Posted by: aminuddin | 16/10/2012

Kenyataan PEMBELA terhadap majlis doa kristian

 

Pembela mahu pihak berkuasa siasat gerakan jadikan Kristian sebagai agama rasmi

Oleh Nomy Nozwir

October 16, 2012

 

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Gabungan Pembela Islam (Pembela) hari ini mahu pihak berkuasa untuk menyiasat gerakan yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

 

Menurut pengerusinya, Aminuddin Yahaya, penegasan sikap terhadap pendirian terdahulu PEMBELA mengenai beberapa dakwaan yang wujud mengenai usaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, serta memastikan Perdana Menteri Malaysia adalah daripada kalangan penganut Kristian.

“PEMBELA menegaskan sikap bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menolak pendirian tidak bertanggungjawab dan sikap sinikal sesetengah ahli politik Muslim dan bukan Muslim, yang memandang remeh isu sebegini, serta melabelkan NGO Islam dan umatnya sebagai mempunyai ‘siege mentality’ (mentaliti terkepung).

 

“PEMBELA bertegas dan berpandangan bahawa sebarang dakwaan berkenaan usaha mencabar kedudukan Islam perlu ditanggapi secara serius dan tidak boleh dituduh sebagai bersekongkol dengan mana-mana pendirian politik kepartian yang sempit.

“Usaha murni ini sebaliknya perlu diberikan perhatian secara matang dan berhemah, khususnya oleh UMNO dan PAS sebagai parti Melayu-Muslim terbesar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Aminuddin, beliau dimaklumkan bahawa suatu laporan polis telah dibuat oleh seorang bekas ahli parti politik DAP, Mohamed Razali pada 13 Mei 2011 berhubung dakwaa pada 9 Oktober 2012, disamping dakwaan ini telah diulangi juga oleh ahli parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, semasa membentangkan kertas kerja beliau di Seminar Dakwah Nasional.

 

“Demi memastikan kesahihan dakwaan tersebut, yang telahpun diawali dengan laporan polis pada 13 Mei 2011 tersebut, maka PEMBELA menggesa pihak berkuasa khususnya pihak polis serta Majlis Agama Islam Negeri melakukan penyiasatan menyeluruh dan mengemukakan status kesahihan dakwaan tersebut,  mengambil tindakan berkaitan untuk memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya menurut lunas dan ruanglingkup undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, mengambil tindakan proaktif, khususnya melalui Jawatankuasa Bagi Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Agama di seliaan Jabatan Perpaduan dan Integrasi nasional (JPNIN), untuk memberikan penerangan intensif kepada para pemimpin agama di Malaysia tentang implikasi keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta kedudukan agama-agama lain dan menyeru agar NGO-NGO Islam bersama-sama dengan umat Islam agar tidak bertindak di luar batasan undang-undang di dalam berdepan isu dan permasalahan ini, sebalik bersatu dan memperkemas saf kesatuan dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: