Posted by: aminuddin | 20/06/2012

Jawapan kpd puak Syiah

Dalam laporan Malaysiakini, ketua Syiah di Malaysia telah mengatakan bahawa dakwaan Ketua Penyelidik ISMA tentang syiah, Ustaz Mohammad Ismail telah berbohong tentang kepercayaan syiah terhadap Allah. Ustaz Mohammad telah membalasnya dengan jawapan berikut untuk bacaan semua. Moga ini membuatkan kita lebih memahami bahaya syiah.

“Syiah: Hujah hentam kami tak masuk akal”:

http://www.malaysiakini.com/news/201225

 

AQIDAH AL-BADA’ DI SISI SYIAH IMAM 12

Golongan syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al Bada’ atau dengan kata lain bahawa Allah telah memulakan satu ketentuan baru setelah ketentuan awal gagal dilaksanakan. Golongan syiah Imam 12 mempercayai bahawa al Bada’ adalah termasuk dalam perkara usul aqidah mereka. Sehinggakan ulama-ulama syiah berkata ما عبد الله بشيء مثل البداء»(1 ).) yang bermaksud ( Tidak ada sesuatu ibadat kepada Allah seumpama al Bada’)

 Diantara ulama syiah yang terawal mengasaskan pegangan al bada’ ini adalah seorang tokoh ulama’ yang terkenal di sisi syiah sebagai ‘Thiqatul Islam’ yang bernama al Kulaini (mati 328H). Dia meletakkan satu bab khusus tentang bab al Bada’ dalam kitabnya Usul al Kafi. Kemudian diikuti ulama selepasnya yang bernama Ibnu Babawaih (mati381H) juga telah meletakan satu bab khusus tentang bab al Bada’ dalam kitabnya al Iktiqadat yang dinamakan agama Imamiah. Orang-orang syiah mungkin berkata bahawa al Bada’ itu hanya terdapat dalam kitab-kitab lama. Namun kini orang syiah telah berubah. Walau bagaimana pun pegangan al Bada’ masih menjadi pegangan pengikut-pengikut syiah sehingga sekarang dan mereka tidak dapat menafikan hakikat ini.

 Pegangan aqidah al Bada’ kita boleh dapati dalam penulisan syiah terkini, terdapat lebih 25 penulisan tentang al Bada’ dari kalangan ulama syiah kotemporari seperti apa yang ditulis. PENGERTIAN AL-BADA’ Asal makna al-Bada’ Jelas setelah tersembunyi Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang (lahir pandangan yang baru).

 Bila kita amati kedua-dua maksud al bada’ di segi bahasa, ia akan melazimi dua perkara; i. Ilmu Allah didahului dengan sifat jahil ii. Berlaku perkara baharu dalam ilmu Allah Ini adalah perkara yang mustahil berlaku pada Allah SWT. Jika kedua-dua perkara ini disandarkan kepada Allah SWT ia adalah sebesar-besar kekufuran kepada Allah SWT. Sedangkan Syiah Imam 12 menjadikan ia sebagai sebesar-besar ibadat kepada Allah . Lihatlah apa yang dikatakan oleh ulama-ulama Syiahما عبد الله بشيء مثل البداء» ) yang bermaksud ( seseorang itu tidak beribadat kepada Allah dengan sesuatu seperti al Bada’).

 Ini adalah satu pembohongan yang besar terhadap Allah SWT. AL-BADA’ BERLAKU KEPADA IMAM-IMAM SYIAH Pengikut-pengikut syiah mempercayai bahawa al Bada’ berlaku kepada Imam-imam mereka. Sebagai contoh apabila sesuatu berita yang disandarkan kepada Imam, kemudian berita tersebut tidak berlaku. Pengikut-pengikut syiah akan mendakwa inilah al Bada’ yang berlaku kepada Imam mereka. Contoh An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku”.

 Bahkan ulama-ulama syiah mendakwa Imam-Imam mereka mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari mereka.Ini dakwaan ulama mereka ( يعلمون ما كان وما يكون ولا يخفى عليهم الشيء ) . Maksudnya ; mereka yakni imam-imam mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari mereka. Berdasarkan kenyataan ini imam-imam syiah lebih hebat dari Allah SWT. •

Ulama-ulama syiah telah member harapan kepada pengikut-pengikut mereka, bahawa Imamah atau kepimpinan akan kembali kepada mereka dan daulah akan jadi hak mereka dalam tempoh 70 tahun. Riwayat ini disandarkan kepada Abi Jaafar Imam mereka yang ke 6. Setelah berlalu tempoh 70 tahun apa yang dijanjikan tidak berlaku, ini menyebabkan pengikut-pengikut mereka memprotes. Ulama-ulama syiah berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini,lalu mereka berkata sesungguhnya telah berlaku al Bada’ kepada Allah sehingga berlaku perubahan pada tempoh yang telah dijanjikan.

 KESIMPULAN AL-BADA’

 Berdasarkan apa yang telah ditulis dan apa yang telah dijelaskan oleh ulama-ulama syiah bahawa Allah bersifat al Bada’ yang bermakna ilmu Allah didahului oleh sifat jahil dan berlaku perkara baharu dalam ilmu Allah. Oleh itu pada pegangan syiah Allah itu bersifat jahil dan tidak mempunyai ilmu yang meliputi segala sesuatu. Mereka tidak dapat menolak kenyataan ini kerana ia memang menjadi pegangan mereka. Allah bersifat al Bada’ memang jelas dalam kitab-kitab muktabar di sisi syiah Imam 12 seperti dalam kitab Usul al Kafi oleh Kulaini, Bihar al Anwar oleh Ibnu Babawaih begitu juga dalam penulisan-penulisan baru seperti Aqaid Imamiah oleh Al Muzaffar, Aqaid Imamiah Ishna Asariah oleh Az Zinjani. Begitu juga dakwaan mereka yang mengatakan imam-imam mereka mengetahui perkara yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku, malah tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada imam-imam. Seolah-olah Imam-imam syiah lebih hebat dari Allah SWT.

 Semua dakwaan syiah tentang al bada’ berlaku kepada Allah dapat ditolak dengan ayat al Quran. Maha Suci Allah SWTdari apa yang mereka dakwakan dan apa yang mereka sifatkan. Firman Allah yang bermaksud “ Dan kunci semua yang ghaib ada pada Nya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia yang mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun yang gugur yang tidak diketahui-Nya, tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata”. Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang ilmu Allah SWT yang meliputi segala-galanya dan semuanya dalam ilmu Allah SWT sejak azali lagi.

 Rujukan: – Usul al Kafi,Kitab Tauhid; bab al Bada’ (j1/146). Ibnu Babawaih,Kitab Tauhid;bab alBada’ (m/s332). Bihar al Anwar,Kitab Tauhid;bab al Bada’ (j4/107) – Al Iktiqadat (ms 89) – Al Muzaffar;Aqaid Imamiah (ms/169). Az Zinjani; Aqaid Imamiah isthna asariah (j 1/34). Az Zarii’at; Tasnif as Syiah – Firaq as Syiah (ms 84) – Usul al Kafi (j1/260) – Tafsir al I’yaasi (2/218). Al Ghaibah Lit Tusi (m/s 263). Bihar al Anwar (4/214) – Al Maidah ayat 59″

 


Responses

  1. Salam. Sebenarnya isu syiah ini sama seperti kristian. Kebanyakan imam2 yang awal2 ni aqidah tetap sama melainkan politik iaitu tidak setuju bila Ali tidak menjadi khalifah. Syiah yang terkemudian ini menyandarkan bidaah2 ini terhadap imam2 awal dengan mendatangkan dusta dan tipu daya terutamanya oleh ulamak syiah sesat. Fahaman pelik ini muncul setelah pengaruh parsi masuk ke dalam syiah bila mana golongan syiah (asal ASWJ) ini berpakat dengan golongan parsi (yg islam cara mereka yg ditokok tambah dengan fahaman parsi kuno) untuk menjatuhkan khalifah (ASWJ) serta dari fahaman syiah sabaiyah (Abdullah ibnu saba’). Perlahan2 bidaah ini diubah menjadi pegangan agama/usul.

    Hatta asalnya tiada imam 12 dalam syiah dan sebab itu bila kita teliti sejarah, banyak pecahan syiah berlaku sejak dari anak Saidina Hussein r.a lagi Imam Zainal Abidin dan adik dia sampailah imam ke 13. Masalah timbul bila imam terakhir mati di usia kecil ie Muhammad (kononnya al-mehdi).

    Setelah mereka (ulamak syiah) kaji hadis2 mereka menjumpai hadis sahih imam bukhari berkenaan 12 pemimpin dari quraisy jadi sejak itu digelar imam 12 (ithna asyriyyah). Sebab itu ada fiver, sevener, twlvers, ismailiyyah, zaidiyyah, hasyashi dsb. Hadis berkenaan adalah (dalam bahasa english)-

    Narrated Jabir ibn Samura: I heard the Prophet (s) saying:”There will be Twelve Commanders.” He then said a sentence which I did not hear. My father said, the Prophet added, “All of them will be from Quraysh.”[Sahih al-Bukhari (English), Hadith: 9.329, Kitabul Ahkam; Sahih al-Bukhari, (Arabic), 4:165, Kitabul Ahkam].
    Sama seperti fahaman liberal, mereka ambil dalil (quran dan hadis) dengan melanggar disiplin ilmu syarak. Dengan kata lain, hantam je tafsir dalil ikut suka mereka untuk menguatkan pegangan mereka. Ana dapat sumber2 ni dari website ikhwan islamstory.com oleh Dr Ragheb Elsergany, slide ustaz mat/MOBIS dan juga pengkaji syiah dari al-Kautsar/mercy Mission, Syeikh Bilal Ismail (pengetua Student Guild)
    Ana pun tengah mengkaji fahaman ni dan insyaAllah akan buat sejarah asal usul syiah yang akan ana kongsikan.
    Jazakallah akhi aminuddin
    Salam tarbiyyah dari bumi kangaroo
    Wallahualam, wassalam

  2. Document di atas guna dalil2 yang diputar belitkan. pandai jugak puak2 syiah ni. guna dalil2 sebegini. tapi bila dirujuk terus kepada kitab2 asal mereka dan ulamak2 mereka jawapan dia opposite. payah jugak nak deal dengan orang yang dihalalkan taqiyyah untuk semua keadaan walaupun untuk berdakwah. macam orang kristian. Nauzubillah
    Paling menarik hujah sujud atas tanah. akhirnya xde dalil sahih melainkan perkataan kemungkinan dusta di atas nama imam jaafar as-sadiq.
    Ada jugak hujah imam mahdi dengan mengambil contoh syaitan yg hidup dari dulu sampai sekarang..
    Ar-raja’ah pulak dikatakan xde dalil sahih padahal dalam kitab lama syiah dan hujah/syarah mereka berkata sebaliknya. tiba2 keluar hujah yang ASWJ terima yaumul raj’ah
    Hujah ahlul bait itu diterima macam mereka nabi juga agak pelik sebab kalau macam tu semua keturunan hassan dan hussein spt habib, syeikh, said dan syarifah adalah nabi jugak. hmm… macam2 dalil pusing2 mereka.
    Ada jugak Fatimah terima wahyu dan Ali tulis etc…
    Macam2. Makin saya kaji syiah, makin saya yakin akan kebenaran aswj dan makin nampak kesesatan syiah (walaupun mungkin ada satu-2 golongan yg akidah aswj tp susah jugak nak percaya sebab depa boleh guna taqiyyah untuk berdakwah). Mungkin jugak dokumen ini disediakan dengan taqiyyah untuk berdakwah. ??
    Apapun, terang lagi bersuluh. Orang jahil mudah diperdaya oleh golongan sesat. Jadi, sama-samalah kita kaji jahiliyyah, bak kata saidina umar, Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah”.
    Wallahualam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: