Posted by: aminuddin | 29/04/2012

CUKUP-CUKUPLAH !!!

Saya tak dapat berkata apa-apa apabila mendengar dan melihat berita tentang BERSIH 3.0 melainkan perasaan sedih dan sebak terhadap perkara yang berlaku.

–          Sedih kerana melihat bangsaku Melayu Islam memukul sesama sendiri

–          Sedih kerana ketua BERSIH berlepas tangan terhadap peristiwa yang berlaku. Adakah ini sikap seorang ketua atau memang dirancang begitu?

–          Sedih kerana terdapat yang cedera dan dicederakan samada pihak polis maupun pihak demonstrasi

–          Sedih kerana pihak pemerintah menggunakan maklumat rusuhan ini utk menyokong mereka dan pihak pembangkang pula menggunakan maklumat yang sama untuk mendapat sokongan. Akhirnya rakyat tak tahu siapa yang  betul.

–          Sedih kerana isu ini telah menjadi isu politik bukan keadilan yang sebenarnya

–          Sedih kerana berlaku tuduh menuduh dalam blog2 penyokong pemerintah dan pembangkang. Ada kala kata-kata yang digunakan amat tidak cocok dengan pemikiran masyarakat yang matang

–          Sedih kerana media alternative memberikan maklumat yang pelbagai. Adakata 250,000 orang ada kata 300,000. Sebagai seorang yang biasa dengan demonstarsi saya rasa jumlah itu sukar untuk dipercayai

–          Sedih kerana ada yang begitu bangga dengan laporan2 negatif yang diberikan oleh pemberita barat. Dulu kita tak suka orang luar campur tangan tapi kini kita seolah2 menjunjung mereka

–          Sedih kerana ada orang Melayu Islam yang melaung2kan HIDUP “A” berulang2 kali walaupun jelas beliau menentang islam. Saya harap tak ada yang mencium tangannya

–          Sedih kerana saya tidak rasa demonstrasi ini akan berakhir disini. Ia akan diteruskan dan tetap diteruskan dimasa-masa depan. Bermakna akan banyak lagi yang terkorban dan dikorbankan.

–          Sedih kerana pejuang-pejuang Melayu yang nampak seolah-olah begitu kuat dan mantap tetapi kalah dengan sembahan air yang lembut. Mereka lari bertempiaran.  Mana Jebat mana Tuah yang sanggup menggadakan nyawa? Ertinya sifat penakut dan lemah semangat masih kuat menjiwai orang Melayu. Adakah sifat yang lemah ini akan mampu membangkitkan umat yang sudah lama terbaring lesu?

Saya tidak mahu menjadi hakim dalam menentukan siapa menang dan siapa kalah. Biar Allah yang menentukan bergantung kepada niat masing-masing. Cuma sebagai seorang rakyat biasa yang sedikit sebanyak membaca sejarah, buku2 islam, melihat isu-isu semasa dan serangan-serangan barat, meneliti keadaan umat, bergaul dengan belia dan remaja yang sudah rosak, bertemu dengan golongan yang murtad, bertemu dengan pimpinan politik dan ulamak, mendidik pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca Al Quran dan solat; saya Cuma ada satu seruan kepada semua rakyat Melayu Islam :-

CUKUPLAH !!!

–          Tidakkah ada setinta kasih sayang sesame kita?

–          Tidak adakah sifat pemaaf dalam diri kita?

–          Tidakkah ada perasaan mahu mendoakan untuk orang islam lain walaupun berlainan fahaman?

–          Sanggupka kita melihat anak bangsa kita dicederakan dan dihina?

–          Sampai bila kita mahu bertelagah sedangkan anak cucu kita masih tidak solat dan tak tahu membaca Al Quran?

CUKUPLAH wahai saudaraku, jangan kita ulangi sejarah pahit dimasa lampau.

CUKUPLAH, binalah sejarah baru yang lebih matang. Letakkan senjata, kecilkan perbezaan.

CUKUPLAH, kerana bumi yang indah ini tidak redha melihat umatnya terlantar menjerit kesakitan

CUKUPLAH, kerana kesakitan yang ada dalam jiwa umat ini sudah parah dan jangan diparahkan lagi

CUKUP-CUKUPLAH !!!


Responses

  1. Pedulikan semuanya. Fokus kemana hala tuju kita seterusnya. Perhatikan mainan Chaivinist Ultrakiasu. Mereka sekarang bersekongkol dengan Yahudi Amerika dan Yahudi Asia Tenggara (Sin) untuk ambil alih negara. Tak percaya? Terserah… kalau dikatakan “lebai malang” mungkin ada yang kurang senang. Hakikat ini tidak lagi menjadi satu rahsia.. kalau ada akses, tanyalah Special Branch.

  2. Bersyukur andai semua rakyat mempunyai pemikiran yang sama dengan anda.Niat tidak menghalalkan cara. Semoga umat Islam bersatu ke arah kebaikan.

  3. Hangpa pergi dakwah budak-budak tu bagus sikit. Yang dalam ISMA bukannya bagus sangat. Berapa ramai budak-budak yang lagi biasiswa berkhidmat diluar negara. kalau orang lain kata tak sayang negara, tapi bila kena kat ISMA tak timbul pun tak sayang pada negara. Doktor tak mahu balik berkhidmat walaupun ditaja dengan duit kerajaan. Ada yang kena tuduh bukan-bukan. Kena gantung lesen. Kalau Anwar kata tak berkhlak, tapi bila kena kat orang ISMA, kata fitnah.

    • Bagus lah Syamsyura ni.

  4. Saya adalah salah seorang yang masih berkhidmat di luar negara atas tajaan scholar Malaysia. Bukan tidak hendak balik tetapi kerana dakwah subur di luar negara maka ada tanggung jawab untuk membimbing rakyat Malaysia/students di luar negara untuk bina mereka menjadi pemimpin yang hebat sebelum balik ke Malaysia. InsyaAllah bakal balik setahun dua lagi.

    Semakin ramai pelajar yang nakkan Islam dan suasana islami perlu dipupuk di sini. Kami di luar negara walaupun berlainan fikrah: ISMA/IKRAM/PAS/dll boleh bersama2 gotong royong bermajlis bersama, ziarah yang sakit, raikan yang datang dan pergi serta dapat buat majlis agama bersama. Ketepikan perbezaan fahaman dan sepakat dalam projek islami di sini.

    Saya boleh membuat locum sehari dengan dapat gaji AUD$100 sejam tetapi saya memilih untuk membuat program/seminar/halaqah/daurah/workshop. Sekiranya anda seorang doktor dan datang SMS ke handphone anda kerja 8am-8pm gaji AUD$100 sejam dan pada masa yang sama anda ada halaqah dengan anak buah anda atau ada seminar yang telah anda setkan, Yang mana anda akan pilih? Bukan handphone anda dapat SMS sehari tetapi hampir setiap hari. Apakah pilihan anda? Kalau anda, balik Mesia x?🙂 (3 tahun duduk sini, baru amik satu shift sahaja tahu lepas- selebihnya saya prepare untuk beramal dengan masyarakat sini)

    Ramai yang menunding kepada ahli ISMA tetapi lagi ramai yang bukan ISMA (xperlu saya kata siapa) berkhidmat ke luar negara tapi lagilah ramai dari kalangan india dan cina yang ambil scholar JPA sengaja ambil scholar dan tak balik Malaysia. Bagaimana saya tahu? Sebab saya berada di sini dan ramai sahabat dan junior serta senior saya berlainan agama yang dengan bangganya dapat scholar dan nak duduk sini.

    Fokus on issue nak baiki ummah, do something. Jangan kita berfikir tentang masalah sahaja. Berapa dari duit gaji kita infaqkan dengan sengaja (bukan masuk tabung masjid) untuk islam/dakwah? Berapa dari masa luang keluarga kita kita infaqkan untuk orang lain/ummah? Berapa ramai sudah kita bicarakan tentang islam, berapa ramaikah kita fikirkan untuk kita bantu ajar quran, islam, hadis, etc. Banyak lagi kerja yang kita sebagai muslim boleh buat untuk baiki umat. Jom kita beramal untuk naikkan umat kita….

  5. Aku sedih kerana penulis kononnya cuba menulis secara adil dan taknak mengadili/ menghukum sesiapa, sedangkan pada masa yg sama terselit didalamnya kata-kata bisa yang bersifat racun dan menyindir usaha org lain yg juga saudaranya…

    Aku juga inginkan Islam subur. Aku juga inginkan muslim itu makmur dgn akhlak al-quran, lalu aku berjuang mengikut landasan yg aku fikirkan bertepatan. Namun, aku diserang orang saudaraku yg anihnya berkongsi cita-cita yg sama.

    Apakah tulisan saudaraku ini mendekatkan pembacanya dgn al-quran? Apakah tulisan saudaraku ini dapat menyatukan bangsa yang dicintainya?

    Aku sedih membaca tulisan ini.
    Cukuplah melagakan kami yg sepatutnya bersama mu di jalan dakwah ini.
    Cukuplah memaksa ummat supaya bersatu dibawah idealmu..
    Cukup-cukuplah mengulas perbuatan orang lain yang tidak bermusuh dengan mu…

    Kerana dalam keadaan begini, berlapang dada dan diam itu, lebih baik…

    • Adakah saudara tak mahu kesatuan umat islam? Saya tak melagakan umat islam tetapi saya mengajak umat islam bersatu. Saya hairan juga kenapa saudara begitu phobia ttg kesatuan ini sedangkan pimpinan PAS pernah berusaha ke arah itu satu ketika dulu. Saya terlalu yakin ulamak PAS sangat positif kpd kesatuan ini.
      Masa akan mennetukan.

  6. Jika benar inginkan kesatuan, maka jemaah2 islam lebih aula untuk bersatu. Kata matlamat sama. Inginkan islam berada diatas. Ttp apabila diajak bersatu, memberi seribu alasan (grk kerja xsama, nnti kita jumpa diakhir bila menang , berlapang dadalah dll)…

    Orang lain tetap bekerja, kesedihanmu tidak kemana.

    • Salam SayangIslam,

      Sape kata saya tak bersatu? Sdr tak pernah dengar HIMPUN? Atau PEMBELA? Atau ACCIN? Atau MAMPIM? Cuba cek. Atau sdr memang tak ada dalam semua tu? Kalau tak ada, habis sdr nak bersatu kat mana?

      Kesedihan saya tidak meminta belas kasihan sdr atau manusia lain tetapi Allah. Moga Allah beri kekuatan utk saya terus berdakwah.

  7. Dari Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله عنه katanya: “Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua tentu membaca ayat ini – yang artinya: “Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan membikin bahaya kepadamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperoleh petunjuk.” (al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak mengambil atas kedua tangannya — tidak menghentikan perbuatannya , maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya.” Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud, Termidzi dan Nasa’i dengan isnad-isnad yang shahih.

    Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ketika kaum Bani Israil sudah terjerumus dalam berbagai kemaksiatan, lalu alim ulama mereka itupun melarang mereka, tetapi mereka tidak menghentikan perbuatan mereka itu. Kemudian alim ulama tadi mengawani mereka dalam duduk, makan dan minumnya – sebagai menyetujui kemungkaran yang dilakukan itu. Karena itu Allah lalu memukulkan – membencikan – hati setengah mereka terhadap setengahnya serta melaknat mereka atas lidahnya Nabi Dawud dan Isa anak Maryam. Yang sedemikian itu adalah karena mereka telah melanggar aturan.”

    Kemudian Rasulullah S.A.W. duduk dan sebelum itu beliau S.A.W. bersandar, lalu meneruskan sabdanya: “Jangan demikian. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya. Laknat itu pasti datang, sehingga engkau semua mengembalikan orang- orang yang berbuat kemungkaran itu kepada kebenaran yang sesungguh-sungguhnya.”

    بسم الله الرحمن الرحيم

    لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ
    Maksudnya : “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.”

    كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
    Maksudnya : “Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.”

    الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُواْ اللّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
    Maksudnya : “Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” At Taubah (9) : 67

    http://blogkaryait.wordpress.com/2012/05/01/berita-baik-untuk-pendukung2-kerajaan-beep-tahniah-tahniah-tahniah-_/

  8. Salam,

    Saya cut and paste komen saya pada sebelum peristiwa bersih 3.0 sebelum ini dan setelah bersih3.0 berlalu apa yang saya ramalkan adalah BENAR!

    Demonstrasi jalanan bukan dari ajaran Islam..ia adalah dari ajaran demokrasi barat..Kalau dilihat Bersih 3.0 pula adalah sarat dengan agenda ‘regime change’ barat. Saya hairan bagaimana ada gerakan Islam boleh tanpa segan silu menyokong habis2an Bersih 3.0 ini atas dasar kononnya membina civil society aka masyarakat madani.
    Percayalah…. para pemuka bersih 3.0 tidak akan berpuas hati jika demo yang akan diadakan nanti berjalan aman tanpa ada apa2 peristiwa seperti kekerasan polis…gas pemedih mata…dsbnya untuk dijadikan tatapan media antarabangsa untuk menunjukkan kerajaan Malaysia kejam dan menindas rakyat….harapannya akan terjadi Malaysian Spring…..
    Sebab itu bila dilarang demo diadakan didataran merdeka mereka akan bantah dan berkeras mau diadakan disitu juga supaya akan ada pertembungan dengan pihak keselamatan….
    Tak susah nak baca agenda puak2 ni…sama2 kita tunggu dan lihat perkembangannya!!

  9. Salam,

    After the bersih 3.0 dust settles….mari kita sama2 renungkan artikel ini:

    Bersih, a US tool for regime change?
    Wednesday, May 2, 2012

    Re-blog Re-blogging Rules
    Share on facebook_likeShare
    Bersih, a US tool for regime change?
    Wednesday, May 2, 2012

    KUALA LUMPUR: As ties between Bersih and non-governmental organisations (NGOs) affiliated with the US government are brought out into the open, concerns about such organisations and their ties to Malaysia’s opposition coalition have at least one journalist examining just how apolitical Bersih really is.

    Writing for Montreal-based website Global Research on April 29, Nile Bowie highlighted the support given to both Bersih and Pakatan Rakyat by various American NGOs, and said, “While concern over electoral corruption and the various legitimate grievances of Bersih supporters may be entirely justified, the coalition’s association with opposition political parties and groups financed by the United States government suggests subversion.”

    Bowie pointed out an admission by Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan last year that the coalition had received funding from the National Democratic Institute (NDI) and the Open Society Institute (OSI). Bowie also highlighted a New York Times article about US funding of the “Arab Spring”, saying it “reveals organisations such as the National Democratic Institute receive funding from the National Endowment for Democracy (NED), a recipient of funds directly from the US Congress.”

    “The Bersih Coalition has also received support from the US-based Freedom House, an NGO that receives direct funding from the US State Department,” he said.

    Bowie acknowledged warnings by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad that foreign NGOs were actively working towards regime change in Malaysia because of the government’s hard line on Israel and criticism of US foreign policy.

    In March, Dr Mahathir had highlighted a crackdown on foreign NGOs by the Egyptian government, and named several groups including NDI, the International Republican Institute (IRI) and Freedom House, which he said were funded by the US government.

    “US intervention in movements to overthrow the governments of countries that do not share its aspirations is quite clear,” Dr Mahathir said.

    “Of course in Malaysia it is also funding NGOs that are committed to bringing about ‘Regime Change’,” he added.

    Dr Mahathir had previously said the US and Israel were supporting Anwar Ibrahim as their “candidate for building a puppet government”.

    “For a long time now they have fostered a close relationship with Anwar,” he said.

    Shortly after Mahathir wrote about Anwar’s ties to US organisations, Malaysian bloggers highlighted letters which bore Anwar’s signature and which were addressed to the president of the National Endowment for Democracy and also to currency speculator George Soros.

    Another blogger said Anwar had connections with the Konrad Adenaeur Foundation (KAF) and the National Democratic Institute for International Affairs (NDI), which the blogger said have involved themselves in Malaysia’s election process.

    The blogger highlighted an Umno press conference during which it was claimed that KAF and NDI “have introduced a ‘hate campaign’ to antagonise the people against the country’s leaders and raise issues that are not relevant. They also do not hesitate to use religious sentiments to arouse feelings of hatred among the people.”

    “The hate campaign that was born from the ideas and thoughts of KAF and NDI are dangerous and are by nature subversive and subtle,” the blogger wrote.

    Bowie also highlighted Anwar’s ties to US-funded NGOs.

    “Following his stint as Deputy Prime Minister, (Anwar) Ibrahim served as Chairman of the Development Committee of the World Bank and International Monetary Fund (IMF) in 1998, while appearing on the payroll of Dick Cheney’s Foundation for the Future and George Soros’ International Crisis Group,” Bowie said, adding that Anwar had also “served as a panelist at the National Endowment for Democracy’s ‘Democracy Award’”.

    The close ties between Anwar and Bersih, Bowie said, make the latter anything but apolitical.

    “While the demands of the Bersih coalition appear to be coherent and apolitical, the convergence of its leadership with the opposition political establishment provides Anwar Ibrahim and Malaysia’s opposition front Pakatan Rakyat with the means to mobilise demonstrators under the benign common cause of ‘clean and fair elections’,” he said.

    Bowie said the violence that took place at the recent Bersih rally was bad for both sides, and could ultimately enable the opposition to grab power from the current government.

    “As the United States shifts its military focus to the Pacific Region, Anwar Ibrahim’s adherence to western political institutions will likely warrant the continued nurturing of unrest in Malaysia until the opposition successively usurps power,” he said.

    • Sdr mempunyai firasat yang baik

  10. air lembut, nanti ustaz mintak la rasa water canon tuh ea… saya mintak fru buat sama cam orang lain kene… merasalah sendiri… air lembut konon…. yg lain pun nak pertikai, tp malas sebab dah tahu, akan taksub dengan pandangan sendiri

  11. Adakah Tuan Aminuddin tak melihat sistem demokrasi yang adil juga penting untuk diperjuangkan di Malaysia? Kalaulah ruang adil diberikan kepada gerakan Islam untuk menyampaikan mesej politik Islam dalam pilihanraya , adakah BERSIH itu masih relevan? Melayu Islam mana yang tak nak bersatu… kalaulah pemimpin Melayu itu boleh diharap ? Mungkin anda hanya mampu membaca kisah sedih, luka , air mata dan darah sepanjang jalan panjang perjuangan PAS . Tapi anda tak merasai jerih peritnya… Apakah anda fikir keputusan majlis syura PAS itu adalah mainan politik cetek…? Bahkan PAS telah melepasi retorika NGO Islam yang hanya baru berapa dekad bertatih ? PAS perlukan kalian NGO NGO Islam untuk bersama sama menegakkan Islam.. Melalui pengalaman, PAS mungkin sudah tidak nampak jalan untuk bersama UMNO untuk tegakkan Islam… Disamping PAS masing optimis dengan orang UMNO untuk beralih kepada PAS untuk tegakkan Islam ? Kalaulah UMNO mengamalkan sistem demokrasi yang adil ????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: