Posted by: aminuddin | 25/05/2013

Apa motif mereka?

1. Saya mula mendegar ceramah DSAI pada tahun 1980 di ITM. Ketika itu beliau masih menjadi Presiden ABIM dan usia beliau masih di awal 30an. Saya berdiri selama sejam lebih tanpa rasa penat malah masa terasa begitu cepat berlalu. Begitulah hebatnya DSAI yg memberikan ceramah depan ribuan pelajar tanpa rasa gugup atau gagap tetapi lancar dan bersemangat. Ketika keluar dewan terasa seperti mahu terus berjuang. Begitulah hebatnya beliau.  Namun pada 1982 beliau membuat kejutan apabila mengisytiharkan masuk UMNO. Saya tergamam kerana tak menyangka ceramah yg saya dengar 2 tahun sebelumnya rupa2nya hanya retorik saja.

2. 1998 sekali lagi saya kagum dengan beliau kerana penyiksaan dan penghinaan yg beliau terima tetapi beliau tetap tabah. Kehebatan beliau tersohor. Saya yakin seolah-olah beliau akan menjadi PM Malaysia tidak berapa lama lagi. Tetapi jelas dugaan saya meleset sehinggalah pada PRU13, 5.5.13, saya seolah merasakan beliau akan berjaya dalam pilihanraya kali ini. Namun sekali lagi jangkaan saya tersasar. Saya fikir beliau akan berundur dengan hormat selaku negarawan tetapi apabila beliau menyanggah pilihan rakyat dan terus menjalankan gerakan rakyat, saya benar-benar keliru, apa motif beliau. Kini umur beliau sudah 66 tahun dan 5 tahun lagi akan menjadi 71 tahun. Mungkin beliau akan terus berceramah tetapi saya yakin ia tidak selantang pada tahun 1980 dulu. Apakah rakyat masih menerima beliau, itu saya serahkan pada rakyat untuk memikirkan.

3. Kini muncul “DSAI 2”, seorang pelajar IPT yang hebat dan sangat berani, Adam Adli (AA). Saya kagum dengan keberanian beliau kerana tak ramai yang mampu berbuat demikian dalam usia semuda itu. Mungkin ceramahnya tidak sehebat DSAI tetapi keberaniannya hampir setaraf. Saya mendengar ucapan beliau di dewan perhimpunan Cina melalui youtube dan ia memang mampu membakar semangat sesiapa yang mendengar. Cuma saya tertanya-tanya, adakah beliau faham apa yang beliau ucapkan atau ada tangan-tangan di belakang yang menyuruh beliau mengucapkan perkara tersebut. Sukar juga untuk mempercayai pelajar semuda itu begitu berani tanpa ada “back-up” dari belakang oleh pihak-pihak tertentu.

4. Yang jelas kedua-duanya melaungkan perkara yang sama; turun ke jalanan dan bantah keputusan rakyat. Alasannya; ada penipuan dalam pengundian. Adakah benar tuduhan ini? Tidak ada siapa yang dapat pastikan. Adakah gerakan ini akan berjaya? juga saya tidak pasti. Tetapi pengalaman lepas menunjukkan tidak mudah untuk meyakinkan rakyat negara ini untuk mengambil jalan radikal selain dari sistem demokrasi. Mungkin agaknya ramai rakyat yang masih kenyang dan tak bersedia berlapar dijalanan. Lagipun rakyat juga tertanya, kenapa penipuan hanya berlaku tempat BN menang saja?  Kenapa negeri2 PR tidak dibubarkan dan kita adakan semula pilihanraya? Ini agak pelik. 20130524_115005

5. Adakah usaha DSAI ini dipersetujui oleh PAS?  Komen Ust Harun Taib, Ketua Ulamak PAS menunjukkan PAS tidak bersedia untuk turun kejalanan.  Adakah ini bererti DSAI akan keseorangan? Mungkin juga maka sebab itu dicari pengganti-penganti muda yang akan bersama-sama dengan beliau. Saya boleh faham perasaan DSAI kerana usianya yang sudah lanjut. Tetapi kenapa AA juga turut serta, itu saya tidak dapat hujahkan.

6. Secara peribadi saya merasakan kemenangan BN tidak menguntungkan sesiapa, baik islam maupun orang Melayu. Perlantikan ketua Hindraf dan seorang penggerak kristian memegang jawatan tinggi kerajaan sudah cukup membimbangkan rakyat. Apa yang akan dibuat PM dalam “National Reconciliation” juga menjadi kegusaran ramai umat islam. Apakah bererti akan banyak lagi concession yang akan diberikan kepada orang Cina dan India? Apakah nasib islam dan melayu akan kekal di takuk yang lama? Semua ini tidak mampu membuatkan kita tersenyum apatah lagi berpuas hati. Namun begitu kita masih tidak beriman dengan gerakan jalanan. Bantahan kita ada hadnya, kemarahan kita ada batasannya. Jangan sampai kita menggadaikan masa, tenaga dan nyawa rakyat demi untuk memenuhi nafsu kita saja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: