Posted by: aminuddin | 20/03/2017

Politik Kepartian V Politik Kenegarawan

Melihat perkembangan politik hari ini dengan perpecahan orang melayu islam yang semakin meruncing, sangat membimbangkan. Hina menghina, dedah mendedah kelemahan, jelek menjelek sudah menjadi mainan seolah-oleh tidak ad penghujung. Tidak cukup dengan itu pertelingkahan ini menyusup sehingga kepada perkara-perkara asas seolah-olah konsep yang terkandung dalam ajaran islam tidak lagi diberi perhatian walaupun masing-masing beragama islam dan mendakwa mampu memberikan kebaikkan kepada rakyat.

Dengan PRU 14 yang semakin dekat ini saya yakin kita akan menyaksikan persaingan yang semakin brutal terutama dalam setiap parti mahukan kemenangan manakala lawan hancur sehancur-hancurnya. Saya istilahkan politik seperti ini sebagai politik kepartian. Asalkan saja partinya menang maka mereka akan lakukan apa saja termasuk menghina lawan. Persetankan kebenaran. Sikap mereka tidak ada yang lain sebaliknya apabila habis saja pilihanraya mereka mula memikirkan pilihanraya yang akan datang. Politik ini saya namakan politik KEPARTIAN. Parti adalah segala-galanya. Politik seperti ini akan mengundang kehancuran kepada rakyat dan islam.

Nah, apa yang sepatutnya berlaku ialah ahli politik ini harus berhenti sejenak dan memikirkan kemaslahatan rakyat mesti diutamakan lebih dari kemenangan parti dan diri sendiri. Ya, saya tidak menafikan setiap parti ingin menang undi dan menarik sokongan rakyat. Namun disana ada batasnya. Jika kebenaran yang dibawa oleh lawan maka kita seharusnya bersama dan sebaliknya jika ada keburukkan oleh parti sendiri maka kita harus menegur dan memperbaikinya. Inilah apa yang saya istilahkan sebagai politik KENEGARAAN.

Apakah ahli politik kita mampu menterjemhkan istilah ini ke dalam realiti? Saya tidak yakin kerana budaya jatuh menjatuh ini sudah sangat menebal dalam kerangka politik negara tanpa ada batasan. Politik negara memerlukan nafas baru dan pemimpin baru yang boleh menyegarkan keadaan yang semakin parah menunggu saat2 kematian.

Moga pemimpin ini akan lahir sebelum negara di robek oleh musuh yang rakus.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: