Posted by: aminuddin | 10/01/2013

KENYATAAN AKHBAR PEMBELA MENGENAI KALIMAH ALLAH

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM
MENGENAI ISU KALIMAH ALLAH
10 Januari  2013 bersamaan 27 Safar 1434
 
Bantahan PEMBELA terhadap Pakatan Rakyat yang mendesak Kerajaan supaya Kalimah Allah dibenarkan untuk di guna olih Kristian di negara ini.
 
Tarikh: 10hb Januari 2013
Tempat: Sekretariat PEMBELA, Taman Melawati, Kuala Lumpur
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
PEMBELA mengulangi penegasan bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam yang diwakilinya tidak berminat dengan persaingan mendapatkan sokongan melalui politik kepartian, maka

1.    Kami, gabungan 45 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam(NGI) atas nama PEMBELA, mengambil pendirian yang sepadu bagi menzahirkan rasa kegelisahan yang amat mendalam terhadap perkembangan yang berlaku susulan keputusan Pakatan Rakyat membenarkan gereja2 Kristian mengunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka yang telah mati di salib di tiang2 berpalang di gereja2 di negara ini.
2.    Isu ini jika tidak ditangani dengan hikmah dan bijaksana, bersandarkan perlembagaan, sejarah dan budaya negara, akan terus memarakan suasana tegang dalam hubungan antara penganut agama Islam dan Kristian di negara ini.
3.    Keputusan Pakatan Rakyat mendesak pemerintah supaya membenarkan tuntutan oleh pihak Kristian adalah suatu yang amat ofensif dan secara langsung mengguris perasaan kami serta mencabar kesucian agama Islam dan sebagai agama Persekutuan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.
4.    Kami menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas untuk mempenjarakan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng yang menimbulkan isu sensitif ugama dan perkauman ini sehingga mengakibatkan keresahan dan ketegangan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
5.    Kami menyeru kepada kerajaan untuk menyegerakan inisiatif bagi mengadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin utama agama Islam dan Kristian bagi berdialog dan mencari formula penyelesaian kemelut ini melalui Jawatankuasa Kabinet Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama( JKMPKA) yang di wakili olih semua pemimpin ugama di negara ini.
6.    Kami berpandangan bahawa masih tidak terlewat untuk isu ini diselesaikan secara bermesyuarah dari kalangan pemimpin2 besar ugama dan bukan melalui laungan2 dari kalangan Pemimpin Parti  politik yang Racist dan Bermoral Rendah yang mahu menangguk di air keroh.
7. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain pada Mei 2008
8. Antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus). Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan.
9. Pada 2010, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan semua pihak di negeri Selangor supaya berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam. Baginda juga mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Larangan juga diputuskan olih Jawatankuasa Fatwa negeri Selangor pada 10 Jun 2008.
10. Perlembagaan menetapkan Islam agama Persekutuan maka ia adalah Agama Negara Malaysia dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara.
    Kebebasan beragama mesti di fahami sebagai perkara yg BUKAN MUTLAK tetapi tertakluk kepada ketetapan undang2 yg dibenarkan digubal untuk menjaga kepentingan orang Islam dan kesucian Islam dari di dakyah dan dicemari agama lain.
  11. PEMBELA bertegas bahawa sikap dan tindakan sebegini adalah sangat tidak bertanggungjawab, kerana mencabar fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan secara tidak langsung mencabar Perlembagaan Persekutuan 11(4) yang memperuntukkan undang-undang Negeri dan Persekutuan bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
 12. Penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam  tidak wajar dibicarakan di medan politik kerana institusi politik bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.
13. PEMBELA memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.
14.Kami tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan perhimpunan2 dan mengerakan gerakan2 jihad di seluruh negara sehingga terhapusnya semua gejala berniat jahat untuk menghancurkan Islam dan mereka2 yang sengaja mahu menghina Islam dengan meletakan Allah itu seperti manusia yang telah mati di salib.
Aminuddin Yahya
Pengerusi
PEMBELA

Responses

  1. Reblogged this on Oviruses 65.

  2. mana orang PAS pergi?, kenapa berdiam diri. ? Selalunya galak sangat perjuangkan DAP? Tidur bersama anjing, lama2 jadi seperti anjing juga. Inilah yang berlaku kepada PAS yang telah dikuasai Anwar Berahiung

  3. PAS telah menyatakan keputusan syuranya. Apa pula komen ISMA terhadap keputusan kementerian dlm negeri membenarkn Bible berbahasa Indonesia yg menggunakn kalimah Allah diedarkn di Sabah? Apa pula komen ISMA terhadap keanggotaan Dewan Tertinggi BN yg hanya terdiri drpd 10 org muslim dan 35 org non muslim?. Dewan trtinggi BN ini lebih brpengaruh drpd MT UMNO dlm menentukn dasar dan halatuju negara dan sbhagiannya adalah pemimpin utama kristian. Apkah ISMA hanya bersuara terhadap mereka yg tidak berkuasa tetapi tunduk di hadapan kemungkaran yg scr jelas dilakukan pemerintah yg bekuasa?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: