Posted by: aminuddin | 26/03/2017

Tun Fairuz dan Perundangan Negara

20170325_140738

Saya merasa begitu bertuah kerana dapat menghadiri satu ceramah oleh bekas ketau hakim negara Tun Fairuz di The Majestic Hotel semalam 24 Mac 2017. Bukan senang nak mendengar ucapan beliau apatah lagi dapat berbual mesri dengan yang amat arif ini. Ucapan beliau cukup memukau kerana sarat dengan bahan-bahan perundangan yang sangat berguna untuk dijadikan sandaran apatah lagi beliau bekas ketua hakim negara. Saya agak terkejut dengan kenyataan2 beliau dan ini memberikan semangat kepada NGO islam yang selama ini tercari-cari pandangan seorang yang arif spt Tun ini. Antara kata2 beliau

“Punya antiknya undang-undang kita,”

“Sudah sampai masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara, tapi juga perundangan antarabangsa. Apakah tidak sesuai dan wajar Common Law ini digantikan dengan mana-mana sistem sekalipun asalkan perundangan itu difikir sesuai oleh mahkamah demi melaksana dan memberi keadilan,” tegas beliau.

Mengenai RUU355, Tun Dr Ahmad Fairuz berkata beliau tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka tapi pada masa yang sama, orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka.

“Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini? Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?” tambah beliau lagi.

Sudah dijangka media2 sosial telah mengambil peluang ini untuk menghentam balik Tun dengan mengeluarkan kenyataan2 peguam yang berfikiran liberal. Seorang pesara hakim yang sudah tua juga tidak ketinggalan memberikan komen menyanggah pandangan Tun. Memang mereka terasa panas kerana yang mengeluarkan kenyataan ini bukan sebarangan manusia, bekas Ketua Hakim.

Saya sempat bertanya samada beliau sanggup bersama-sama kami (NGO islam) dalam mempertahankan islam dinegara ini? Beliau menjawab dengan tegas:

“saya sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan agama islam”.

Moga Allah memanjangkan dan merahmati usia Tun Fairuz.

Tahniah juga kepada PPMM, Centhra dan iPeguam kerana berjaya menganjurkan dialog ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: