Posted by: aminuddin | 12/08/2012

KENYATAAN MEDIA PEMBELA

KENYATAAN PEMBELA MEMBANTAH CUBAAN MENGHAKIS KEDAULATAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DENGAN MENDAKWA MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR.

 

  1. 1.      Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar  Agama Rasmi untuk tujuan upacara(ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal  Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan- Islam is the religion of the Federation;

 

  1. Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan  yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”.
  1. Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.
  1. Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.
  1. Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.
  1. Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  1. Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya.
  1. Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che’ Omar B Che’ Soh. Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan di Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang sekular. TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR
  1. Suara-suara sumbang dan pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutama dari kalangan para peguam, ahli politik,  yang  menjulang prinsip hak asasi manusia hingga menjejaskan kesucian dan kedaulatan Agama Islam adalah ancaman utama terhadap kestabilan politik Negara dan telah mengakibatkan terjejasnya kedudukan Islam sebagai agama Negara.
  1.  Tindakan menuntut hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam, hak untuk bebas dari pengaruh Syariah adalah bukti jelas betapa sebahagian besar rakyat Negara ini terpengaruh dengan di’ayah kononnya Malaysia sebuah Negara sekular.

BAGI MENGELAKKAN SALAH TANGGAPAN SEBEGINI TERUS MENULAR DI KALANGAN RAKYAT DAN PENTADBIR NEGARA, PEMBELA MEMOHON PERKENAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK –

  1. MENUBUHKAN SURUHANJAYA KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) SEBAGAIMANA YANG TELAH DILULUSKAN DALAM RESOLUSI KONGRES MAJLIS-MAJLIS AGAMA ISLAM SELURUH NEGARA SETAHUN LALU.
  2. MENGENAKAN TINDAKAN PENDAKWAAN TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG SENGAJA MENCETUSKAN PERASAAN TIDAK MENGHORMATI AGAMA NEGARA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: