Posted by: aminuddin | 13/01/2013

Mana tuntutan agama?

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berjaya menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Jan 2013 dengan kehadiran yang menjangkau 100,000 (kata Malaysiakini) dan 45,000 (kata polis). Terpulanglah kepada saudara nak ambil jumlah mana kerana ia bergantung kepada dari perspektif mana yang sudara ambil. Kalau pebangkang sudah pasti Malaysiakini tetapi kalau pemerintah akan ambil jumlah yang diberi oleh pihak polis. Sukur kerana tidak ada insiden yang tidak di ingini berlaku dan semua berjalan lancar sehingga ada yang menyifatkannya seperti sebuah pesta yang diraikan penuh aman dan gembira. Tahniah kepada penganjur dan tahniah kepada pihak polis.
Namun apabila melihat tuntutan yang dibuat oleh pihak penganjur saya merasa sedikit kecewa kerana tidak ada elemen agama islam yang dinyatakan. Saya tidak pasti kenapa.
– Adakaha isu agama islam dilihat sudah selesai dan tidak perlu dirisaukan lagi ? ATAU
– Mereka memnag terlupa ? ATAU
– Mereka takut menyinggung perasaan bangsa lain yang akan menjejaskan hubungan dan memecahkan perpaduan mereka?
Semua kita tahu keadaan umat islam hari ini dan bagaimana kedudukan islam di cabar oleh puak bukan islam sehingga ke akar umbi. Bagi yang terlibat dengan perbincangan dengan puak2 agama lain ini sudah pasti tahu yang mana jelas menunjukkan  mereka ini sentiasa mendesak supaya mendapat pengiktirafan sama seperti agama islam atau apa yang dikatakan sebagai PLURALISMA. Mereka tidak berhenti-henti mendesak dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang membuatkan rakan-rakan didalam jawatnkuasa berkenaan sudah mual untuk berbincang. Malangnya kerajaan banyak memberi muka. Kini pembangkang pula memberi peluru kepada mereka. Keputusan Kalimah Allah hanyalah satu dari banyak tuntutan2 lain lagi yang mereka berjaya capai dan pasti tidak akan berundur.
Samada disedari atau tidak oleh pengajur HKR ini, saya tidak pasti tetapi apabila membaca 10 tuntutan mereka ini saya tidak nampak dimana tuntutan memperkasakan agama disebut samada hukum hudud, mahkamah syariah, pendidikan islam dll.  Kalau setakat kewangan, alam sekitar, pilihanraya yang adil, ekonomi yang mampan, infrastuktur yang meningkat baik maka apa yang menjamin bahawa perubahan yang akan berlaku akan membawa lebih kesejahteraan? Kerana kalau manusia itu tidak di didik dengan baik maka semua perubahan yang disebutkan diatas hanyalah prubahan superficial kerana yang membina negara adalah manusia. Apabila disebut didikan maka sudah pasti islam sebagai penyelesaian utama. Oleh itu islam harus diperkasakan dan dituntut dengan lantang.
Tetapi dimana agama islam dalam tuntutan ini?Apa peranan orang islam dalam Himpunan itu? Inilah masa nya mereka harus mengambil kesempatan kerana kemenangan sudah dilihat semakin hampir. Kalau mereka tidak berbuat dari sekarang maka saya rasa amat sukar untuk mereka mengembalikan kemuliaan islam selepas ini.
Jangan ingat kita saja yang merancang. Mereka telah merancang ratusan tahun dan mereka mempunyai segala kekuatan; ilmu, kewangan, sokongan dalaman dan luaran. Kebijakan mereka jauh kehadapan berbanding dengan kebijakan kita. Mereka hanya menunggu masa. Jangan kita menjadi terlalu naif. Jangan kita nanti disebut-sebut oleh generasi akan datang sebagai punca kemusnahan agama islam dinegara ini.
Ini tuntutan HKR :-
1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.

9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.


Responses

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Islam itu menyeluruh, tak perlu kita nak label semua benda dengan Islam baru benda tu nampak Islamik. Bagi saya, 10 tuntutan tu adalah apa yang Islam hendak, semuanya berkenaan dengan keadilan terhadap golongan yang ditindas. Ceramah Haji Hadi pada himpunan berkenaan sangatlah jelas beliau berjuang untuk Islam.Tiada sembunyi2 depan semua orang non muslim yang lain. Isu yang dibawa oleh Tuan ni sama sahaja dengan golongan yang bermasalah dgn terma Negara Berkebajikan yang orang cakap dah tak islamik dah.

    • Setakat ini sahaja pemikiran ketua biro politik isma?

  2. Ya allah, perluaskan kefahaman agama hamba mu ini!

  3. berbicaralh dgn bicara yg brsandrkn realiti. Dalamilah lagi ilmu politik dan realiti semasa. Rujuklah panduan para ulamak yg telah sekian lama bergelumang dlm dunia dakwah, tarbiah dan siasah di negara ini. ISMA terlalu mentah untuk bicara soal politik realiti. Saat ulamak telah lama membincngkn segala persoaln trmasuklah ideologi2 yg mengncm umat, ISMA masih jauh drpd wujud di atas muka bumi ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: