Posted by: aminuddin | 17/05/2012

Saya Mencari Jawapan

Setelah beberapa hari berada dikotasuci Mekah Mukarramah, saya kini berangkat pulang ke tanahair. Pengalaman pahit tersekat di kaunter imigresen selama 3 jam semasa mula sampai dulu menjadi pengalaman paling mengerikan buat saya. Walaupun telah menjelajah banyak negara tidak pernah saya tersekat begitu lama di airport. Sebabnya bukan apa, penumpang2 dari Afrika tak ikut barisan. Main redah je tanpa peduli penmpang lain yang telah berbaris begitu lama. Sampai2 depan kaunter, komputer pulak rosak. Yang melucukan, tidak ada sifat urgency pegawai imigresen Saudi nak betulkan. Tidak ada juga plan B utk selesai masalah. Boleh minum teh dan main sms lagi. Tak ada juga initiatif nak betulkan barisan. Saya yg lurus ini terpaksa melihat dengan penuh istighfar. Patutlah orang Arab ni senang di control Amerika.

 

Sebaik saja mula membetulkan kedudukan dalam kalpalterbang, datang seorang pramugari yang membawa pelbagai jenis suratkhabar. Saya terus meminta suratkhabar bahasa inggeris kerana maklumlah walaupun dah 20 tahun belajar bahasa Arab tetapi tak pernah tamat. Samada saya give-up atau guru give-up. Sebaik saja saya memegang suratkhabar tersebut saya terus terpandang tajuk utama yg mengatakan negeri2 teluk sedang mesyuarat untuk membetuk satu coalition seperti Europeon Union. Saya terus membaca dengan ghairah akan berita tersebut. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh King Abdullah (SAUDI ARABIA) itu dihadiri oleh pemerintah2 dariUAE,OMAN,KUWAIT,QATARdanBAHRAIN. Mereka merasakan sudah sampai masanya untuk mereka mengenepikan perbezaaan budaya dan fahaman tetapi bersatu demi membendung kemaraan puak Syiah. Bukan itu saja mereka juga melihat kesatuan ini akan membawa menafaat yang sangat banyak antara setiap negara anggota.Usaha ini telah dibantah dengan keras olehIranyag berusaha untuk menakluk seluruh negeri teluk dalam rancangan Grand Plan mereka.

Saya termenung seketika. Kalau dulu orang sering memperkatakan bagaimana 2 organisai, Fatah dan Hamas boleh bersatu, kini kita melihat 6 negara pula mula berusaha kerarah kesatuan. Saya bertanya kepada diri sendiri;

–          kenapa susah sangat PAS dan UMNO untuk duduk semeja demi kepentingan umat islam?

–          Kenapa masih ada umat islam yang tidak yakin dengan kebaikkan kesatuan ini?

Ramai teman2 dan kawan2 yang saya ketemui yg bukan penyokong tegar PAS atau UMNO menjadi keliru dengan keengganan kedua2 parti Melayu ini untuk duduk berbincang. Mereka tertunggu2 jawapan.

Saya juga mencari jawapan.


Responses

  1. Memang susah nak duduk berbincang bila kita letakkan kepentingan politik lebih tinggi dari kepentingan umat Islam…mereka akan hanya boleh duduk semeja sekiranya Kedua-duanya sanggup mengorbankan perbezaan ideologi, ego, dendam di antara mereka..tapi untuk perkara itulah yang paling sukar untk dilakukan

    • Pas yang sekarang payah sikit….
      Pertama ada beberapa puak dalam PAS sekarang..golongan ulamak, golongan erdogan…golongan pertengahan…yang dominan sekarang golongan erdogan jadi sebab tu payah nak buka cerita pasal bermuzakarah dengan UMNO ni…..dan yang lebih susah lagi ialah ada pimpinan tertinggi PAS yang bergelar Tok Guru bersikap personal dengan UMNO sebab sejarah yang beliau lalui agak buruk semasa PAS dan UMNO bersama dalam BN satu masa dulu….
      Yang bawah2 ni mengikut arus aje…
      Sedangkan sepatutnya semua kita memkirkan KEPENTINGAN ISLAM MENGATASI DARI YANG LAIN2NYA. ISLAM MELARANG KITA BERPECAH BELAH…SEBABNYA KITA AKAN MENJADI LEMAH…SEDANGKAM MUSUH MERANCANG UNTUK MEMECAHBELAHKAN KITA…SUPAYA MUDAH MEREKA MENGALAHKAN KITA…SUSAH SANGAT KE NAK BACA SEMUA NI!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: