Posted by: aminuddin | 09/01/2013

31 Tahun Dahulu 31 Tahun Kehadapan

Ustaz Harun Din, Ust Harun Taib, Ust Taib Azamudin, Ust Tn Ibrahin Tn Man semua tidak bersetuju dengan penggunaan KA oleh orang bukan islam. Tetapi kenyataan TGHH, yang berdiri sebaris dengan DSAI dan LKS, memberikan keputusan yang berlainan. Arahan Sultan Selangor, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan saranan NGO2 islam semua diketepikan. Ini sesuatu yang amat luar biasa.

Sukar saya menggambarkan apa yang bermain dikepala TGHH ketika ini. Selepas 31 tahun mencipta sejarah dengan Amanat beliau , kini sekali lagi beliau mencipta sejarah baru yang akan ternukil dalam perjuangan PAS di negara ini. Adakah ini akan bermulanya perpecahan dalam PAS ? Itu saya pulangkan kepada ahli parti berkenaan yang mana satu ingin diikuti TGHH atau DD Harun Din? Yang jelas keputusan yang dibuat oleh PR memang akan mengundang perpecahan kali kedua dikalangan umat Melayu islam dinegara ini.

Persoalannya; siapa yang tunduk kepada siapa? Kalau dilihat dari segi body langguage semasa PC PR jelas menunjukkan TGHH tidak selesa dan memandang DSAI semasa ditanya wartawan. Manakala DSAI dan LKS jelas kelihat begitu yakin dan puas. Tidak ada siapa yang tahu apayang berlaku semasa perbincangan itu kecuali mereka bertiga. Dari maklumat tenan2 dalam parti berkenaan TGHH memang agak “kurang berani” dengan DSAI yang merupakan mantan Presiden ABIM yang mana TGHH pernah menjadi “anak buahnya”. Dengan LKS, saya tidak berapa berani komen kerana saya tidak mahu berburuk sangka tetapi apa yang saya tahu LKS bukan calang-calang orangnya. Beliau telah mula minat politik semenjak dibangku sekolah dan semenjak 1968 lagi LKS sudah menyatakan penentangannya kepada hak milik tanah ini kepada orang Melayu, bahasa Melayu dan budaya Melayu. Ini dinyatakan beliau dalam ucapannya didalam parlimen ketika itu dan juga ucapan beliau kepada pelajar di Australia pada tahun yang sama. Ertinya perjuangan LKS kepada penentangan bangsa Melayu islam ini sudah berjalan lebih dari 40 tahun, mustahil beliau akan membiarkan TGHH begitu saja tanpa mendesak TGHH mengikuti telunjuknya.

Pertembungan kali ini bukan saja antara PAS dan orang lain tetapi pertembungan dalaman mereka sendiri. Kalau komen itu dari orang luar memang sangat mudah untuk PAS menapisnya seperti apa yang berlaku kepada ISMA apabila pertubuhan itu komen tentang Amanat HH. Tetapi apabila perbezaan pandangan ini dinyatakan sendiri oleh Timb Musryidul Am ynag sudahpun mengeluarkan video menentang penggunaan KA ini oleh bukan islam, maka ini bukan satu perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh pimpinan parti. Bagi pengikut pulak; yang mana satu harus ditaati?

Institusi Raja walaupun dipandang jijik oleh sebahgian orang Melayu tetapi tidak ada siapa yang dapat menafikan ianya masih suatu yang sangat sensitif kepada bangsa Melayu. Bangsa yang penuh dengan adat dan sejarah kesultanan semenjak Empayar Melaka lagi. Pelanggaran titah Sultan Selangor ini menampakkan seolah-olah PAS sedang bermain dengan api tanpa ia sedari. Bak kata pepatah “Sarang Tebuan Jangan Di Usik Nanti mengena Diri”. Namun dengan iluminasi bangunan indah Putrajaya yang semakin menebal dalam kacamata PR, PAS telah sama-sama terjebak. Sekali lagi saya nyatakan PAS jangan pandang enteng undi orang Melayu. PAS kena sedar bahawa mereka hanya akan bertanding ditempat yang majoritinya adalah pengundi Melayu dan orang Melayu sangat sensitif dengan institusi Raja ini. Adakah PAS memesang perangkap sendiri? Sama-sama kita tunggu PRU13 nanti.

Secara peribadi saya merasa sangat kecewa kerana saya tahu diluar sana ramai anak bangsa saya yang sangat rapuh keimanannya. Apakah mungkin mereka tidak terpengaruh nanti jika mereka melihat nama Allah terpampang di gereja2 dan dalam kitab2 injil? Saya kasihan melihat teman2 NGO yang bertungkus lumus siang dan malam memberikan kesedaran kepada orang Melayu yang murtad ini dan cuba menyelamatkan mereka. Tetapi kini, usaha itu semakin sukar apabila penghalangnya semakin bertambah. Bagi saya, kalau kita tidak membantu mereka jangan pulak kita menambahkan masalah kepada usaha mereka yg murni itu.

Walaupun hujah membolehkan penggunaan KA itu ada, namun dari segi waqeinya di Malaysia ini ia hanya akan menimbulkan kekliruan dan perpecahan. Jangan pandang remeh bahawa ini mungkin merupakan antara punca2nya nanti anak bangsa orang Melayu islam akan murtad dan alangkah malangnya apabila  TGHH dilihat oleh genarasi hadapan sebagai salah seoarng yang mempunyai saham keatas gejala riddah ini. Nauzubillah.

Jangan nanti selapas 31 tahun akan datang TGHH sekali lagi akan di adili dengan peritiwa yang membawa perpecahan umat ini. Moga Allah mengampunkan kita semua.

 

 

 


Responses

  1. Reblogged this on Oviruses 65.

  2. Pas rosak citra Islamnya akibat terlalu percaya dengan makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Sampai bila Pas nak menari mengikut rentak Anwar ni. Saya percaya Anwar sudah buat homeworknya dengan menggunakan tokoh-tokoh tertentu seperti Rashid Ghanoushi untuk mempengaruhi pemikiran TGHH bagi mengikut cara fikiran Islam Liberal dan Plural yang danuti oleh Anwar dan kuncu-kuncunya didalam Pas iaitu kumpulan Erdogan yang menguasi Pas sekarang.
    Ada teman baik saya memberitahu dua kali dia bertembung dgn Rashid Ghanoushi di KLIA ditemani oleh Dr Md Nor Manutty yang menjadi pointman untuk membawa Ghanoushi ke Rusila secara senyap2.
    Olehitu saya tidak hairan mengapa TGHH boleh bersikap seperti sekarang sedangkan beberapa tahun yang lalu TGHH pernah secara terbuka dimarahi oleh TGNA kerana usahanya merapati UMNO untuk perpaduan ummah Melayu.
    Rakyat memerhati gelagat Pas ini dan bersedialah untuk dihukum dalam PRU 13 nanti.

  3. Petikan malaysiakini…

    Peguam..Annou (kiri), dalam surat tiga halaman kepada MAIS, menyatakan
    Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Jill Ireland Lawrence Bill – seorang Melanau beragama Kristian yang diwakilinya – hak sepenuhnya untuk terus memiliki, memperolehi dan menggunakan apa-apa penerbitan dan bahan-bahan yang mengandungi kalimah Allah dalam mengamalkan agama sendiri.

    Perintah mahkamah itu pada 4 Mei 2009, tegas Annou, menyatakan bahawa: Pemohon diberi suatu deklarasi bahawa ianya harapan sah (legitimate expectation) untuk pemohon menggunakan dan/atau terus menggunakan istilah “Allah” serta mempunyai hak memilik, memperolehi, menggunakan dan mengimport bahan yang dicetak dan diterbit termasuk Penerbitan, walaupun bahan dan penerbitan tersebut mengandungi perkataan “Allah” bagi menjalankan kebebasan pengamalan ugama sendiri.

    Annou turut menarik perhatian MAIS terhadap satu pekeliling, bertarikh 11 April 2011 dan disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri, yang menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju bahawa orang bukan Islam boleh mengimport, membeli, mencetak, menerbit, mengedar, membaca dan menggunakan bible dalam sebarang bahasa, termasuk Bahasa Malaysia.

    Komen saudara? adakah isu ni saudara tak tahu atau buat tak tahu..atau pun saudara memilih ‘bulu’ untuk membuat ulasan? saya cabar saudara buat ulasan yang sama dalam media ISMA….

  4. sdr Ismai, kalu sayang sangat kat kafir kristian dan kongsi2 kalimah ALLAH yang maha suci tu silakan lah. Jangan lupa soal agama Islam dbawah bidang kuasa Raja2 Melayu. Sultan Selangor dah keluarkan arahan tak boleh kalimah ALLAH d selangor jadi kena akur la, ini tak….puak kristian gunakan hujah pas untuk teruskan agendanya…..siapa yang bodohnya dsini?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: