Posted by: aminuddin | 31/12/2016

Antara Politik Dan Maksiat

Siapa yang tidak kenal dengan Dato Jamal, Ketua UMNO Sg Besar yg kini mendapat perhatian pelbagai pihak dengan tindakan2 beliau yang berani, lucu dan agak unik. Pelbagai reaksi yang dibuat oleh rakyat, ada yang menyokong, ada yang mengeji dan ada yang hanya sekadar melihat dengan penuh jenaka.

Sebagai seorang ahli UMNO tegar sudah pasti semua yang beliau lakukan adalah bermotif politik. Tujuan beliau hanya untuk menjatuhkan pembangkang dan memenangkan UMNO. Itu semua maaruf dan tidak boleh dinafikan. Saya tidak mahu komen aspek motif politik beliau. Juga siapa yang dibelakangnya atau yang sponsor beliau. Itu biarlah ia menjadi persoalan rakyat umum kerana saya yakin masing-masing boleh membuat telahan sendiri.

Tetapi apa yang ingin saya nyatakan ialah keberanian beliau menyelongkar rumah-rumah judi dan urut di sekitar Ampang memberikan satu impak yang agak besar terhadap peranan polis dan pihak penguasa. Dengan bilangan yang mencecah 400 tempat maksiat ini yang beroperasi secara terbuka membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran negeri dan negara. Selama ini kita dengar bahawa gerakerja ini dijalankan oleh sindikit kongsi2 gelap yang dilindungi oleh pihak tertentu. Akibatnya bukan saja operasi mereka semakin berleluasa malah rakyat biasa tidak mampu berbuat apa-apa. Untuk pengetahuan semua, majoriti pengunjung ditempat2 ini adalah orang2 Melayu islam.

Saya agak kecewa apabila pihak polis mengeluarkan kenyataan seolah2 memberi amaran kepada Dato Jamal bahawa tindakan beliau salah dan boleh disaman kerana tidak mengikut saluran undang2. Walaupun kenyataan ini benar tetapi sekurang2nya pihak polis tidak harus berkata demikian. Paling tidak polis boleh mengatakan bahawa kita akan siasat dan berjumpa Dato Jamal. Tetapi apabila polis berkata ini adalah melanggar peraturan dan aktiviti sidikit haram merbahaya seolah2 ianya sesuatu yang menakutkan dan tidak boleh diganggu gugat. Sudah pasti rakyat akan takut membuat laporan dimasa2 depan. Sedangkan banyak NGO2 islam yang telah cuba membuat “raid” terhadap tempat2 ini tapi masih tidak berjaya mengekang pertambahan aktivitinya. Saya tahu ramai rakan2 NGO yang bersekang mata untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa namun tidak ada tindakan yang tegas. Mungkin disebabkan kurangnya publisiti yang diberi. Jadi dengan tindakan Dato Jamal ini diharap pihak berkuasa akan buka mata dan rakyat semakin sedar kenapa ianya berleluasa dan apa yang harus dilakukan.

Walaupun dia dianggap “gila” dan tidak bijak namun Dato Jamal telah berjaya menyedarkan rakyat dan pihak berkuasa bahawa tindakan yang tegas perlu diambil bagi mengahalang percambahan rumah2 maksiat ini !!!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: