Posted by: aminuddin | 27/02/2013

Manifesto PR – Kebaikan atau Kemusnahan?

 

 

 

 

 

 

Membaca manifesto PR membuatkan saya berfikir; ke arah manakah negara ini akan menghala? Adakah ianya akan membawa lebih kebaikkan dari apa yang ada sekarang atau hanya maintain atau mungkin lebih teruk lagi? Saya tidak menafikan bahawa kalau di lihat dari aspek ekonomi rakyat, sudah tentu manifesto ini menjajnjikan segala harapan dan kesenangan. Pengahpusan tol, PTPTN, AES dan sebagainya. Banyak faedah yang rakyat akan perolehi walaupun ramai yang mempertikaikan dari segi rasionalnya memandangkan jumlah yang terlibat adalah sangat besar dan boleh membawa negara kepada keadaan ekonomi yang gawat. Itu saya serahkan kepada pakar ekonomi yang membuat analisa.

manifesto PR

Namun sebagai umat Melayu  islam saya sudah pasti ingin melihat sejuah mana kemenangan PR ini akan membawa kemajuan dalam aspek :-

i. pemerkasaan islam

ii. kedudukan orang Melayu.

Untuk islam PR hanya menyebut 2 perkara :-

i. mempertahankan islam spt yg ada dalam perlembagaan. Ertinya tidak ada yang baru yang akan diperjuangakn PR

ii. transformasi institusi islam. Saya tak pasti apa pendetailan “trasfromasi” ini. Apa yang membimbangkan adakah ini bermaksud akan berlaku lebih liberal lagi pendekatannya atau aka berlaku penyamaan semua agama?

Tidak ada disana penekanan khusus ttg pemertabatan mahkamah syariah, hukum hudud, pembelajaran agama islam, pemerkasaan sekolah2 agama, pembinaan syaksiah umat islam dll. Saya tertanya-tanya; apakah peranan PAS dan ulamak PAS dalam pembikinan manifesto ini atau hanya diserahkan kepada think tank PKR dan DAP saja? Islam yang selama ini diperjuangkan PAS nampaknya seolah-olah dimakan oleh kerakusan cita-cita menawan kekuasaan oleh DAP dan PKR. PAS yang kita harap2kan mempertahan dan memperkasakan lagi agama islam dilihat tenggelam dalam kehendak ekonomi DAP dan PKR. Sejauhmana paranan PAS dalam kerajaan baru nanti; itu satu teka teki yang tidak ada jawapan.

Berkenaan dgn Melayu, tidak ada satu patah perkataan pun yang menjelaskan bahawa bangsa Melayu akan diberikan penekanan khusus dan mengekalkan hak2 mereka. Sebaliknya semua kaum akan diberikan layanan sama rata. Ini jelas membuktikan penghapusan hak keistimewaan orang Melayu selaku pribumi negara tercinta ini. Negara yang terkenal ratusan tahun sebagai TANAH MELAYU akhirnya akan berkubur !!!

Saya boleh bayangkan betapa orang Melayu akan semakin merempat dinegara ini dan bangsa lain akan terus mendominasi ekonomi, pelajaran, sosial dan kepimpinan negara. Ini merupakan SATU TRAGEDI.

Manifesto ini juga menjanjikan bahawa kerajaan PR akan melepaskan semua GLC kepada usahawan (MBO). Ini bermakna kerajaan PR tidak akan bertanggungjawab lagi mengendalikan syarikat GLC yang selama ini memberikan khidmat yang besar kepada orang Melayu islam. Ia diserahkan kepada usahawan atau pihak swasta yang mana kita tahu ianya boleh dibeli atau diambil alih oleh sesiapa saja termasuk pihak asing. Siapa yang banyak duit dia yang akan mengausai dan kita tahu orang Cinalah yang akan mampu membeli syarikat2 ini semua. Kerajaan tidak akan mempunyai apa2 tanggungkawab sosial kepad bangsa Melayu lagi.  Apa akan jadi kepada PNB, PETRONAS, TELEKOM dll institusi yang selama ini didominasi oleh orang Melayu? Bagaimana pulak dengan MARA, TABUNG HAJI?

Akhirnya, persoalan yang harus kita fikirkan; apakah PR akan membawa lebih kebaikan atau hanya akan memusnahkan agama dan bangsa Melayu? Saudara telitilah dengan rasional dan penuh kebijakan.


Responses

  1. hakikatnya yg akan menang di Malaysia ni dlm PRU nanti adalh PR ataupun BN. Terimalah hakikat bhw bukan ISMA yg akan menang(dah tau tp buat2 xtau). undi anda akan turut mnentukn samada PR atau BN yg menang. kalau rasa kedua2 membri mudart, maka wajib memilih yg kurang mudaratnya.(haha.. sume dah blaja dah pon rasanya kaedah ni, xperlu lg nak diajar pon, tp masih xpaham2)-itupun boleh guna kalau betul kedua2nya bawak mudarat. PR pilihan sy. ISMA bagaimana? (ISMA menjawab: kami pilih calon muslim berwibawa. hmmm, setahu sy xde calon muslim berwibawa dlm BN tapi ISMA xhabis2 serang PR dgn perlakuan2 utk menjatuhkn PR.)

  2. Manifesto Arus Baru pula bagaimana? Saya nantikan komen terhadap manifesto BN.

  3. tak cerdik ka Danial Zaki ni? ISMA bukan BN dan BN bukan ISMA . lagi-lagi la PR tu . Bodoh betul la nak bagi negara pada PR memerintah, dalaman sendiri pun tak keruan, DAP? keturunan komunis Chin Peng. kongsi gelap Hai San dan konsi gelap Ghee Hin tu ? dah lupa sejarah mereka?

    • Encik Zain Kahar. saya sarankan agar encik membuat sedikit pembacaan yg lebih lanjut berkenaan fahaman dan ideologi komunis, pendirian komunis terhadap konsep demokrasi dan sejarah DAP serta terhdp parti2 politik lain di Malaysia ni drpd para sejarawan dan tokoh2 politik yang pelbagai. Saya xkatapun yg ISMA adalah BN ataupun UMNO (ada yg terasalah pulak). Alhamdulillah sy masih ingt sejarah yg encik sebutkan. sy juga, alhamdulillah telah membaca dan masih ingt sejarah2 UMNO,PAS, DAP dan parti2 politik lain diM’sia ni. Soal dalaman yg tidak keruan tu, rasanya dlm BN dan dlm UMNO, soal dalaman merekalah sbnrnya yg tidak keruan.

    • oh ya.. walaupun Encik Zain Kahar menyatakan ISMA bukan PR atau BN, statement Encik Zain Kahar: ‘Bodoh betul la nak bagi negara pada PR memerintah’ nampaknya menunjukkan bahawa Encik Zain lebih sukakan BN untuk terus memerintah negara (well, mmndngkn ISMA xkan boleh memerintah negara kalau dilihatkn pd jumlah calon yg ingin dihantr). Bolehlah sy simpulkn yg Encik Zain berpandangan bahwa calon2 Melayu Islam dalam BN lebih berwibawa drpd calon melayu Islam dlm PR. well, maka sy ingin bertanya En Zain Kahar, apakah kriteria calon berwibawa pd pandangn Encik Zain?

  4. Sdr Danial,
    Saya tidak akan bersikap apologetik dalam hal ini, antara BN dan PR saya tanpa ragu2 akan pilih BN disebabkan jelas PAS akan hanya menjadi alat DAP dan PKR untuk menawan Putrajaya. Jika PR dapat tawan Putrajaya Islam yang PAS bawa akan tenggelam dalam arus liberalisme yang d anuti oleh PR.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: