Posted by: aminuddin | 23/03/2017

Debat Tun M vs DS Nazri

Sehingga tarikh nota ini dicatitkan penulis difahamkan tarikh debat ini bukan saja telah ditukar tempatnya tapi tarikhnya juga telah dianjakkan ke bulan April. Ramai yang tetrunggu2 memandangkan kedua2 personaliti ini dilihat bukan saja seorang yang vokal tetapi telah selalu mengeluarkan kenyataan terhadap lawan masing2.

Kedua2 pihak dikatakan mewakili peribadi bukan parti. Jadi boleh dikatakan ianya hanya sekadar untuk mencari “personal glory”. Bagi pihak Tun M beliau perlu buktikan bahawa beliau masih relevan manakala Nazri juga sudah hampir penghujung kareer politiknya dan perlu “revive” balik reputasinya supaya Najib boleh mengekalkan beliau dalam kabinet. tun M sudah bergiat dalam politik semenjak UMNO ditubuhkan manakala Nazri dikatakan terlibat dalam kabinet saja sudah 5 penggal (atau 20 tahun) dan mungkin dalam politik sudah melebihi 30 tahun. Memang kedua2nya seasoned politician.

Apapun saya tetap salute di atas keberanian kedua2 pihak untuk bersemuka.

Sekali pandang Tun M nampak agak mudah untuk mengalahkan Nazri. Bukan saja Tun seorang pemimpin yang hebat memimpin dengan idea yang bernas namun beliau terkenal sebagai seorang yang pandai berhujah. Nazri walaupun tidak sebijak Tun dalam menyusun kata-kata tetapi keberaniannya itu sukar untuk dicari dalam UMNO. Dulu beliau pernah berbahas dengan Husam Musa.

Apakah debat ini akan menghasilkan apa2 yang positif?

Saya rasa tidak. Sebaliknya hanya sekadar mencari populariti. Mungkin rakyat akan menjadi lebih keliru namun semua orang tahu “politic is a game of perception”. Sape yang pandai menyusun hujah dan mendapat simpati audience maka orang itulah yang akan dikira menang. Tun akan menafikan kesalahannya dalam isu BMF manakala Nazri akan menafikan tuduhan terhadap Najib dalam 1MDB. Hakikat sebenar tidak ada audience yang boleh verify  keatas fakta2 yang mungkin akan dibentang. Kitapun dah boleh agak apa hujah2 yang akan dikemukakan oleh kedua2 pihak kerana semuanya sudah ada dalam akhbar.

Cuma kita agak pelik kenapa tidak ada endorsement dari kedua2 parti?  Kenapa Najib takut untuk menyokong debat ini dan dalam masa yang sama tidak pulak menghalang. Mungkinkah Najib masih gerun dengan Tun kerana menjangkakan Nazri akan kecundang?

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: