Posted by: aminuddin | 30/01/2017

Bolehkah Zakir Naik beri khutbah?

zn

Apabila nama Zakir Naik di maklumkan akan memberi khutbah di sebuah mesjid di Perlis, ada pemberita menalipon saya dan bertanyakan pandangan. Sebelum ini memang ada sedikit kontroversi mengenai pendakwah hebat ini, pertama oleh golongan Hindraf yang menganggap beliau menghina agama hindu dan memecah belahkan penganut2 agama dinegara ini. Kedua dari golongan yang melabelkan beliau sebagai memiliki fahaman wahabi yang dianggap bahaya.

Saya tidak menghiraukan pandangan Hindraf kerana ianya tidak relevan namun saya ingin mejelaskan pandangan yang menganggap ZN ini adalah puak wahabi dan dengan itu kita harus menghalangnya.

  1. ZN bukanlah pendakwah biasa tetapi seorang yang sangat bijak berhujah dalam kontek antara agama sehingga bukan puluhan atau ratusan malah ribuan yang telah memeluk islam disebabkan hujah2 beliau. Ini bukan semua pendakwah mampu lakukan. Jangankan di Malaysia malah didunia pun sukar untuk mencari seorang yang begitu petah dan cekap mematikan hujah2 puak2 kristian dan hindu dengan ilmu yang beliau ada. Penjelasan beliau yang sarat dengan hujah dari AlQuran, Biblr dan kitab hindu cukup memukau. Bagi saya kebaikkan ini mengatasi kelemahan2 yang mungkin beliau ada.
  2. Walaupun ramai yang menganggap beliau menganut fahaman wahabi yang bahaya itu namun setelah meneliti beberapa ceramah beliau saya tidak nampak sangat akan extreme nya beliau apatah lagi untuk menimbulkan kekecohan dan perpecahan dikalangan umat islam. Saya tidak nafikan fahaman wahabi yang extreme memang merbahaya tetapi saya tidak nampak ianya ada kepada ZN.
  3. Saya melihat perpecahan dikalangan umat islam sudah sampai ketahap sukar untuk dibaiki lagi. Kenapa kita pula terlibat dalam nak membakarkan lagi perpecahan ini? Yang mendakwa sebagai pengikut benar R saw pun tak kemana jugak. Jadi berlapang dadalah. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh yang mahu mewujudkan perkelahian dikalangan umat islam. Kalau syiah itu memang jelas tetapi isu wahabi ini kita kena nilai dengan teliti jangan letak semua dalam satu karung.
  4. Mengenai teks khutbah, saya melihat ramai pendakwah2 bebas yang tidak menggunakan teks resmi. Bagi saya ini jugak kita kena berlapang dada kerana ada sebahgian tempat mungkin tdak sesuai untuk menggunakan teks resmi. Masalah masyarakat mungkin berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain tetapi yang penting doa untuk sultan dan raja itu wajib dikekalkan. Jadi jika ZN menyampaikan khutbah tanpa menggunakan teks saya rasa kita harus berlapang dada cuma perlu diingatkan kepada beliau mengenai doa kepada sultan/raja perlu dikekalkan.

Akhirnya saya menyeru kepada umat islam dinegara ini supaya banyakkan berlapang dada dan melihat matlamat yang lebih jauh.Ya, kita menolak fahaman ektrim mana2 puak namun janganlah kita mudah untuk melabelkan mana2 kumpulan sehingga akhirnya akan berlaku perpecahan yang dahsyat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: