Posted by: aminuddin | 20/04/2013

Sejarah Baru Tercipta pada PRU13

20130420_110420  20130420_112620

Seperti biasa pagi ini aku bangun menunaikan solat tahajud sambil berdoa meminta hidayah Allah swt. Tidak ada apa yang berbeza, burung-burung berkicau dan cuaca yang hening membuatkan setiap hamba merasa insaf dengan kebesaran Illahi. Tapi entah mengapa hatiku agak berdebar sedikit.  Setelah termenung seketika baru aku teringst bahawa hari ini adalah hari penamaan calon PRU13 dan hanya beberapa jam lagi aku bakal menyaksikan satu sejarah dalam perjuanganku sepanjang lebih 30 tahun terlibat dalam dakwah. Biasanya pagi Sabtu aku beriadhah dahulu sebelum membuat aktiviti lain tetapi hari ini selesai saja solah subuh aku dan isteri segera bersiap-siap menuju ke pusat penamaan calon P097 Selayang di Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Tepat pukul 7am aku bertolak dengan isteri dan kami berkumpul di medan selera Selayang lebih kurang 5 minit berjalan kaki ke MPS. Sesampai aku disitu aku lihat pemuda-pemuda dan barisan kepimpinan ISMA Gombak sudah siap sedia untuk berarak. Aku segera mendapatkan Ustaz Hazizi dan betanyakan samada semua boring dan wakil calon sudah tersedia. Beberapa ketika kemudian kelihatan empat orang pemuda yang sasa tubuhnya datang menghampiri kami. Mulanya aku agak sangsi tetapi kemudian baru aku ketahui bahawa mereka ini adalah merupakan kumpulan Ayahanda yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan calon. Aku merasa lega.

Tepat jam 8.15am kami bergerak ke MPS. Aku bersama calon dan wakil calon berjalan dahulu dihadapan manakala yang lain masih menunggu sebahagian penyokong yang masih bersarapan di warong berhampiran. Sebaik kami menghampiri MPS beberapa orang polis segera mendapatkan kami dan bertanya kemana kami ingin pergi? Setelah mereka ketahui bahwa Ustaz Hazizi adalah bakal calon maka segera mereka mengiringinya terus kedepam pintu MPS. Berpusu-pusu wartawan mengambil gambar dan merasa tergamam dengan kehadiran Berjasa kerana mereka tidak sangka ada parti lain yang masuk bertanding. Aku tidak dibenarkan masuk kerana hanya 4 orang saja yang diberi termasuk calon. Maka aku segera menuju ketempat yang dikhususkan untuk parti Berjasa yang sudah dipagari dengan divider plastic dan juga pihak FRU. Aku menunggu dengan penuh debaran pengsiytiharan calon.

Beberapa minit kemudian terdengar suara takbir bergema dari tempat aku mula-mula sampai tadi. Perlahan-lahan wajah anak-anak muda dan mudi mula kelihatan sambil memegang bendera Berjasa. Jelaslah kepadaku mereka adalah penyokong Berjasa. Perasaanku begitu gembira dan kagum melihat anak-anak muda yang begitu tabah dan bersungguh dalam mempertahankan perjuangan yang dibawa ISMA. Walaupun mereka di hina, dikeji, ditohmah tetapi mereka tetap tabah mengharungi. Perasaan kesian bercampur gembira dan bangga menyelubungi hatiku sehingga aku tidak dapat menahan titisan airmata.

Sambil menunggu pengishtiharan anak-anak muda ini membaca Al Quran, Mathurat, berselawat dan bertakbir. Gerak geri mereka ini diperhatikan oleh pihak Pakatan dan BN. Mereka tergamam macamana tiba-tiba saja kumpulan Berjasa boleh timbul. Mereka saling ejek mengejek antara satu sama lain sedangkan kami sibuk mengucapkan kalimah suci. Mungkin budaya ini baru untuk mereka kerana selama ini disetiap hari penamaan calon kata mengatakan ini adalh lumrah bukan membaca Al Quran. Sekali lagi aku merasa bangga dengan akhlak ana-anak muda ini.

Lebih kurang pukul 11am maka keluarlah Ustaz Hazizi dari pusat penamaan calon dan wajah beliau begitu riang dan aku pasti pencalonan beliau telah diterima. Aku segera mendekati beliau dan memeluknya lega kerana usaha kami sudah berhasil diperingkat pertama. Aku diberi kesempatan untuk mengucapkan kata-kata semangat kepada semua jentera dan aku memesankan kepada semua mereka supaya terus berusaha gigih dan banyak berdoa moga Allah swt memberkati usaha kami.

Maka hari ini terciptalah satu lembaran sejarah baru ISMA dengan melangkah setapak lagi kehadapan dalam usahanya mendaulatkan kalimah suci di atas bumi bertuah ini.


Responses

  1. subhanallah! go3!
    ana izzah dengan kalian🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: