Posted by: aminuddin | 12/11/2016

Kenapa Saya Pilih Donald Trump?

dt

Mungkin ramai yang terkejut apabila saya mengatakan bahawa saya lebih menyenangni Trump dari Hillary Clinton. Sahabat2 saya juga terkejut kerana memandangkan Trump sangat anti-islam. Ini bukan bermakna Trump itu baik tetapi saya memilih dalam apa yang dikatakan “Lesser of two evil”. Kedua-duanya telah meyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dengan Israel

Saya menggariskan beberapa perkara kenapa saya menyukainya.

  1. Trump menolak TPPA

Ramai orang tahu bahawa ISMA adalah antara NGO yang menentang TPPA dengan hujah bahawa jika perjanjian ini terlaksana maka perniagaan dan ekonomi negara akan dikuasai oleh kuasa-kuasa besar teruatama USA. Malah hasil dari kajian rakan2 NGO yang lain akan berlaku pengokongan dalam membuat polisi-polisi ekonomi dan negara tidak lagi bebas mennetukan arah tujunya. Kedaualatan negara sebagai sebuah negara yang merdeka juga akan tergugat dan mungkin tidak mempunyai makna lagi. Trump jelas menolak perjanjian ini yang beliau anggap merugikan Amerika bebranding dengan Hillary. Bermakna perjuangan ISMA dan rakan-rakan NGO yang lain IA akan berjaya jugak akhirnya.

2. Trump menolak penaklukan negara2 islam

Dalam ceramah dan juga perbahasan beliau dengan Hillary, Trump ada menyatakan bahawa peperangan telah membawa kerugian bertrillion kepada Amerika. Trump menyatakan adalah lebih baik wang yang dibelanjakan untuk peperangan ini digunakan untuk membangunkan negara Amerika. Jadi beliau tidak berhasrat untuk melebarkan penguasaan ini dan menambah peperangan lagi. Manakala Hilary sangat jelas menajdikan prinsip beliau untuk terus menguasai dunia dengan mengembangkan penguasaan Amerika terhadap dunia. Dalam konteks ini kita mungkin akan menyaksikan Amerika dibawah pentadbiran Trump kan mengundurkan ataupun mengurangkan keterlibatan ketenteraan Amerika terhadap negara-negara islam

3. Trump tidak suka usahawan Amerika berniaga diluar

Trump menyatakan dalam kempennya bahawa beliau akan mengurangkan kadar cukai korporat daripada 40% kepada 25% dengan alasan peniaga-peniaga Amerika dengan itu akan tertarik untuk kembali berniaga didlam negara dan menujudkan peluang2 pekerjaan. Ini akn menyebabkan peguasaan peniaga-peniaga Amerika diluar negara akan berkurangan termasuk negara Malaysia. Sudah tentu ini akan mendatangkan kebaikkan kepada pengusaha tempatan.

4. Punca Kejatuhan Amerika?

Dengan sikap dan pandangan-pandangan beliau terhadap islam, kaum pendatang, Mexico, Afrcan dan wanita melihatkan peribadinya yang sangat tidal stabil. Sikapnya sebagai seorang usahawan yang robust dan shrewd telah terbawa-bawa dalam politik. Jika ini berterusan didalam pentadbiran beliau nanti bermakna akan banyak keputusan-keputusan beliau yang tidak disenangi dunia dan boleh saya katakan sebagai “gila-gila”. Ini sudah pasti akan mendatangkan penolakan dunia kepada Amerika. Hubungan Amerika dengan dunia luar akan terjejas dan mungkin suara Amerika tidak lagi didengari sebagai selama ini. Kenyataannya yang menyatakan China telah banyak mengambil kesempatan terhadap Amerika mungkin akan menyebabkan China menyemak semula hubungan dua hala mereka. Ini sesuatu yang baik dimana jika sekiranya ini berlaku maka negara-negara ketiga seperti Malaysia akan dapat bernaung dibawah China dan meburangkan doninasi Amerika. Ini juga mungkin merupakan punca kejatuhan Amerika

5. Tidak suka kepada NAFTA

Trump ada menyatakan bahawa beliau juga akan menyemak semula perjanjian ini dan ini sesuatu yang tidak disenangi olrh Eropah. Mungkin akan berlaku ketegangan antara Amerika dengan Eropah. Sekali lagi dominasi Amerika mungkin akan terjejas

Itu lah sebahgian sebab kenapa saya memilih Trump dari Hillary. Saya merassakn Trump akan menjadikan penyebab utama kepada kejatuhan Amerika.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: