Posted by: aminuddin | 26/05/2013

Dilema Baru Melayu !

20130526_162916

Pada tahun 1960an Tun Mahathir telah menulis buku Malay Dilema yang menjadi kontroversi sehingga buku itu diharamkan dan beliau sendiri dipecat dari UMNO. Saya membaca buku tersebut dan ia banyak menyentuh soal ekonomi orang Melayu yang kritikal ketikal itu kerana bukan saja sikap kerajaan yang medah berkompromi dengan bangsa lain tetapi juga sikap orang Melayu yang kurang kompetatif. Buku ini yang diterbitkan semula di era pemerintahan beliau telah banyak memberikan kesedaran kepada orang Melayu tentang bagaimana perlunya untuk bersaing dengan bangsa lain. Namun seperti yang kita maklumi sehingga hari ini orang Melayu masih gagal untuk menyamai pencapaian bangsa lain apatah lagi untuk mendahului mereka. Cuba bayangkan setelah 56 tahun merdeka orang Melayu masih terkial-kial untuk mencari nafkah hidup harian. Puncanya; sikap malas dan tidak berani mengambil cabaran. Tapi bab bergaduh dan iri hati, memang dah menjadi darah daging.

Nah, kini timbul pula cadangan untuk membentuk parti pelbagai kaum. Dikatakan parti yang hanya berasaskan kaum tertentu tidak lagi relevan dan dianggap rasis. Adakah kenyataan ini berasas atau tidak, itu satu persoalan yang harus dikaji. Tetapi umumnyadikatakan pemikiran generasi muda sudah tidak lagi kisah tentang kaum dan melihat multi racial parti sebagai asas kepada politik masa depa negara.  Walaupun ia masih diperingkat kajian tetapi seperti biasa akhbar2 sudah mula memainkan sentiment ini dan begitu juga ahli-ahli politik yang mahu mereka dianggap comtemporary memberikan sokongan kepada idea tersebut.

Bolehkah Melayu survive?

Apakah multi racial parti ini baik untuk perkembangan poltiik negara atau tidak, itu sesuatu yang harus dikaji dengan sangat teliti. Beberapa persoalan asas harus ditanya;

          Adakah artikel 153 dan hak-hak orang Melayu masih boleh dipertahankan?

          Bagaimana dengan kedudukan agama islam sebagai agama negara?

          Adakah identity bangsa akan boleh dipertahankan atau akan lupus?

          Bagaimana dengan bahasa dan budaya bangsa, adakah juga akan hilang?

          Adakah islam akan terpaksa menjadi lebih liberal untuk accommodate bangsa lain?

          Bagaimana dengan kedudukan ketua negara ie Perdana Menteri? Akan terbuka kepada bangsa lain atau kekal pada bangsa Melayu?

Melihat kepada perkembangan aspek ekonomi, jelas orang Melayu masih jauh ketinggalan. Hampir-hampir mustahil orang Melayu akan dapat menyamai bangsa Cina apatah lagi untuk menguasai ekonomi. Kalau orang Cina moggok nescaya Melayu akan mati kelaparan.

 Begitu juga pelajaran yang semua kita tahu yang mendapat keputusan cemerlang di IPT (1st class) majoritinya adaah bangsa lain. Graduan Melayu biasanya sangat berpuas hati kalau dapat 2nd class upper, majoritynya 3rd class.

Bahasa Melayu pula sangat jarang diungkap di sector korporat dan juga pada sebahagian agensi kerajaan. Berapa ramai graduan yang tidak diterima kerja kerana gagal menguasai bahasa inggeris. Mereka dianggap keterbelakang dan tidak mempu bersaing jika tidak boleh bertutur bahasa inggeris.  Kalau ditinjau kepada bangsa Cina dan India, walaupun sudah lama merdeka tetapi masih ramai yang tidak fasih bertutur bahsa Melayu dan ada langsung tidak pandai. Ertinya bhasa Melayu tidak ada dalam kamus harian mereka. Malangnya kerajaan tidak berbuat apa-apa. Tanpa menafikan kepentingan bahasa inggeris tetapi kedudukan bahasa Melayu dibimbangi akan kekal hanya sebagai lambang sahaja. Itupun sudah bercampur aduk dengan pelbagai istilah yang orang muda-muda saja yang faham.

Dari aspek agama kita lihat semakin hari desakan kepada liberalism semakin ketara. Penubuhan pusat-pusat ibadah agama lain bukan saja semakin banyak malah semakin besar. Gerakan islam menjadi semakin tersepit kerana apabila saja ingin memperkatakan tentang islam maka mereka dianggap ektremis dan tidak toleran kepada agama lain. Sikap pemimpin islam juga tidak nampak serius dalam mendaulatkan agama islam. Negara Melaysia masih dilihat oleh rakyat sebagai negara secular walaupun perlembagaan memperkatakan sebaliknya.

Bagaimana Politik?

Jika dilihat kepada peranan UMNO dalam BN dan PAS dalam PR, ia tidak menampakkan apa-apa keuntungan kepada islam kerana kedua-duanya terikat dengan janji kepada rakan pakatan masing-masing. Kedua-duanya sangat takut jika sekiranya mereka berkeras untuk laksanakan islam maka mereka akan terpasksa hilang undi bangsa Cina dan India. Maka sebab itu Najib terpaksa ambil ketua Hindraf dan mubaligh kristian untuk menjadi Menteri walaupun menerima protes dari UMNO sendiri. Saya yakin dalam projek National Reconciliation nanti akan banyak lagi kompromi yang dibuat UMNO. Tunggu dan lihat.

Begitu juga dengan PAS. Walaupun mereka adalah parti terbesar dalam PR namun tindak tanduk dan kenyataan pemimpin-pemimpin mereka seolah-oleh mereka tenggelam dalam kehebatan DAP. Semua dibuat atas dasar toleran dan ingin menang ke Putrajaya.

Dalam PRU13 lepas ada penganalisa politik yang mengatakan isu agama dan bangsa tidak lagi relevan untuk dicakapkan dan ramai menerimanya. Saya tertanya; kalau begitu siapa lagi nak bercakap tentang untung nasib agama islam dan bangsa Melayu? Yang hairannya bangsa lain tetap mempertahankan hak mereka dan tidak pula orang kata mereka tak relevan. Inilah peliknya bangsa Melayu, lemah lembut yang memakan diri.

Multi racial parti

Dalam keadaan demikianpun parti UMNO dan PAS gagal untuk berperanan apatah lagi kalau ujud single parti. Melihat kepada sejarah, jika orang Melayu tidak ubah sikap, saya tidak menolak kemungkinan orang lain akan akhirnya menjadi Ketua kepada kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini. Saya juga tidak menolak kemungkinan negara buat pertama kalinya akan mempunyai ketua negara bangsa lain. Saya bukan cuba menakut-nakutkan pembaca tetapi sifat orang Melayu sangat terkenal dengan sikap tak kisah, tak mengapa, sangat forgiving, sangat accomodatif, tak mau kerja kuat tapi mau harta dan kuasa dalam masa singkat, mudah dipengaruhi, membuatkan saya sedikit risau.  Tengok satu contoh saja cukuplah; sekolah vernacular, sampai sekarang tak dapat diselesaikan. Sedangkan di Singapura sendiri tidak ada sekolah setiap kaum, yang ada hanya national school untuk semua orang.

Apakah dengan sikap sebegini ahli politik Melayu dapat mempertahankan islam dan bangsa? Kalau benar terujud PARTI IMALASYAI atau PARTI PAKATAN RAKYAT, maka apakah pemimpin Melayu dalam kedua-dua parti berkenaan akan dapat bercakap atas nama islam dan Melayu lagi? Ini persoalan besar yang harus rakyat fikirkan kecualilah rakyat tidak kisah lagi kepada bangsa dan agama islam.

Inilah DILEMA BARU MELAYU !!!


Responses

  1. […] Oleh: Tn Hj Aminuddin Yahaya Sumber: Suara dari Gunung […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: