Posted by: aminuddin | 15/01/2017

Kenapa BN akan menang dalam PRU14

Ramai yang meramalkan bahawa tahun ini merupakan tahun pilihanraya umum. Walaupun Najib ada masa sehingga 2018 namun di sana sini angin bertiup kencang mengatakan bahawa PRU besar kemungkinan akan diadakan tahun ini. Ada yang meramalkan seawal bulan April 2017. Terdapat beberapa faktor positif yang membantu Najib untuk membuat keputusan terutama apabila kemasukan pelabur China yang berbillion ringgit dan kemenangan BN dengan selesa dalam PKR Sarawak lepas. Namun dengan pemergian TS Adenan mungkin membuatkan Najib berubah fikiran.

Apapun Najib tetap merasa selesa dengan senario politik yang ada sekarang. Bagi pihak pembangkang walaupun mereka telah mendedahkan pelbagai  skandal rasuah dan salah laku pimpinan UMNO dan penjawat awam namun ia masih belum dapat menentukan bahawa rakyat akan mengundi mereka.Saya melihat faktor2 berikut akan membuatkan BN menang agak selesa walaupun bukan 2/3 :-

  1. Kegagalan pembangkang mengemukakan calon PM secara jelas. Masing2 cuba berhelah dengan pelabagai hujah tanpa berani secara sepakat akan pemegang tampuk pimpinan no 1 itu. Ada yang mencadangkan DSWA, ada yg ,encadangk TSMY, ada yang masih tidak mahu menamakan sesiapa.
  2. Selagi PAS tidak bersama dengan pembangkang maka selagi itu pembangkang akan gagal memerintah. Dengan sikap DAP dan PAN yang sentiasa menyerang PAS, rakyat tidak nampak PAS akan bekerjasama dengan pembangkang. Tun M pulak sudha mula menyerang PAS. Apa motif Tun kita tidak tahu. Yang pasti ia telah menyinggung pimpinan PAS
  3. Cakap berbelit2 pihak pembangkang  terutama oleh de facto leader mereka ie Tun M dalam isu2 seperti BRIM, Haji dan DAP yang dianggap beliau bukan rasis amat mengelirukan rakyat. Rakyat mula mual dengan beliau
  4. Serangan DAP terhadap melayu dan islam yang berterusan tidak membantu untuk mendapat sokongan orang Melayu kepada pembangkang
  5. Sikap PKR yang masih berbelah bahagi dalam konteks kerjasama dengan PAS masih menjadi tanda tanya rakyat. Selain dari Selangor kerjasama antara PAS dan PKR sudah lama beku.
  6. BERSATU ada replikasi kepada UMNO. Jadi perubahan yang dilaung2kan oleh BERSATU dilihat hanyalah retorik sahaja sedangkan hakikatnya mereka adalah orang yang sama dan membawa ideologi yang sama. Jadi perubahan apa yang kita harapkan dari mereka?
  7. Dasar perjuangan mereka sangat bercanggah baik dari segi agama maupun dalam konteks bangsa. Walaupun orang Melayu ada yang dah masuk DAP tapi bilangannya terlalu sedikit. PKR tidak lagi meletakkan Melayu sebagai agenda utama begitu juga PAN. Hanya BERSATU yang masih melihat Melayu sebagai dasar perjuangan mereka. Jadi dengan agenda yang bercanggah-canggah ini, apa yang Melayu boleh letakkan masa hadapan mereka. Sedangkan orang Melayu ada golongan majoriti
  8. Selagi PAS tidak menerima kerjasama dengan pakatan ini bermakna akan ada pertandingan 3 penjuru. Semua tahu jika ini berlaku maka advantage nya adalh kepada UMNO/BN
  9. Perpecahan yang berlaku dalam parti2 pembangkang terutamnya PKR akan banyak melemahkan mereka berbanding UMNO. Manakala PAS selepas terkeluarnya PAN kini berada dilandasan yang sangat selesa dari segi perpaduan sesama pimpinan mereka
  10. Persempadanan semula kawasan parlimen yang dibuat UMNO yang melibatkan perpindahan pengundi akan hanya menguntungkan UMNO. Ramai pengundi Cina akan dilonggokkan disatu kawasan yang hanya memilih seorang MP memberi ruang kepada UMNO/BN untuk menguasai kawasan2 lain.

Banyak lagi faktor2 lain yang menyebelahi UMNO/BN yang memberikan indikator kepada Najib untuk mengadakan pur lebih awal ie pada tahun ini.

Kita tunggu dan lihat

Advertisements

Responses

  1. Setuju dengan analisa tuan. Memang nampak begitulah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: