Posted by: aminuddin | 28/01/2017

Wajarkah Rukun Negara Dijadikan kepada Perlembagaan Persekutuan?

Cadangan untuk menjadikan Rukun Negara (RN) sebagai muqaddimah atau preamble kepada Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang positif dan ada yang negative. Saya melihat perkara ini perlu di teliti dengan halus dan dikaji oleh semua pihak bukan hanya segelintir individu yang kita tahu selama ini mereka membawa fahaman liberal agama. Alasan yang diberikan hanyalah sekadar untuk membawa perpaduan kaum dan RN ini dilihat asas penting untuk dimasukkan dalam perlembagaan.

Sebelum itu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian :-

1} Adakah perlu perlembagaan persekutuan ini diadakan muqadimahnya? Adakah apa yang ada didalam perlembagaan itu tidak cukup untuk mewujudkan perpaduan kaum?

2} RN diujudkan selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 sedangkan perlembagaan diujudkan ketika kemerdekaan negara. Artinya RN adalah sangat spesifik kepada kejadian tersebut sedangkan perlembagaan membawa skop yang lebih luas, menyeluruh dan berjangka panjang.

3} pernyataan di dalam RN terlalu umum yang akan mengundang pelbagai tafsiran. Contoh “kepercayaan kepada Tuhan”. Ia tidak menyebut islam dimana-mana sedangkan dalam perlembagaan jelas islam disebut sebagai agama persekutuan. Ada yang menafsirkan bahawa RN ini membawa pendekatan Liberal ie semua agama adalah; sama ingin kepada kebaikan. Ini sangat salah dari aspek penyamaannya. Ironi nya orang yang mendakwa kasih mereka kepada islam dan kononnya mengatakan RN ini tidak akan menjejaskan islam, orang yang sama juga menentang RUU355 walaupun ia selaras dengan 3{1).

4} perlembagaan adalah dokumen yang “supreme” yang mana darinya terujudnya perundangan2 yang lain. Menambah apa2 prasa didalamnya memerlukan kajian amat teliti kerana implikasinya sangat besar di hadapan. Sehingga kini tidak ada perbincangan yang menyeluruh terhadapnya. Puak2 agama islam tidak dibawa berbincang yang menjadikan ia menimbulkan persoalan apakah objektif kumpulan ini?

5) sehingga hari ini terdapat banyak percanggahan interpretasi terhadap perlembagaan negara termasuk prasa 3(1), 153 dan beberapa fasa lain. Penambahan preamble ini akan hanya menambah kekaburan dan komplikasi terhadap perlembagaan.

6) yang lebih dibimbangi ialah ini merupakan anasir2 yang cuba untuk mencairkan kemuliaan agama islam dan jatidiri umat islam secara halus kerana jika silap penafsiran maka akan membawa pemikiran pluralism dan liberalism dalam perlembagaan yang akhirnya akan menjejaskan pandangan mahkmah yang menjadikan perlembagaan sebagai bahan rujukan dan sandaran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: