Posted by: aminuddin | 06/05/2013

PRU13 – Langkah ke hadapan

Setelah bergelut selama 5 tahun dan mencapai ke kemuncaknya pada 2 minggu terakhir maka kini semua persoalan sudah terbentang luas jawapannya.

MELAYU TELAH TERTIPU!!!

Tidak ada orang yang menyangkal bahawa secara jelas kaum Cina telah menolak orang Melayu. Ketika sebahagian pemimpin dan penyokong politik Melayu begitu beria-ia benar untuk memikat hati mereka dengan menyogokkan pelbagai janji dan memberi pelbagai hadiah, namun mereka tetap tolak. Mereka masih mengundi bangsa mereka.

Orang Melayu begitu naif dengan sanggup berkempen dan menjadi jentera mereka TANPA ada apa-apa bantuan dari mereka dengan harapan kemenangan akan dinikmati bersama. Tapi alangkah malangnya sangkaan orang Melayu ini apabila ia terbukti jauh meleset. Ketika sokongan daripada orang Melayu semakin kurang, mereka pula yang menambah bilangan kerusi. PAS hilang Kedah dan menurun kerusi parlimen, PKR dan BN juga menurun kerusi di parlimen. Yang bertambah mendadak adalah DAP.

Salah siapa?

Kita sentiasa mengingatkan bangsa Melayu supaya berfikir secara rasional dalam berkawan dengan mereka. Berkawan itu tidak salah tetapi jangan sampai kita tergadai seperti kata pepatah “Menang sorak kampung tergadai”. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan islam. Jelas kelihatan muka PM tidak langsung ceria dengan kemenangan ini. Begitu jua DSAI yang tak habis-habis menyalahkan SPR. Tetapi cuba lihat kata-kata LKS :-

Contrary to PKR which refused to recognise the result claiming fraud and irregularities, Lim said he welcomed the outcome and described it as “a major advance to bring about change” and “an endorsement of the dream that we offer to Malaysians”.”

Apa lagi yang hendak kita tafsirkan?

Namun saya sangat yakin masih akan ada orang Melayu islam yang melihat perkara ini sesuatu yang positif dan “seronok” dengan keputusan PRU13. Mereka ini saya sifatkan sebagai orang yang sudah hilang neraca hati nurani dan prinsip perjuangan. Kebencian dan dendam kesumat kepada bangsa sendiri menyebabkan hati dan pemikiran mereka buta dalam menilai realiti dan tidak salah kalau saya sifatkan mereka ini hanya sebagai pemusnah kepada bangsa dan agama sendiri.

Langkah ke hadapan

1. Saya merasakan era DSAI sudah berlalu dan beliau harus menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi menjadi harapan bangsa Melayu. Masa untuk beliau menjadi pensyarah sudah tiba dan sangat elok jika beliau meneruskan niat tersebut di Perancis

2. Najib sudah pasti menghadapi jalan yang sangat sukar dan berliku. Saya tidak yakin ahli UMNO akan terus menyokong beliau. Bukan saja beliau gagal mengambil semula Selangor malah bilanganĀ  kerusi BN di parlimen semakin merosot. Strategi beliau terlalu memberi muka kepada orang Cina telah memakan diri sendiri. Bukan saja orang Cina meludah beliau balik malah orang Melayu UMNO sendiri meluat terhadap beliau. Kalau Pak Lah merelakan diri beliau dikorbankan untuk memberikan laluan kepada Najib disebabkan keputusan yang tidak memberangsangkan pada PRU12, maka saya rasa tidak ada salahnya jika Najib membuat perkara yang sama untuk memberi laluan kepada TS Muhyidin.

3. Ahli PAS perlu melihat secara serius tahaluf mereka dengan DAP kalau mereka masih mahu releven lagi pada PRU14. Sikap toleransi berlebihan yang ditunjukkan kepada DAPĀ  telah memakan diri mereka. Begitu juga dengan kekalutan didalam pemikiran pimpinan mereka dengan dominannya golongan liberal dan syiah jelas menakutkan orang Melayu dan itu punca mereka ditolak. Golongan ulamak harus mengambil alih semula pimpinan dan membetulkan kembali hadaf perjuangan mereka. Selaku parti terbesar dan tersusun dalam Pakatan Rakyat, sudah pasti PAS boleh melakukan lebih dari DAP dan PKR. Yang perlu hanyalah KEBERANIAN mereka untuk melakukan perubahan dalam saf pimpinan. Saya yakin ramai golongan islamis dan orang Melayu akan berpatah balik kepada PAS.

4. The ultimate solution adalah tidak lain dari berlakunya penyatuan antara PAS dan UMNO. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun ini adalah penyelesaian sebenar jika kita semua ingin melihat islam dimartabatkan dinegara ini dan kedudukan orang Melayu di perkokohkan. Lupakan sebentar kelemahan yang berada pada mana-mana pihak tetapi sebaliknya melihat kekuatan yang ada pada parti masing-masing. Tanpa berniat untuk mengenepikan bangsa lain tetapi jangan sampai kita menggadaikan bangsa dan agama sendiri. Ambil peluang ini untuk mulakan langkah ke arah PENYATUAN. Jika DAP bertindak keluar dari gabungan dengan PAS bila mereka tewas teruk pada 2004, maka apakah salah jika PAS keluar dari Pakatan untuk membina kembali jati diri parti.

 

 

 


Responses

  1. alhamdulillah , syukur pada Allah diatas keupayaan en aminudin dalam menulis, tahniah .

    saya menyokong penuh cadangan dan kesimpulan yang dibuat oleh en. Amin ini. ini kalilah saya tidak memangkah PAS . terima kasih pada tuan2 isma , setelah membaca dan membaca hujahan2 dari tuan2 isma yang bagi saya menunjukan bukti jelas dalam untuk memertabatkan Islam di bumi Malaysia dengan meletakkan QS dihadapan, seperti dulu2 yang hampir banyak persamaan yang diperkatakan oleh PAS di era kepimpinan ulamak dahulu,
    dan juga membaca dan berfikir panjang hujahan dari sahabat2 PAS yang bagi saya hanya banyak menggunakan sentimen semangat tanpa bersandarkan dalil dan bukti jelas, atau lebih jelas dan tepat lagi hujahan mereka sahabat2 saya ini, bagi saya hanya hujahan bersandarkan taasub membuta tuli tanpa bukti dan dalil hanya bersandarkan kata2 tuan2 guru semata2 tanpa adanya penelitian samaada benar atau salahnya kata2 tuan2 guru ini sekali pun ianya bertentangan dengan QS yang dulunya tuan2 guru inilah yang mengumandangkannya.

    SEMAKIN LAMA TUAN2 GURU INI MEMIMPIN SEMAKIN NAMPAK BENARNYA TANPA SALAH-SALAH.

    seolah2 mereka ini maksum segalanya sehinggakan berani mengarahkan ahli supaya memangkah penganut budha, hindu , kristian dan sikh,( dalil QS mana yang mereka gunakan) bagi ahli tetap betul sebab arahan tuan2 guru dan tuan2 gurulah yang menanggung dosanya jika ianya salah dan berdosa sekali pun .

    PAS lah yang bertanggungjawab memenangkan orang2 kafir ini yang menjadi sahabat baik PAS , ahli2 PAS lah yang banyak berjaga malam memacak bendera , berkempen, tanpa hujah dan bukti yang benar hanya semata2 taasub pada tuan2 guru mereka sahaja, memenuhi pondok2 panas siang dan malam, tak kelihatan pun cina dan hindu bersama. melayu PAS lah sebenarnya PECACAI pada cina dan hindu , merelakan diri menjadi kuli2 pada hindu dan cina , menjatuhkan martabat Islam dan menghina ummat Islam .

    jika dipilih PAS hanya menjadi pak pacak dan pak angguk sahaja kepada PKR dan DAP .

    PAS hanya pandai menuduh pada tuan2 isma tetapi sebenarnya tuduhan2 itu terkena pada diri mereka sendiri .

    sekarang setelah selesai pru 13 telah jelas lagi bersuluh , orang2 cina bersatu menyokong bangsa mereka dalam DAP yang diperkuatkan lagi oleh PAS,
    manakala PAS rela berpecah belah dengan umat Islam lain demi PUTRA Jaya yang tak kesampaian pun dan demi memenangkan orang2 cina kafir DAP sahabat baik kesayang PAS

    pada tuan2 isma saya cadangkan mengadaplah bermuzakarah dengan tuan2 guru PAS supaya mereka bertaubat dan supaya ahli2 PAS seperti sahabat2 saya supaya tidak tersasar lebih jauh lagi .

    saya
    tidak berupaya membetulkan sahabat2 saya yang sangat taasub dengan tuan2 guru PAS yang benar2 telah tersasar itu yang jelas menolak QS supaya jangan mengambil orang2 kafir sebagai teman rapat atau pemimpin dengan meninggalkan orang Islam .

  2. Salah satu seruan rasisme oleh seorang pimpinan NGO Islam.
    Menyedihkan.

    • Saya berbesar hati kalau Tuan boleh beri pengertian rasis? Byk org bercakap itu rasis, ini rasis, sana rasis; rupa2nya dia sendir tak faham apa itu rasis.

      • Terima kasih atas balasan Tuan.

        Pengertian rasis dalam konteks artikel di atas:

        “Setelah bergelut selama 5 tahun dan mencapai ke kemuncaknya pada 2 minggu terakhir maka kini semua persoalan sudah terbentang luas jawapannya.

        MELAYU TELAH TERTIPU!!!

        Tidak ada orang yang menyangkal bahawa secara jelas kaum Cina telah menolak orang Melayu. Ketika sebahagian pemimpin dan penyokong politik Melayu begitu beria-ia benar untuk memikat hati mereka dengan menyogokkan pelbagai janji dan memberi pelbagai hadiah, namun mereka tetap tolak. Mereka masih mengundi bangsa mereka.”

    • Racist: a person with a prejudiced belief that one race is superior to others.

      Tiada unsur superior dalam artikel di atas. Cuma perbandingan antara kaum. Itu bukan rasis.

    • Racist: a person with a prejudiced belief that one race is superior to others.

      Tiada unsur superior dalam artikel di atas. Cuma perbandingan antara kaum. Itu bukan rasis.

  3. Salam saudara,
    Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang ulasan saudara.
    Melayu tidak ditipu oleh orang cina, tetapi orang melayu telah ditipu oleh orang melayu sendiri. Apa gunanya orang melayu bersatu sekiranya banyak ketidak adilan dilakukan oleh pemimpin melayu terhadap bangsa sendiri. Pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengkayakan kroni. Fitnah bermaharaja lela. Rakyat menderita dengan kos sara hidup yang makin meningkat.
    PAS bekerjasama dgn DAP untuk menolak pemimpin seperti ini. Perjuangan PAS masih sama, tidak ada yang dikorbankan. PAS tidak mementingkan bangsa tetapi mementingkan Islam. Apa gunanya bangsa kuat tapi lari dari syariat. Apa gunanya Melayu bersatu sekiranya pemimpin sendiri korup. Orang cina sendiri menolak pemimpin mereka yang korup (MCA). Ramai orang cina di kawasan luar bandar yang menyokong PAS. Sebab mereka mahu menghumban pemimpin seperti ini. Sayangnya orang Melayu masih tidak sedar dan masih memilih pemimpin seperti ini.
    Bumi Malaysia ini bukan milik orang Melayu. Sampai bilakah kita tidak mahu menerima hakikat yang Malaysia mempunyai berbilang bangsa dan agama. Sampai bilakah kita harus merasa sangsi dengan bangsa lain. Sampai bilakah kita mahu merasa curiga dengan bangsa lain.
    Saudara telitilah fakta PRU13. Bukan tsunami cina yang bersatu menolak pemimpin korup tapi tsunami kebangkitan rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik, telus dan menjamin kehidupan yang lebih selesa.
    Wallahua’lam

  4. ustaz, umno sangat banyak rasuahnya dan sangat jauh dari Islam. Saya tak pasti apa tujuan Ustaz tulis artikel ini tapi saya yakin niat ustaz baik. dan ramai memberi komentar pedas pada ustaz.

    namun ana terpanggil untuk memberitahu sebenarnya orang bencikan umno kerana islamnya liberal, menolak sistem islam, budaya rasuah dan ketidak jujuran dalam banyak perkara.

    PAS sangat jauh berbeza dari UMNO dan tidak dekat sedikit pun. bergabung parti tidak mampu menyatukan hati dan jiwa mereka.

    Orang UMNO perlu didakwahi dan bukan dengan cara join UMNO, sebab UMNO sangatlah corrupt and penuh penipuan. sentimen melayu diletakkan terlebih dahulu dari islam dan ini bukanlah ajaran kita.

    Bukan ramai golongan pendakwah di malaysia ini , dan jika orang seperti ustaz disibukkan dengan isu begini, menjadikan lebih ramai orang jauh dari islam, malah membenci golongan pendakwah.

    Kembalilah Isma dan ustaz2 semua kepada keaslian dakwah kita dan teruslah membina manusia. Kalau mahu terjun pun ke gelanggang politik, bukanlah untuk tujuan menaikkan ego dan nama peribadi/parti tapi untuk dijadikan peluang untuk menyebarkan islam.

    saya baik sangka dengan islam selama ini, tapi banyak episod, isma sangat banyak menghampakan ramai orang.

    ini kerana tindakan ISMA sendiri. sedangkan ISMA nak bawak Islam, tapi saya tak pasti mengapa tujuan itu seolah2 jauh tersasar..

    wallahualam

  5. Tahukah anda mengapa ramai menteri beragama kristian drpd Sabah dan sarawak dilantik ke dalam kabinet?

    Kebanyakan pemimpin parti2 politk yang pelbagai di sabah dan Sarawak (yg paling banyaknya adalah di dlm BN) adalah pemimpin2 Kristian di sana, Ketika mana pemimpin2 Islam di sana sibuk mengaut keuntungn drpd hasil bumi tanah air(sbahagiannya dijual kpd orang luar)dan mmmbiarkn rakyat mereka dlm kemiskinan dan kesusahan, ketika itulah para missionaris kristian melaksanakan pelbagai kerja kebajikan dan mnolong rakyat dlm mndekatkln kristian kpd rakyat di sana. Mereka tidak pernah mengkritik atau berkara buruk terhadap agama atau bangsa lain. bahkan. tetapi mereka cuba menonjolkan agama mereka sbg agama yg terbaik dlm mmbantu manusia2 lain. Mereka mewajahkan diri mereka sbagai penggerak kebajikn dan pembantu kpd seluruh rakyat.

    Ketika mana jabatan agama di Sabah dan Sarawak tidak berfungsi dengan baik sbg pembela umat Islam dan pendakwah umat Isla, pemimpin2 organisasi2 Islam yg lain seperti IKRAM, PAS, HALUAN, dalam lain2 telah menyedari perkara ini dan telahpun lama mnggerakkan pelbahai usaha dakwah dan tarbiah di sana. Tidak tahu pula adakah ISMA memahami realiti politik di Sabah.

    Bukan itu saja, organisasi2 Islam lain juga telah lama mnyedari dan menyelidiki pelbagai usaha2 kristianisasi, penyebarn ideologi2 spt sosalisme, liberalisme, pluralisme, dan pelbagai gerakn2 lain yg mngancam umat Islam. Mereka bahkan telah melaksanakan dan merancang pelbagai usaha utk mmbangunkn umat dan mmpertahankn umat Islam di negra ini drpd ancaman2 tersebut.

    Ada yang mngatakan bahawa jaminan BN utk mmbawa masuk lebih ramai menteri2 dr sabah trmasuk yg bragama kristian ke dlm kabinet adlh agar mereka tidak memalingkan sokongn drpd BN. BN perlu mmbayar harga sokongn itu dgn antaranya, mmberikn jawatn2 menteri/timb menteri yg dikenhendaki oleh kristian sabah sarawak.

    PM sendiri mmberitahu yg mmberitahu bahawa perlantikan ramai menteri dan timb menteri drpd kabinet adlah sbg mmbalas jasa mereka memenangkan BN.

    Pemimpin UMNO, yg tatkala mereka berkuasa penuh pun, tidak ingin melaksanakan Islam yg syumul, jgnlah diharapkan mereka utk mmpertahan Islam tatkala kuasa mereka itu trancam. Tatkala terancam kuasa mereka itu, mereka tidak nmpak apa yg mngancam umat Islam itu, mereka hanya nmpak siapa yg mngncam kuasa mereka itu dan siapa yg boleh mmbantu mereka mmpertahankan kekuasaan mereka itu.

    • Sdr Danial Zaki kalau nak buat analisis pasal pengaruh kristian ni janganla melalui sebelah mata je….itu DAP yang kamu sokong dan kini diterajui oleh KristianTegar sdr buat2 tak nampak…kemenangan besar DAP dalam PRU13 lebih mengancam Islam dibanding ancaman kristian di Sabah dan Sarawak…kaji lagi la

  6. apa perlunya saya kisahkan tentang umno, sebelum2 ni pun tak pernah saya beri undi pada umno atau ambil upah pacak bendera bn, yang saya amat2 kisahkan adalah pas kerana saya penyokong pas dan beri undi pada pas, tolong kempen bagi pihak pas untuk memenangkan pas, tapi malangnya pas mengkhianati saya dan orang2 yang setia pada pas seperti saya. pas telah bersahabat baik dengan dap musuh umat islam sebenarnya di mlaysia ini, menampakkan islam terancam di malaysia, pas mengiyakan hasrat dap untuk menjadikan malaysia negara kristian. pas yang bertanggungjawab memberi sokongan pada kristian meneruskan agenda mereka sebenarnya.
    pas menuding jari kepada orang lain diatas kekalahan mereka,baik sikit la umno tu dah sedar diri ,kalah sebab thunami cina sokong dap, pas yang tak sedar2 diri lagi menyalahkan pihak lain, kedua2nya pas dan umno patut sedar la itulah pengajaran dari Allah sebab kedua2nya mengharapkan sokongan cina dengan mengkesampingkan orang islam. pas lagi la teruk menterbalikkan ayat Allah supaya berkasih sayang sesama islam dan bersikap keras terhadap orang kafir kepada sebaliknya . ini jelas dilihat dalam amalan dan kempen2 pas yang bersifat menanam kebencian dan dendam kesumat pada orang yang mengucap syahadah, ini semua lahir dari didikan tok2 guru mereka la, kalau ustaz2 pas ja dah maklum la rokok sentiasa dijari dan asap berkepul2 dihidung dan mulut. umat islam dah muak la dengan akhlak orang2 pas ini. kempen mereka penuh dengan kejian, maki hamun, dendam kesumat, mengutuk , mengeji,dan mencarut, tak nampak akhlak islam yang mereka tonjolkan,
    penyanyi2 tak faham islam dicalon untuk jadi pemimpin, pengamal ajaran sesat syiah dijulang, pembuka2 ruang fitnah disanjung, tak ada dah ka orang pas yang berwibawa untuk dicalon memimpin. dah kalah salahkanlah diri sendiri barulah macam umar al-khattab,

    sekarang ni dah berapa ramai ahli ikram, pas dan haluan kat sabah serawak tu? bagaimana pula ahli2 pas yang salah faham, keliru dan tak sempat kaji pun dalil2 yang dikemukakan tok guru betul atau salah, maklumla tok guru pun manusia juga tak maksum macam nabi, berapa ramai dah mereka didakwahkan hingga mereka semakin keliru nampaknya ,ikram, pas dan haluan penyokong pas la,
    dalam senyap2 sir2 haluan tu pun sokong pas, haluan tak ikut mana2 mazhab la , ikut tafsir quran hadis sendiri ja , kadang2 terlebih alim dari imam2 mazhab, kadang2 terlebih warak la pulak benda furuk dipertahankan tak dapat beza mana yang lebih utama. tak ada ilmu mengaji ugama dalam halaqah mereka ja , menganggap hati mereka sangat bersih , hati orang lain kotor kerana tak diproses seprti mereka haluan, kadang2 mereka tak perlu lagi wahyu quran atau hadis cukup hanya hati mereka sahaja yang menghukum sebab hati mereka dah bersih, ilmu dan kefahaman mendalam tidak dipupuk menjadikan ramainya ahli2 mereka terpedaya dengan syiah. haluan lepas tangan ja tak mengaku ahli dah jauh sekali untuk mendakwah dan membimbing.
    ikram mestilah sokong pr dah lama ikram menyusup dalam pas , dah lama pun pas ikut ikram tapi pas tak sedar2 pun, sebab pas memang suka cari salah orang lain, sama la ikram rasa mereka ja yang betul, konon mereka im diiktiraf dimalaysia, perasan la, akhlak pun lebih kurang pas ja, mana mungkin la im membenarkan menyokong orang bukan islam sebagai pemimpin,orang ikram ni suka main tipu la, yang lawan dengan mursi di mesir tu adalah penganut islam leberal sama macam anwar ibrahim, dengar cerita anwar ibrahim ni dapat anugerah khas sebagai pemimpin islam liberal di malysia ni dan didiktiraf ( kalau tak betul ikram lebih tahu kot), bagaimana boleh kata ikram jamaah im diiktiraf dimalaysia , perasanla, bohong la.
    pada orang2 pas, ikram , haluan dan isma jadi lah orang islam dulu sebelum nak jadi orang2 jamaah .
    saya nak baca lagi hujjah2 isma, jika benar dan bersesuaian saya daftar isma. tak mungkin la dengan pas dan ikram kerana mereka mengajar berakhlak buruk, haluan pula mengajar jadi penakut, bodoh dan menghukum orang semua tak baik , mereka ja yang terbaik diproses konon.
    isma ni pun nak kena tengok dulu .

    saya zain kahar

  7. Andai anda semua berfikir lebih sedikit, anda akan temui jawapannya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: