Posted by: aminuddin | 08/09/2013

Saranan pada TPM – Jangan Mengalah

Kewibawaan pemimpin Melayu sekali lagi tercabar apabila ada desakan yang meminta TS Muhyidin meminta maaf kerana kononnya beliau telah membuat kenyataan yang salah mengenai sokongan NGO Cina terhadap pelan pendidikan negara. Dalam kenyataan tersebut TSM telah mengatakan bahawa wakil kaum Cina yang diketuai oleh Dong Zong telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah 240 jam seminggu bagi pembelajaran Bahasa Malaysia disekolah2. Pihak Dong Zong menidakkan kenyataan ini dengan mengatakan bahawa mereka hanya bersetuju sejulmah 210 jam seminggu sahaja dan YB Teresa Kok telah menuntut TSM membuat maaf secara terbuka kepada rakyat.

Nah, bagi saya samada pihak Cina setuju ataupun tidak itu tidak menjadi penentu kepada perlaksanaan pelan pendidikan negara. Umum mengetahui berapa ramai orang Cina dinegara ini yang tidak fasih berbahasa Melayu apatah lagi untuk memahaminya. Walaupun Bahasa Melayu di nobatkan sebagai bahasa kebangsaan namun ianya tidak diendah sama sekali oleh pihak bukan Melayu. Malah akhir-akhir ini dikalangan orang Melayu sendiri melihat penggunaan bahasa Melayu sebagai sesuatu yang memalukan dan dianggap taraf bawahan. Mereka lebih berbangga menggunakan bahasa Inggeris dari bahasa ibunda sediri. Ini memberikan ruang kepada bangsa lain untuk menekan isu bahasa Malaysia supaya ianya tidak dipandang sebagai bahasa utama.

Bak kata orang dulu-dulu; Bahasa Melambangkan Bangsa. Tetapi dinegara yang dicintai ini penggunaan bahasa Malayu sudah makin hari semakin pudar. Kalau adapun ianya dicampur adukkan dengan bahasa lain sehingga hilang keaslian dan keindahan bahasa Melayu itu sendiri. Akhirnya identiti Bangsa Melayu sendiri akan menjadi cacar merba. Kalau dulu bahasa Melayu ini ditulis dalam bentuk jawi kini ianya sudah lama dipadamkan sehingga ramai yang tidak tahu membaca jawi. Kini bahasa itu sendiri ingin diperkecilkan dan di anak tirikan tanpa kita sedari.

Kalau kita tanya ahli-ahli bahasa mereka melihat bahasa Melayu sangat dekat dengan budaya orang Melayu itu sendiri. Bahasanya penuh dengan kelembutan dan kiasan yang melambangkan kehalusan jiwa orang Melayu. Tulisan jawi  melambangkan bagaimana islam sangat kuat mengausai budaya orang Melayu. Peribahasa-peribahasa yang ada melambangkan kretaiviti orang Melayu.

Ini bukan bermakna saya menyuruh kita balik ke zaman silam tetapi keagungan bahasa itu harus diletakkan ditempat yang sepatutnya. Saya tidak pasti kenapa kaum Cina begitu berkeras dengan pembelajaran bahasa Melayu sedangkan ianya adalah merupakan medium terbaik dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum. Jurang yang besar berlaku dikalangan orang Melayu dan Cina dinegara ini antara lainnya adalah disebabkan faktor bahasa. Ini perkara yang sangat asas dalam konteks perpaduan nasional sebelum kita bercakap dari aspek ekonomi, politik maupun sosial. Di Amerika seseorang itu tidak akan diberi kerakyatan sehinggalah beliau boleh bertutur dalam bahsa inggeris dengan baik. Pergilah ke Eropah, kita akan dapati semua rakyatnya begitu bangga dengan bahasa mereka sendiri. Di Indonesia, orang Cina hanya pandai cakap Indonesia bukan bahasa Cina. Tetapi di Malaysia, ianya adalah sebaliknya dimana mungkin jutaan orang Cina yang tidak fasih berbahasa Melayu. Tak kurang juga yang langsung tidak pandai bertutur dalam bahasa Malayu.

Apa yang membimbangkan kita ialah mungkin mereka ada agenda tersembunyi kenapa mereka enggan membenarkan lebih masa untuk pembelajatan bahasa Malayu ini. Apa agenda itu? saudara fikirkanlah sendiri.

Saya menyeru TPM supaya tidak tunduk kepada desakan YB Teresa Kok dan juga Dong Zong. Gunakan kuasa yang ada demi untuk kedaulatan bangsa dan negara serta bahasa Melayu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: