Posted by: aminuddin | 18/04/2011

Jangan Perkecil Undi Melayu Islam

Dalam temubual dengan pihak media, Sdr Adam Ahid, Pesuruhjaya PAS Sarawak, telah menyenaraikan 3 sebab utama kenapa PAS gagal memenangi sabarang kerusi dalam Pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Ketiga-tiga faktor tersebut ialah :-

1. Populriti Najib yang telah berkempen di kawasan2 PAS dan berjaya menyelesaikan masaalah harian mereka

2. Cadangan pihak PR melantik Bian Baru, seorang kristian, sebagai KM jika sekirannya PR menang

3. Sikap over confident PKR dan DAP

Kalau kita lihat beberapa minggu yang lepas, pimpinan parti-parti politik samada di pihak BN ataupun PR, banyak menumpukan kepada undi bukan Melayu. Pelbagai isu dimainkan, termasuklah Bible, semata-mata untuk memenagi hati mereka. Hampir tidak ada kedengaran isu orang Melayu yang dikeluarkan didalam media utama negara seolah-olah undi orang Melayu tidak relevan. Atau dengan lebih tepat lagi ia dianggap bukan menjadi undi penentu.

Kita tidak nafikan akan adanya kebenaran startegi ini.

Namun kemenangan PBB 100% membuktikan bahawa undi orang Melayu bukan sesuatu yang boleh dilupakan begitu saja. Walaupun pelbagai skandal Taib didedahkan namun orang Melayu masih tetap mengundi parti Taib Mahmud ini. Dikatakan Taib sangat mengambil berat akan hal ehwal agama orang Melayu Melanau dimana mesjid dan surau dibina dengan banyaknya dikawasan-kawasan penduduk islam ini.Dengan ini seruan PR untuk memerintah dan mengundurkan Taib dari takhtanya gagal untuk direalisasikan.

Sikap “over confident” PR bahawa mereka akan memerintah Sarawak menyebabkan mereka secara tergesa-gesa mengumumkan Bian Baru sebagai calon KM. Mungkin bagi pihak bukan Melayu pengumuman ini sesuatu yang dialu-alukan namun disatu pihak lagi ia telah mengguris hati pengundi Melayu Melanau. Walaupun pada peringkat awal terdapat desas desus PAS akan menang di Beti Maro kerana ada undi protes pd Taib tetapi tindakan PR ini telah menyebabkan undi Melayu berubah kembali kepada PBB. PAS menjadi mangsa pertaruhan.

Adakah ini strategi DAP dan PKR untuk meminggirkan PAS? Itu sukar untuk dipastikan.

Tetapi jika pendekatan yang sama ini digunakan di Semenanjung pada PRU13 nanti, kita tidak pasti adakah ia akan menguntungkan PAS atau hanya DAP dan PKR sekali lagi mencapai kemenangan besar. Trend meminggirkan undi Melayu sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa seolah-olah mereka menganggap undi Melayu ini pasti memihak kepada PR kerana PAS ada didalamnya. Kalau dilihat secara keseluruhannya kita dapati tidak banyak kawasan yang majoriti pengundinya adalah  Cina atau India. Ini bermakna undi Melayu memainkan peranan yang sangat besar. Anggapa bahawa undi Cina dan India sebagai penentu adalah sesuatu yang tidak benar. Cuma yang benar ialah undi Melayu telah berpecah.

Namun jika PR tersilap langkah denagan mengumumkan pimpinan bukan islam, seperti di Sarawak, maka tidak mustahil undi Melayu akan berubah. Yang kita bimbang ialah nasib PAS mungkin akan berulang di Semenanjung.

Jangan perkecil undi Melayu Islam.


Respon

  1. assalamualaikum wrt, saudara…

    Rujuk ulasan awal dalam malaysiakini; antara sebab kekalahan pas ialah beri keutamaan lebih kepada dakwah Islam daripada kempen untuk pilihanraya.. DAP menang bukan atas dasar DAP semata-mata tapi atas kebersamaan dalam Pakatan Rakyat dalam misi membela nasib rakyat Sarawak dan Malaysia.. kalah menang bukan alasannya…

    sangat mudah kita mengulas daripada laptop.. hormat, hargai dan sama-samalah bantu tenaga dan sumbangan dakwah yang disampaikan mereka yang turun ke sana…

    Antum lupakah sirah Nabi, kisah Raja Najasyi, raja bukan Islam yang adil, memberi perlindungan kepada rombongan sahabat yang berhijrah ke Habsyah…

    Lim Guan Eng, negeri majoriti yang dikuasai PR melalui DAP telah banyak menolong orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang… perkara yang tak pernah dibuat selama BN atau Gerakan Koh Tsu Koon memerintah.. antum baca, tak tahu atau buat-buat lupa dan buta…

    Di sabah sarawak, bukan orang Melayu dan orang Islam saja yang tertindas oleh pemerintahan Taib, tapi orang bukan Islam juga ditindas oleh seorang pemimpin beragama Islam…

    Di Kelantan, bukan orang DAP atau PKR atau orang bukan Islam yang merampas hak royalti minyak mereka, tapi orang yang mengaku Islam, dan pemimpin UMNO BN… siapa yang meroboh masjid, rumah orang melayu di terengganu… siapa itu, parti mana orang Islam itu yang berdakwah kepada orang asli dengan konsert, arak, dan jamuan makan…

    Perlu diingatkan kalau kamu menyeru kepada mereka, kena bersedia juga untuk tanggung saham kerana menyokong mereka… saham menghalalkan judi, menghalalkan hub hiburan malam, halalkan penyalahgunaan kuasa dan rashuah, halalkan fitnah, qazaf, halalkan kezaliman terhadap rakyat, halalkan untuk tidak melaksanakan sistem-sistem Islam…

    Tahniah UMNO-MCA-MIC-PBB-SUPP-etc…

    Renung-renungkan…

    • Kita kena lihat prinsip bukan hanya pada satu dua tindakan mereka maka terus kita kata dia lebih baik dari orang islam.
      Kita kena ingat bahawa dasar DAP ialah Sosialis dan mereka takkan berganjak darinya. Ini bertentangan dgn islam

      Saya juga tidak menghalalkan tindakan UMNO yang byk melakukan kerosakkan tetapi terus terang saya katakan UMNO lebih baik dari DAP. UMNO orang islam tetapi DAP bukan. Jika saudara ada hujjah syarak yang mengatakan DAP lebih mulia dari UMNO, saya bersedia mendengarnya.

      Sudah pasti PAS lebih baik dari UMNO.

      • kalau tahu PAS lebih baik dari UMNO, masuk dalam PAS dan perjuangkan Islam bersama-sama. Jangan hanya pintar kritik sahaja dalam blog, ayuh turun lapangan, buka markaz dalam kawasan kelompok yang belum kenali Islam.

        aneh juga apabila anda mahu pandangan diterima sedangkan anda sendiri tidak berminat untuk bersama-sama kelompok yang anda berikan pandangan itu.

      • Di zaman globalisasi, era IT sepatutnya saudara Arif sudah mampu menerima perbezaan pandangan. Pendapat yang mengatakan islam hanya dalam PAS adalah pendapat yang sudah lama di tolak, baik oleh pemikir, strategis, cendikiawan, politikus, akademis, pendakwah dan rakyat marahein.

        Saudara kena UPGRADE software pemikiran saudara secepat mungkin sebelum zaman meninggalkan saudara.

  2. Salam,
    Arif, apakah semua yang memperjuangkan Islam perlu masuk dalam PAS? dan yang ingin bercakap tentang Melayu perlu masuk dalam UMNO?

  3. Bila sy komen entri PR Sarawak dgn analisa pensyarah UM, tuan kata jgn hukum niat mrk

    Tp ayat tuan “Adakah ini strategi DAP dan PKR untuk meminggirkan PAS? Itu sukar untuk dipastikan.”…by itself ingin bangkitkan perasaan persoalkan niat orang

    Atau feeling sy salah…itu bukan maksud tuan….kind to explain???

    • Saya dah respon dan kata, setiap penganalisa boleh beri pandangan masing2. Tak ada orang yg semua betul dan tak ada orang yang semua salah. Termasuklah pensyarah UM, saya dan saudara/ri sendiri.
      Bila saya kata, jangan tengok niat, maksud saya, itu terpulang pd setiap individu. Yg pentingnya siapa yg dia undi. Dalam hal ini mereka undi PBB. Samada itu undi protes ke atau ikhlas ke atau dgn tekanan ke atau dgn apa sekalipun, itu sukar nak ditentukan sebab hanya yang mengundi saja yang tahu niat didalam hati masing2. Namun Pesuruhjaya PAS sendiri mengaku antara puncanya ialah isu Bian Baru.

      Apabila saya kata; “Adakah ini strategi DAP…..”, ia hanya sekadar lontaran persoalan. Saya tidak menghukum. Ia sesuatu yg perlu difikirkan, jika rasa relevan. Jika tidak maka abaikan.

    • Derr Amrar… dah xde hujah, cari salah orang je ke?

  4. Salam,

    Akh Amin sekarang dah upgrade ke no. 2 ISMA.

    Sekarang dah dekat pilihanraya.

    Harap-harap akh Amin dapat buat impact macam Dr Maza.

    Setiap isu yang dikupas secara umum tidak kritik PAS, UMNO atau PKR.

    Apa isu yang Dr MAza sentuh sekarang utk kebaikan islam.

    W.A.

    • Tkasih atas pandangan. Saya tak mengikuti tulisan2 MAZA dan tak pasti apa yg di bcgkan. Namun saya ada pandangan tersendiri yang mungkin berbeza dgn sesiapa. Saya hanya sekadar menulis apa yang saya dapat analisakan.

      • Salam Akhi,

        Maksud saya dulu saudara Amin pernah tulis, saudara tak nak kritik UMNO banyak-banyak sebab UMNO memang susah nak diperbaiki. Sebab itu saudara banyak mengkritik PR supaya PAS dan PKR tak jadi macam UMNO nanti.

        Tapi saudara pun setuju “Politic is about perception”.

        Walaupun niat saudara baik tapi banyak kritik PR daripada BN nanti menyebabkan ada persepsi saudara menyokong UMNO.

        Boleh kasi balance tak kritik BN dan PR 50%:50% dalam kritikan, tambah-tambah lagi saudara dah upgrade sekarang ini jadi no. 2 ISMA, tahniah.

        W.A.

      • I like!!!!

        Sokong….pandangan nazri

        Dr Asri is a good ulama’…not the best, but a good one for sure

  5. Assalamualaikum, saya adalah pejuang islam juga.semoga kita semua terus istiqamah dengan perjuangan islam.

    bole tak saya nak tau apakah stand isma ya? mengundi PAS atau umno. kalau jemaah islam yg lain Haluan,abim,ikram/jim saya pasti mereka mengundi PAS dan support PAS

    tapi saya banyak dengar yang ISMA ini di kampus2 banyak pakat dgn umno utk lawan jemaah lain. adakah benar? terutama di MESIR…

    apakah isma di tengah2?OR MACAM MANA?

    kadangkala tengok cara orang2 isma,banyak sembur peluru pada PAS sahaja, kata NGO….so ISMA belah mana?

    NGO stand for Non Goverment Organization btul tak tuan timb presiden? so bila kata NGO, perlu adil dalam nak sembur peluru. BUKTIKAN dengan perbuatan bukan dengan kata2 sahaja.manusia MENILAI atas perbuatan yang kita buat.tuan lebih banyak komen tentang kelemahan PAS..saya cukup kagum kerana ada keberanian dan ada hujah2 yang boleh diterima pakai.semoga pimpinan PAS ambil juga sebagai pemerhatian..tapi TUAN tidak pernah komen kelemahan UMNO pun or kerajaan… nak tengok juga mana pimpinan ISMA yang tegur kerajaan dalam blog2 mereka.. adakah antum tidak berani or mau “playsafe” dalam perjuangan islam?
    sering jumpa orang isma yang sangat “backup” umno tetapi selalu nyatakan keburukan/kelemahan PAS..kenapa ya begitu?

    MOHON PENCERAHAN. ingin cadangkan pada isma ,lebih baik kita wat 1 pendebatan sihat wat satu wacana perdana yg melibatkan figura isma,pas,jim,abim,ht,haluan..supaya kita sume dapat memahami hujah2 masing2 dan pendapat yang berbeza dgn kita sendiri… adakah ini relevan?

    sebab merindui kesatuan antara pejuang2 islam ini…

    • Menilai seseorang dgn melihat kritikannya pd mana2 parti adalah satu yg tidak tepat. Berapa ramai ahli PAS yg kritik pimpinannya, berapa ramai pulak ahi UMNO yg mengkritik pimpinannya. Adakah itu salah? Sedangkan R saw di kritik. Saya bersedia menerima kritikan. Saya yakin pimpinan ISMA juga sedia menerima kritikan, kerana itu lumrah perjuangan. Orang yang tak mahu atau tak tahan dikritik, lebih baik duduk dirumah tidur sorang2.

      ISMA tidak menyokong mana2 parti, ia NGO dan kekal NGO.

      Utk pengetahuan sdr Muhd, pimpinan ISMA dah banyak berdailog dgn wakil2 yg di sebut tu. Semuanya ok dan tak komen apa2 kerana menghormati pandangan masing2. Mungkin Muhd tak tahu sebab tu Muhd melenting-lenting.

      • “Berapa ramai ahli PAS yg kritik pimpinannya, berapa ramai pulak ahi UMNO yg mengkritik pimpinannya. Adakah itu salah? ”

        Aiikkk….tak paham betul sy

        Orang PAS kritik pas suka hati depa la…Orang umno kritik umno lantak pi la…

        Ni orang luar pulak nak kritik PAS di pentas terbuka….mana tak marah orang2 PAS….

        Kalau tuan bermaksud murni atas dasar ikatan islam….again ditanyakan… orang umno takyah kritik ke???….mrk kan melayu islam saudara…tu jer pertikaiannya…

        I concure dgn pandangan nazri yg kata MAZA is quite adil dlm pandangannya…barulah orang blh terima…mengkritik bukan utk tujuan berkonfrontasi tp menasihati….anda dilihat sebaliknya (nanti keluarlah statement balas kata “itu terpulang pd perspektif masing2” la)

        My nasihat…write dgn gaya lebih baikla sikit….

  6. Saya berpandangan ISMA kena berani berkata dalam realiti politik Malaysia sekarang……kita perlu memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang iaitu UMNO….mengapa perlu kita menjatuhkan kerajaan yang orang Islamnya DOMINAN!! KITA PERLU ISLAHKAN SAHAJA!!
    Saya teringat kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Biro Politik PKR, YB Fuziah Salleh….PR akan dapat menawan Putrajaya dalam PR13 akan datang apabila mendapat sokongan 40% pengundi Melayu (Islam) 70% Cina (kafir) dan 60% India (kafir). Kalaulah ini berlaku…tidakkah kerajaan yang akan dibentuk nanti mempunyai pengaruh orang kafir yang lebih DOMINAN!! Apa maknanya kalau kerajaan seperti ini terhadap nasib ummat Islam yang masih lemah di Malaysia kini. Bagi saya jika ini berlaku. scenario Perak 2008 kembali dimana dari 10 exco, 6 adalah Cina….sedangkan penduduk perak ada 55% Melayu, 32% Cina dan 10% India. Ini buat soal main2…..Apa PAS boleh buat jika ini berlaku!!
    Bagi saya mafsadah lebih besar jika kita menukar kerajaan!!
    ISLAH AJE KERAJAAN YANG ADA!! KERAJAAN INI TIDAK MENGHALANG DAKWAH…BUATLAH SEBANYAK MANA YANG TERLARAT….MEREKA JUGA NAMPAKNYA BOLEH MENERIMA TEGURAN…..KENAPA KITA PERLU MEMILIH SESUATU YANG TIDAK PASTI DARI YANG PASTI LEBIH BAIK!!

    • kalau betul kerajaan tidak menghalang dakwah, kenapa ada ustaz2 yg kene tangkap masa beri ceramah di rumah2? ceramah agama bukan ceramah politik..

      kalau betul boleh terima teguran, kenapa tidak selesaikan kes2 liwat,zina mengikut islam?banyak ustaz dh kata nk selesai kes liwat/zina kene ada 4 orang saksi yg boleh dipercayai..

      senang cerita, kerajaan skrg kurang nk dengar kata2 rakyat, dan lebih suka buat apa yg mereka nak, sbb mereka ada kuasa, blh buat apa saja

      rakyat xsetuju projek email 1 malaysia, ada mereka dengar?

      • Betul tu. Malaysia memang ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Cuma persoalannya bagaimana kita menyelesaikan permasalahan tersebut. Adakah kita melihat isu tersebut satu persatu atau kita melihat isu besar di belakang isu-isu tersebut.

        Mungkin sebab “rakyat” yang saudara/saudari maksudkan adalah sedikit bilangannya di Malaysia dan tak bukan majoriti, sebab tu ada orang buat tak dengar je.

        Kita ambil contoh Mesir. Bila mereka “rakyat”, mereka maksudkan berjuta-juta orang. Mungkin bila saudari kata rakyat, yang menyokong atau yang menentang, bagaimana nisbahnya?

        Bagi saya, berdasarkan sejarah juga, kata kuncinya adalah rakyat. Bila rakyat sihat, pilihan yang mereka buat juga adalah pilihan yang sihat.

    • tu dia…akhirnya Orang Lama (nick yg sama i presume) keluarkan statement….mengesahkan perasaan sesetengah orang trhadap sudut pandang yg sebenarnya ingin dibawa….

      Saudara….deiiii…saya rasa u taken point fuziah tu out of contextlaa….cuba darab peratusan kepada taburan penduduk malaysia….brp jumlah bangsa masing2….

      “Kalaulah ini berlaku…tidakkah kerajaan yang akan dibentuk nanti mempunyai pengaruh orang kafir yang lebih DOMINAN!!”

      Emosi membabi buta betul….

      Kafir…kafir….kenapala engkau dilahirkan kafir….kan baik ko takde di dunia ni…menyusahkan orang melayu islam jer….

    • barisan nasional ada 3 main party – UMNO – melayu islam, MCA – cina , MIC – india. so parti melayu islam dlm tu ade 1 je. dominan ke?

      kalau PR – ada PAS – melayu islam(majoriti), PKR – melayu islam (majoriti), DAP – cina india ( majoriti). jadi ISLAM lebih dominan di PR berbanding BN..betul x?

      jadi kenapa nk undi BN? kalau betul nk perjuang Islam?

      jgn salahkan org kafir, mereka tak minta pun dilahirkan kafir..tp salahkan org islam yg tidak berdakwah & tidak menunjukkan akhlak islam kepada mereka..

      kalau mereka lihat situasi politik di Msia skrg, mmg org kafir takkan tertarik nak masuk Islam.. sbb tak adil. sikit2 melayu. sedangkan kita multi racial country. bangsa lain pun menyumbang kpd pembangunan negara,.. kalau kita tgk yg menyumbang kpd kejatuhan negara pun melayu gak, yg bnyk kt pusat serenti, mat rempit, buang anak, yg bnyk kt disco2 kelab malam siapa?

      yg cemerlang kt universiti siapa? yg bnyk syarikat2 kt msia ni siapa? melayu makan gaji kerja dgn org kafir ni jgk..

      islam ajar spy adil kpd semua xkira bangsa agama..

      • Saya setuju sangat jika lihat situasi politik sekarang, suasana politik sekarang, sukar orang bukan Islam untuk tertarik dengan Islam.

        Saya sangat setuju Islam mengajar kita supaya berlaku adil terhadap semua makhluk.

        Saya juga sangat setuju:

        “barisan nasional ada 3 main party – UMNO – melayu islam, MCA – cina , MIC – india. so parti melayu islam dlm tu ade 1 je. dominan ke?

        kalau PR – ada PAS – melayu islam(majoriti), PKR – melayu islam (majoriti), DAP – cina india ( majoriti). jadi ISLAM lebih dominan di PR berbanding BN..betul x?”

        Sayangnya, majoriti Melayu Islam dalam kedua-dua pakatan tidak membawa majoriti Melayu Islam di Malaysia.

        Saya juga setuju bangsa lain di Malaysia juga menyumbang banyak terhadap pembangunan negara. Bagaimana Malaysia boleh aman jika mana-mana bangsa tertindas dan timbul huru-hara.

        Pada pendapat saya, bukan membangunkan sesebuah bangsa yang yang menyinggung bangsa lain tetapi ketidakadilan dan penindasan. Tiada masalah mana-mana bangsa membangunkan bangsa sendiri dengan syarat tidak menindas bangsa lain dan tidak mengambil hak orang lain.

        Selain memikirkan mengislamkan non-muslim, kita lebih perlu mengembalikan orang Islam untuk memahami ajaran Islam. Di Malaysia, orang Melayu tidak pinta untuk dilahirkan dan dibesarkan dengan fahaman Islam yang syumul.

        Sebagaimana kita faham tindakan sesetengah orang bukan Islam adalah disebabkan mereka jahil, kita juga perlu faham yang tindakan sesetengah Muslim Melayu yang tidak selari dengan Islam juga adalah kerana mereka jahil. Jika ada yang berlembut dengan orang bukan Islam untuk menyampaikan Islam, mereka perlu lebih lembut dan berhikmah dalam mendekati saudara Islam mereka sendiri.

      • *pembetulan:

        Di Malaysia, orang Melayu tidak pinta untuk dilahirkan dan dibesarkan dengan fahaman Islam yang kelihatan tidak syumul.

      • saya rasa, kita boleh buat kedua2nya dgn selari, maksudnya menarik org kafir kpd islam dan mengembalikan melayu Islam kepada Islam sebenar..dgn syarat kita tidak membataskan organisasi kita kpd sesuatu bangsa sahaja..contohnya PAS membuka keahlian kepada semua, xkira bangsa/agama..apabila ada org2 non muslim yg join PAS, kemungkinan mereka akan pergi ceramah2 PAS..dari situ mereka boleh belajar Islam,,dalam masa yang sama, ceramah PAS juga dihadiri oleh org Melayu Islam yg lain

      • ISMA hanyalah platform saja yang punyai fokus tersendiri. Di Malaysia, terdapat platform lain untuk dakwah kepada bangsa lain dan ada yang bekerja di dalamnya. Platform-platform ini bekerja untuk umat Islam secara menyeluruh jadi tidak perlulah ada konflik kerana matlamat akhir adalah redha Allah ke atas umat.

        Relevannya platform-platform ini adalah fokus dan perancangan serta penyusunan. Setiap bangsa punyai masalah lain. Masalah merempit dan mak nyah banyak di kalangan Melayu dan tidak di kalangan bangsa cina atau india atau arab.

        Kita dapat lihat pemilik blog ini pun berdakwah kepada non-muslim =)

      • Hurmm…

        Mungkin inilah jwpn solusinya…ISMA ni cuma platform/wadah….bukan jamaah
        Beza besar benda ni. Insyaallah sy rasa eqwan tau maksud dan beza kedua-duanya sbb tu dia perkatakan sedemikian.

        Oklah…thanks eqwan krn membawa statement ini…

        My views: Bila kita berkata-kata, make sure kita faham apa yg kita katakan…

      • Solusinya orang Melayu kena bersatu atau sekurang-kurangnya bersepakat.

        ISMA memang satu platform untuk capai sesuatu tujuan. Dan tujuan yang paling tinggi adalah mencapai redha Allah. Sama juga macam pertubuhan-pertubuhan lain baik politik mahupun NGO. Dan juga merupakan satu jemaah (kumpulan). Adakah kena bediskusi tentang erti “platform” dan “jemaah” pula? Tidak perlu. Saya rasa sangat pelik saudara buat kesimpulan ISMA adalah platform dan bukan jemaah. Mungkin definisi yang kita guna berbeza. Tak mengapalah. Benda yang kecil dan sangat tak penting.

      • Di antara jemaah Islam dan parti Islam

      • maksud bersatu kalau dlm pilihanraya maksudnya semua Melayu kene sokong UMNO ke?

        atau semua kene sokong PAS?

        kalau minta semua Melayu sokong UMNO, kesianla semua kene tanggung dosa pemimpin2 corrupt..pahala dahla xbnyk mana..kene tanggung dosa org lain pulak..kesian kat Melayu..

        lagi satu kenapa di Sarawak baru kecoh psl Baru Bian, sedangkan di Pulau Pinang sblm DAP ambil alih, cina jugak yg pegang Pulau Pinang..kalau BN letak org Cina takpa, tp kalau Pakatan nk letak, jd isu?

      • Kalau baca artikel-artikel dan komen-komen sudah ada jawapan untuk soalan di atas.

        Tak kira BN atau PR, dua-dua isu. Sebab itu isu diketengahkan bukan kepartian tetapi Islam, Melayu, kepentingan ummah, antara dua mudharat dsb.

  7. Kesian saya baca komen budak berhingus amrar ni…..siapalah yang beremosi ni…cara saudara berhujah macamlah Al-Quran saudara tak pernah baca….dan kalau dibacapun tak faham mesejnya….
    Selamat berketuakan DAP dan kafir2 yang saudara puja…..itulah yang boleh saya nyatakan disini….
    Banyak juga pandangan diatas yang walaupun tidak sependapat dengan saya tapi saya rasa agak bernas tapi hujah2 budak berhingus amrar ni terlalu naif bagi saya, malangnya dia sangka dia cerdik……kesian!!

    • Sy cuma balas paragraph yg bab fuziah tu…

      Salah ke hujahan sy, smp kata sy tak faham bila baca quran…smp kata sy memuja orang kafir….aisehman

      Taknak komen balik ke…orang yg cerdik pandai…

  8. Orang macam kamu ni akan bertepuk tangan dan bersorak bila Baru Bian seorang ahli senior dalam Persatuan Kristian Sarawak diangkat menjadi Ketua Menteri Sarawak kerana dia mewakili Pakatan Rakyat…..bagi kamu takpe orang Kristian jadi ketua asalkan dapat tumbangkan orang Islam yang RASUAH……itu yang saya boleh jawab maksud saya tentang cita-cita fuziah tu…….apa nak jadi selepas tu…sangka baik ajelah pada orang2 kafir ni……

  9. Hurmm…biar je la amrar…nak buat camne, lain ditanya lain dijawab

    saya tolong jawabkan:

    Melayu: 40%x13.5 juta = 5.4 juta
    Cina: 70%x6 juta = 4.2 juta
    India: 60%x1.9 juta = 1.14 juta

    Sumber wikipedia…. sy blh faham kenapa peratusan itu dikeluarkan…krn faktor mentaliti dan “drive” mudah dulu….ini cerita politik will dulu…sy faham, sy faham

    TQ amrar

  10. Nak berdebat jangan hilang akhlak.


Tinggalkan Jawapan kepada amrar Batal balasan

Kategori