Posted by: aminuddin | 29/06/2012

Jangan perkecil hukum Allah

Membaca berita dari harakahdaily hari ini tentang kenyataan seorang intelek islam tentang HUDUD membuatkan saya rasa sangat terpanggil untuk memberikan komentar. Ini dinyatakan beliau dalam satu forum bertajuk “Adakah Dasar DAP Mengancam Islam” anjuran Roketkini.com bersama Lim Guan Eng pada 27 Jun 2012.

Kenyataan beliau :-
“Saya melihat menariknya hudud itu bukan dilihat kepada hukumannya tetapi dari sudut objektif yang mahukan sebuah masyarakat yang bersih tanpa jenayah, rompak, rogol, tuduhan zina mahupun memaparkan gambar-gambar orang berzina di dada akhbar dengan niat untuk memfitnah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, oleh kerana mungkin masyarakat berbilang kaum di negara ini sukar menerima perlaksanaan hudud, namun ianya boleh dilakukan dengan melaksanakan objektif-objektif yang terkandung di dalam hudud itu sendiri.

“Bila kita melaksanakan objektif hudud itu seperti meningkatkan keadilan, pemerintahan yang telus, banteras rasuah mahupun meningkatkan intergriti pihak berkuasa dan undang-undang. Dengan secara tidak langsung objektif yang dilaksanakan dalam hudud akan dapat dicapai tanpa perlu melaksanakan hukum tersebut,” katanya.

Kenyataan ini jelas bagaimana syariat Allah diperkecil-kecilkan sehingga ia cukup sekadar melaksanakan objektif TANPA syariat itu sendiri. Sedangkan dalam islam obejktif itu satu perkara tetapi yang lebih penting ialah NILAI ROHANI yang ada didalamnya. Ia lambang perhambaan manusia kepada Allah.

Kalau begitulah pendapat beliau ia seolah-olah umat islam juga tidak perlu solat kerana tugas solat ialah mencegah kemungkaran. Jadi jika kita boleh capai objektif solat ie cegah kemungkaran seperti membanyakkan polis, menaikkan denda dll maka umat islam tidak perlu solat.

Saya tidak pasti apa yang tersirat dalam kenyataan beliau ini.

– jika untuk mengambil hati LGE maka nampak sangat dhaifnya seorang umat islam.

– tetapi jika ia dinyatakan dengan keyakinan maka ia boleh menjejaskan aqidah.

 

Saya serah pada pembaca menilai sendiri.


Responses

  1. Ada satu usaha yang sedang dijalankan untuk memalaikatkan DAP demi mendapat sokongan undi Cina oleh puak2 Islam yang begitu desperate untuk menawan Putrajaya.

    Let me tell you all a little secret…Dua minggu lepas, DSAI telah mengadakan pertemuan dengan NGO2 Cina sebanyak lebih 200 wakil pertubuhan bertempat Di Pulai Spring, Johor Bahru. Antara perkara yang dihajat ioleh DSAI ialah supaya pengundi2 Cina secara en bloc mengundi PR dalam PRU 13 nanti khususnya di Johor.

    Untuk makluman para pembaca, di Johor terdapat 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN yang akan dipertandingkan. Dalam pembahagian kerusi, berdasarkan persepakatan sebelum ini PAS di peruntukkan 30 kerusi DUN dan selebihnya dikongsi oleh DAP dan PKR. Di peringkat Parlimen pula PAS hanya bertanding sekitar 8 dari 26 kerusi.

    Apa yang saya nak kongsikan disini ialah….demand dari NGO2 Cina ini kepada DSAI iaitu mereka tidak mahu PAS dominan di Johor dan mereka tak mau sokong PR diperingkat DUN kerana takut kerajaan Negeri Johor akan dikuasai oleh PAS. Mereka cuma menyatakan akan bulat menyokong PR di peringkat Parlimen sahaja.

    Jadi nasihat saya kepada PAS dan penyokong2nya…janganlah terlalu bersangka baik pada orang bukan Islam kerana mereka tidak pernah selesa dengan kamu….

    Saya juga percaya DSAI tidak akan memaklumkan rahsia ini kepada PAS kerana beliau juga tidak selesa jika PAS dominan dalam PR bilamana akan menyusahkan agenda peribadinya mendapatkan kuasa.

    PAS kena sedar, DAP dan PKR hanya suka pada PAS jika PAS tidak dominan, jika sebaliknya saya percaya mereka tidak akan bersama dalam PR. Jadi nampaknya peranan PAS di Johor hanyalah untuk membantu DAP dan PKR mendapat undi Melayu bagi menyokong mereka yang kini mendapat sokongan bulat dari pengundi Cina. Dengan sikap pengundi2 Cina ini sukar PAS untuk menang di Johor hattta walau satu kerusi pun.

    Kesimpulannya, PAS kena sedar mereka hanya jadi alat pada DAP dan PKR untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya!!

    • tuan saja yang tak selesa ngan orang kafir. prejudis. saya cadangkan tuan membuat ethnic cleansing terhadap orang cina dan orang kafir di malaysia. mereka menyusahkan islam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: