Posted by: aminuddin | 07/01/2013

Rakyat akan mengadilinya

Apabila ISMA mengeluarkan kenyataan resmi tentang pendirian ISMA terhadap Amanat Hj Hadi, ramai yang mengatakan

i. ISMA menjadi mainan UMNO

ii. ISMA “serang” PAS

iii. ISMA ingin popular

iv. ISMA memecahkan gerakan Islam dll

Saya menerima kritikan seperti ini sebagai kritikan biasa orang politik. Mereka tidak akan senang jika kritikan itu menjejaskan undi mereka lebih-lebih lagi kritikan itu daripada gerakan islam seperti ISMA. Mereka hanya marah disebabkan ianya mungkin memberikan keuntungan kepada UMNO. Tetapi tidak ada yang menafikan kebenaran kritikan itu yang telah menyebabkan perpecahan yang besar dikalangan umat islam sehingga ke hari ini. Tanyalah saja orang PAS nescaya mereka akan memandang jijik dan hina orang UMNO sehingga tidak mungkin akan bersama. Malah UMNO lebih hina dari DAP. Atas dasar itu orang UMNO juga memandang amat negatif kepada PAS sehingga tidak mungkin mereka boleh menerima pimpinan PAS dans sanggup melakukan apa saja asalkan PAS tidak berjaya.

Orang PAS; bertanya, kenapa sekarang isu ini dibangkit selepas 31 tahun? Orang UMNO pulak bertanya; kenapa isu Mat Indera dibangkit oleh PAS selepas 52 tahun? Persoalan2 ini tidak akan ada penghujungmya kerana kedua-dua ini adalah parti politik dan ada agenda politik. Menang dulu, hal lain kita bicara kemudian. Begitulah agaknya sikap mereka.

Kembali kepada isu Amanat ini, ISMA melihat ianya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai umat islam terutama  di Kelantan dan Trengganu. Rasa benci membenci masih kuat tertanam dalam perasaan mereka dan ini menyukarkan perpaduan. Atas dasar ini ISMA mengambil keputusan untuk menyatakan pendiriannya supaya penjelasan dibuat segera oleh TG Hj Hadi tanpa menunggu ruang TV yang musthail UMNO akan beri. ISMA menyatakan ini demi kesungguhannya ingin melihat PERPADUAN dikalangan umat islam walaupun terpaksa mengharungi kritikan dari pihak lawan dan kawan serta sahabat handai. ISMA merasa bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun dipandang serong oleh sebahgian umat islam. ISMA juga berharap TG Hj Hadi membuat segera penjelasan ini supaya ianya tidak berulang kembali dimasa hadapan. TG Hj Hadi perlu lakukan ini bukan kerana takut kepadavterjejasnya  undi tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab kepada kebenaran dan umat islam keseluruhannya.

Pada pandangan ISMA apapun alasannya, tidak ada yang lebih utama ketika ini melainkan perpaduan umat islam yang akan menjmain kesejahteraan islam dinegara ini. PAS tidak harus memandang remeh perkara ini dengan merelakan dirinya dipermainkan bangsa lain kerana dibawah sana umat Melayu islam sebenarnya sedang menunggu-nunggu perpaduan ini. Dari kajian yang dibuat oleh teman-teman NGO 80% umat Melayu islam di Selangor menyokong dan menunggu perpaduan ini. Ya, mereka memang benci kepada UMNO tetapi mereka tidak pula melihat PAS lebih mulia dengan bergabung bersama DAP. Jika undi Melayu diharapkan oleh PAS maka saya menasihatkan PAS harus tidak merasa selesa dengan trend pemikiran orang Melayu sebegini.

Tidak ada manusia yang bebas dari membuat kesilapan dan mungkin juga ketika amanat ini disampaikan 31 tahun dahulu ianya dibuat tanpa mengkaji tentang perlembagaan negara dan perundangannya sehingga melabelkannya sebagai kafir. Mungkin TG Hj Hadi akan dipandang lebih mulia dan dihormati jika beliau mengakui kesilapan itu. Atau mungkin juga ada tafsiran lain dari apa yang tercatat dalam amanat tersebut yang hanya beliau seorang saja yang tahu. Seperti yang dinyatakan oelh salah seorang mangsa perpecahan didalam sebuah rancangan TV baru-baru ini bahawa beliau akan tuntut perkara ini diakhirat nanti.

Maka saya mencadangkan TG Hj Hadi tidak perlu menunggu hari kebngkitan itu dan segera tampil kehadapan sebagai seorang pahlawan menyatakan kebenaran.

Rakyat akan mengadilinya.


Responses

  1. Aminuddin Yahya : Terima kasih anda benarkan artikel ini di komen, ini tidak saya libatkan parti atau Bangsa melayu. Saya juga tidak menjadi ahli mana2 parti politik di Malaysia ini, sebagai Rakyat malaysia saya akan keluar mengundi bila ada PRU.
    Bagi Isu TG Hj. Hadi ini dari pandangan saya itu perhatian saya sahaja, dari apa yang tuan catatkan di atas nampak seperti ada unsur ke arah mainan politik sebelah pihak lawan ( parti PAS ) mana mungkin presidennya akan mudah menyerah begtu sahaja, beliau mempunyai begitu ramai penyokong/ahli parti pengikut PAS disamping itu ada lagi parti komponen yang bergabung dengan parti PAS. Reputasi kepimpinan presiden PAS boleh terjejas, ini Isu politik bukan menjurus khusus pada hal-ehwal agama islam sahaja.
    Bab kata mengata tuduh menuduh itu mainan dalam hujah politik masing2 biar pun TG Hj. Hadi menyebut apa sekalipun ianya tertakluk pada kehendak undang2 negara malaysia kes boleh di pertikaikan dalam Mahkamah. Di sini tempat sewajarnya diselesaikan untuk umum.
    Mungkin jika hari ini diadakan PRU – ke 13 besok lusa isu tenggelam terus.
    ini mainan politik dan sekarang zaman alam maya tersebar cepat dan meluas sesuatu berita terkini, Hujah terpulang bagi yang menerima.
    saya mohon maaf jika tulisan saya menyelewang dari tujuan tuan.
    Demokrasi ini datang dari saluran sebelah pihak mana? dan susur galurnya akan membawa ke asas wujudnya sistem ini.
    kononnya Demokrasi kebebasan hak Individu bagi membentuk kumpulan,
    contoh: sebuah koperasi apabila mesyuarat agung sampai peringkat mengundi jawatan pentadbir/ ahli lembaga ada yang menang tetapi tidak pandai melaksana jawatan yang disandang, demokrasi dah betul cara pemilihan tetapi orang pilihan ini berkepentingan dan berpengaruh ramai pengikutnya undi yang dia dapat juga banyak. Sedangkan ada orang bijak pandai boleh menjalankan tugas dengan baik tidak berpengaruh tidak terpilih dalam pemilihan ahli lembaga koperasi itu.

  2. Salam,

    Kalau nak dicerita pengalaman pecahbelah diperingkat bawahan akibat persengketaan politik UMNO-PAS ni berkeranjang kertas boleh ditulis.

    Cuma saya teringat cerita seorang saudara saya orang kuat UMNO menceritakan pengalaman beliau. Satu hari beliau menziarahi orang meninggal, lalu sewaktu orangramai bersedia untuk membuat saf untuk solat jenazah maka seorang penyokong kuat PAS di kampung berkenaan membuat pengumuman. Pada orang2 UMNO yang ada disini diminta keluar dari saf kerana dibimbangi solat jenazah ini akan hilang keberkatan kerana di solatkan sekali oleh orang2 UMNO yang dikatakan kafir itu…….

    Siapa nak tanggung dosa2 kering ni ya!!

    • ini cerita karut. kalau adapun adalah dikalangan pengikut yang dengar cakap tetapi tidak menekuni apa sebenarnya yg ingin di sampaikan. Apakah jg ini salah Tn Guru Hj Hadi. Allah menyeru kebaikan dan keiman kepad Allah tetapi ada manusia yg ingkar, adakah ini salah Allah. TGHH dalam apa yg dikatakan amanat Hj Hadi memperingatkan kepada pendengar tentang batas2 Iman kuffur. Jatuh syahadah jika melakukan antara perkara2 tertentu cuntohnya mengatakan hukum Allah tidak sesuai pada zaman ini, hukum Allah tidak adil dsbnya…

  3. umno dengan pas mesra2 jer..
    umno vs umno yang teramat parah berpecahnya..
    amanat hadikah yang memecahkan dalaman umno?
    kalau isma rajin nak satukan melayu, satukan sesama umno dahulu..
    di situlah neraka sebenar perpecahan melayu..

    • ye ke mesra??? Sy pernah mengalami keadaan perpecahan tu..org umno x leh jadi imam,kenduri org umno x yah g~dan itulah sifat ayah saya dulu,sehinggakan kami adik2 beradik mendoakan semoga ayah saya berubah~ Alhamdulillah,sekarang mungkin faktor usia menyebabkan semangat politik ayah sy sedikit berkurang,dah x macam dulu~X salah klu isu ni diperjelaskan balik,x rugi pun~ Rugi bila ramai yg x berkaitan mula melatah x tentu hala…Sama2 kita fikirkan utk kebaikan ummah

  4. Penerangan dibuat hari2, kerana TGHH memberi amanat hari2. Org pas dah berubah tak macam dlu. tak perlu saudara minta dia jelaskan kerana org pas dah jelas sbb dah dgr penjelasan hari2. isma je yang tak dengar atau tak faham2.

    • Sekarang kalimah Allah pun Pas dah gadaikan walaupun ulamak2 Pas spt HarunTaib, Harun Din, Taib Azamudin tak setuju dibenarkan kristian pakai dalam konteks Malaysai…..semua hanya kerana nak undi orang kafir……inilah akibatnya bila Islam di politikkan dan bukan politik di Islamkan!!

      • PAS gadai ataupun UMNO dah gadai dulu…sisipan yang ISMA sembunyikan fakta:-

        Annou (kiri), dalam surat tiga halaman kepada MAIS, menyatakan
        Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Jill Ireland Lawrence Bill – seorang Melanau beragama Kristian yang diwakilinya – hak sepenuhnya untuk terus memiliki, memperolehi dan menggunakan apa-apa penerbitan dan bahan-bahan yang mengandungi kalimah Allah dalam mengamalkan agama sendiri.

        Perintah mahkamah itu pada 4 Mei 2009, tegas Annou, menyatakan bahawa: Pemohon diberi suatu deklarasi bahawa ianya harapan sah (legitimate expectation) untuk pemohon menggunakan dan/atau terus menggunakan istilah “Allah” serta mempunyai hak memilik, memperolehi, menggunakan dan mengimport bahan yang dicetak dan diterbit termasuk Penerbitan, walaupun bahan dan penerbitan tersebut mengandungi perkataan “Allah” bagi menjalankan kebebasan pengamalan ugama sendiri.

        Annou turut menarik perhatian MAIS terhadap satu pekeliling, bertarikh 11 April 2011 dan disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri, yang menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju bahawa orang bukan Islam boleh mengimport, membeli, mencetak, menerbit, mengedar, membaca dan menggunakan bible dalam sebarang bahasa, termasuk Bahasa Malaysia.

      • sdr ismai petra,
        soal kristian nak guna kalimah ALLAH d sabah dan sarawak bagi saya bukan isu besar, tapi mereka mahu ianya d guna di semenanjung, itu bagi saya isunya kerana tersirat agenda untuk mengelirukan umat Islam jika ia d benarkan. Perlu dfahami memang hukum asalnya harus orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tapi kerajaan orang Islam yang memerintah berhak dari sudut siasah syariiyah menghalang atas dasar kaedah fiqh sad zara’i iaitu menutup pintu2 mafsadah.
        Sebab itu saya berani katakan sikap Pas membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian ini adalah semata2 perkiraan maukan undi orang bukan Islam dalm pru13 nanti, tak lebih dari itu. SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN PAS MEMPOLITIKKAN ISLAM BUKAN MENGISLAMKAN POLITIK. Benarlah kenyataan bahawa Pas tidak boleh dsamakan dengan ISLAM WALAU NAMANYA PARTI ISLAM sbgmana SELIPAR JEPUN BUKAN JEPUN, SIPUT BABI BUKAN BABI DAN SIPUT SARAWAK BUKAN SIPUT.

  5. udah2 le isma woii!!bnyk lgi msalah umat yg perlu dipikir n diselesaikn!!bkn msalah ketuann mlyu ja…!!!tittle mlyu x bwak gi akhrat tp islam tu yg pnting..ingt tuh!!!

  6. Penulisan yang baik.Jarang ada orang yang dapat menulis sebegini rupa(ala-ala penulisan akademik) walaupun sekadar di dalam blog.Jarang ada intelektual yang sebegini rupa dewasa ini.Inilah bakal pemimpin yang Malaysia cari-cari.

    • Saya pula berpandangan bahawa penulisan ini tidak cukup baik. Kupasan nya tidak mendalam dan simplistik. Bakal pemimpin harus mendepani ummat, bukan resposif terhadap issu yang di mainkan oleh media.

  7. Salam,
    Wahai golongan yg bernaung di bawah ISMA…

    Kadang2 kita menggunakan Persatuan Islam keran ingin menarik orang ramai menyertai kita dan untuk meletakkan kumpulan anda di senangi oleh pemerintah.
    Adakah anda tahu perjuangan yg dilakukan oleh pemimpin, pendokong, penyokong PAS adalah lebih perit dai kamu hanya kerana nak memperkenalkan ISLAM pada masyarakat. PAS ingin menerangkan bahawa di dalam ilmu FEKAH bukan setakat membicarakan tentang ilmu haid dan nifas sahaja tetapi mernagkumi segala aspek kehidupan manusia itu sendiri. ISMA sendiri saya rasa tidak terfikir macamana nak memenangkan ISLAM dlm pemerintahan tetapi merasakan ISLAM yg dibawa oleh pemerintah BN pada hari ini adalah terbaik sebab kita boleh makan, minum, sembahyang, puasa dll. Tapi sauda dan rakan2 perlu ingat apakah sb TGHH mengeluarkan atau mengajar tentang batas2 Iman itu pd waktu itu. Saudara perlu berjumpa terus dengan TGHH dan jgn hanya menonton, membaca dan melihat dari media2 pemerintah sahaja.

    PAS bagi saya dah matang dalam sepak terajang politik malaysia dan saya yakin jika ISMA berada pada kedudukan PAS pada masa itu, tentu akan memperingatkan kepada orang ramai tentang apa yg perlu disampaikan pd masyarakat.

    Tp sayang, baru setahun jagung Nama di ukir, tanpa usul periksa pihak tuan menongkah arus bg menggagalkan cita2 muri perjuangan PAS.
    Kita kena ingat realiti politik hari nin dimana disebabkan rakusnya UMNO untuk mengekalkan kuasa politik, mereka sanggup memecah undi di kawasan melayu dan memasukan sejumlah kawasan mengundi orang bukan islam bg memastikan mereka menang di kawasan tersebut. Kawasan yg dahulunya 70%-80% pengunginya adalah melayu di pecah menjadi 60%-40%. Mereka merancang tetapi mereka lupa perancangan Allah adalah lebih baik.

    Allah menterbalikkan hati2 orang bukan islam untuk menyokong perjuangan PAS. Adakah ini berlaku pada tahun 60an hingga awal 90an, jawapannya tidak. Apabila pihak tuan mengeluarkan kenyataan seakan-akan amant ini memecahbelahkan masyarakat seumpama pihak tuan menyumbang kredit menyekat kebangkitan PAS bago menonjalkan masyarakat umum bahawa ISLAM adalah adil dalam semua aspek kehidupan manusia.

    Apah pihak tuan dapat menegakan pemerintahan Islam dalam keadaan sekarang dengan kedudukan peratusan mengikut kaum dalam sesuatu kawasan???? Jd fikir2kannlah. Sekarang PAS berada di dalam keadaan yg benal dan betul dlm strtegi politik untuk menerangkan kebaikan Islam pd yg bukan Islam. Adakah UMNO berbuat begitu…… UMNO hanya menakutkan bukan islam kepada kebaikan Islam itu sendiri..

    Sudah lebih 50 tahun negara merdeka, dimana kedudukan umat islam di malaysia ini….. Jgn kita berbangga denganangka yg kerajaaan beri tetapi tengoklah di sekeliling anda..anda pasti dapat melihatnya jika anda tidak buta hatiiiiiiiii

    akan bersambung

    • Sdr Mohd Nazri,

      Maaf ya, hujah2 sadr seperti orang yang duduk didalam gua….tak tau apa yang berlaku…..
      Nak tanya sdr, apahalnya dalam isu kalimah Allah ni TGNA dan TGHH bercanggah pendapat dengan TGHaronDin,, TGHaron Taib, Ust Taib Azamudin dan Ustaz dan Tn Hj Ibrahim Man. Tolong beri pencerahan sikit….lepas tu baru sambung balik hujah sdr diatas. Terima kasih

      • ‘Orang lama’ juga terjebak, kerana terpengaruh dengan maklumat dari media UM,BH, NST & TV3. ISMA dan anda yang sepatut nya mewakili opinion ‘middle ground’ nampaknya juga mempunyai persepsi yang ternyata berpihak dan bias.

      • Sdr Sohaimi,

        Kalau bercakap soal media, puak2 PAS seperti sdr terlalu fobia dengan media2 milik UMNO yang pastinya akan memihak kepada UMNO maka di tolak bulat2 apa saja berita yang datang darinya, tapi dalam masa yang sama sdr dan puak2 yang kononnya nak memperjuangkan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah…terperangkap dengan media2 milik Yahudi/Zionis seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan banyak lagi yang kini giat menjalankan propagandanya untuk meyesatkan puak2 Islam seperti sdr bagi mencapai agenda mereka tanpa disedari olah puak2 Islam yang akhirnya menjadi kuda tunggangan mereka.
        Kesiannya!!

  8. Sekiranya pun TG Hj Hadi memberi penjelasan mengenai kenyataan/amanat beliau sepertimana yang diminta oleh saudara, saya tidak yakin bahawa ianya dapat merungkai perpecahan dikalangan ahli PAS dan UMNO. Perpecahan bukan bermula dari TGHH. Mengikut pemerhatian saya, bibit2 pertembungan telahpun diasaskan oleh pelajar yang pulang dari UK, yang terlibat dengan gerakan islam seperti ‘MISG’, ‘Suara Islam’ dan ‘IRC’ sekitar akhir tahun 1970an.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: