Posted by: aminuddin | 21/12/2016

Cabaran Kerajaan Perpaduan

kp

Ramai rakyat yang menunggu dan tertanya-tanya; ker arah manakah hubungan PAS dan UMNO akan berakhir? Adakah ianya hanya sekadar marriage of convenience atau memang kedua-dua belah pihak ikhlas dan serius dalam bersama-sama menerajui politik negara.

Dua kali sudah mereka bersatu dan dua kali jugak mereka berpecah. Adakah akan berlaku buat ketiga kalinya kerjasama kedua-dua parti terbesar Melayu dan islam ini? Dalam senario politik yang berlaku hari ini saya yakin ramai yang mendoakan agar kedua-dua parti ini dapat berkerjasama dengan lebih erat bagi menjamin kepentingan bersama dalam menjaga hak orang Melayu dan islam. Ada juga yang mencadangkan kedua-duanya membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU14 nanti. Walaupun ada menteri UMNO yang tidak bersetuju dengan idea ini  namun ia bukan sesuatu yang mustahil. Kalaulah tidak kerana Pak Lah membuat pengumuman dalam akhbar mungkin kita sudah menyaksikan pembentukan kerajaan perpaduan ini pada PRU12 dulu.

Ada beberapa “challenges” yang akan dihadapi jika benar-benar kerajaan perpaduan ini akan dibentuk :

  1. Tentangan dari parti komponen BN. Saya yakin MCA, GERAKAN dan MIC terutamannya akan menentang kerjasama ini kerana ia akan menghalang mereka dari mendapat tempat didalam kerajaan. Kalau adapun mungkin tidak semewah yang mereka rasai sekarang ini. Dalam masa yang sama perjuangan mereka untuk membantu kaum masing2 mungkin akan terbantut kerana tidak lagi mempunyai suara yang kuat didalam kabinet.
  2. PAS akan berhadapan dengan risiko terpaksa bersetuju dengan PM mengenai beberapa polisi yang dibentuk kerajaan walaupun bertentangan dengan perjuangan mereka. Cntoh; bukan senang untuk menghapuskan pusat2 maksiat kerana itu sebahgian dari pendapatan kerajaan.
  3. Mampukan PAS mendesak kerajaan untuk menukar bentuk operasi pentadbiran negara sebagai langkah penjegahan rasuah dan salh guna kuasa. Contoh; bolehkah PAS memmastikan institusi2 penting seperti SPR, SPRM, Audit Negara, Atorney General dll menjadi benar-benar independent? Selagi perkara ini tidak berlaku maka segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang akan terus berkekalan. Apa makna PAS bersama jika perkara asas ini pun gagal untuk diselesaikan
  4. Setakat hari ini kita hanya dengar suara dari pimpinan kedua-dua parti namun grassroot masih tidak kedengaran. Bukan mudah untuk yakinkan ahli2 bawahan yang puluhan tahun ditanam perasaan benci membenci antara satu sama lain. Sebagai contoh masih terdapat tempat yang mana penduduknya sembahyang dengan imam berlainan. Tarik menarik ahli juga akan berlaku. Kalau tersilap langkah akan menyebabkan berlaku sekali lagi perpecahan dalam kedua-dua parti tersebut.
  5. Bolehkah UMNO melepaskan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan kepada PAS atau hanya sekadar mendapat jawatan pinggiran yang tidak signifikan? ini perlu diteliti dengan baik oleh pihak PAS supaya mereka tidak di”pergunakan” demi menjaga kepentingan UMNO. Dalam masa yang sama adakah PAS mempunyai ahli yang berkaliber yang mampu memegang jawatan penting kerajaan? Sehingga kini masih belum nampak tokoh2 PAS yang kredibel.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: