Posted by: aminuddin | 21/03/2013

Jangan Menyebar Fitmah

Seperti yang dijangka, semakin hampir PRU maka semakin menggelabahlah parti2 politik yang akan bertanding. Apa tidaknya, inilah perjuangan mereka dan disini jugalah mereka meletakkan untuk nasib masa hadapan. Pendek kata ianya begitu penting seolah-olah sebagai penentu hidup atau mati perjuangan mereka dalam politik.

Untuk itu mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk melemahkan musuh mereka. Fitnah, ugut, ancaman dan pelbagai cara yang munasabah dan tidak munasabah. Logik atau tidak logik. Benar atau tidak benar. Semunya boleh. Sepatutnya mereka memperkuatkan hujah serta fakta terhadap manifesto dan dasar perjuangan untuk raih undi tetapi mereka menggunakan taktik yang sebaliknya.Mungkin inilah etika politkus dinegara tercinta ini yang saya rasa amat perlu dibaiki. Amat lemahnya kita kalau menang dengan kerana memfitnah lawan bukan dengan kekuatan mesej dan agenda perjuangan. Tapi itulah yang berlaku sehingga amat sukar untuk dipercayai apa2 yang mereka katakan. Malangnya masih ada segelintir yang memang sengaja menyebarkan fitnah ini. Mungkin kerana mereka buat untuk mencari makan.

Kini tersebar luas mengatakan ISMA mendapat duit dari UMNO. Cerita ini dibawak dalam sebuah akhbar parti pembangkang dan juga di tulis oleh seorang penulis terkenal didalam blognya. Saya kenal orangnya tapi demi rasa persahabatan saya tidak berhajat untuk menyatakan nama beliau. Bagi saya kita berpolitik atau menulis ini biar ada adabnya jangan hentam semberono sahaja.

Saya tak pasti apa niat penulis2 tersebut. Tapi jelas mereka hanya sekadar mencari populariti dan mungkin juga mencari sesuap nasi. Dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan ini orang akan berbuat apa saja demi meraih sedikit haloba. Tidak ada bukti apa2 dan tidak ada fakta mana-mana, terus melemparkan fitnah tersebut. Dulu saya ingat orang2 UMNO je pandai buat fitnah sebegini, tapi sekarang orang islamist juga dah jadi macam UMNO.

Bagi penulis2 ini saya nasihatkan berhentilah menyebarkan fitnah. Bukan saja berdosa malah merosakkan peribadi mereka sendiri. Mungkin sekarang orang masih hormat tapi lama kelamaan orang akan benci dan meluat dengan sikap mereka. Sebenarnya secara tak sedar mereka telah menghina puluhan ribu umat islam bila dia melontarkan  fitnah tersebut. Maknanya puluhan ribu manusia sudah mula membenci mereka. Bagi pembaca yang tidak tahu mungkin dia akan membaca tulisan penulis2 ini dan mempercayainya. Lalu akan berlakulah suasana benci membenci sesama umat islam, berlaku perpecahan lagi. Takkah itu satu perbuatan yang kurang matang dan tidak bijak? Akhirnya yang untuk adalah musuh2 islam.

Jadi kalau kita tak tahu maklumat janganlah kita menulis kerana akibatnya besar kepada umat islam. Kalau kita tak pandai berdakwah dan menjaga islam, janganlah pulak kita menjadi punca kepada kemusnahan islam dinegara ini.

 

 


Responses

  1. Reblogged this on jiwa hamba.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: