Posted by: aminuddin | 17/05/2012

Jalan Sudah Terbuka

Alhamdulillah, berita palimg gembira buat saya setelah pulang dari tanah suci Mekah ialah apabila membaca kenyataan TGNA dan TGHH yang menyatakan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja baik NGO maupun UMNO. Ini kenyataan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam yang sudah mual dengan statement2 politik yang menanamkan sifat benci membenci antara umat islam. Sebagai pemimpin kita harus mempunyai jiwa besar dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi menjaga maslahat ummah.

Inilah slogan yang cuba saya jelaskan tentang Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB). Walaupun ada yang mendakwa bahawa slogan ini bersifat rasis dan tidak islamik namun hakikatnya hanya orang Melayu saja yang berupaya untuk memastikan islam dibela ditanah air ini. Sejarah membuktikan bagaimana kesatuan bangsa Melayu ini telah berjaya melaksanakan hukum islam semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ianya hanya terungkai apabila penjajah masuk dan memecahkan umat islam disamping membawa bangsa-bangsa lain ke Tanah Melayu.  Mana mungkin DAP, MCA, MIC atau Gerakan akan membela islam. Mungkin UMNO fasik tetapi mereka tidak pernah menolak islam sebagai agama. DAP, MCA, MIC dan Gerakan mungkin “baik” tetapi mereka tidak pernah menerima islam sebagai agama yang benar. Mana yang lebih mulia.

Apa salahnya duduk berbincang? Apa aibnya PAS dan UMNO bermuzakarah? Hanya yang buta dan tuli terhadap kebenaran akan mengatakan ia sesuatu yang mustahil dan tidak berfaedah. Kalau ada yang berkata begitu sila nyatakan nas dan dalilnya. Saya sejak dari awal lagi sangat optimis bahawa selepas PRU13 nanti akan terjadi satu penyatuan antara kedua2 parti ini. Bagaimana bentuknya; kita tunggu dan lihat.

Kenyataan ini telah disambut dengan baik oleh TPM TS Muhyidin yang menyatakan kesediaan UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS asalka dibuat demi kepentingan umat islam.

Nah, jalan kini sudah terbuka, apa ditunggu lagi. Jika kedua-dua pihak masih segan silu untuk bertemu saya dengan rasa rendah diri ingin  menawarkan untuk menjadi orang tengah. Mungkin saya seorang yang kerdil namun jiwa saya besar dan membuak2 untuk melihat penyatuan ini. Saya berdoa tidak ada lagi “tangan2” dibelakang yang menggagalkan usaha murni TGNA dan TGHH ini.


Responses

  1. Sdr Amin,

    Dalam kita mencari jalan menyatukan umat rasanya lebih manis digunakan istilah2 yang tidak melukakan pihak2 yang bertelingkah, seperti kenyataan sdr diatas Umno itu fasiq rasanya lebih sesuai digunakan kurang baik amalan Islamnya…saya faham sdr mau menangkis persepsi puak2 PAS bahawa sdr pro UMNO jadi saya dapat merasakan mengapa kenyataan begitu boleh keluar. cuba bayangkan artikel sdr dibaca oleh pemimpin2 UMNO…bukankah akan menjauhkan usaha penyatuan ini…saya akui memang sukar untuk kita menjadi orang2 yang duduk ditengah2 dalam perbalahan PAS-UMNO yang berakar umbi lama tapi kita mesti yakin bahawa jika syariat Islam mau ummatnya bersatu maka walau apapun tohmahan yang dihadapi kita tetap berpegang kepadanya kerana KETUANAN SYARA’ sepatutnya kita kedepankan walaupun kita berada didalam kelompok yang kecil…KEBENARAN TETAP KEBENARAN!!

  2. Sejarah harus sbelm malayan union. Pejuang tulen merdeka spt pak sako.saleh majed. Ahmad bostamam. Burhanudin helmi.mat indera ditangkap british dgn persetujuan anak didik mereka yg dilantik jadi pegawai british.

  3. kasihan pemimpin partai pekembar sekarang ni dah macam orang beragan . biarlah ia tenggelam seperti kapal titanic . yang perlu di selamatkan adalah saudara seislam yang berada dalam titanic tu . kapal tu biarlah ia karam jadi tukun .

  4. Sekadar makluman;

    – Kenyataan TGHH adalah merujuk pada kesediaan utk jumpa ISMA.
    – Ketua Syura ISMA baru2 ini berbohong dgn berkata;

    1) ISMA dah lama minta nak jumpa PAS, tapi dihalang. Dia memberikan 4 nama rujukan. Semua menafikan membuat sebarang pertemuan, atau meminta utk bertemu.

    2) PAS buat tahaluf “tidak sungguh2 dgn ikuit DAP”. Tiada kertas kerja.

    Itu yg besar, dan byk lagi yg kecil2. Sedangkan Abdullah Zaik berkata dia tak prnah pun plan utk jumpa TGHH, TGNA pada 12/1 lepas.

    Tapi Ketua Syura berbohong di hadapan terlalu ramai adik2 ISMA.

    Bila maklumat itu sampai pada qiyadah PAS, Ustaz Hadi merujuk pd ISMA dgn berkata mana2 NGO…

    Wallahu’alam

  5. Saudara blh baca syrah hadith;
    – Allah akan bantu agamNya dgn pertolongan manusia fajir.

    FAJIR = fasik dan kafir.

    UMNO = fajir (pelaku maksiat)
    DAP = fajir

    Tapi siapa yg menolak Islam dan mengharuskan kezaliman sbg dasar?

    W’alam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: