Posted by: aminuddin | 15/03/2013

Hal-hal semasa

Sejak akhir2 ini setelah ISMA mengemukakan bahawa rakyat perlu memilih calon Muslim dari no-muslim, maka semakin ramailah pihak yang cuba untuk memberikan hujah balas. Tak tau saya kenapa mereka beria2 benar mempertahankan perlu undi orang bukan islam dari orang ialam, dalam hal ini mereka merujuk kepada DAP. Mereka bermati2an mempertahankan DAP seolah2 mereka tidak ada jalan keluar dari pemikiran tersebut. Sebenarnya saya tak rasa mereka sendiri percaya dengan DAP ni tapi mungkin kerana kebencian mereka kepada UMNO  terlalu meluap2 sehingga tak dapat dibendung lagi. Buatlah apa saja dan dari sesiapa saja asalkan ianya boleh menjatuhkan UMNO maka itu dianggap baik dan syarei. Bak kata pepatah “marahkan nyamok, kelambu dibakar”, marahkan DAP semua orang islam lain kena hentam jugak. Inilah pemikiran politik yang sangat cetek dan membajayakan Melayu dan islam.

Hujah mereka senang je,

– dulu tak dapat duit elaun; sekarang dah bertambah;

– DAP dah mula ungkap ayat Al Quran

-DAP dah bagi sumbangan kepada Mesjid dan surau

– DAP dan membaca tentang Khalifah Umar Ibn Aziz

– dulu bajet kerajaan negeri tak cukup tetapi sekarang akaun kerajaan negeri dah bertambah banyak.

Mungkin juga kerana mereka semakin terdesak dan ada pihak2 tertentu yang menyuruh mereka ni hentam ISMA habis2an. Ini kerana menurut survey yang dibuat oleh ISMA di seluruh negara seramai 2,000 orang, hampir 80% orang Melayu tidak percaya dengan “keihklasan” DAP. Ini termasuk ahli2 PAS sendiri. Inilah yang sangat membimbangkan mereka. Mereka tahu orang India sudah mula kembali kepada BN dan orang Melayu semakin ramai yang duduk atas pagar kerana confuse dengan pendirian parti2 politik tanahair. Dalam hal ini saya merasakan PAS adalah merupakan parti yang akan banyak kehilangan kerusi nanti sedangkan DAP dan PKR akan menonjol serta mendominasi PR. Apa yang berlaku pada tahun 1986 mungkin akan berulang kembali.

Saya bukan seorang ustaz untuk memberikan hujah2 syarak tetapi saya banyak terlibat dalam gerakan NGO spt PEMBELA dan ACCIN. Sedikit sebanyak saya boleh memahami hasrat dan niat mereka. Kalaulah kita kata mereka ini lebih baik dari orang islam dan mereka ini ikhlas dan adil, cuba kita lihat beberapa perkara ttg DAP, MIC, GERAKAN dan MCA :-

1. semuanya menentang hudud.

2. semua menyokong tuntutan IFC (harap saudara tahu apa tuntutan mereka)

3. semua menyokong kesamarataan bangsa dan agama (pluralism)

4. semua menentang iklan yang menutup aurat yg dibuat di Kedah

5. semua menyokong penggunaan kalimah Allah

6. Perlembagaan DAP dan kenyataan LGE jelas memperjuangkan pemikiran sosialis

7. mereka menyokong dalam hal Human Rights termasuk LGBT. Sebab itu buku Irsyad Manji disokong mereka

8. keputusan mahkamah syriah dalam soal2 perkhawinan mereka tentang

9. Kes2 murtad spt Azalina Jailani dan seumpamanya, mereka menyokong.

10. Sejak 1968 LKS sudah membuat kenyataan menolak Melayu, budaya Melayu dan bahasa Melayu

Banyak lagi kenyataan2 yang perlu kita teliti supaya pertimbangan kita jelas dan memenuhi tuntutan syarak. Jangan kerana sebab dapat duit lebih, duit dikantor sudah bertambah, dapat diberi kemewahan sedikit semua nilaian sudah hilang pertimbangan dan akhirnya kita mencari2 nas2 bagi menyokong hujah kita.

Pesoalan saya; kalau itulah semua sikap mereka, bolehkah kita katakan mereka ini seorang yg adil dan akan memperjuangkan islam lalu kita wajib memilih mereka?

Saya tak pasti apa yang ada dalam manifesto BN jadi saya tidak dapat menilainya lagi. Tetapi apabila melihat manifesto PR saya dapati pembaikan untuk islam sangat sedikit dan isu Melayu langsung hilang. Maka sebab itu saya mempersoalkan; apakah peranan PAS dalam menderafkan manifesto ini ? Kalau tak ada, maka relevankah lagi PAS dalam memeperjuangakan Melayu dan islam?

Saya tahu ramai yang marah bila saya sebut begini. Tapi mereka lupa pemimpin PAS juga yang kata tak ada Daulah Islam dalam perjuangan PAS. Mereka juga tak harus lupa Dr Burhanudin Helmi (bekas Presiden PAS) dan Sdr Zulkifli Mohd, mereka sama-sama mengatakan bahawa PAS akan memperjuangkan Melayu dan akan mempertahankan orang Melayu.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: