Posted by: aminuddin | 17/04/2013

Saya cabar

Surat terbuka kepada “Khadam Politik”

“UMNO yang sangat gelabah dengan perkembangan mutakhir, mereka mula secara tidak langsung sedang menggunakan khadam daripada NGO yang berjenama Islam seperti ISMA dan lain-lain, bertanding di atas nama Islam, dengan tujuan untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan bukan Islam. Tindakan pendek politik ini hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau UMNO yang sedang  bergelumang dengan kemungkarannya.”

Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya apabila membaca artikel dalam harakahdaily dan sinar harian mengenai kenyataan TGHH tentang ISMA. Bukan disebabkan saya takut atau rasa bersalah tetapi memandangkan penghormatan saya yang tinggi kpd beliau dan sama sekali tidak menyangka artikel ini boleh di tulis sedemikian rupa.

Sehingga sekarang saya masih merasakan ia bukannya merupakan tulisan TGHH tapi ada tangan-tangan di belakang tabir yang menggunakan nama beliau demi untuk menghina ISMA. Tangan-tangan yang jahat ini bukan saja mencemar imej PAS malah juga peribadi TGHH yang terkenal seorang yang warak dan sangat menjaga dalam mengeluarkan kenyataan-kenytaan yang tidak bermaruah seperti ini.

Bagi saya sesapa yang menulis ini membuktikan akan kebangkrapan idea dalam menghadapi hujah yang dikemukakan oleh pimpinan ISMA terhadap politik islam terutama dalam isu tahaluf siasi. Mereka sanggup merendahkan diri dengan menghina orang lain demi mencapai kemenangan duniawi. Yang peliknya, ISMA yang dianggap begitu kecil dan tidak akan membawa apa-apakesan dalam lanskap politik negara tetapi itulah pula yang menjadi target utamanya. Hairan dan ajaib.

Dulu saya ingat hanya UMNO saja yang suka menyebarkan fitnah seperti ini tetapi sifat ini sudah mula menular kepada pengikut PAS. Kalau dulu saya percaya memang UMNO kaki sebar fitnah dan apa yang PAS cakap itu benar segalanya, tetapi kini anggpan saya jauh tersasar. Rupa2nya yang berjubah dan berserban juga tidak kurang celuparnya. Mana moral saudara, mana akhlak saudara? Menhina dan memfitnah tanpa usul periksa. Setiap kalimah yang saudara tulis ada yang menyaksikannya dan saudara pasti akan disoal di satu hari nanti.

Inikah yang kita kata perubahan yang rakyat semua kehendaki? atau ianya sama saja macam apa yang ada? Bagi saya kalau begini mentaliti yang ada pada para pejuang islam, maka islam akan menghadapi hari-hari hadapan yang semakin kelam. Peribadi yang menulis artikel ini tidak lebih dari seorang penulis jalanan yang mendambakan simpati manusia yang lalu.

Kepada sipenulis artikel ini, saya cabar untuk saudara buktikan memnag benar dakwaan saudara tersebut. Jika saudara mengamalkan etika islam dan berjuang ikhlas kerana Allah, ayuh kemukakan bukti bahawa memang ISMA adalah khadam UMNO.  Jika tidak, saudara bertanggungjawab dihadapan Allah memfitnah sesama umat islam dan saya akan tnntut diakhirat nanti.


Responses

  1. siapa bangkrap idea sebenarnya sampai sanggup reka cerita untuk memcah-belahkan PR.. jeng3

  2. Masih menunggu permohonan maaf pimpinan ISMA yg banyak menfitnah peserta Bersih, dan juga menfitnah PAS kononnya PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Oh lupa, ISMA tidak boleh ditegur kerana mereka jemaah paling sempurna.

  3. Mungkin kisahnya berbeza sekiranya Abdullah Zaik tidak sama-sama menjadi tukang kipas sewaktu media utama pro-kerajaan menghentam TGHH dengan isu “amanat haji hadi”.

    Atau mungkin kisahnya berbeza kalau ISMA tak menjadi tukang kipas bila media seronok menuduh PAS adalah tunggangan DAP.

    Mungkin.

    Kisah ISMA khadam BN sama dengan kisah DAP ialah PAP dan kisah DAP mahu menjadikan Malaysia negara Kristian, ianya benar pada mata si tukang penceritanya.

    Tapi mungkin nasihat yang sama boleh diberikan kepada ISMA sewaktu PAS menggelitik kepanasan dengan kritikan dan komen tajam ISMA terhadap PAS, “itu nasihat dan kritikan tanda kami sayangkan PAS”

    Bagi orang yang tidak pernah mengenali ISMA mungkin bersetuju dengan pandangan TGHH, masakan tidak? Poinnya sama dengan apa TGHH senaraikan, dan bermula dengan seruan PAS dan UMNO patut bersatu, kemudian tanpa angin bertiup “melayu sepakat?” yang mana tak tumpah slogan UMNO, kemudian masuk politik, kritik PAS dengan selingan komen acah-acah pada BN, bertanding 6 daripada 8 parlimen yang dimenangi PR, memang berbau ikan.

    Pun begitu, saya kenal sikit-sikit dengan ISMA, saya pernah berjaulah dengan kawan2 ISMA dan oleh itu, saya tahu dengan yakin bahawa ISMA BUKAN khadam politik BN ataupun pernah menerima dana daripada BN.

  4. “UMNO yang sangat gelabah dengan perkembangan mutakhir, mereka mula SECARA TIDAK LANGSUNG sedang menggunakan khadam daripada NGO yang berjenama Islam seperti ISMA dan lain-lain, bertanding di atas nama Islam, dengan tujuan untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan bukan Islam. Tindakan pendek politik ini hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau UMNO yang sedang bergelumang dengan kemungkarannya.”

    Tuan Haji Aminuddin mungkin tidak menyedari bahawa TGHA mengatakan umno SECARA TIDAK LANGSUNG menjadikan ISMA sebagai khadam politik. Maknanya tuan, TGHA bukan menghina apatah lagi memfitnah tapi memberikan nasihat kepada ISMA kerana TGHA merasakan bahawa mungkin ISMA tidak menyedari bahawa mereka di’khadam politik’ kan oleh UMNO. Dan ketidaksedaran ini ;saya berpandangan, adalah kerana ceteknya pandangan politik ISMA.

    TGHA hanya menunjukkan blindspot yang tidak terlihat oleh ISMA hasil ijtihad mereka untuk menghantar calon dalam PRU13 ini. Itu sahaja.

    Yang tuan dok melenting macam cacing kepanasan tu sebab apa?

  5. PAS sangat pengecut.bersabarlah ISMA.abaikan puak2 ta’sub pas dengan ostat-ostat dan pimpinan yang tak bermoral.video stopa pun tak selesai lagi.jangan jadi khadam kuasa semata,sendiri punya pimpinan diam

  6. inilah yang menjadi isu, apabila memaksa orang lain menerima cara pemikiran tertentu sahaja. tidakkah ISMA ada fikrah dan caranya tersendiri untuk membangunkan Islam di Bumi Malaysia ? .. tanpa berproksikan mana-mana parti atau jemaah yang sedia ada; kerana( nampak ada yang tak kena mengikut neraca kajian ISMA sendiri). ISMA yakin fikrah yang dibawa kini fikrah Islam tulen. ISMA bertunjangkan tarbiyah.. mengambil demokrasi sebagai satu saluran dakwah terbuka.. logiknya ada pertembungan apabila dakwah terbuka … kita harus berdebat dengan harmoni. bahasa-bahasa perdebatan ada gaya dan bunganya mengikut bakat seseorang; namun di akhir akan terserlah kebenaran, kita harus saling bermaaf dan mohon ampun… apa yang kita harapkan kebenaran dijulang.

  7. saya ada teka-teki…

    PAS perjuangkan Islam, DAP suka Islam = PAS suka DAP.
    ISMA perjuangkan Islam, ISMA tak suka DAP = ISMA tak suka PAS tahaluf dengan DAP. kenapa ? Sila jawab….

  8. Salam,

    Nampak gayanya sesama pejuang Islam sudah menunjukkan bibit2 percakaran. Saya menyeru supaya kita berpegang kepada perkara pokok dalam Islam yang pastinya kita tidak boleh bertelingkah….menjaga ukuhwah Islamiyah mesti diutamakan dan jangan sampai kita bercakaran hingga musuh sebenar Islam bertepuk tangan kerana kita telah terperangkap kedalam agenda mereka.
    Kepada pembaca sekelian, saya sertakan dibawah ini sebuah penulisan yang amat relevan dalam suasana dunia semasa semoga ianya menjadi iktibar kepada kita-

    Syria dan al-Syahid Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
    Muhammad Abul Nasr

    Pembunuhan al-Syahid Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti pada 21 Mac 2013 merupakan kemuncak kepada pertarungan antara Islam siyasi yakni Islam politik dengan Islam hakiki (sebenar) yang syumuli (menyeluruh) dan maqasidi (bermatlamat – syar’ie). Ia juga merupakan pertarungan antara orang Islam yang berpegang kepada aqidah al-Hizbiyah wa al-Harakiyah dengan aqidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Diibaratkan sebagai aqidah kerana ketaksuban yang keterlaluan kepada kumpulan Islam tertentu (Jamaah min al-Muslimin) yang bertahaluf (bersekongkol) dengan Amerika dan Barat sehingga melampaui keyakinan kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah yang memelihara kepentingan keseluruhan umat Islam (Jamaah Muslimin).
    Amerika dan Barat mempunyai perancangan untuk melemahkan Islam dan negara-negara Islam melalui 4 pendekatan iaitu media, ekonomi, politik dan peperangan. Dengan 4 pendekatan ini mereka menjalankan kerja-kerja: [1] Meliberalkan Islam agar sesuai (compatible) dengan cara hidup Barat. [2] Mengatur (sama ada sedar atau tidak) agar umat Islam bergan-tung kepada kuasa Barat dari segi ekonomi. [3] Dan, memecah-belah umat Islam sehingga mereka sanggup berperang sesama sendiri. Memang Amerika dan Barat menguasai keempat-empat perkara tersebut serta mempunyai kemahiran mengendalikannya. Pada masa yang sama terdapat kumpulan Islam tertentu (Jamaah min al-Muslimin) mengambil kesempa-tan bekerjasama dengan Amerika dan Barat (melalui NATO) dalam usaha menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka yang dikatakan zalim. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apa yang disifatkan sebagai “Arab Spring” walaupun projek sebenarnya ialah “The New American Century” ataupun “The Great Middle-Eastern Project”. Betullah kumpulan Islam yang berpegang kepada aqidah al-Hizbiyah wa al-Harakiyah ini mendapat apa yang mereka mahu, tetapi Amerika dan Barat mendapat keuntungan yang lebih besar daripada itu.
    Al-Syahid Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti semasa hayatnya amat konsisten dengan perjuangan: [1] Mempertahan petunjuk al-Quran. [2] Menghidup semula petunjuk Rasulullah saw. [3] Mengikut contoh salaf al-syoleh. [4] Mengembali pegangan (aqidah) ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. [5] Menghayati petunjuk syarak dalam setiap urusan kehidupan (individu dan bernegara). Di antara seruan-seruan beliau ialah: [1] .. marilah kita bersatu serta berpegang dengan tali Allah dan jangan berpegang dengan tali Benard Levy (seorang Yahudi yang membekal senjata bagi menghuru-harakan Afghanistan, Sudan, Libya dan kini Syria). [2] .. kembalilah kepada Allah dengan merendah diri dan bertaubat.. jangan kamu kembali kepada tahaluf (yahudi dan Barat) kamu dengan penuh sombong. [3] .. seharusnya politik itu berkhidmat untuk Islam dan bukan, Islam itu berkhidmat untuk politik. [4] .. ingat pesan Rasulullah saw.. jangan kamu berbunuhan sehingga tidak kira orang mukmin dan pendosanyanya serta mereka yang setia dengan janjinya (kafir zimmi). [5] .. marilah kita mengikut petunjuk syarak (dalam hal bernegara).. dalam hadith sahih Muslim Rasulullah saw berpesan.. dengar dan taatlah pemimpin kamu walaupun dia memukul belakang kamu dan mengambil harta kamu. Melainkan kamu melihat kekufuran yang nyata dan daripada Allah petanda-petandanya.
    Sekitar 3 minggu sebelum pembunuhan al-Buti, beliau telah menegaskan pendiriannya melalui khutbah dan temubual. Di antaranya: Pertama, berubah sikap daripada sekadar melihat dan berdoa agar tentera kerajaan menang (dalam mempertahan kedaulatan Syria) kepada menyeru rakyat agar bangun menyertai jihad tersebut. Ini ialah kerana terdapat kenyataan jelas daripada NATO yang diterajui British, Perancis dan Turki sudah membuat ketetapan untuk menyerang Syria. Melihat perubahan taktik pihak musuh, maka berdasarkan kepada petunjuk syarak iaitu apabila negara Islam atau negara umat Islam diserang, maka tugas mempertahakan negara menjadi wajib aini dan bukan lagi wajib kifayah kepada seluruh rakyat dalam negara tersebut. Dalam bahasa fekah disebut al-nafir al-am atau semboyan jihad. Keputusan ini juga dibuat berdasarkan kepada pendapat Majlis Tertinggi Fatwa Negara Syria.
    Kedua, beliau menjelaskan bahawa pertelingkahan dan perberbezaan pendapat antara beliau dengan kumpulan Islam yang beraqidah al-Hizbiyah wa al-Harakiyah ini telah terserlah jawapannya. Kalau dulu mereka menga-jak kepada perubahan, yang ini al-Buti bersetuju. Kemudian mereka me-ngajak kepada hurriyah (kebebasan), yang ini al-Buti kata nanti dulu serta bertanya hurriyah yang bagaimana? Mereka tidak jawab. Selepas itu mereka mengajak berjihad menggulingkan al-Assad, yang ini al-Buti kata tidak. Bagi al-Buti mafsadahnya (kerosakan) adalah lebih besar. Apatah lagi kalau agenda ini dibantu oleh Israel dan kuncu-kuncunya. Kekuatiran al-Buti terbukti benar apabila NATO hendak menyerang Syria. Apa kena mengena dengan perubahan dan hurriyah umat Islam sehingga NATO turut serta menghuru-harakan (destabalise) negara berdaulat yang 70% dari-pada 23 juta penduduknya sunni? Maka dengan itu al-Buti menegaskan setelah 2 tahun berlalu bahawa ijtihad kumpulan Islam tersebut adalah salah. Serangan terhadap Syria oleh Barat adalah bertujuan agar Syria dapat dipecahkan kepada 3 atau 4 negara kecil. Ini dengan sendiri mele-mahkan umat Islam. Padangan al-Buti ternyata benar.
    Ketiga, mengajak kumpulan Islam tersebut agar kembali ke pangkuan majoriti umat Islam (sawad al-‘adzam) dengan mempertahan kesatuan umat, memelihara agama dan kedaulatan tanah air mereka. Seruan ini disertai dengan keyakinan sungguh bahawa Syria akan terselamat daripada fitnah (ujian) dan keluar dalam kemuliaan. Al-Buti sempat berpesan sekitar 3 hari sebelum dibunuh agar jangan berpaling daripada kesyukuran dan ketundukan yang tulus kepada Allah apabila mendapat kemenangan nanti.
    Inilah fakta penting yang menyebabkan beliau dibunuh. Segala propaganda bagi menyalahkan al-Assad adalah merupakan helah bagi menegak benang basah kepada ijtihad yang salah. Yahudi dan Barat ada agenda tertentu dan umat Islam menjadi tonggangan bagi menjayakannya. Hal ini tidaklah jauh bezanya dengan Lee Kuan Yew (PAP) dan Lim Guan Eng (DAP) dalam cita-cita mereka hendak menguasai negara ini. Di belakang mereka Yahudi dan kuda tunggangan mereka adalah kumpulan-kumpulan Islam yang berpe-gang kepada aqidah al-Hizbiyah wa al-Harakiyah yang juga terdapat di Malaysia. Mereka memporak-perandakan keharmonian dan kedaulatan Islam dengan petunjuk bukan dari petunjuk Rasulullah saw. Amat benar kata-kata Rasulullah saw.. di akhir zaman.. akan terdapat kaum yang tidak mengambil petunjukku. Perawi bertanya.. sifatkan mereka ya Rasulullah! Baginda menjawab.. mereka dari kulit kamu dan bercakap dengan bahasa kamu. Perawi bertanya lagi.. apa yang harus kami lakukan apabila tiba masanya? Rasulullah saw menjawab.. teguhlahlah bersama umum umat Islam (Jamaah Muslimin) dan pemimpim mereka.

  9. saya tak nampak pun tuan aminudin melenting bagai cacing kepanasan, saya lagi-lagi tak nampak pun DAP suka Islam , yang saya bampak PAS yang sering dan sangat2 melenting apabila ada pihak2 lain yang lebih baik hujjahnya mematahkan hujah mereka kerana bagi PAS kata2 TGHA dan TGNA adalah kata2 keramat yang tak ada salah yang wajib dipatuhi oleh mereka tanpa mengkaji dan meneliti kebenarannya, bagi Pas lebih utama mengambil kata tuan2 guru mereka daripada mengambil ayat2 Al-quran yang ayat2 ini pun dahulunya sering dibacakan oleh tuan2 guru mereka seperti ayat2 tentang penyatuan ummah, ayat2 tentang jangan mengambil orang kafir sebagai pemimipin orang Islam. dan lain2 ayat lagi , ayat2 tu sama juga tetapi sekarang mereka tafsir lain pula seperti yang tuan2 guru mereka tafsirkan dahulu, ayat2 tentang musuh2 islam pula dah jarang2 sangat mereka kumandangkan .

    jadi isma tak payah la dok nak berhujjah2 dengan pas ni, kalau betul pun hujjah isma ni orang PAS tak akan terima sebab mereka hanya terima hujah dari tuan2 guru PAS sahaja kerana itu yang diajarkan kepada mereka ( tuan2 guru mereka yang bertanggungjawab mengelirukan dan memecah belahkan umat Islam di Malaysia ini) , walaupun dari ahli PAS syiah mereka yang berkhalwat dengan isteri orang , mulut lunak dengan maki hamun , jijik akhlaknya , mereka terima juga asalkan dia PAS. bagi mereka kena ikut saja apa kata tuan2 guru mereka, bagi mereka apa2 pun nanti tuan2 guru PAS merekalah yang menanggung dosa mereka …….

    PAS sanggup melihat dengan mulut yang tertutup rapat Pulau Pinang bumi asal umat Islam diratah dengan lahapnya oleh puak2 kafir laknat yang kini diketuai oleh sahabat baik PAS iaitu Father Josep Lim Guan Eng dan sekutu2nya yang berdamping rapat dengannya dan menerima habuan bulanan yang amat lumayan ( mat sabu – penyanyak rimba kelaparan )

    saleh man pula dijahit mulutnya kala bersama LGE lantaran itu anugerah kesetiaan untuknya dari LGE

    isma tak perlu tunggu hujah balas PAS , kerana PAS sangat saayaaaang LGE . dalam kubur nanti agaknya itulah sahabat baik mereka yang akan mereka jawab apabila munkar dan nakir bertanya .

    ha ha , saya suka baca hujah tuan2 sekelian, lagi banyak hujah dan bukti tuan2 beri , lagi panas la cacing2 PAS melompat2 yang sememangnya cacing2 itu sentiasa kepanasan dan terus akan melompat2 kepanasan , sehingga jelas terserlah kebodohan dan kedunguan mereka menjadi pak2 turut yang menutup rapat pintu hati dan minda mereka dari kebenaran .

    zain kahar
    ahli PAS seumur hidup
    dah belot dah, dok atas pagar pulak, serik dah ……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: