Posted by: aminuddin | 22/05/2012

Umar Ibn Aziz Yg Kita Cintai

Percaya atau tak percaya, inilah sikap Umar Ibn Aziz yang menjadi kegilaan umat islam sekarang ini. Mungkin akan ada yang kata bahawa ini propaganda politik pihak tertentu. Itu teroulang kpd saudara pembaca. Bagi saya hanya yang taksub saja yang tidak mampu melihat kebenaran.

Mungkin juga ada yang kata; peminggiran ini berlaku sejak dulu lagi, zaman BN. Ya benar, tapi semuanya berlaku berpunca kerana Melayu tak sepakat. Maka sebab itu kita melaungkan Melayu mesti bersepakat. Itu saja penyelesaiannya.

Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

BATU PAHAT: Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

 Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.
 
Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang. – Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

“Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Mohammad Fairus yang juga Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.

“Tunku Abdul Aziz adalah tokoh berpengalaman dan bekas Pengerusi Transparency International-Malaysia dan apabila dia kata tiada kebebasan bersuara dalam DAP sehingga meninggalkan parti itu, maka perjuangan pembangkang yang kononnya mahu menjuarai demokrasi negara ini akhirnya lenyap dan punah,” katanya.


Responses

  1. Hakikatnya sama je dgn kapitalis melayu ke cina.di johor kapitalis melayu umno sedang mengusir org melayue di jb. Gelang patah pengerang atas alasan pembangunan. Yg lebih mlg di johor dihalau bangsa sendiri

    • Setuju Sdr Wahub.

      Inilah antara yg perlu di sepakati antara UMNO dan PAS; agenda mempertahankan hak bangsa sendiri. Kalau sama2 tak nak duduk bcg mcamana nak sepakat. Hakikatnya UMNO tak boleh pertahan, PAS juga tak mampu nak pertahan. Akhirnya baik BN maupun PR naik kedua2nya akan mengadaikan hak bangsa. Inilah poltik negara kita !

      • Aneh juga bilamana parti yg dominan seperti UMNO dlm BN pun sanggup menggadaikan prinsip dan hak Islam dan Melayu.

        Saya ingat/perasan ada yang mengatakan beza antara UMNO dan PAS adalah PAS diperkudakan dlm koalisinya, mungkin dia ada alasan lain yang munasabah untuk pertahankan apa yang berlaku di Johor ini barangkali

        Namun begitu, disitulah nampaknya kelunakan saudara (dan juga mereka yang sealiran) pada UMNO seolah-olah mereka itu ada kekuatan dalam pertahankan hak Islam dan Melayu manakala PAS adalah pilihan yang kurang bijak kali ini yang bakal menghancurkan Islam dan Melayu. Ini tidak perlu dinafikan dan disulam dengan seperti komen saudara di atas ini kerana hakikatnya tulisan saudara adalah BN adalah pilihan yang masih relevan kala ini.

        Hebat juga cepat menjatuhkan hukum pada PAS sebelum ia berlaku tapi masih menarik rambut dlm tepung pada keadaan semasa UMNO. Lucu!

  2. Apa parti pun jika ia dominan akan bertindak ikut kemahuan sendiri @ korup. Itulah sifat Umno selama lebih 50 mendapat mandat. Sebg makhluk ia pasti akan berakhir sama spt golkar , ldp dan kongres. Mahu tak mahu ia akan mengalami proses penuaan dan mati. Tidak ada ngo yg boleh merawat dan menyelmatkan nyawa umno .Yg perlu diselamatkan adalah org melayu yg meyakini dogma : umno dulu kini dan selamanya.

  3. Bagi penyokong2 Pas yang begitu bersangka baik kepada DAP dan percaya kepada retorik Khalifah Umar Abdul Aziz…sila baca cita2 DAP ini:

    A revealing slip-up
    Hush Hush
    Slip or no slip, it looks like the cat is out of the bag.

    It is now an open secret that the DAP wants its secretary-general Lim Guan Eng to be Prime Minister, with a widespread rumour going round that the father may end up as the Deputy PM.

    As much as Guan Eng may try to stop the matter from being revealed, it looks like Karpal Singh has announced it and no amount of denying by the Penang chief minister can hide that there is probable intent.

    An English daily which carried the news called it a slip of the tongue by Karpal while another said the `gaffe` by the party chairman has put Guan Eng in a tight spot.

    The news was, however, completely kept out by website news portals which have always bent over backwards to protect Guan Eng from any news which may put him in a spot.

    The `Prime Minister-in-waiting` went to great lengths to cut off Karpal when the party veteran started talking on the reality of Guan Eng becoming PM at a function in Penang on Monday.

    Karpal explained that “there is nothing in the Federal Constitution which says that non-Malays cannot be the prime minister.”

    “I have read the Constitution. Guan Eng may well be prime minister one day and nothing would be a bigger privilege than for me to address him when he does become one,” Karpal was reported to have said in his speech at a function in his Bukit Gelugor Parliamentary Constituency.

    Guan Eng may have immediately retorted that he had no intention of helming the country.

    However, that does not mean that the DAP will not push for his candidacy, especially now that the predominantly Chinese party is so confident of taking Putrajaya with the help of Pas and PKR.

    The issue has now become the talk of town and Penangites are now asking whether that is why the DAP has made an exception to its `one man, one seat` policy in the coming general elections for Guan Eng.

    Does he want to remain as the chief minister of Penang or is he planning to move on to bigger things?

    Guan Eng must come clean on this before the general elections. After all, it was the DAP which went round condemning Gerakan when Barisan Nasional failed to reveal who would lead Penang if the coalition won the 2008 general election.

    That, coming from within the DAP leadership in Penang, reflects how Karpal’s so-called gaffe has set tongues wagging on Guan Eng’s political future in the state.

    Those familiar with what happened prior to the 2008 general elections would recall how the DAP gave BN a tough time following the coalition’s reluctance to announce its post-election candidate for the CM’s post.

    The issue of the prized position of the Chief Ministership – and who had been designated for it, became a major campaign topic, with the DAP candidates working the crowd, saying that they deserved to know who would lead the island state so that they could vote accordingly.

    Penang DAP chairman Chow Kon Yeow was then quoted as saying that `Penang people should know what direction Penang is taking and who will be leading the state.`

    The DAP now finds itself in the same predicament and the party, along with its partners in Pakatan, are being queried on their so-called shadow cabinet.

    Just recently, Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was urged to name his shadow cabinet by this month, ahead of the general election.

    Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin said the opposition leader should practice what he preaches and be transparent.

    Awang Adek, who is also Kelantan Umno liaison deputy chief, said the people would need to know who would be deputy prime minister as it was rumoured that DAP adviser Lim Kit Siang would be given the position.

    With the father as DPM and son PM, it looks like Pas would be left looking for scraps just as what happened in Penang after the DAP formed the state government!

    Hush Hush is our Mole in Penang.

    Dari jadi ketua menteri…kini dah boleh bercakap soal jadi PM pula!!

  4. saya tak kisah melayu takde kat penang

    saya kisah kalau islam takde kat penang!

  5. Memang Islam x ada kat penang


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: