Posted by: aminuddin | 15/12/2016

Tun M dan Politik Negara

tun

  1. Dua perkara yang Tun M lakukan yang mengejutkan ramai pihak ialah tindakan beliau bersalam dengan DSAI dimahkamah dan kedua, kenyataannya bahawa DAP adalah parti yang bukan anti Melayu.
  2. Bagi yang mengikuti perkembangan politik Tun M kedua2 perkara ini amat sukar untuk difahami dari seorang yang dianggap sebagai negarawan. Tidak sampai 3 tahun yang lepas beliau masih berpandangan DSAI seorang yang bersalah dan DAP adalah sebuah parti anti Melayu. Memang saya tidak layak dan tidak mampu menjadi seroang ahli politik jika inilah dijadikan “benchmark” bentuk politik negara. Tidak ada siapa yang tahu dan boleh jangkakan apa yang Tun M akan lakukan seterusnya yang pasti akan mengejutkan lagi ramai pihak. Saya masih tidak dapat jawapan dan kelu apakah definasi politik negara hari ini? Manusia yang sama tapi mempunyai watak yang berbeza.
  3. Mana-mana penganalisa politik pun tidak akan berjaya menafsir apakah muslihat Tun M ini dan kemanakah hala tuju beliau? Beliau amat sedar pembangkang tidak akan berjaya menang tanpa PAS tapi anehnya beliau terus mengkritik parti islam itu. Apa game Tun M? Rakyat masih tertanya-tanya kebingungan.
  4. Orang kata dalam politik tidak ada kawan atau lawan selamanya. Saya akui perkara itu tetapi ini sesuatu yang amat luarbiasa. Walaupun UMNO menafikan tetapi jelas pengaruh beliau terhadap orang Melayu terutama ahli UMNO masih ada. Sehingga hari ini saya dimaklumkan keahlian Bersatu sudah hampir 400,000 ahli. Saya tidak dapat sahkan berita ini namun jika benar maka sudah pasti ia akan menggugat UMNO. Ini belum termasuk lagi silenced protest voters. Ketakutan ini jelas digambarkan didalam PAU baru2 ini dimana Tun M telah dijadikan sasaran pimpinan UMNO untuk dibidas . Kalau dulu Tun M sering membidas PAS dan AlMarhum Nik Aziz dalam ucapan beliau diPAU kini giliran beliau pula. Dunia sudah terbalik!!!
  5. Begitu juga bagi pihak pembangkang baik DAP maupun PKR. Kalau dulu Tun M dilabel dengan pelbagai gelaran dan dianggap musuh yang menjadi punca segalanya kini Tun M ditatang umpama minyak yang penuh. Mudah sungguh mereka cair.
  6. Persoalannya; adakah benar2 Tun M membenci UMNO? Saya rasa tidak. Tun masih berjiwa UMNO dan sayangkan UMNO. Tun cuma mahu PM turun dan saya jangka jika ini berlaku, Tun akan masuk balik UMNO. 10 hujahan saya :-
    1. Tun mengatakan UMNO sekarang adalah UMNO Najib. Maknanya jika Najib tidak ada maka UMNO balik asal dan Tun akan masuk jadi ahli kembali.
    2. Tun masih tidak mahu menamakan PM sehingga ke hari ini. Ini bermakna Tun masih belum ada keyakinan pembangkang mampu untuk memerintah
    3. Keluar masuk UMNO ini bukan sesuatu yang luarbiasa bagi Tun. Ini sudah kali ke 3. Jadi tidak ada masalah untuk Tun kembali kepada UMNO jika Najib berundur
    4. Tun duduk didalam UMNO sejak mula berpolitik dan menjadi presiden parti selama 22 tahun. Tidak mungkin tidak ada sentiment rasa sayang kepada UMNO. Ketika UMNO diharamkan dulu Tun menubuhkan UMNO (Baru) bukan nama parti baru. Ini menandakan Tun masih sayang kepada UMNO
    5. UMNO mempunyai segalanya termasuk pimpinan pelapis, infrastruktur dll. Untuk parti lain memerintah bukan sesuatu yang mudah malah mungkin akan menimbulkan lebih banyak huru hara.
    6. Tun M tahu majority penduduk dinegara ini adalah orang Melayu dan parti terbesar orang Melayu ialah PAS dan UMNO. Orang Melayu masih sukar menerima parti lain terutama DAP yang masih pekat dianggap anti Melayu. Sebab itu Bersatu juga dibina atas dasar Melayu. Ini bermakna untuk parti Melayu survive dinegara ini ia mesti ada hubungan dengan PAS atau UMNO. Kedua2 parti ini telah melalui pelbagai liku dan masih survive kerana grassroot mereka yang besar dan kuat.
    7. Berulang kali Tun cakap untuk jatuhkan Najib bukan kerajaan. Ini bermakmna Tun masih mahu UMNO memerintah
    8. Tun M mengkritik PAS untuk memastikan PAS tidak bersama dengan pembangkang. Ini bererti peluang pembangkang untuk menang amat tipis. Dalam bahasa yang lain,Tun M mahu UMNO terus berkuasa
    9. Tun M tahu jurang ideoligi politik dalam parti2 pembangkang terlalu besar dan ini tidak memungkinkan menjamin kesejahteraan negara jika pembangkang menang. Perebutan kuasa akan berlaku yang mana negara mungkin akan menjadi seperti di Mesir, Iraq, Syria dll negara islam.
    10. Tun M tahu beliau tidak mampu menghalang mana2 parti dalam pembangkang yang akan membongkar kembali segala salah laku beliau selama 22 tahun beliau memerintah negara. Jika benar pembangkang ingin memulihkan negara maka segala salah laku yang ada harus dibongkar kembali dan dibetulkan. Pembangkang tidak harus memilih bulu dalam membersihkan negara dari kekotoran rasuah dan salah guna kuasa. Ini menakutkan Tun.

Respon

  1. Satu analisa yang agak tepat. Ternyata memang Tun masih sayang pada UMNO hatta kalau dilihat nama PPBM pun adalah bahasa Melayu bagi UMNO dan warna merah juga adalah warna UMNO.


Tinggalkan komen

Kategori