Posted by: aminuddin | 25/11/2012

Berdirilah atas kaki sendiri

Bahang pilihanraya sudah semakin dirasai oleh rakyat. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum tempoh pemerintahan BN akan berakhir dan pilihanraya perlu diadakan. PAS sudah mengadakan muktamar dan kini UMNO pula akan bersidang sebagai persiapan terakhir untuk menyuntik semangat kepada ahli masing-masing.

Membaca analisa penganalisis politik terhadap mukatamar PAS lepas menggambarkan bagaimana parti itu gagal untuk memberikan suntikan baru kepada ahli parti. Beberapa isu utama bukan saja tidak mampu dijelaskan kepada umum malah menimbulkan kekeliruan kepada ahli. Perbezaan pandangan yang diberikan oleh pimpinan terhadap isu-isu seperti hudud, tahaluf dan bakal Perdana Menteri memberikan tandatanya; adakah parti ini bersedia untuk ke Putrajaya?

Tanpa menidakkan kerosakkan yang dilakukan oleh UMNO, sepatutnya inilah peluang PAS untuk mengemukakan agenda yang jelas dalam menangani PRU13 dan dan bagaimana parti itu akan membawa agenda perubahan sebenar kepada rakyat dalam kontek memperkasakan islam. Ini yang rakyat ingin dengar kerana apa yang terkandung dalam Buku Jingga tidak memadai malah hanya sekadar meletakkan islam pada status quo. Jadi rakyat memerlukan penjelasan dan komitmen PAS. Malangnya ini tidak berlaku, sebaliknya kelemahan UMNO menjadi focus sehingga parti berlakunya insiden doa untuk KO kan UMNO yang mahsyur itu. Bagi saya kejadian ini hanya memakan diri parti itu.

Sebagai sebuah parti yang lama dan berpengalaman serta mempunyai barisan ulama yang hebat, sudah pasti parti ini mempunyai kekuatan dan agenda tersendiri. Inilah sepatutnyan yang perlu  diwar-warkan kepada rakyat bukan sekadar membangkitkan isu kelemahan UMNO yang semua rakyat dah tahu. PAS harus berdiri diatas kaki sendiri bukan mengharapkan simpati rakyat atas kelemahan UMNO. Barulah PAS ada jatidiri dan izzah tersendiri. Cukuplah membangkit-bangkitkan kerosakkan UMNO tetapi bentangkanlah agenda parti yang jelas dan tuntas.  Ya benar, rakyat ingin perubahan, rakyat tidak sanggup lagi melihat kerosakan yang dibuat UMNO tetapi bagaimana caranya? Apa bentuk pengislahan yang ingin dibuat PAS? Kalau sekadar menggantikan pimpinan negara, maka itu tidak menjamin negara akan bertambah baik malah mungkin lebih teruk dengan segala bentuk kebebasan yang dijanjikan dibawah Hak Asasi Manusia.

Bagi saya ini yang menjadi kekurangan yang sangat ketara kepada parti islam ini.

Nah, apakah pula yang akan berlaku dalam perhimpunan UMNO nanti? Saya boleh gambarkan perkara yang sama juga akan terjadi. UMNO akan membidas sebanyak-banyaknya terhadap PAS. Segala kelemahan dan kesilapan PAS akan dimamah dalam perhimpunan ini nanti. Adakah UMNO akan membentangkan agendanya untuk merubah orang Melayu islam? Saya rasa tidak mungkin kerana mereka sendiri tidak jelas halatuju.

Jika inilah sikap dan pendekatan yang diambil oleh kedua-dua parti orang Melayu, ini bermakna masa depan bangsa ini akan terus malap malah mungkin menjadi bertambah gelap. Dengan agenda perubahan yang tidak jelas di samping masing-masing cuba kapitalise kelemahan pihak lawan dalam meraih undi, ini bermakna perubahan yang di impikan oleh rakyat tidak akan berlaku.

Persoalannya, sampai bila parti-parti Melayu ini nak berpegang dengan strategi; menang atas kelemahan lawan bukan menang atas kekuatan sediri?


Responses

  1. apakah solusinya??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: