Posted by: aminuddin | 06/09/2013

Polemik Kalimah Allah

Sejak kebelakangan ini umat islam telah di diwar-warkan tentang isu penggunaan Kalimah Allah yang cuba untuk di gunakan oleh pihak kristian didalam cetakan penerbitan The Herald dan juga Bible. Isu ini hangat diperkatakan kerana ia bukan saja menyentuh seisitiviti umat islam malah timbul kebimbangan bahawa ada agenda lain yang tersirat dibelakang penggunaan kalimah suci ini.

Latarbelakang

Pada 31 Disember 2009 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah meluluskan permohonan pihak kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan “Herald-The Weekly Catholic”. Majlis Agama Islam beberapa negeri telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk merubah keputusan ini namun pihak kristian telah cuba menghalangnya daripada dirayu. Alhamdulillah pada 22 Ogos 2013 lepas Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan pihak kristian dari menghalang rayuan dibuat. Ini bermakna proses rayuan akan diteruskan pada 10 September 2013.

Umat Islam Berpecah

Samada pihak kristian ini berjaya atau tidak mengguna pakai Kalimah Allah, itu kita serahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukannya. Namun yang sangat jelas hasil dari polemik ini ialah umat islam menjadi semakin berpecah dan rapuh. Perbezaan pandangan melarat sehingga kepada mempolitikkan isu aqidah ini. Alim Ulama tidak kurang ghairah mengemukakan hujah sehingga isu ini dilihat tidak lebih dari hanya mainan politik pihak tertentu. Ertinya umat islam sudah hilang pertimbangan dan menghadapi krisis nilai yang kritikal dalam menentukan mana yang asas dan mana yang ranting. Pertembungan umat kini bukan saja dalam soal politik, ekonomi dan sosial malah berjangkit kepada persoalan aqidah. Kehadiran sebilangan kecil umat islam dimahkamah pada 22 Ogos lepas adalah bukti bahawa umat islam dinegara ini berada diambang kehancuran. Lebih malang apabila ada pemimpin islam yang sanggup menjadi jurucakap kepada mereka hanya semata-mata menagih sokongan. Yang peliknya, pemimpin politik islam saja yang berpecah sedangkan ahli politik mereka, walaupun dari pihak yang berlainan, mereka semua sepakat. Jadi siapa sebenarnya yang sedang dipermainkan disini?

Respon Mereka Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan

Pada 26 Ogos 2013 Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana antara lainnya menyebut :- “Kami mengesa semua rakyat Malaysia untuk membentuk satu system undang-undang yang akan memberikan kesaksamaan dan perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang untuk kesemua rakyat Malaysia. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang aman dan yang cintakan keamanan untuk menolak mereka yang mempunyai unsur perkauman dan cauvinis agama dalam pertuturan dan tindakan mereka. Kita perlu menentang dengan aktif semua yang menerap ketakutan dan kebencian terhadap orang lain atas dasar bangsa dan agama demi kepentingan dan kelebihan politik tertentu,” – petikan Malaysiakini Kalau di teliti kalimah-kalimah yang disebut dalam kenyataan ini ia menimbulkan beberapa persoalan; – Adakah mereka menuntut PLURALISMA agama yang menyamakan agama islam dengan agama-agama lain? – Adakah mempertahankan Kalimah Allah dianggap satu bentuk perkauman dan cauvinis agama? – Adakah memperjuangkan bangsa dan agama islam dianggap menanamkan elemen ketakutan dan kebencian kepada agama lain? Apa sebenar mesej mereka???

Kebimbangan Umat Islam

Apapun hujah yang dikemukakan, kebimbangan umat islam bukan setakat penggunaan Kalimah Allah ini tetapi adakah disana agenda lain disebalik penggunaannya? Ini kerana :- – Dalam penulisan dan pandangan pihak gereja sendiri, mereka menolak penggunaan Kalimah Allah – Istilah “God” didalam agama kristian tidak boleh diterjemah kepada “Allah” tetapi lebih sesuai dengan perkataan “Tuhan”

Seruan Kami

Jika penggunaan ini dibenarkan bermakna ia akan memberikan ruang yang luas kepada pihak kristian untuk menggunakan kalimah ini ditempat-tempat lain seperti mana yang berlaku di Indonesia dimana gereja sudah ditulis sebagai “Rumah Allah”. Bagi yang sudah memahaminya ia bukan satu yang menjadi masalah tetapi bagi yang kurang memahami maka ia akan menimbulkan kekeliruan dalam membezakan agama islam yang suci dengan agama-agama lain. Oleh itu kami menyeru supaya umat islam BERSATU DALAM MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH dan sama-sama berdoa moga keputusan rayuan nanti akan memihak kepada umat islam.

Jumpa di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 10/9/2013 untuk member sokongan moral kepada peguam-peguam muslim.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: