 (41%) 588,693 (45%)
        2005 600,300 (41%) 631,800 (43%)
        2010 676,900 (42%) 658,700 (41%)

        Ini adalah rekod jabatan perangkaan… Jadi terbukti polemik:
        “Melayu diusir, dan kini cina telah menjadi majoriti penduduk pulau pinang”

        Audit juga telah menunjukkan kadar penurunan kemiskinan antara yg paling berjaya di Malaysia.

        Saudara-saudara, saya nasihatkan, kita bersikap adil dalam kehidupan. tak kira dengan siapa, tak kira bila2 pun. Adil lah pada menghukum, adil lah pada berfikir. Jauhi sentimen, dan Allah bersama org2 yg ADIL..

        Seperkara lagi, ubahlah tabiat membaca, menonton apatah lagi mempercayai ‘fakta2’ daripada media perdana… telah terbukti, TIAP-TIAP, media2 ini telah disabitkan kesalahan menipu dan diperintahkan utk membayar saman.. Bagaimana saudara boleh percayai kata2 dari sumber begini??

        Sekali lagi saya ulangi;

        Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi dan organisasi ilmu Islam seperti Azhar sudah lama mengharuskan kerjasama politik dengan bukan Islam terutama dalam usaha membersihkan pemerintahan negara dari kezaliman, penyelewengan dan ketidaktelusan. Salah seorang ulama kanan Al Azhar, Syeikh Dr Hasan Syafie di dalam khutbahnya di Masjid Azhar dengan jelas menyebut di dalam pemerintahan negara, muslim yang zalim dan korup lebih teruk dari si kafir yang adil.

        Wallahu a’lam.

  31. ya saya boleh jelaskan dalam satu ungkapan sahaja

    ” HILANGNYA MELAYU AKAN LENYAPLAH ISLAM DI PULAU PINANG ”

    tuan-tuan sekelian jangan jadi bodoh mempertahankan DAP, MCA. GERAKAN,HINDRAF, MIC atau yang sebulu dengan mereka kafir harbi laknatullah itu .

    anda semua akan bertanggungjawab dihadapan Allah Rabbul Jalil kerana memberi saham melenyapkan Islam di Pulau Pinang apabila anda menyokong dan mempertahankan mereka ini, terutamanya ahli-ahli PAS yang semakin bodoh disamping menambah-nambah dosa yang bertimbun dengan mengelirukan ummat Islam . lebih-lebih lagi golongan parasit ( JIM/IKRAM) yang menyelinap masuk kedalam PAS, ketahuilah ummat Islam sekarang semakin keliru angkara PAS bersama PR . BERSEDIALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS UNTUK MENANGGUNG DOSA UMMAT SELURUHNYA.

    • Sahibul,

      Bersikaplah dengan adil. Bagaimana mudah2 menghukum org semudah itu. Kalau ingin bicara, biarlah profesional dan intelektual.
      Segala kerisauan berdasarkan sangka-sangkaan tak layak dijadikan sebagai asas hujah apatah lagi menjadi bahan bukti.

      Dari segi analitikal, sy telah pun menjawab cerita dongeng bahawa Melayu sedang dihapuskan di Pulau Pinang. Mengapa ulangi lagi tuduhan yg sama? Apakah tuan sudah membaca? Dimana yg tak setuju? Dan sila betulkan fakta yg salah, Tuan sendiri tidak kemukakan sebarang fakta. Hanya cemuhan, ugutan dan ungkapan2 kebencian, diungkapkan atas nama tuhan.

      Tuan, janganlah sangka ahli dan pemimpin PAS ini tidak memikirkan dosa dan pahala. PAS bukan parti yg gile kuasa. Cita2nya hanya ingin menegakkan syiar Islam. Sy percaya ISMA juga sama. Mengapa melaungkan perpaduan tapi sentiasa bertentangan dengan kawan? Apakah PAS mengunjurkan maksiat? Apakah PAS mengunjurkan kesesatan?
      ISMA terlalu obses dalam memahami bahawa Melayu=Islam=Melayu. Sedangkan jika ISMA bertanya di luar ruang lingkup ISMA, tiada pun Ulamak yg akan bersetuju dengan konsep tersebut. Mengapakah PAS yg dipersalahkan atas kekeliruan? Adakah ummat keliru kerana PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP? Atau ummat sebenarnya keliru akibat momokan semangat bangsa oleh UMNO dan ISMA sendiri, sehingga wujud kefahaman dan doktrin bahawa Islam hanya hidup kerana Melayu, bahawa Melayu ini adalah bangsa yg berhak dan berdaulat, lebih mulia berbanding bangsa lain di bumi nusantara ini?

      Saya reserve dulu daripada mengulangi point2 yg sy telah pun berikan tentang perjuangan berdasarkan bangsa ini, berserta point2 tambahan. Saya hanya ingin berhujah tentang kerjasama antara PAS dalam PR semata2..

      1, Lihatlah dalam sejarah, samada dalam sirah mahupun bukan, terdapat banyak contoh dan bukti bahawa kerjasama dengan mana2 pihak itu diharuskan hatta org2 yg belum beriman. Harus diingat, bahawa kerjasama tidak semestinya menjurus kepada wala’ sepertimana wala’ rakyat kepada pemimpin yg jelas dilarang Islam. Tak perlu saya quote disini kerana sy mahu percaya bahawa tuan seorang yg rajin mencari jawapan.
      2. Selain daripada syarat supaya kerjasama itu tidak akn menjurus kepada wala’ seperti di point pertama, kerjasama itu juga dinilai keharusannya berdasarkan pada APAKAH PERKARA YANG HENDAK DIKERJASAMAKAN. Soal siapa bukan isu utama. ISMA juga sepatutnya faham akan perkara ini, kerana ISMA sering melaungkan, sekiranya tak dapat bergabung Melayu UMNO-PAS pun, sekurang2nya bekerjasama pada perkara yg perlu disepakati. Bezanya adalah, ISMA tidak menekankan dan menjelaskan APAKAH DIA PERKARA YG PERLU DISEPAKATI TERSEBUT,
      Sedangkan dalam PR, perkara yg disepakati adalah termaktub dalam buku jingga.
      3. Buku Jingga inilah yang menjadi asas kerjasama antara komponen2 PR. Buku ini umpama perjanjian kesetiakawanan yang mana, hanya perkara2 yg termaktub dalam buku ini sahajalah yg perlu disokong dan diusahakan secara bersama. Agenda selain daripada yg ditulis dalam buku tersebut tidak harus diikuti. Oleh itu, nilailah sepakatan PR ini berdasarkan CONTENTnya, seperti yg ada dalam buku jingga, sekiranya tuan seorang yg adil. Kemudian, barulah berikan pendapat dan komen samada kandungannya akan merugikan atau menguntungkan ummat. Bagaimanakah pula CONTENT perjuangan perpaduan ISMA?

      Adapun tuduhan2 dan sangkaan2 yg sering dilemparkan kepada PAS dan PR itu, terpulanglah jika tuan masih tetap mahu mempercayai secara membuta tuli. Saya berlepas diri.

      Selain itu, terima kasih kerana mengingatkan bahawa setiap kesan hasil daripada pilihan kita akan menjadi saham diakhirat kelak, samada saham yg untung atau merugikan. Suka saya beritahu, atas sebab dan kesedaran yang sama lah, PAS menjauhkan diri daripada perjuangan berdasarkan bangsa seperti yg dipegang oleh ISMA. PAS percaya bahawa ajaran Islam adalah ajaran fitrah yg akan diterima oleh semua manusia tidak kira bangsa dan agama. Islam tidak mensyaratkan juga penggunaan istilah2 Islamik seperti Muslim, Syariah, dan sebagainya dalam mengimplementasikan hukum2 Islami. Apatah lagi Melayu.
      Tuan juga beringatlah bahawa pilihan tuan juga akan menjadi saham dan ditanyakan dihadapan Allah nnt, apatah lagi bagaimana tuan ingin menjawab sekiranya ditanya mengapa masih menyokong pihak2 yg sudah pasti melakukan kezaliman.

      Akhir sekali izinkan saya komen sikit tentang 1ungkapan tersebut.
      1. Islam ni Allah yg pelihara, bukan Melayu. Anda boleh jatuh syirik jika tak berhati2. Tentera musyrik monggol pernah meratakan empayar Islam Abbasiyah suatu ketika dulu. Tapi akhirnya Islam tidak pula hilang sebaliknya Islam telah masuk kedalam jiwa puak2 monggol tersebut.

      2. Sejak merdeka sehingga sekarang Melayu semakin bertambah dgn kadar jauh lebih tinggi daripada Cina. lihat semula statistik dibawah. Jadi bagaimana Melayu boleh hilang?

      Tahun Melayu Cina
      1970 23,7253 (31%) 436,745 (56%)
      1980 303,176 (34%) 485,161 (54%)
      1991 405,348 (38%) 523,211 (49%)
      2000 533,111 (41%) 588,693 (45%)
      2005 600,300 (41%) 631,800 (43%)
      2010 676,900 (42%) 658,700 (41%)

      3. Di pulau pinang adalah sangat ramai daripada Muslim di kawasan bandar adalah orang2 India, bukan Melayu pun.

      p,s: Pasca kejatuhan khilfah yg terakhir menyaksikan perubahan pemerintahan ummat Islam daripada khilafah (disebut rasulullah sebagai zaman pemerintah yg korup) kepada pemerintah diktator yang majoritinya pejuang bangsa yg berpegang kepada sekularism.

      Kini kita diambang pembentukan semula khilafah dengan melihatkan satu persatu diktator negara muslimin digulingkan.
      Bagaimanakah diktator bergelar UMNO dimalaysia? Apakah masih ingin dipertahankan?

      Wallahua’alam.

  32. saudara ahmad Firdaus jangan mudah tertipu dengan tulisan dr afif pkr. tulisan ini adalah tulisan dari talibarut dap yang amat pandai munutup mata , hati dan telinga umat melayu islam di pulau pinang .untuk siapa projek rumah dengan harga melebihi 1/2 juta untuk dimiliki bukankah untuk orang2 cina kerana melayu tidak mampu memiliki.datang dan lihatlah sendiri bukannya berdasarkan tulisan sesiapa pun .peningkatan kontraktor melayu di pulau pinang adalah untuk kontraktor kecil2lan ribuan2 sahaja manakala kontraktor yang bernilai jutaan diberikan kepada orang2 cina.pemberian 63.4 juta kepada maipp adalah untuk menutup mata dan telinga orang melayu islam supaya senang tanah2 melayu islam dirampas oleh cina terutama tanah2 yang diatas nama wakaf mempermudahkan cina memilikinya .lim guan eng dan sekutunya amat tidak meyukai melayu duduk semeja dengan mereka ,melayu lebih cakap akan mulanya dikenakan surat layang , kemudian disingkirkan cuma pak pacak dan pak angguk sahaja yang dimuka maniskan untuk duduk semeja dengan kafir ini .yang amat jelasnya umat islam tidak dapat menolak arahan Allah supaya jangan mengambil orang2 kafir sebagai pemerintah , walau apa pun hujjah2 saudara, al-Quran lah sebagai panduan utama umat islam

    • Saudara sahibul fadilah, tuan hanya mengulangi apa yg telah diperkatakan seblum ini dalam forum ini.

      Terima kasih tuan mengingatkan saya supaya tidak mudah tertipu dgn mana2 penulisan. Tapi izinkan saya menyarankan yang serupa pada saudara. Dari mana sumber maklumat yg saudara peroleh? adakah ia boleh dipercayai? dimana faktanya? dimana datanya? sekali lagi apa yg jelas hanyalah TUDUHAN demi tuduhan tanpa ada disertakan apa2 bukti. Tuduhan tersebut juga adalah berupa sentimen kebencian dan perkauman, yang mempersoalkan isu ‘tipu daya’, ‘mempersoalkan keikhlasan manusia’, dan lain2 yg sifatnya adalah tersirat dan hanya Allah Yg Mengetahuinya. Hanya dengan sentimen begini, tuan menghukum manusia? Apakah kerana manusia tersebut cina dan bukan Islam, maka tuntutan agama supaya kita berlaku ADIL tidak terpakai kepada mereka? Hanya kerana tuan benci sesuatu kaum, maka terus dikategorikan sebagai kaum tersebut keseluruhannya jahat, kafir harbi, berpura2 baik, dan sebagainya? Adil kah saudara? Hatta Nabi kita sendiri mengiktiraf perbuatan baik org kafir.

      Saudara juga seperti sahabat yg lain terus menerus melabel DAP sebagai KAFIR HARBI. Mengapa? Apa dia yg ada dalam perlembagaan dan perjuangan DAP yang melayakkan mereka digelar kafir harbi? Saya mengenali beberapa org Melayu yg berada dalam DAP secara rapat. Apakah mereka kafir harbi? Dimanakah mereka menunjukkan anti Islam? Mengapa tidak pernah pun sy terserempak walaupun sekali bahawa MCA juga sebagai KAFIR HARBI? Hanya kerana mereka dibawah UMNO, maka mereka bukan kafir harbi?? Tahukah saudara, DAP sendiri semakin berlembut dengan dasar nilai2 Islam dalam konsep Negara Berkebajikan, TERMASUK HUDUD. Tapi, pihak MCA dan UMNO sendiri menggunakan isu HUDUD, dengan menyatakan tentangan terhadap hukum tersebut utk mendapatkan sokongan masyarakat yg jahil agama?

      Akhir sekali, untuk isu pulau pinang.
      Saudara, sy tak menafikan org Islam dan melayu disana tak mampu utk menampung kos sara hidup tinggi di kawasan terutamanya di kawasan pulau dan pinggiran pantai feringgi di sana. Mereka menjual tanah di kawasan tersebut, lalu berpindah ketempat lain. Ya, ini adalah fakta. Tapi, kesimpulan bahawa ia perancangan jahat org china adalah salah. Sy tak mahu berhujah panjang lagi, melainkan perlu. Tapi cukup untuk sy perkatakan bahawa kesimpulan tersebut adalah salah, kerana jika bila dibandingkan antara Pulau Pinang dengan Pulau Pangkor, Kuala Lumpur, Pinggiran-pinggiran kota di Lembah Klang, Pantai Lidor@ Danga Bay di Johor dan banyak lagi tempat lain, saudara akan dapati, fenomena yg sama juga berlaku di semua kawasan tersebut. Tanah2 yg dulunya milik melayu telah dijual kepada cina. Rumah2 baru yg didirikan oleh pemaju semuanya mahal2 dan tak mampu dimiliki oleh Melayu melainkan dgn hutang seumur hidup dgn bank. Kawasan2 perindustrian dan bandar semuanya dikuasai china. Jadi, mengapa tetiba, DAP yg bersalah di Pulau Pinang? sedangkan tempat lain, salah siapa? Mengapa ia berlaku? Jika saudara mampu membuat perbandingan dan menjawab persoalan ini, maka barulah ada keadilan dalam penilaian anda terhadap apa yg anda percayai.

      Seperkara lagi, tatkala UMNO menjadi majoriti di Pulau Pinang, UMNO tetap juga menyerahkan kuasa Ketua Menteri kepada Cina Gerakan (Kafir Harbi??). Dan sepanjang mereka berkuasa disana, jika hendak dibanding dengan 4 tahun DAP memerintah, peruntukan hal ehwal agama telah meningkat 5-6 kali ganda. Rumah2 kos2 rendah juga dibina dengan lebih pesat berkali2 ganda. Anda nak kata DAP berpura2? terpulanglah. Sy sendiri tak tahu apa dihati mereka. Apa dalam hati manusia lain, sy serah pada Allah sahaja. Yg saya tahu, setakat dengan kudrat dan syariat yg Allah berikan, saya hanya menilai berdasarkan apa yg zahir. Dan setiap khabar yg sampai pada sy, sy akan selidik dahulu kebenarannya.

      Apa pun, wallahu a’lam.

      p.s: Kampung saya di kedah. saudara saya ramai di penang. dan saya sekali sekala berziarah kesana.

  33. siapun yang menguasai pulau pinang gerakan atau dap sama saja mereka adalah cina kafir cuma lagi2 parahnya pulau pinang ini diperintah oleh dap. setiap naiknya pembangunan diatas tanah2 melayu pulau pinang,pasti adanya cina baru yang diisinya. inilah yang diinginkan oleh dap dan sekutunya, islam hanya akan berdaulat di bumi pulau jika cina kafir harbi disingkirkan . ingat saudara, pas hanya menang 1 kerusi sahaja di pulau pinang yang hanya mampu jadi pak angguk guan eng sahaja.orang melayu pulau pinang amat bodoh sangat jika menyokong cina di pulau pinang tak kira siapa mereka dari politik mana pun , kesedaran sebeginilah yang sepatutnya saudara2ku sekelian patut gembar gemburkan . bukannya dengan hujjah2 yang membutakan mata dan memekakkkan telinga umat islam pulau pinang .amat perit sangat mata kami memandang tanah2 yang dulunya dipugar oleh nenek moyang kami yang beriman dengan Allah untuk diwariskan kepada anak cucu yang beriman dengan Allah bakal diwarisi oleh kafir2 harbi hipokrit apek2 berseluar pendek bersenglet yang dulunya bertongkang ke bumi ini .akibat percaturan politik malaysia yang merugikan ummat islam .apa megahnya ummat islam pulau pinang jika hanya rm100 untuk warga emas, jutaan rm untuk maipp, bertambahnya kontraktor bilisan,dipenuhnya poket2 pak2 cangak dan pak2 anggok , jika rumah2 dan tanah2 untuk singgahan sementara mengumpul bekal ibadah untuk ke akhirat dimiliki apek2 kafir harbi ini, dimana maruah umat islam ?dimana gahnya pas untuk laksanakan islam dan negara berkebajikan ? saudara2ku berfikirlah dengan pandangan hikmah dan pandangan jauh ke hadapan bukan dengan pandangan yang dibutakan …..

  34. seburuk2 umno pun mereka tidak menyuruh kepada maksiat, sebaik2 dap mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. seburuk2 umno mereka ada sekelumit iman dengan Allah, sebaik2 dap pun mereka engkar tidak beriman dengan Allah .
    usah peduli lah siapa pun mereka ,dan apa pun yang mnereka beri tau tak beri kepada kita , yang amat penting kita ummat islam berpeganglah pada suruhan Allah yang melarang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin kita, mahu kah kita mengkhianati Allah dan Rasul ? wahai saudara2ku renungilah sedalam2nya iman saudara. mari kita sama2 menjadi orang yang beriman kepada Allah .

  35. seburuk2 UMNO mereka tidak menyuruh kepada maksiat? Bagaimana dengan arahan2 yg dikeluarkan dengan penyalahgunaan kuasa? Bagaimana dengan kempen2 politik lucah? Bagaimana dengan budaya fitnah menfitnah utusan yg telah disaman berkali kali kali akibat fitnah? Bagaimana dengan kempen2 politik dgn hiburan yg melampaui batas syariah? bagaimana dengan perbuatan meluluskan premis2 judi dan arak secara besar2an, siap dengan dijanjikan bahagian dan kedudukan sebagai pengarah? Bagaimana dengan budaya rasuah?

    Sebaik2 DAP, mereka menghalalkan apa yg haram? Apa contohnya? Adakah mereka belajar tentang agama, untuk menghalalkan suatu yg haram disisi agama? Mereka adalah sekular 100% dalam erti kata, tidak pernah masuk campur urusan agama, dan tidak pula mencabar hukum halal haram agama mana2 pun. tuduhan apa kah ini?

    Tuan, bila TG Nik Aziz mewujudkan undang2 pengharaman penjualan Arak di kelantan, tahukah tuan bahawa Kerajaan Negeri telah disaman oleh MCA, dengan sokongan oleh UMNO??

    Mujur alhamdulillah kes tersebut dimenangi oleh kerajaan negeri kelantan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: