Posted by: aminuddin | 29/12/2016

Apa Selepas RUU355?

pas

Selepas PM membuat kenyataan bahawa pihak kerajaan akan membawa bill ini selepas dibahaskan pada bulan Mac nanti memberikan harapan yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat. Tidak sia-sia kempen yang dijalankan oleh pihak NGO selama hampir 6 bulan keseluruh negara. Sudah pasti kempen ini memberikan kesan kepada pandangan rakyat dan juga pihak pemerintah.

Bagi PAS ini adalah “ultimate goal” dalam perjuangan mereka ie untuk menyaksikan hukuman jenayah syariah dapat diperkasakan. Apa tidaknya, semenjak puluhan tahun yang lepas hudud menjadi agenda utama kempen2 mereka. Walaupun RUU355 ini bukan hudud tetapi sekurang2nya hukuman syariah itu akan dapat diperkasakan lagi.

Persoalanya sekarang; apa agenda PAS seterusnya? Setelah mereka hampir2 mencapai matlamat akhir perjuangan, PAS seharusnya perlu memikirkan apakah agenda utama mereka selepas ini untuk dikemukakan kepada rakyat. Perkara ini sangat kritikal kerana rakyat keseluruhannya menanti-nanti kenyataan pimpinan mereka yang sehingga hari ini masih belum dapat dikemukakan.Jika tidak bukan saja orang luar akan menganggap  PAS tidak lagi relevan atau tidak ada arah tujuan, malah ahli sendiri akan merasa bosan dengan kempen yang hambar. Pimpinan pula sudah habis modal untuk bercakap. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ini adalah perangkap UMNO untuk menjinakkan PAS.

Apakah ini betul? Itu kita tidak dapat pastikan. Yang pasti PAS harus segera mengemukakan idea baru dalam kempen mereka nanti.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang PAS harus mengemudi antaranya; tanah rezab melayu, pendidikan islam dalam sistem pendidikan negara, masalah campur tangan pihak asing dalam pentadbiran negara, isu corporate governance, hak asasi manusia dan pelbagai lagi yang saya tidak dapat senaraikan semuanya. Apakah PAS ada pemikir yang boleh articulate isu ini, itu saya kurang pasti. Sejak Amanah keluar dari PAS ramai yang melihat PAS sudah tidak ada pemikir. Sebenarnya saya yakin PAS ada ramai pemikir2 lain yang tidak kurang handalnya cuma mereka ini perlu cepat mengemukakan idea2 yang bernas.Dalam kemelut ekonomi dan kepincangan sistem pentadbiran negara memerlukan satu pendekatan yang baru. Selaku parti utama selain UMNO, PAS mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menentukan masa depan negara.

Jika benr ada perundingan atau pemaufakatan antara PAS dan UMNO kita berharap isu2 ini dapat diaddresskan dengan sebaik mungkin. Rakyat kini terkapai-kapai melihatkan permainan ahli2 politik dan ada yang dah meluat dengan retorik mereka. Jadi PAS harus bangkit segera dan mengemukakan agneda mereka dengan tegas dn penuh yakin

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: