Posted by: aminuddin | 23/10/2012

Kenyataan PEMBELA terhadap Chua Soi Lek

KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

23 Oktober 2012
 
PEMBELA menyeru penjelasan sarjana Muslim terhadap kekeliruan pemimpin ISLAM DAN bukan Muslim mengenai ASPEK HUDUD SEBAGAI sebahagian undang-undang jenayah Islam
1. Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin menarik perhatian masyarakat Malaysia mengenai kekeliruan beberapa pemimpin politik bukan Islam, khususnya dari parti MCA mengenai aspek sebahagian undang-undang jenayah Islam, iaitu hudud, yang ternyata boleh membawa pada kekeliruan berlanjutan terhadap kemurnian dan ketinggian standard undang-undang jenayah Islam, serta menjejaskan peluang dan proses pendidikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam mengenai aspek tersebut.
2. Resolusi 2.3 yang diluluskan para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59 pada 21 Oktober 2012 berkenaan aspek hudud dalam undang-undang jenayah Islam menyebut “The General Assembly condemns DAP for misleading the Chinese community on PAS’s hudud laws, paving the way for the implementation of PAS’s agenda in Malaysia.
3. Beberapa hari sebelumnya, Presiden MCA telah secara beremosi dan sudah tentu dengan kejahilan beliau menegaskan bahawa hudud akan mengakibatkan 1.2 juta rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan. PEMBELA sangat bersimpati dengan kenyataan Presiden MCA ini, memandangkan beliau sendiri mengakui bahawa tanggapan tersebut dibuat berdasarkan kiriman teks pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang tidak mahu dikenali identitinya. (lihat Malaysiakini 18 Oktober 2012). Justeru masyarakat Malaysia tidak boleh mempercayai Presiden MCA ini yang telah mengeluarkan kenyataan beliau berdasarkan sumber yang tidak berkredibiliti dan diragui kesahihannya.
4. PEMBELA juga berpandangan bahawa sangat malang bagi parti komponen Barisan Nasional ini untuk meluluskan suatu resolusi berdasarkan ilmu pengetahuan yang cetek mengenai suatu aspek sistem perundangan yang mempunyai sumber yang kukuh serta standard yang tinggi di dalam upaya pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, jelas di dalam resolusi tersebut, yang ditentang adalah “Parti DAP yang mengelirukan masyarakat cina tentang undang-undang hudud PAS”. Maka jelas yang ditentang sebenarnya bukanlah aspek hudud yang menjadi aspek sebahagian sistem undang-undang jenayah syariah, tetapi kenyataan jahil tersebut dibuat semata-mata untuk memenangi hati para ahli MCA, dan khususnya mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Islam. Justeru, PEMBELA yakin bahawa hakikat ini tidak menghalang usaha untuk menjelaskan kekeliruan dan mendidik masyarakat bukan Islam mengenai aspek hudud dalam undang-undang jenayah syariah.
5. Walau apapun motifnya, kenyataan beliau boleh mengundang salah tanggapan serta reaksi negatif dari penganut agama lain. Ini boleh dilihat sebagai satu hasutan secara tidak langsung yang berisiko menimbulkan ketegangan agama serta membantut usaha Kerajaan untuk mewujudkan suasana harmoni antara kaum.
6. Kenyataan beliau juga melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara. Hakikat ini ditegaskan sekali lagi Menteri di JPM, YB Dato’ Seri Nazri, di Parlimen pada 23 Oktober 2012. Sebagai Presiden sebuah parti komponen di dalam Kerajaan Persekutuan, Presiden MCA perlu sedar bahawa penghinaan beliau membawa implikasi yang sangat serius, termasuk  mencabar status Islam sebagai agama Negara.
Atas kenyataan-kenyataan yang dirasakan agak kurang cermat itu, makaPEMBELA:
a. Menuntut agar Presiden MCA menarik balik kenyataan serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia serta berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan jahat yang boleh dianggap sebagai cubamempersenda dan memperlekehkan hukum perundangan Islam yang telah wujud sejak berzaman dan, malah, sebelum wujudnya Perlembagaan itu sendiri.
b. Memohon agar Raja-Raja Melayu menegaskan bahwa orang-orang bukan Islam tidak berhak membuat sebarang teguran/komen yangmenyentuh soal hukum-hakam perundangan Islam di Negara ini,yang bukan hak mereka memperkata atau menentukannya.
c. Mendesak agar pihak berkuasa, khususnya PDRM, menyiasat dan mengambil tindakan yang setimpal atas kenyataan Presiden MCA itu, yang  boleh dianggap sebagai, bukan saja cuba menghina dan mencabar kewibawaan institusi Islam di Negara ini, bahkan juga bidangkuasa Raja-raja terhadap institusi tersebut.
d. Meminta agar usaha penjelasan dan pendidikan mengenai aspek hudud sebagai sebahagian sistem undang-undang jenayah Islam perlu dipertingkatkan. Khususnya, para sarjana Muslim yang berkelayakan di dalam bidang ini perlu segera tampil bagi memberikan penjelasan kepada pemimpin politik Muslim dan bukan Muslim, agar mereka tidak terus-menerus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dan mencetuskan penghinaan terhadap Islam disebabkan kedangkalan ilmu mengenai aspek hudud sebagai sebahagian undang-undang Syariah.
e. Memohon agar Majlis-majlis Agama Islam Negeri melaksanakan kegiatanpercambahan fikiran strategik di kalangan umat Islam dari masa ke semasa, demi mengurangkan pergeseran sesama mereka; di samping  menangani salah faham/tanggapan terhadap kedudukan Islam di Negara ini di kalanganpara penganut Islam dan bukan Islam.
f. Menyeru agar umat Islam terus mengukuhkan kesatuan hati dan menolak mana-mana pemimpin politik yang jelas menghina serta menggugat kedudukan Islam demi memperolehi undi rakyat PRU13 yang akan datang nanti.
Bagi pihak PEMBELA
Hj. Aminuddin Yahya
Pengerusi
Pertubuhan-pertubuhan yang bernaung di bawah PEMBELA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah (PROMUSLIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia – Pulau Pinang (PUMPP), Institut Pemikiran Traditional Islam (IPTI), Jamiyah Dakwatul Islamiyah (JAM’IYAH), Islamic Strategic Studies Institute (ISSI), Persatuan Darul Fitrah Malaysia (PDFM), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Institut Pemikiran Traditional Islam (IPTI) dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: