Posted by: aminuddin | 07/01/2013

Isu Kalimah Allah

Setelah dua tahun perkara Kalimah Allah ini dibahaskan maka kini ia muncul kembali. Ini semua gara-gara Lim Guan Eng yang sengaja menyalakan api kemarahan umat islam yang mungkin sebahagianya telah lupa isu ini. Namun ia seolah-olah terbakar kembali sehinga PAS dan PKR menjadi kelam kabut untuk membetulkan kenyataan mereka. Dulu kata isnya boleh digunakan oleh orang bukan islam sekarang timbul pulak kenyataan bahawa ianya tidak boleh. Dulu bermati-matian pihak NGO islam menentang dan membuat demonstrasi menentang kalimah ini digunakan oleh puak kristian tetapi ditangkis oleh islam Pakatan Rakyat dengan alasan dinegara-negara lain kalimah ini sudah lama diguanapakai oleh bukan islam.

Yang aneh, sekarang ini mereka pulak yang menyatakan sebaliknya; kalimah Allah itu hanya hak ornag islam. Rakyat bertambah keliru dengan pendirian seperti ini. Apakah ada agenda disebalik itu atau memang sebelum ini mereka membuat keputusan yang salah. Ketika NGO islam me,buat demonstrasi di mesjid tenpoh hari, mereka hanya mentertawakan sahaja. Tetapi sekarang mereka pulak menjadi gelabah. Rakyat memerlukan jawaban; kenapa tiba-tiba berubah?

Bercakap pasal LGE, kita tidak tahu apa motif sebenar beliau;

i. adakah cuba menerapkan agama kristian dikalangan umat islam?

ii. adakah ingin menguji rakan politik dalam PR yang sehingga hari ini masih kelam kabut mencari jawaban?

iii. adakah ingin mencabar umat islam keseluruhannya dan sensistiviti mereka terhadap kalimah ini?

iv. adakah mencabar kedudukan islam sebagai agama negara yang berdaulat yang tidak boleh di gugat kerana dengan sengaja mencampuri hal ehwal agama islam?

Kenapa beliau mengulangi desakan ini dalam masa yang sama beliau tahu ia akan membangkitkan kemarahan umat islam. Apa tujuan beliau? Kenapa sekarang? Adakah pihak lain yang mengasak beloiau untuk menyuarakan perkara ini kembali? MIC. MCA juga tidak terkata apa-apa.

Saya yakin LGE mempunyai motif yang lebih besar dari itu. Ia ingin menerapkan agenda pluralisma kedalam pemikiran umat islam. Agenda ini sudah masuk kedalam pemikiran umat islam sedikit demi sedikit sehingga hampir beriman dengan perjuangan DAP yang kononya membawa kebaikkan. Salam satu perbincangan saya dengan seorang pemuda islam, beliau menyatakan tidak rasa masaalah jika negara ini dipimpin oleh DAP. Saya yakin beliau bukan keseorangan. Maka sebab itu LGE sangat berani mencabar umat islam dengan mengulangi kembali desakan untuk bukan islam menggunakan kalimah Allah ini. Ini kerana beliau tahu diluar sana ramai umat islam sudah bersimpati dengan DAP dan menyokong perjunagn DAP. Perkara ini bukan beliau buat tanpa perhitungan tetapi setelah mengkaji bertahun-tahun pemikiran ornag Melayu islam dinegara ini yang di istialahkan oleh pimpinan DAP boleh dibeli dengan harga RM2. Begitulah daifnya umat islam yang tertipu dengan kelunakan DAP. Umat islam sudah menjadi kabur mata hanya semata-mata mereka ini menaburkan sejumlah wang kepada beberapa buah mesjid dan menaikkan elaun guru-guru agama. Alangkah ceteknya pemikiran ornag Melayu islam. Umat islam gagal melihat agenda DAP yang lebih besar dan dasar perjuangan mereka yang jelas menentang islam. Janji kuasa dan Putrajaya sudah berjaya melelehkan airliur umat islam seperti kanak-kanak yang kehausan sehingga lupa akan untung nasib agama dan bangsa selepas itu.

Kalau ditanya dan dibaca analisa pelbagai penganalisis politik umumnya mereka menyatakan yang akan menjadi parti paling dominan pada PRU13 adalah DAP bukan PAS apatah lagi PKR. Saya tak pasti samaada pihak pimpinan PAS sedar perkara ini. Dalam keadaan demikian adakah mungkin PAS atau PKR boleh mengawal kemaraan DAP. Jawapan saya; mustahil sama sekali. Mereka ada wang dan jika dapat pula  kekuasaan maka semua pemimpin parti boleh dibeli. Ini bukan terlalu sukar untuk dibayangkan. Kalaulah dengan bantuan beberapa juta kepada mesjid sudah menyebabkan umat islam dah tak berani buka mulut apatah lagi jika mereka diberi habuan dunia melempah ruah.

Sehingga saya menulis ini pimpinan PR masih belum sepakat mengenai kalimah Allah. Saya yakin apa-apa pun keputusan yang dibuat nanti bukannya maslahat umat islam yang menjadi perkiraan tetapi untung nasib undi yang diambil perhitungan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: