Posted by: aminuddin | 08/07/2012

Adakah Mereka Ikhlas?

Saya sering di lontarkan soalan tentang persamaan antara kaum dan perlunya menerima konsep hormat menghormati antara agama. Islam tidak membenarkan melakukan penganiayaan terhadap mana-mana kaum dan dalam perlambagaan negara sendiri mengiktiraf agama lain.

Sesiapa yang tidak bersetuju dan menentang kenyataan ini dilihat sebagai seorang yang rasis dan tidak islamik. Mereka juga dianggap sebagai seorang yang menghalang kepada perubahan demi kemajuan negara. Anggapan ini semakin kuat dan tidak mungkin dapat dihalang jika tidak ada kesedaran yang jelas dan sifat ketegasan dikalangan umat islam.

Seruan kesamarataan ini bukan saja di laungkan oleh orang bukan Melayu tetapi oleh para cendikiawan Melayu sendiri yang beriya-iya benar untuk memperjuangkan bangsa lain. Seolah-olah merekalah orang yang paling faham dan paling islamik. Mereka menghentam mana-mana seruan yang meperjuangkan kedaulatan bangsa Melayu Islam tanpa mereka menilai secara intelektual akan kandungan dan mesej yang dibawa oleh golongan yang memperjuangkannya. Mereka lebih rela duduk bersama dengan bangsa lain dari duduk bersama bangsa sendiri dengan mengeluarkan pelbagai hujah dan dalil. Tanpa mereka sedari tindakan mereka ini telah memberikan laluan yang besar untuk bangsa lain mengenegahkan idea mereka yang menuntut apa yang di istilahkan sebagai keadilan sosial. Mereka menuntut pelbagai tuntutan yang dianggap selama ini telah di nafikan dari mereka.

Saya tidak nafikan bahawa sebahagian dari tuntutan mereka ini ada kebenarannya. Seperti penghapusan ISA, rasuah, nepotisma, hak pendidikan, hak bersuara dll. Tetapi persoalannya,

–           adakah mereka ini benar-benar ikhlas ingin kepada perpaduan kaum?

–          Adakah mereka benar-benar ingin melihat kesamarataan haq antara rakyat?

–          Atau mereka hanya sekadar menuntut hak mereka tetapi mengenepikan hak umat islam?

 

Ini persoalan yang bermain di kepala saya.

Pada pandangan saya mereka tidak benar-benar ikhlas dalam menunutut kepada perpaduan dan persamaan kaum. Ini kerana kalau dilihat secara halus jelas menunjukkan bangsa lain bukan saja tidak menghormati hak orang islam malah menidakkannya sama sekali.

–          Mereka kata mereka menerima perlembagaan dan apa yang termaktub didalam nya tetapi mereka jelas menolak hakikat Islam Sebagai Agama Negara (SAN).

 

SAN membawa erti bahawa negara ini adalah negara islam dan perlaksanaan islam dalam semua perkara adalah satu kewajipan. Namun dalam kenyataan2 mereka, jelas mereka menolak konsep SAN ini dengan alasan kita perlu hormati bangsa lain dan agama lain. Nah, mereka memutar belitkan konsep “hormat menghormati” dengan mereka menuntut penghormatan  tetapi mereka sendiri gagal menghormati. Sebaliknya kemarataan yang mereka laungkan lebih mendekati kepada pluralism ie semua agama adalah sama. Ini sangat bertentangan dengan islam.

 

–          Sekolah kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan semua bangsa telah dilaksanakan semenjak 1970 tetapi kini menjadi semakin sepi dari bangsa lain. Walaupun niat kerajaan semasa dasar pelajaran di kemukakan utk menyatukan semua kaum namun ia ditolak oleh bangsa lain dengan alasan ia tidak menghormati budaya mereka.Maka sebabvitu ujud sekolah2 Cina dan Tamil untuk meneruskan pendidikan masing-masing. Maka kalaulah sejak kecil lagi anak-anak sudah diasingkan dari alam persekolahan maka mana mungkin akan tercapai kesatuan bangsa.

 

–          Mereka menuntut bahasa mereka dihormati dan menolak bahasa Melayu sebagai bahasa yang perlu di hormati dan digunakan. Maka tidak hairan walaupun mereka sudah bermaustatin dinegara ini puluhan tahun namun sangat sedikit antara mereka yang fasih berbahasa Melayu. Nah, apakah mungkin kita boleh bersatu jika bahasa pun lain-lain. Sedangkan di Indonesia tidak ada bahasa lain yang dipertuturkan melainkan bahasa Indonesia.

 

–          Mahkamah syariah sering dipersoalkan kewibawaannya kerana dilihat tidak adil sedangkan itulah kehendak dalam islam. Mereka cabar dan menggunakan seluruh jentera dalam dan luar negara untuk menidakkan keputusan-keputusan mahkamah. Maka sebab itu banyak kes-kes mahkamah masih tertangguh di sebabkan desakan mereka. Apakah ini dikatakan mereka “menghormati” agama islam?

 

–          Pernah seorang Exco Melayu islam membuat serbuan kepada tempat-tempat penjualan arak yang jelas menjadi langganan pemuda Melayu tetapi dihalang oleh bangsa lain. Begitu juga serbuan ke sebuah gereja yang jelas dan terang mengandungi dakyah kristianisasi tetapi juga dihalang dan dicabar. Apakah ini dikatakan mereka menghormati perlembagaan?

 

–          Apabila progam HIMPUN untuk menangani isu murtad diadakan maka pelbagai laungan menghalang perlaksanaannya di lontarkan. Apakah salah umat islam menjaga bangsanya sendiri dari gejala riddah? Kenapa mereka ingin campurtangan untuk menghalangnya? Adakah ini dikatakan menghormati orang islam?

 

–          Kenapa isu Kalimah Allah di persoalkan sedangkan ia telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan? Adakah mereka mahu mencabar institusi ulamak yang di iktiraf? Adakah ini dikatakan menghormati hak umat islam?

Nah, ini hanya sebahagian dari hujah yang menjadi keraguan kita terhadap keikhlasan mereka yang ingin kepada perpaduan. Malangnya orang Melayu Islam sendiri tidak sedar akan perancangan halus ini dan sanggup menggadaikan nasib bangsa kerana semata-mata ingin meraih populariti.

Saya mencabar kepada mereka ini dan orang Melayu Islam yang menyatakan mereka ingin kepada perpaduan dan persamaan kaum, ayuh kita menerima dan mendokong Perlembagaan Negara dengan penuh ikhlas tanpa banyak interpretasi yang akan hanya mengeruhkan suasana. Jika saudara bersetuju maka saya bersedia berkorban masa dan tenaga untuk memperjuangkan “persamaan” ini.


Responses

  1. Trend puak2 Islam yang marah pada UMNO dan berangan nak peluk Putrajaya ialah dengan mensucikan DAP semata2 kerana persepsi mereka bahawa dengan berbuat demikian…orang2 Cina yang kini sepakat untuk menolak BN akan mengundi PAS tanpa ragu2. Cuba baca roketkini.com..dah macam Harakahdaily lagaknya…..dah tak nampak kecinaannya….

    Untuk mereka2 yang lurus bendul ini sila baca pengalaman seorang Melayu yang sudahpun memasuki DAP dan memegang jawatan yang tinggi dalam kepimpinan DAP pusat….dan kini sudahpun keluar dari DAP…..

    Tunku Aziz described DAP’s politics of ‘blame and hate’

    KUALA LUMPUR: Former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim has described the party’s politics as that of “blame and hate”.

    He said his dramatic departure from politics had made him see clearly the futility of his trying to accommodate people whose values he was uncomfortable with.

    “Taking a break from the politics of blame and hate was undoubtedly the best decision I ever made. I realised within two months of becoming a card-carrying party member that I had thrown in my lot with the wrong crowd,” he wrote in his weekly column in the New Straits Times.

    “I felt a sense of blessed relief. I found myself released at last from the tyranny of DAP’s unfettered hypocrisy,” wrote Tunku Abdul Aziz.

    Tunku Abdul Aziz wrote that he must have been “both absolutely mad and arrogant” to think that he could make “an impression on DAP’s thinly-disguised Chinese chauvinism.”

    He said that after observing the party in all its subtleties for almost four years, there was little doubt over the party’s real interests.

    “Malay voters have few misgivings about voting for MCA but they are not too sanguine about their future at the hands of what they see as a repressive and, in spite of noisy protestations to the contrary, an undemocratic party,” he wrote.

    He said DAP could not be regarded as a multi-racial party as yet and urged Malays to be cautious of the party until it truly changes its outlook.

    He said the Malays in the party were merely tools for DAP to push forth its sham multi-racial identity.

    “DAP is a party caught in a time capsule and for all its public utterances, it cannot by any stretch of imagination be regarded as a multiracial party. The reality is that the role of top Malays in particular is purely intended to lend credence and legitimacy to its multiracial pretensions,” he added.

    Tunku Abdul Aziz also narrated how DAP had tried to woo a prince into the party by promising to make him (the prince) a mentri besar.

    However, he said he told the party the plan was a non-starter as the prince’s father was the Ruler of the state.

    Apparently the party approached him directly and offered a federal post instead, which the prince declined.

    Tunku Abdul Aziz described the episode “a shallow diabolical DAP plot at its best.”

    The Star


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: