Posted by: aminuddin | 08/12/2016

Sami Betul atau Sami Palsu?

sami

Setelah ditekan bertalu-talu barulah ketua sami di Malaysia mengeluarkan kenyataan tentang peranan sami Myanmar yang terlibat dalam pembunuhan orng islam Rohingya. Beliau menyatakan bahawa sami yang terlibat didalam pembunuhan itu bukan sami sebenar tetapi sami palsu.

Jadi baru saya tahu bahawa disana ada sami betul dan ada sami palsu. Persoalannya macamana nak kenal mana sami betul dan mana sami palsu? Kalau dilihat dalam berita-berita diakhbar dan laman sosial sangat jelas yang terlibat dlm pembunuhan itu adalah sami-sami yang ada mempunyai kuil masing-masing. Malah ada diantara mereka merupakan sami yang terkenal di Myanmar dan mempunyai ramai anak murid. Persoalannya :-

– Kalau mereka ini merupakan sami-sami palsu maka adakah mereka mengajar       ajaran budha yang salah kepada anak muridnya?

– Kenapa mereka menggunakan imej sami untuk membunuh orang Rohingya?

– Kenapa sami-sami betul di Myanmar tidak bertindak menolak tindakan sikap sami-sami  palsu ini?

– Kenapa kerajaan Myanmar membenarkan sami-sami palsu ini memburukan imej Myanmar yang merupakan sebuah negara pengamal budhism?

– kenapa sami-sami ini mengajar anak murid mereka  menembak?

Kemudian ketua sami Malaysia mengatakan bahawa ini bukan isu agama tetapi “kelemahan Manusia”. Kelemahan apa? Tidak ada penjelasan yang beliau kemukakan. Sedangkan dalam satu interview oleh Al Jazeera kepada seoarng sami di Myanmar, mereka menyatakan bahawa mereka sangat takut agama islam akan berkembang diMyanmar dan akhirnya islam akan mendominasi negara itu. Maka sebab itu mereka menganggap kehadira orang Rohingya ini sesuatu yang bahaya dan mesti diberhentikan. Atas alasan itu mereka melakukan pembunuhan bersama-sama dengan tentera Myanmar.

Jadi kenyataan ketua sami di Malaysia itu lebih banyak menimbulkan persoalan dari jawaban. Mungkin orang akan mula tertanya-tanya nanti adakah sami-sami yang ada di negara ini sami betul atau sami palsu? Adakah beliau sendiri sami betul atau sami  palsu?

Saya rasa penganut budha juga akan hilang kepercayaan kepada sami-sami mereka dengan kenyataan ketua sami ini.  Kenyataan lebih konkrit perlu diberikan oleh ketua sami ini. Lagi pun kenapa beliau mengambil masa begitu lama untuk membuat kenyataan? Itupun selepas didesak oleh NGO2 islam. Adakah disana ada motif tertentu yang beliau ingin sembunyikan?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: