Posted by: aminuddin | 12/03/2013

Budak-budak kecil

Sehingga waktu saya menulis ini pelbagai pihak telah mula melancarkan serangan kepada ISMA sehingga mereka mewujudkan blog yang khusus memantau kenyataan ISMA dan akan membidasnya sebaik saja ianya dikeluarkan. Sekali-sekala rasa macam nak marah juga tapi bila di fikirkan kembali rasa macam nak tergelak juga.

Marah bukan apa kerana semua kenyataan mereka itu tidak berasas dan kebanyakkannya adalah meruapakan maklumat yang salah. Marah juga kerana mereka ini semua seolah-olah tidak faham suasana yang tenat yang dihadapi oleh bangsa Melayu dan islam, Cuba lihat Manifesto PR. Jelas Melayu akan dikuburkan dan negara akan berhadapan dengan keadaan layanan samarata dengan semua bangsa. Agak2 nya boleh ke orang Melayu bersaing dengan Cina dalam pelajaran, ekonomi dan politik? Saudara mungkin tahu sendiri jawabannya. Sebagai contoh; kalau dulu pelajar2 yang ditaja oleh JPA ke UK 80% adalah orang Melayu tetapi sekarang saya dimaklumkan oleh teman yang menghantarkan anaknya ke orientasi pelajar ke UK 70% adalah orang bukan Melayu cuma 30% saja bangsa Melayu.

Saya tak pasti jika Manifesto ini benar-benar dilaksanakan apa akan jadi kepada peluang orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ekonomi? Hmm jangan ceritalah…..saudara sendiri tau. Ramai juga orang Melayu yang mengahrapkan pekerjaan dengan agensi kerajaan kerana itu dilihat sebagi tempat yang selamat untuk orang Melayu. Tetapi mereka lupa pimpinan DAP telah buat kenyataan bahawa mereka akan kurangkan tenaga kerja kerajaan dan mutakhir jumlah permohonan dari orang bukan Melayu meningkat 70% dari sebelumnya. Agak2nya boleh tak lagi orang Melayu mengharapkan pekerjaan dengan pihak kerajaan?

Dalam masa yang sama saya juga nak tergelak membaca serangan2 dari pelbagai pihak ini. Apa tidaknya ISMA yang dianggap kecil dan akan hanya memecahkan undi tetapi berjaya menarik perhatian ramai pihak termasuk penganalisis politik. Tak kurang juga pelbagai pandangan dan komentar diberikan dimana-mana tentang ISMA ; dalam blog, dalam akhbar, forum-forum, konvensyen-konvensyen, youtube, fb dan pelbagai media lagi. Ada yang berupa menghentam, ada yang berupa menghina, ada yang berupa memperkecilkan, ada yang berupa marah, ada yang berupa menjawab persoalan dan taklupa juga ada yang memberikan sokongan.

Sebenarnya semua tohmahan yang dilontarkan telah dijawab dengan pelbagai cara oleh kepimpinan ISMA samada dalam web, fb maupun dalam kenyataan akhbar. Tetapi entah kenapa mereka ini begitu takut seolah-olah ISMA ini satu mahkluk yang begitu besar yang akan menghalang mereka dari menguasai Putrajaya. Mereka juga banyak bercakap dibelakang tetapi tidak berani berhadapan dan berdailog. Beberapa kali ISMA telah memanggil mereka untuk berdialog dan berforum namun ajakan ini dipandang sepi.

Mutaakhir, saya dengar memang telah diputuskan akan ada beberapa kumpulan islam yang ditugaskan khas untuk menangkis semua hujah ISMA. La haula wala kuwataillah billah. Apa nak jadi dengan mereka ni semua? Apa yang mereka takut sangat ni?  ISMA hanya mengemukakan idea mereka berlandaskan hukum syarak dan hujah syarei, adakah itu salah? Kalau betul hujah mereka kuat dan prinsip perjuangan mereka jelas, mereka tak perlu takut pada sesiapa pun selain Allah.

Jadi bila mereka menghentam ISMA macam ini dan membuat pelbagai ugutan maka seolah-olah mereka sendiri tidak yakin dengan perjuangan mereka dan rakyat akan memilih mereka berdasarkan perjuangan mereka itu. Apa yang lebih menghairankan mereka kata mereka memperjuangkan demokrasi, kebebaasan bersuara, tetapi belum pun gelanggang buka mereka dah takut macam budak-budak. ISMA baru pasang niat je utnuk bertanding mereka dah menggelabah macam apa. Betul-betul pelik. Agaknya kalau ISMA betul-betul bertanding, apa yang mereka buat? Saya rasa mereka tidak akan tidur lena malam. Yang sakit jantung akan terpaksa dirawat, yang kencing manis akan masuk hospital agaknya. Dan yang darah tinggi mungkin akan jadi lumpuh sebab darah mencacak naik. Hai, begitulah ragam pejuang-pejuang islam hari ini.

Malangnya mereka ini setelah gagal menangkis dengan baik hujah ISMA, mereka mula melabelkan ISMA ini dengan pelbagai tohmahan; dapat duit dari UMNO, barua UMNO dan pelbagai tuduhan lagi. Mungkin agaknya kerana ISMA komen lebih sikit pada PR maka mereka menganggap ISMA jadi budak suruhan UMNO. Yang peliknya mereka ini bukan sebarang orang, ada yang berstatus Professor tetapi mungkin agaknya Professor “Kangkong”. Tak pandai menilai dan menganalisa. Sehingga hari ini mereka tidak mampu mengeluarkan apa-apa bukti yang menunjukkan ISMA ini budak suruhan UMNO. Itu semua tuduhan liar dan prasangka jahat yang jelas terkabur dengan kegilaan untuk merebut kuasa.

Alhamdulillah, sehingga hari ini pimpinan dan ahli ISMA berdiri teguh dengan perjuangan. Segala tohmahan yang diberikan tidak sedikitpun melunturkan semangat perjuangan kami. Malah kami semakin banyak mendapat sokongan masyarakat sehingga ada yang sanggup menghulurkan wang dan tenaga untuk membantu perjuangan kami tanpa diminta. Rupa-rupanya ramai rakyat diluar sana yang menunggu-nunggu kemunculan pemimpin baru yang akan memperjuangkan nasib bangsa dan agama mereka tanpa kompromi dengang agama dan bangsa lain. Mereka selama ini sentiasa di momokan dengan politik hina-mehnghina, benci-membenci, jatuh-menjatuh. Mereka sudah muak dengan politik kotor sebegini yang mana akhirnya bangsa <elayu dan agama islam akan terkorban tanpa  disedari.

Moga Allah swt terus memberikan kekuatan kepada pimpinan ISMA walaupun kami hanya dilihat sebagai budak-budak kecil yang memecahkan undi.

 


Responses

  1. mabruk. moga terus tabah memperjuangkan AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: