Posted by: aminuddin | 07/11/2012

Kalam Pemimpin Kalam Keramat

Bak kata pepatah Melayu ” terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa”.

Itulah gambaran yang saya boleh berikan kapada bekas Puteri Reformasi yang hangat diperkatakan sekarang ini. Kedudukan politik beliau yang sangat penting menjadikan isu ini semakin kritikal. Sebagai pemimpin kanan dalam PR sudah pasti apa saja kenyataan beliau akan di ikuti dan diamati kerana kemungkinan ia menjadi satu polisi umum negara satu ketika nanti adalah besar.

Samada beliau terlajak atau mempunyai maksud yang lain, itu kita serahkan kepada beliau dan Allah swt saja yang menentukan. Tetapi mendengar rakaman video semasa forum itu amat jelas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa kebebasan memilih agama ini juga mesti diberikan kepada orang Melayu.  Secara tidak langsung ia membenarkan mana-mana orang Melayu yang beragama islam untuk murtad dan ia harus dihormati. Sebenarnya kenyataan ini bukan saja menyanggah agama islam tetapi juga menyanggah kedudukan Raja-raja, kedudukan majlis-majlis agama dan apa saja institusi agama yang selama ini berusaha berdakwah dan menghalang dari berlakunya murtad.

Kenyataan beliau ini kemudian disokong oleh seorang YB di Shah Alam yang mengatakan bahawa islam bukan agama keturunan tetapi sebaliknya adalah satu pilihan. Bukan bererti jika ia Melayu maka ia mesti islam tetapi islam ini lahir atas kesedaran dan keyakiinan seseorang kepada Allah.

Sekali lalu kenyataan ini tidak ada salahnya tetapi jika dilihat dalam kontek realiti dinegara ini Melayu dan islam itu adalah sinonim. Apabila kita menidakkan Melayu itu secara otomatiknya islam maka ia seolah-olah memberitahu bahwa seorang bayi Melayu yang lahir tidak ada agama sehinggalah ia sedar dan faham tentang islam maka barulah boleh dikatakan ia seorang islam. Ia juga membawa erti orang bukan islam boleh berdakwah kepada anak orang Melayu untuk bertukar agama kerana dalam perlembagaan bukan islam tidak boleh berdakwah kepada orang islam. Tetapi kalau anak orang Melayu itu tidak ada agama maka dengan sendirinya mereka boleh didakwahkan kepada agama lain. Tidakkah in satu tragedi kepada orang Melayu? kalau begitu apa bezanya kenyataan ini dengan apa yang di tuntut oleh IFC ? Saya tidak pasti apakah YB Shah Alam maksudkan bila beliau membuat kenyataan sedemikian.

Mendengar semua kenyataan ini memberikan gambaran kepada kita betapa ahli-ahli politik kini sudah sampai ketahap maksima dalam mengorbankan segala bemtuk prinsip demi untuk mencapai kuasa. Malangnya kedudukan mereka sebagai pemimpin ini apa saja yang mereka lontarkan akan diikuti oleh orang ramai. Ini berbeza kalau kenyataan ini dibuat oleh rakyat biasa.

Apa yang membimbangkan rakyat ialah rakyat bukan takut kepada peralaihan kuasa. Bagi saya perlaihan kuasa itu adalah sesuatu yang biasa dan memang akan terjadi lambat launnya. Tetapi apakah perubahan ini akan membawa lebih kebaikkan atau akan menjadi lebih parah. Apabila saya katakan kebaikan disini saya tidak maksudkkan kebaikkan dalam bentuk maddi atau ekonomi atau kehidupan sosial semata tetapi yang lebih penting yang menjadi pertahanan akhir umat islam ialah agama islam itu sendiri. Jika inilah kenyataan dan pegangan pemimpin maka keraguan rakyat ini adalah sesuatu yang berasas. Ini bukan kali pertama dan saya tidak rasa ia kali terakhir akan keluarnya kenyataan-kenyataan yang boleh mneggugat keluhuran agama islam. Lebih malang kenyataan ini akan hanya menimbulkan perkelahian antara sesama islam sedangkan orang lain melihat dengan tersenyum.

Saya menasihatkan supaya pimpinan politik melayu islam lebih berhati-hati dalam mengelurakan kenyataan kerana kalam pemimpin kalam keramat. Ia akan didengar dan diikuti. Damage yg akan berlaku amat besar.

 


Responses

  1. Sdr Amin,

    Perang sekarang ialah peperangan ‘WAR OF IDEAS’, DAP dan PKR jangan cakaplah membawa pemahaman liberal ini tapi yang lebih malang puak2 Erdogan dalam PAS berada dibarisan hadapan membawa arus liberal dalam perjuangan politik mereka……maka kita perhatikanlah…..sepatutnya POLITIK DI ISLAMKAN…..tapi perjuangan mereka ISLAM DI POLITIKKAN…..pejuang islam yang tulin perlu berhati2 dengan golongan2 ini yang merujuk kepada ulamak2 mereka..Rashid Ghanoushi, Tariq Ramadhan, Taha Jabir…dan di Malaysia kini telah lahir “ulamak” jenis ini seperti Maszlee Malik, Dr Asri, Md Nor Manutty dan beberapa lagi…….
    Colour puak2 ini perlu di telanjangkan supaya kesucian Islam akan terus dipelihara!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: