Posted by: aminuddin | 04/09/2012

Kemerdekaan yang tercemar

 

Melihat apa yang berlaku semasa sambutan hari kemerdekaan baru-baru ini membayangkan kepada kita beberapa perkara :-

i. Sikap pemerintah yang tidak berubah walaupun mereka sedar kedudukan mereka kini berada dihujung tanduk. Kekecewaan saya memuncak apabila perarakan merdeka di “cemari” dengan tarian rap oleh golongan belia. Apa yang ingin BN tunjukkan kepada dunia dengan tarian ini? Apa kena mengenanya dengan sejarah dan kemerdekaan negara? Bukan saja tarian ini mengikut budaya barat malah percampuran lelaki dan perempuan memberikan nilai yang negative kepada dunia terhadap budaya negara. Kalaulah itu digambarkan sebagai belia yang Berjaya dan bakal menjadi pemimpin negara maka saya boleh membayangkan bahawa mungkin ini nafas terakhir buat BN. Jangan cerita pulaklah sambutan disebelah malamnya yang juga dipenuhi dengan tarian, nyanyian dan music yang melalaikan. Ini semua tidak memberikan apa-apa nilai kepada masyarakat apatah lagi generasi muda. Kalau inilah “kejayaan” merdeka yang ingin ditunjukkan pemerintah, maka itu satu kesilapan yang besar. Ketika Barat sudah bosan dengan system dan budaya mereka, kita pulak yang berusaha menghidupkannya. Adakah disana kobodohan yang lebih besar dari ini?

       

ii. Walaupun begitu harapan kita yang ingin kepada perubahan hancur apabila melihat beberapa insiden yang berlaku dipihak yang membangkang pemerintah. Sikap menunjukkan punggung kpd gambar PM, memijak2 gambar pemimpin, mengibarkan bendera Sang Saka, tidak mengangkat tangan ketika ikrar rukun negara dibaca, harus mendapat kecaman dari semua pihak. Sikap sebegini adalah diluar dari normal mana-mana pemikiran yang waras. Apa mesej yang ingin disampaikan oleh pembangkang kepada dunia? Kebencian kpd bangsa sendiri? Penghinaan kepada bendera negara? Inilah keangkuhan yang maksima yang membayangkan natijah dari pemikiran yang korup dan kerakusan kepada kuasa yang luar biasa. Apakah mereka yang seperti ini boleh diharap untuk membawa perubahan poisitif kepada negara? Mereka sering melaung-laungkan korupsi terhadap harta negara dan pencabulan hak rakyat tetapi mereka lupa korupsi didalam pemikiran dan pencabulan akhlak yang berlaku dikalangan mereka sendiri. Seperti biasa pemimpin mereka akan mencari pelbagai hujah untuk mempertahankan “anak buah” mereka.

Nah pesoalannya; Siapa yang ingin dipersalahkan?

Jari kita tidak wajar menuding kepada sesiapa tetapi  sebaliknya kepada diri kita sendiri. Keengganan pimpinan Melayu untuk bersatu, sikap tidak merasa izzah dengan bangsa sendiri, kejahilan tentang sejarah bangsa dan negara, tidak menjadikan syarak sebagai nilaian pemikiran dan tindakan  adalah punca kepada semua gejala negatif ini. Hasilnya, ramai yang menjadi semakin keliru; kearah mana parti2 politik ini ingin membawa negara? Golongan ini semakin hari semakin ramai dan mula mengambil sikap tidak endah dengan kejadian politik termasuk kemungkinan  tidak mengundi pada PRU13. Yang menakutkan, majority mereka ini adalah golongan Melayu. Akhirnya siapa yang akan mengundi dan siapa yang akan mendominasi politik negara? Mungkinkah ini bala yang akan menimpa hasil kita melupakan Allah swt? Pada ketika itu tangisan sudah tidak berguna lagi.

Cuba kita fikir-fikirkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: